Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN Telefon : 05-501 5000 Faks : 05-527 7273 portal : http:Itipnperak.noe.govmy “PERAK EXCELLENT” Ruj. Kami: J.Pel.Pk.(AM)5117/40/2( ) Tarikh hb Februari_2017 Jamadilawal 1438 ‘Semua Pengetua dan Guru Besar, ‘Sekolah Menengah dan Rendah, Negeri Perak. ‘Tuan/Puan, PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2017 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. z Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu daripada Inisiatif Piagam Guru dibawah tanggungjawab Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) telah diluluskan oleh YBhg. Tan Sri KPPA melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 5 November 2015. Surat arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan oleh YBhg. Tan Sri Dr. KSU KPM bertarikh 20 November 2015. Pelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan pemimpin sekolah bermula pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula pada tahun 2016. 3. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan PBPPP pada tahun 2017 bermula dari 01 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian ini berjalan lancar, setiap organisasi perlu melaksanakan secara manual perkara-perkara berikut iaitu: a) Menubuhkan JK PBPPP Organisasi; b) Memastikan maklumat PPP disetiap organisasi yang perlu dinilai pada tahun semasa dikemaskini dan lengkap; ©) Menetapkan Pegawai Penilai; d) Menentukan sasaran Penilaian Komponen Keberhasilan; dan e) Mengemaskini fail pengurusan PBPPP. 2 “CINTAILAH BAHASA KITA’ (Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung) 4. _ Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, boleh dirujuk kepada Puan Yamuna alp Rama Loo di talian 05-501 5065 atau Puan Zaliaha bi Mohd Asari 05-5015271. 5. _ Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, Terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” ‘Saya yang menurut perintah, 7 NS (HAJI MAT LAZIM BIN IDRIS, AMP.) Pengarah Pendidikan Negeri Perak. sk: 1. Semua Ketua Sektor , Jabatan Pendidikan Negeri Perak 2. Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

You might also like