Ujian Kefahaman Soalan Subjektif Tingkatan 4 (Bab 2 Pasaran)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

UJIAN KEFAHAMAN SOALAN SUBJEKTIF TINGKATAN 4

BAB 2 (PASARAN)

1. Apakah hukum permintaan? Dengan bantuan jadual,terangkan hukum (4markah)


permintaan

2. Jadual berikut menunjukkan permintaan Hema terhadap aksesori wanita pada


pelbagai tingkat harga.

Harga (RM/unit) Kuantiti diminta (unit)


9 7
8 8
7 9
6 10

a) Lukis keluk permintaan Hema terhadap aksesori wanita pada (5markah)


kertas graf
b) Terangkan pembentukan keluk permintaan di 2(a) (4markah)
c) Berdasarkan keluk yang dilukis, apakah yang akan berlaku kepada (2markah)
kuantiti diminta apabila harga meningkat dari RM7
ke RM 8?

3. Baru-baru ini kerajaan telah menurunkan harga cakera padat. Terangkan kesan
kejatuhan harga cakera padat terhadap

a) Barang pengganti (2markah)


b) Barang penggenap (2markah)

4. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam (6 markah)


permintaan terhadap sesuatu barang.

5. Bezakan antara perubahan permintaan dengan perubahan dalam (6 markah)


kuantiti yang diminta

6. Jadual dibawah menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti
yang diminta bagi tiga jenis barang iaitu A,B, dan C.

Jenis Peratus Perubahan Peratus Perubahan Kuantiti yang


Barang Harga (%) Diminta (%)
A 5 10
B 20 20
C 20 10
a) Hitung nilai keanjalan harga permintaan bagi barang A, barang B, ( 3markah)
dan barang C.
b) Tafsirkan jawapan anda. (6markah)

7. Apakah hukum penawaran? Dengan bantuan jadual,terangkan hukum (4markah)


penawaran

8. Jadual berikut menunjukkan penawaran firma S&C sons terhadap kasut sekolah pada
pelbagai tingkat harga

Harga (RM/unit) Kuantiti ditawar (unit)


5 50
10 200
15 350
20 500

d) Dengan menggunakan kertas graf,lukis keluk penawaran Syarikat (5markah)


S&C Sons
e) Terangkan pembentukan keluk penawaran di 2(a) (4markah)
f) Berdasarkan keluk yang dilukis, apakah yang akan berlaku kepada (2markah)
kuantiti ditawar apabila harga menurun dari RM 15 ke
ke RM 15?

9. Apakah kesan terhadap pasaran payung apabila ;

a) Harga faktor pengeluaran meningkat (2markah)


b) Musim hujan (2markah)

10. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam (6markah)


penawaran terhadap sesuatu barang.

11. Bezakan antara perubahan permintaan dengan perubahan dalam (6markah)


kuantiti yang diminta

12. Jadual dibawah menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti
yang diminta bagi tiga jenis barang iaitu A,B, dan C.

Jenis Peratus Perubahan Peratus Perubahan Kuantiti yang


Barang Harga (%) Ditawar (%)
A 20 2
B 35 52.5
C 2 18
c) Hitung nilai keanjalan harga penawaran bagi barang A, barang B, ( 3markah)
dan barang C.
d) Tafsirkan jawapan anda. (6markah)

13. Apakah yang dimaksudkan dengan keluk permintaan pasaran? (4markah)


Bagaimanakah keluk ini terbentuk ?

14. Jadual dibawah menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran ayam pada
pelbagai tingkat harga.

Harga (RM/kg) Kuantiti permintaan (kg) Kuantiti penawaran (kg)


8 500 100
10 450 200
12 350 350
14 225 550
16 75 800

a) Dengan menggunakan kertas graf,lukis keluk permintaan,keluk (8markah)


penawaran dan keluk keseimbangan pasaran pada kertas graf yang sama.
b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. (2markah)
c) Terangkan keadaan permintaan dan penawaran ayam pada titik yang berikut dan
terangkan mengenai strategi penetapan harga yang akan diambil pada setiap
tingkat harga berikut ; (6markah)
I) RM 10
II) RM 14

DISEDIAKAN OLEH


CIK CHANDRAKALA A/P DEMADU
GURU EKONOMI ASAS
PTGI USJ 21

You might also like