BMMB3013 Tugasan 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tajuk : Bahasa rojak boleh melunturkan keaslian Bahasa Melayu.

Kerajaan 1 : Selamat pagi dan salam sejahtera serta salam sehati jiwa. Saya Elyana Farida
selaku pencadang pertama dan saudari Eltherty Jata selaku pencadang kedua
bagi sidang ini akan mendebatkan isu bahasa rojak yang boleh melunturkan
keaslian bahasa Melayu seterusnya akan mematahkan hujah-hujah
pembangkang.

Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa:


"Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu". Maka tidak terjadi istilah bahasa
rojak boleh digunakan secara berleluasa kerana bahasa Melayu meruapakan
bahasa kebangsaan negara kita dan seharusnya berbangga dengan bahasa
kebangsaan. Bahasa rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang
menakrifkan amalan beralih kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu
pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish walaupun pada
dasarnya bahasa Melayu yang dituturkan sebagai bahasa dasarnya. Dalam
bidang linguistik, peralihan kod merupakan penggunaan lebih daripada satu
bahasa atau gaya bahasa dalam perbualan.

Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan
kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah
menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot.
Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan
pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak
dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati
kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh
perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan
penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk
menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan
penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di
sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu
Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu
kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak
mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal
apa itu pantun dan syair. Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang
pentadbiran akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan
merosot. Sekiranya pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika
menyampaikan ucapan atau menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat
menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu merosot.

Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh


kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang
tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka
bimbang bahawa siswa-siswi akan kekurangkan kemahiran menulis dan bertutur
sekiranya amalan ini terus berlaku. Hal ini akan menyebabkan keaslian bahasa
Melayu semakin luntur bahkan akan menyebabkan bahasa Melayu dipandang
remeh oleh penutur jati bahasa lain sekaligus merendahkan martabat bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Jika bukan anak muda yang
mengekalkan warisan ini, siapa lagi? Jika bukan sekarang mula
mengamalkannya, bila lagi wahai pembangkang? Jangan dipandang enteng isu
bahasa rojak yang boleh melunturkan keaslian bahasa kebangsaan kita. Di sini
saya tegaskan, para pelajar yang ingin meneruskan pelajaran ke IPTA/IPTS
selepas tamat tingkatan lima diwajibkan lulus bahasa Melayu. Adakah pelajar
dibenarkan menggunakan bahasa rojak semasa menjawab peperiksaan?

Alasan yang paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini adalah untuk
menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama
Bahasa Inggeris. Malangnya penggunaan ini juga secara tidak langsung
mendedahkan mereka kepada cemuhan orang lain yang melihat mereka sebagai
tidak mampu menguasai salah satu daripada bahasa tersebut secara
sepenuhnya. Satu fakta yang memang tidak dapat disangkal lagi ialah
kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran untuk
berkomunikasi dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang sebenar dan ini
kerap menyebabkan mereka disalahertikan terutamanya apabila berada di
negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pertuturan seharian. Hal ini ibarat meludah ke langit terkena ke muka sendiri.

Seterusnya, saya akan menyerahkan kepada saudari pencadang kedua yang


akan meneruskan hujah kami sekaligus mematahkan hujah pihak pembangkang.

You might also like