Industrial Report JKR Jempol

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

1

1.0 Pengenalan

Jabatan Kerja Raya Jempol adalah salah satu cawangan daerah yang terletak di
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah di Bandar Seri Jempol. JKR Jempol diketuai
oleh jurutera daerah iaitu Encik Rosdi Bin Abu Bakar.

Gambar 1.1: Logo Jabatan Kerja Raya

Gambar 1.2: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah

1.1 Visi

Berikut adalah visi Jabatan Kerja Raya:

Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecermelangan dalam bidang
pengurusan asset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan
infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi
terkini.

1.2 Misi

Misi JKR adalah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

Membantu pelanggan kami merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan


perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
2

Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang
konsisten.
Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang elektif dan inovatif.
Mengukuhkan kompentasi kejuruteraan sedia ada.
Membangunkan modal insan dan kompentasi kejuruteraan sedia ada.
Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

1.3 Objektif Kualiti JKR

Berikut adalah senarai objektif kualiti JKR:

Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui.


Ke arah perbelanjaan pelaksanaan projek mengikut kos yang dipersetujui
Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan.

1.4 Fungsi

JKR bertanggungjawab terhadap:

Perancangan, rekabentuk dan pembinaan projek infrastruktur seperti jalan, bangunan


kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan produk kejuruteraan yang berkaitan.
Penyelenggaraan jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu.
Khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan
daerah.

1.5 Dasar kualiti

Berikut adalah senarai dasar kualiti JKR:

JKR komited bagi menghasilkan produk berkualiti yang memenuhi kepuasan


pelanggannya berasaskan amalan professional yang terbaik.
JKR akan memastikan penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan ke atas sistem
pengurusan kualiti.

1.6 Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya


3

JKR amat komited untuk menyedia dan menyelenggara aset kerajaan bagi memenuhi
keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan professional yang
berkualiti berteraskan kepada:

1) Jangka masa yang ditetapkan


2) Kos yang ekonomik
3) Rekabentuk yang berkualiti dan mapan

Jabatan ini akan memastikan aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada JKR
berfungsi seperti yang ditetapkan.

1.6.1 Pengurusan Projek

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan brif
projek yang lengkap, tempoh pembinaan yang akan diambil adalah seperti berikut:

Kos projek RM 500 ribu ke RM 500 ribu RM 5 RM 5 juta ke atas


bawah juta
a. Pelan Piawai
Bangunan Pangkalan 15 bulan 24 bulan 36 bulan
Udara dan Maritim

b. Rekabentuk Baru
Jalan, Cerun, JKR komited untuk menyiapkan projek pembangunan kerajaan
Bangunan Pangkalan dalam tempoh dan dengan kos yang dipersetujui bersama
Udara dan Maritim Pelanggan

1.6.2 Selenggara Aset

1.6.2.1 Jalan
4

Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 1 hari setelah


aduan diterima.
Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam,
seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi
24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya
3 hari sebelum ianya dijalankan.

1.6.2.2 Bangunan

Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan
akan diambil tindakan dalam masa 1 hari.
Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan.

1.6.3 Khidmat Nasihat Teknikal

1.6.3.1 Kejuruteraan Cerun

Tindakan yang diambil apabila berlakunya:

a) Runtuhan cerun berskala besar


Laporan awal disediakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh lawatan.
Laporan akhir disediakan dalam masa satu (1) bulan selepas penyiasatan dan
maklumat berkaitan diperoleh.
b) Runtuhan cerun berskala kecil
Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh di bawah:
Keadaan yang memerlukan penyiasatan tanah (1 bulan)
Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tanah (2 minggu)
c) Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) disediakan dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan dibuat.

1.6.3.2 Kejuruteraan Senggara

Proses kelulusan pelupusan aset kerajaan tidak melebihi 14 hari dari tarikh permohonan
pengesyoran lengkap diterima.
Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima dengan lengkap
daripada Pihak Berkuasa Tempatan akan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2
minggu selepas menerimanya.
5

1.6.4 Pengurusan Aduan

a) Pengurusan aduan di bawah tanggungjawab JKR akan dilaksanakan dalam tempoh


seperti berikut:
Akuan penerimaan aduan (1 hari)
Maklumbalas terhadap aduan (7 hari)
Penutupan aduan (2 bulan)

b) Pengurusan aduan di bawah tanggungjawab JKR: No Wrong Door Policy akan


dilaksanakan dalam tempoh seperti di bawah:

Akaun penerimaan aduan (1 hari)


Maklumbalas terhadap aduan (14 hari)
6

Carta Organisasi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

ROSDI BIN ABU BAKAR


(JURUTERA DAERAH J48)

PENTADBIRAN KEWANGAN STOR

NORRIZAN BT YUSOP AFIDAH BT ZAINAL CHITRA DEVI A/P SOLAIMUTHU


PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 PEMBANTU TADBIR (KEW) W22/N19 PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

ZAINON BT AYOB
PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
ROSLAN BIN.A.KADIR FADILAH BT MANSOR
PEMBANTU OPERASI N11 PEMBANTU AWAM H11
NURHAMIZAH BT HASHIM
PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
ASHAMSHIAH BT YOB MOHD ZAKI BIN KAMARUDIN
PEMBANTU AWAM H11 PEMBANTU AWAM H11

NORIZAN BT IBRAHIM NORIZAN BT RAIS


PEMBANTU AWAM H11 PEMBANTU AWAM H11
7

Carta Organisasi Bahagian Jalan

ag
ROSDI BIN ABU BAKAR
(JURUTERA DAERAH J48)

NUR NAZIHAH BINTI ZAINAL ABIDIN


(JURUTERA JALAN J41)

RAJA NOREHAN BT YUNUS


(PENOLONG JURUTERA J36)

BAHARIM BIN MOHD SOM MUHAMMAD YUSOF BIN MUHAMAD YATIM MARZUKI BIN ABDULLAH
(PENOLONG JURUTERA JA29) (PENOLONG JURUTERA JA29) (PENOLONG JURUTERA JA29)

NURWARDIZAWANI BT MOHD MOHD ZAHIR ABD RAHMAN SITI DAHILA BT HJ ALAM


SHARIF SHAH
(PENOLONG JURUTERA JA29)
(PENOLONG JURUTERA JA29) (PENOLONG JURUTERA JA29)
8

Carta Organisasi Bahagian Bangunan


ROSDI BIN ABU BAKAR
(JURUTERA DAERAH J48)

NORZUBAIDAH BT FADZIL
(JURUTERA BANGUNAN J41)

(PENOLONG JURUTERA J36)

KORPORAT NORZUBAIDAH BT FADZIL NORZUBAIDAH BT FADZIL


(JURUTERA BANGUNAN J41) (JURUTERA BANGUNAN J41)
ASRIZA BT ZAINUDDIN
(PEN. JURUTERA J29)
NORZUBAIDAH BT FADZIL NORZUBAIDAH BT FADZIL
(JURUTERA BANGUNAN J41) (JURUTERA BANGUNAN J41)
MOHD REIMY BAHARUDDIN
(PEN.JURUTERA J29)

NORZUBAIDAH BT FADZIL
(JURUTERA BANGUNAN J41)
9

2.0 Skop Latihan


Berikut adalah ringkasan jenis latihan yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri di
JKR daerah Jempol.

Minggu Tarikh Jenis Latihan Tempat Tempoh Masa


1 19 Jun 2017 1) Memantau kerja ujian galas Tapak bina 10 pagi 4:30
rata (flat bearing test) masjid jamek petang
Bahau
2) Mengukur lebar jalan
kawasan kemalangan FT 011: Jalan 4:30 petang
Bahau-Keratong 5:00 petang

1 21 Jun 2017 Lawatan tapak di jalan baru Kok Foh-kg.Sg 8:30 pagi 11:30
yang bakal dibina dari Kok Foh- Kelai-Felda pagi
kg.Sg Kelai-Felda Palong Palong

3 4 Julai 2017 Ukur panjang pembentung dan FT 009/63 (Jalan 9:45 pagi 10:00
longkang tanah Batu Kikir- pagi
Simpang Pertang)

4 10 Julai 2017 Menyiapkan pelan lokasi Ptgejabat JKR 9:00 pagi 9:30
longkang dan pembentung yang pagi
akan dinaik taraf di FT 009

5 18 Julai 2017 1) Menghadiri majlis Bilik mesyuarat 9:30 pagi 11:00


penyerahan gelanggang Sekolah pagi
serbaguna terbuka berbumbung Menengah
Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan Seri
Seri Jempol Jempol

2) Mesyuarat tapak projek Kawasan 11:15 pagi


gelanggang serbaguna terbuka gelanggang 11:45 pagi
berbumbung di Sekolah Sekolah
Menengah Kebangsaan Lui Menengah
Barat Kebangsaan Lui
Barat
5 20 Julai 2017 Mengira data kemalangan di Pejabat JKR 12 tengah hari
Jalan FT010 (Jalan Gemas- 2:30 petang
Kemayan), seksyen 60 hingga
69

7 31 Julai 2017 Melihat kerja pemasangan FT011/009/82 10:30 pagi 3


rasuk jambatan petang
7 31 Julai 2017 Melihat kerja road marking FT009 (Jalan 3:30 petang-5
untuk perancangan pembinaan Batu Kikir- petang
jalan baru Simpang Pertang)
& FT010 (Jalan
Gemas-Kemayan)
10

7 1 August 2017 Memantau kerja konkrit asas Tapak pembinaan 8 pagi-5 petang
pad Majid Jamek
Pekan Bahau
7 2 August 2017 Memantau kerja ujian kiub GTL Mix 12 tengah hari-
konkrit Sdn.Bhd, Mahsan 12:30 tengah hari
7 3 August 2017 Pertemuan bersama sub SMK Lui Barat 1 petang- 2:30
kontraktor dari Persada petang
Specialist untuk
membincangkan isu kemasan
permukaan gelanggang
serbaguna terbuka berbumbung
11

3.0 Kandungan Latihan

Sepanjang tempoh latihan industri di JKR daerah jempol, terdapat beberapa latihan/aktiviti
yang telah saya lakukan.

Aktiviti 1: Memantau kerja ujian pembebanan plat di tapak bina Masjid Jamek
Pekan Bahau

Pada 19 Jun 2017 bersamaan dengan hari isnin yang lalu, saya bersama penolong
jurutera bahagian bangunan iaitu Encik Tarmidzi bergerak ke tapak bina Masjid Jamek Bahau
pada pukul 10 pagi untuk memantau ujian pembebanan tapak. Tujuan ujian ini dijalankan
adalah untuk mendapatkan nilai keupayaan galas tanah dan tahap enapan tanah. Plat yang
digunakan dalam ujian ini adalah berbentuk segi empat. Sebelum alat ini didirisiapkan,
kawasan akan dikorek kepada kedalaman dimana ujian akan dijalankan. Bebanan akan
dikenakan dan enapan akan di rekodkan.

Nilai keupayaan galas tanah ini boleh digunakan dalam menentukan saiz pad footing.
Ujian ini dilakukan oleh Geolab (Seremban) Sdn. Bhd. Seramai tiga orang tenaga kerja Geolab
diperlukan untuk memasang alat ujian ini. Ujian galas ini turut dipantau oleh wakil kontraktor
dari syarikat Ammarda Management & Services.

Titik ujian yang dipilih adalah di bahagian titik tiang yang menanggung beban paling
maksimum. Dua titik telah dipilih untuk dilakukan ujian galas iaitu di titik 6/E1 dan 6a/A1.
Sebelum alat didirisiapkan, ujian kalibrasi harus dilakukan terlebih dahulu untuk memeriksa
sama ada alat dalam keadaan baik ataupun tidak.
12

Gambar 1.1: Ujian kalibrasi sedang dilakukan

Dalam ujian kalibrasi, nombor siri alat diperiksa berdasarkan laporan kalibrasi yang
telah disediakan. Laporan kalibrasi boleh dilihat di ruangan appendiks. Selepas pemeriksaan
dilakukan, alat didirisiapkan berhampiran titik yang dipilih. Gambar 1.2 dan 1.3 menunjukkan
aktiviti pemasangan alat sedang dilakukan.

Gambar 1.2: Alat sedang dipasang


13

Gambar 1.3: Alat yang telah siap dipasang

Ujian ini dilakukan selama 6 jam. Bermula pukul 10:30 pagi dan berakhir pada pukul
4:30 petang. Data dicatat oleh kakitangan Geolab kemudian diserahkan kepada JKR. Gambar
1.4 menunjukkan kitaran masa ujian dijalankan.

Gambar 1.4: kitaran masa ujian dijalankan.

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya dapat mempelajari tugas yang perlu dilakukan oleh penolong jurutera
untuk memastikan ujian tapak dilakukan dengan sempurna. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui bagaimana untuk menentukan saiz asas pad masjid yang akan dibina selain
meningkatkan skil komunikasi di tapak memandangkan aktiviti ini melibatkan beberapa pihak
dari syarikat yang berlainan.
14

Aktiviti 2: Mengukur lebar jalan kawasan kemalangan

Pada 19 Jun 2017 bersamaan dengan hari isnin yang lalu, saya bersama penolong
jurutera bahagian jalan iaitu Encik Marzuki bergerak ke FT 011: Jalan Bahau-Keratong untuk
mengukur lebar jalan di kawasan kemalangan yang berlaku baru-baru ini. Kerja mengukur
dilakukan pada pukul 4:30 petang.

Data yang diperlukan semasa kerja mengukur ialah lebar longkang, bahu jalan, lebar
dari sisi jalan ke garisan tepi jalan dan lebar lorong jalan. Berdasarkan lakaran yang diberi,
jalan di seksyen 30.5 ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Saya ditugaskan untuk mencatat
nilai kelebaran mengikut bahagian yang telah ditentukan oleh jurutera jalan manakala Encik
Marzuki membuat kerja mengukur. Pita ukur dan trumeter dilakukan dalam aktiviti ini. Kerja
mengukur selesai pada pukul 5 petang.

Tujuan data lebar jalan ini diambil adalah untuk diisi dalam dokumen Standard
Operation Procedure (SOP) dimana ia akan dihantar ke ibu pejabat JKR bagi memohon
peruntukan untuk projek memperlebar jalan pada masa akan datang.

Gambar 2.1: Lakaran jalan di kawasan yang perlu diukur


15

Gambar 2.2: Kawasan kemalangan

Gambar 2.3: Encik Marzuki menunjukkat data lebar jalan yang dicatat kepada pegawai
bomba

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya memahami bagaimana prosedur permohononan peruntukan untuk
sesuatu projek dilakukan. Saya juga berpeluang untuk melihat kandungan contoh borang SOP
(Standard Operation Procedure) yang selalu digunakan oleh penolong jurutera. Contoh borang
SOP ada disertakan dibahagian lampiran.
16

Aktiviti 3: Lawatan tapak di jalan baru yang bakal dibina dari Ladang Kok Foh-
kg.Sg Kelai-Felda Palong 2

Pada 21 Jun 2017 bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, saya mengikut penolong
jurutera bahagian jalan iaitu Puan Nurwardizawani dan Puan Norehan ke lokasi cadangan
pembinaan jalan baru yang menghubungkan ladang Kok Foh dan Felda Palong 2. Kami
bergerak ke sana pada pukul 8:30 pagi bersama pemandu JKR.

Menurut penerangan Puan Nurwardizawani dan Puan Norehan, projek ini adalah di
bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Panjang jalan
baru yang bakal dibina ini adalah sepanjang 11 kilometer.

Lawatan tapak ini turut disertai oleh kakitangan daripada syarikat Tenaga Nasional
Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Tujuan
lawatan tapak bersama kakitangan ini adalah untuk mendapatkan anggaran kos peruntukan
fasiliti yang bakal dibelanjakan oleh mereka. Lawatan ini berakhir pada pukul 11:30 pagi.

Gambar 3.1: Kakitangan TNB sedang mengesan kabel elektrik bawah tanah
di jalan masuk ke Ladang Kok Foh
17

Gambar 3.2: Kakitangan TNB sedang mengesan kabel elektrik bawah tanah
di simpang masuk Kampung Sungai Kelai

Gambar 3.3: Pembinaan jalan berakhir di Felda Palong 2


18

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana proses penganggaran kos
pembinaan dilakukan. Selain itu, aktiviti ini melatih saya untuk berkomunikasi dengan
kakitangan dari organisasi yang berlainan selain berpeluang melihat kakitangan dari organisasi
lain menggunakan alat pengukuran mereka sendiri (sebagai contoh: alat mengesan kabel
elektrik bawah tanah).
19

Aktiviti 4: Ukur panjang pembentung dan longkang tanah

Pada 4 Julai 2017 bersamaan dengan hari Selasa yang lalu, saya bersama penolong
jurutera bahagian jalan iaitu Encik Marzuki bergerak ke FT 009 iaitu Jalan Batu Kikir-Simpang
Pertang untuk kerja mengukur panjang pembentung dan longkang tanah yang sedia ada di jalan
itu. Kerja mengukur bermula pada pukul 9:45 pagi.

Saya ditugaskan untuk mencatat dan melakar panjang setiap pembentung dan longkang
tanah yang ada di seksyen itu manakala kerja mengukur panjang pembentung dan longkang
tanah dilakukan oleh Encik Marzuki. Alat mengukur iaitu trumeter digunakan dalam aktiviti
ini.

Pembentung dan longkang tanah yang sedia ini akan dinaiktaraf dengan
menggantikannya dengan pembentung baru jenis box culvert dan longkang konkrit jenis U
drain. Pembentung dan longkang tanah yang sedia ada di seksyen ini tidak dapat menampung
isipadu air yang banyak lantas meyebabkan banjir berlaku.

Berikut adalah gambargambar pembentung dan longkang tanah yang sedia ada di seksyen
tersebut:

Gambar 4.1: Tembok gabion ini perlu dirobohkan dan diganti dengan pembentung yang baru
20

Gambar 4.2: Longkang tanah yang sempit

Gambar 4.3: Longkang tanah dilitupi oleh rumput panjang

Gambar 4.4: Longkang tanah yang bersemak


21

Gambar 4.5: Longkang tanah yang dilitupi oleh rumput panjang

Gambar 4.6: Kerja ukur panjang longkang dengan menggunakan trumeter


22

Gambar 4.7: Papan tanda seksyen jalan

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bagaimana prosedur permohononan peruntukan untuk
sesuatu projek dilakukan. Adalah penting untuk kita mengambil data seperti panjang longkang
atau pembentung terlebih dahulu sebelum menyiapkan borang SOP. Kedudukan longkang dan
pembentung beserta panjang masing-masing adalah penting untuk dicatat supaya mudah untuk
menghasilkan pelan lokasi.
23

Aktiviti 5: Menyiapkan pelan lokasi longkang dan pembentung yang akan dinaik
taraf di FT009 (Jalan Batu Kikir-Simpang Pertang)

Pada 10 Julai 2017 bersamaan dengan hari Isnin yang lalu, saya ditugaskan oleh
penolong jurutera bahagian jalan iaitu Encik Marzuki untuk melukis pelan lokasi longkang dan
pembentung yang akan dinaik taraf. Tujuan projek naik taraf ini adalah untuk menggantikan
longkang sedia ada yang tidak dapat menampung isipadu air yang banyak. Masalah ini
menjurus kepada berlakunya banjir di kawasan itu lebih-lebih lagi semasa musim hujan.

Berikut adalah beberapa gambar kawasan yang dilanda banjir yang berlaku baru-baru ini di
FT009:

Gambar 5.1: Air sungai mulai naik

Gambar 5.2: Air dari sungai dan longkang melimpah ke jalan


24

Gambar 5.3: Jalan utama yang dinaiki air

Untuk menghasilkan pelan lokasi, saya menggunakan perisian Autocad. Lakaran awal
dihasilkan terlebih dahulu oleh jurutera jalan. Selepas siap lukisan, saya menukarkannya
kepada format PDF. Pelan lokasi ini akan dilampirkan di dalam dokumen Standard Operating
Procedure (SOP).

Berikut adalah hasil pelan lokasi yang siap dilukis:


25

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya dapat melatih diri untuk menguasai semula perisian Autocad yang
telah lama saya pelajari. Walaupun pelan lokasi yang dihasilkan agak mudah, tetapi bagi saya
adalah penting untuk membiasakan diri menggunakan perisian ini kerana ianya akan
memudahkan kerja selain membantu dalam menghasilkan pelan lokasi yang lebih rumit pada
masa akan datang.
26

Aktiviti 6: Menghadiri majlis penyerahan gelanggang serbaguna terbuka berbumbung


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol

Pada 17 Julai 2017 bersamaan dengan hari Isnin yang lalu, saya mengikut penolong
jurutera bahagian bangunan iaitu Encik Tarmidzi untuk menghadiri majlis penyerahan projek
gelanggang serbaguna terbuka berbumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol.
Majlis penyerahan projek diadakan di bilik mesyuarat sekolah terbabit. Majlis tersebut dihadiri
oleh wakil dari JKR Negeri, JKR Jempol yang terdiri daripada oleh Jurutera Daerah dan
Penolong Jurutera Bangunan, wakil kontraktor, wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah
Jempol dan wakil sekolah yang terdiri daripada pengetua, guru penolong kanan hal ehwal
murid dan guru penolong kanan kokurikulum. Majlis dimulakan dengan penerangan oleh
Jurutera Daerah berkaitan projek ini.

Berikut adalah ringkasan projek yang dijalankan:

Nama projek: Pembinaan Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung di Sekolah


Menengah Seri Jempol, Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
Kos projek: RM 1,650,268.30
Keluasan gelanggang: 36 x 24m
Kontraktor: YAZ Trading Sdn.Bhd
Tarikh milik tapak: 29 Disember 2014
Tarikh siap asal: 14 Disember 2015

Pihak kontraktor gagal menyiapkan projek pada tarikh yang ditetapkan dan diberi lanjutan
masa (EOT / Extension of Time) untuk menyiapkan projek iaitu pada 30 Mei 2017. Namun
begitu, disebabkan oleh masalah peruntukan yang tidak mencukupi, projek masih juga tidak
dapat disiapkan. Oleh yang demikian, pihak kontraktor dikenakan denda / gantirugi ditetapkan
(LAD / Liquidated Ascertained Damage) dan akhirnya projek siap sepenuhnya pada 17 Julai
2017.
27

Gambar 6.1: Keadaan dalam kawasan gelanggang

Gambar 6.2: Kawasan berumput di tepi gelanggang

Antara kemudahan yang disediakan ialah:


Bangku
Bilik persalinan
Tandas
Kawasan meletak kenderaan
28

Gambar 6.3: Majlis penyerahan projek diketuai oleh jurutera daerah

Gambar 6.4: Sesi tandantangan dokumen penyerahan daripada wakil JKR dan PPD

Pihak kontraktor telah diberi tempoh masa setahun 3 bulan 40 hari untuk membaik pulih
sebarang kecacatan projek. Oleh itu, Pihak sekolah diminta untuk menyenaraikan kecacatan
bangunan untuk diserahkan kepada pihak kontraktor. Antara isu yang berbangkit ialah:

Permukaan gelanggang yang terlalu sensitif


- Tidak semua jenis sukan boleh dilakukan di dalam gelanggang tersebut.
29

- Jenis sukan seperti sepak takraw dan futsal tidak dibenarkan dimain di atas
gelanggang tersebut kerana boleh mengakibatkan kerosakan permukaan.

- Pihak sekolah harus mematuhi peraturan yang disediakan oleh pembekal


gelanggan kerana jika tidak dipatuhi, jaminan untuk membaiki kerosakan
tidak akan diberi.

Bil elektrik yang terlalu tinggi


- Sistem lampu di gelanggang ini menggunakan sistem automatik tanpa suis.
- Kos penggunaan lampu mencatatkan nilai yang tinggi berikutan
penggunaan tenaga elektrik yang banyak.
- Pegawai penguasa meminta pihak kontraktor untuk menukar sistem
automatik kepada manual.

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana majlis penyerahan projek
dijalankan. Majlis ini juga memberi peluang kepada saya untuk mendengar isu yang
dibangkitkan oleh pelanggan mengenai projek gelanggang ini.
30

Aktiviti 7: Mesyuarat tapak bina gelanggang serbaguna terbuka berbumbung di


Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat

Selepas tamat majlis penyerahan gelanggang serbaguna terbuka berbumbung di SMK


Seri Jempol, saya mengikut penolong jurutera, Puan Jannah ke tapak bina gelanggang
serbaguna terbuka berbumbung di SMK Lui Barat untuk menghadiri mesyuarat tapak.
Mesyuarat ini diadakan secara berkala atau apabila diperlukan. Mesyuarat ini turut dihadiri
oleh jurutera daerah, Encik Rosdi, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan penolong
jurutera, Encik Zamel. Wakil kontraktor daripada Aspirasi Omega Sdn.Bhd walau
bagaimanapun tidak dapat menghadiri ke mesyuarat ini.

Antara perkara penting yang berlaku dalam mesyuarat ini adalah seperti berikut:

Penolong jurutera iaitu Encik Zamel bertanggungjawab melapor status


kemajuan projek kepada wakil PPD.
Membincang isu-isu yang boleh menjejas kemajuan projek.
Wakil PPD memberi ulasan tentang tahap kemajuan projek

Gambar 7.1: Wakil PPD melihat di sekitar kawasan gelanggang


31

Gambar 7.2: Keadaan gelanggang yang masih dalam pembinaan

Gambar 7.3: Keadaan gelanggang yang masih dalam pembinaan

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya mendapati isu peruntukan dan sikap kontraktor yang seperti acuh tak
acuh merumitkan lagi proses pembinaan gelanggang ini.
32

Aktiviti 8: Merekod data jenis kemalangan di FT010 (Jalan Gemas-Kemayan) di seksyen


60 hingga 69.

Pada 20 Julai 2017 bersamaan dengan hari Khamis yang lalu, saya ditugaskan oleh
penolong jurutera bahagian jalan iaitu Encik Marzuki untuk mengira data kemalangan di Jalan
FT010 (Jalan Gemas-Kemayan), seksyen 60 hingga 69. Data ini disimpan di dalam satu fail
khas. Data yang perlu diambil adalah dari tahun 2014 hingga awal bulan 2017. Data ini perlu
diasingkan dalam jadual mengikut tarikh masing-masing. Jenis kemalangan (cedera
ringan/parah/maut) turut diambil kira.

Berikut adalah jadual data yang telah saya siapkan:

TAHUN 2014
BULAN NO.LALUAN SEKSYEN JENIS
KEMALANGAN
Januari FT 010 - -
Februari FT 010 - -
Mac FT 010 - -
April FT 010 - -
Mei FT 010 65 Parah
Jun FT 010 - -
Julai FT 010 - -
Ogos FT 010 64 Ringan
September FT 010 - -
Oktober FT 010 64 Ringan
November FT 010 64 Maut
Disember FT 010 - -

TAHUN 2015
BULAN NO.LALUAN SEKSYEN JENIS
KEMALANGAN
Januari FT 010 - -
Februari FT 010 - -
Mac FT 010 - -
April FT 010 - -
Mei FT 010 - -
Jun FT 010 - -
Julai FT 010 67 Maut
68 Maut
Ogos FT 010 - --
September FT 010 - -
33

Oktober FT 010 - -
November FT 010 - -
Disember FT 010 - -

TAHUN 2016
BULAN NO.LALUAN SEKSYEN JENIS
KEMALANGAN
Januari FT 010 - -
Februari FT 010 - -
Mac FT 010 - -
April FT 010 - -
Mei FT 010 - -
Jun FT 010 - -
Julai FT 010 - -
Ogos FT 010 63 Parah
September FT 010 - -
Ogos FT 010 - -
November FT 010 - -
Disember FT 010 - -

TAHUN 2017
BULAN NO.LALUAN SEKSYEN JENIS
KEMALANGAN
Januari FT 010 - -
Februari FT 010 69 Maut (2)
69 Parah
Mac FT 010 - -
April FT 010 - -

Mengikut penerangan Encik Marzuki, setiap bulan JKR Jempol perlu mengambil
laporan kemalangan jalan raya yang berlaku dalam daerah Jempol. Laporan tersebut diisi dalam
borang POL27 (Borang kemalangan trafik) oleh pihak PDRM Jempol. Ianya bertujuan untuk
memudahkan JKR membuat semakan di kawasan yang sering terjadinya kemalangan. Dari situ,
JKR daerah akan membuat permohonan ke ibu pejabat JKR untuk kerja membaikpulih atau
menaiktaraf jalan ataupun simpang yang sering terjadinya kemalangan. Kerja mengira data ini
selesai pada pukul 2:30 petang. Contoh borang POL27 akan dilampirkan di ruangan
lampiran.Bluetooth Exchange Folder\Document 2.pdf
34

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti mengira data kemalangan ini, saya mempelajari bahawa dalam kerja
menaiktaraf jalan, sejarah kemalangan di jalan itu haruslah diketahui. Dengan jalan yang
dinaiktaraf, sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan
jalanraya.
35

Aktiviti 9: Melihat kerja pemasangan rasuk jambatan

Pada 31 Julai 2017 bersamaan dengan hari Isnin yang lalu, saya mengikut jurutera
bahagian jalan, Puan Nur Nazihah serta penolong juruteranya iaitu Puan Norehan ke tapak bina
jambatan untuk melihat kerja pemasangan rasuk jambatan ataupun dipanggil sebagai launching
beam. Projek ini dijalankan di Jalan FT011 (Jalan Bahau-Keratong), seksyen 9. Kerja
pemasangan rasuk jambatan ini bermula pada pukul 8:00 pagi.

Berikut adalah latar projek jambatan yang dibina:

Tajuk projek: Menggantikan jambatan sedia ada di FT011/009/82, Daerah Jempol,


Negeri Sembilan Darul Khusus.
Nama kontraktor: Pri-Tiara Sdn.Bhd
Pereka bentuk: Omni Project Consultancy Sdn.Bhd
Gred kontraktor: G6
Harga kontrak: RM 5,616,225.56
Tarikh milik tapak: 14/01/2016
Tarikh siap kerja: 08/03/2017
Tempoh kontrak: 60 minggu

Jumlah rasuk jambatan yang perlu dipasang adalah 11. Saya hanya sempat melihat 2 rasuk
jambatan sahaja dipasang memandangkan ia mengambil masa yang agak lama untuk satu rasuk
jambatan dipasang. Semasa kerja menurunkan rasuk dari kren, saya mendapati ada dua tali
panjang diikat di kedua-dua hujung rasuk jambatan. Tali tersebut akan ditarik oleh pekerja
binaan untuk memastikan posisi jambatan berada dalam kedudukan selari di atas bearing
jambatan. Kegunaan bearing jambatan dalam pembinaan adalah penting untuk memberikan
pergerakan pada bahagian atas struktur jambatan.
36

Gambar 9.1: Kren sedang mengangkut rasuk jambatan

Gambar 9.2: Rasuk jambatan haruslah selari dengan kedudukan bearing

Gambar 9.3: Lori yang digunakan untuk mengangkut rasuk jambatan


37

Semasa kerja mengangkat rasuk dijalankan, aliran trafik di jalan berhampiran dengan
jambatan perlu diberhentikan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tiada kejadian buruk
berlaku.

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya dapat mempelajari bagaimana kaedah yang digunakan oleh kontraktor
untuk memastikan rasuk jambatan berada dalam posisi yang betul semasa kerja pemindahan
dilakukan.
38

Aktiviti 10: Melihat kerja road marking untuk perancangan naik taraf jalan

Pada 31 Julai bersamaan dengan hari Isnin yang lalu, pada pukul 3:30 petang saya
mengikut jurutera bahagian jalan iaitu Puan Nur Nazihah dan juga penolong juruteranya iaitu
Puan Norehan membuat kerja penandaan jalan bersama kontraktor Selia Selenggara Selatan
Sdn.Bhd. Tujuan penandaan jalan ini adalah untuk menentukan sama ada seksyen jalan itu
sesuai ataupun tidak untuk dinaiktaraf. Untuk kerja penandaan kali ini, ianya dilakukan di Jalan
FT 009 (Jalan Batu Kikir-Simpang Pertang) dan FT010 (Jalan Gemas-Kemayan).

Kerja pemilihan sekysen jalan dilakukan di FT010 terlebih dahulu. Pada waktu ini,
kontraktor Selia Selenggara Selatan akan menunjukkan sekyen jalan yang dipilih untuk
dinaiktaraf. Lakaran cadangan jalan yang ingin dinaiktaraf mengikut seksyen beserta senarai
kuantiti disediakan terlebih dahulu oleh pihak kontraktor sebelum ditunjukkan kepada jurutera
jalan. Jurutera jalan mempunyai hak sama ada mahu bersetuju ataupun tidak dengan cadangan
seksyen jalan yang ingin dinaiktaraf. Permukaan jalan yang rosak teruk akan diutamakan untuk
kerja menaiktaraf.

Gambar 10.1: Seksyen jalan yang dipilih untuk kerja naiktaraf


39

Adalah penting untuk mengenalpasti tahap dan jenis kerosakan jalan di seksyen yang ingin
dinaiktaraf. Dengan itu, beberapa kaedah yang sesuai untuk kerja naiktaraf jalan dapat
ditentukan bersama pihak Selia Selenggara Selatan. Antara kaedah yang disebut ialah kerja
milling, penurapan semula dan pembinaan semula jalan yang ingin dinaiktaraf.

Gambar 10.2: Jalan di FT010 yang rosak

Gambar 10.3: Panjang jalan yang ditanda


40

Selepas kerja road marking selesai di FT010, kami bergerak ke FT009.

Gambar 10.4: Permukaan jalan di FT009 yang rosak

Selain membincangkan mengenai kaedah yang sesuai untuk kerja naiktaraf jalan, kami
juga berbincang mengenai waktu yang sesuai untuk kerja tersebut dilakukan. Ini bagi
mengelakkan kesesakan trafik yang teruk semasa kerja naiktaraf jalan. Sebagai contoh, pihak
Selia Selenggara Selatan memberi cadangan untuk melakukan kerja menaiktaraf jalan pada
waktu malam sekiranya ia dibuat di seksyen berdekatan dengan kawasan sekolah. Lebih kurang
pada pukul 5 petang, kerja road marking di FT009 dan FT010 selesai.

Perkara yang dicapai :

Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat bagaimana perancangan dalam menaiktaraf jalan
dilakukan. Adalah penting untuk membuat kerja road marking terlebih dahulu sebelum kerja
naiktaraf dilakukan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan untuk kerja naiktaraf jalan
tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya.
41

Aktiviti 11: Melihat kerja road marking untuk perancangan naik taraf jalan

You might also like