Bangkit Tubi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan

Daya Tahan Otot


Daya tahan otot adalah keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan
sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. Daya tahan otot
terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.

Daya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban
pada kedudukan yang tetap atau pegun.
Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban
pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik.

Daya tahan otot diukur daripada penguncupan otot yang bekerja berulang-ulang
mengatasi rintangan di dalam satu jangka masa yang lama.

Aktiviti fizikal yang dicadangkan ialah bangkit tubi.

Banyak kecederaan boleh berlaku disebabkan bentuk badan yang tidak dapat
mengekalkan alignment semasa melakukan senaman, latihan ataupun dalam sesuatu
pertandingan. Salah satu latihan daya tahan otot yang boleh digunakan untuk
menguatkan daya tahan otot-otot teras ini ialah latihan bangkit tubi.

Bangkit tubi adalah satu senaman ataupun latihan fizikal yang paling asas. Ia
merupakan satu latihan jasmani di mana kita menggunakan otot rectus
abdominis,transverse abdominus, obliques dan hip flexors untuk menaikkan badan
daripada keadaan senggang ke keadaan separa duduk dan kembali semula dalam
keadaansenggang tanpa menggerakkan kaki yang dibengkokkan kira-kira 90 darjah.

Latihan bangkit tubi separa merupakan satu latihan fizikal untuk meningkatkan
kekuatan dan ketahanan otot-otot di bahagian abdominis. Terdapat banyak variasi, dan
ada sesetengah variasi yang boleh memudaratkan daripada membawa kebaikan. Di
antara variasi berbahaya termasuk yang meletakkan tekanan melampau pada otot-otot
trapezius dan otot-otot erector spine di bahagian bawah belakang. Latihan bangkit tubi
adalah baik dan membawa manfaat jika caranya dilakukan dengan betul.
Contoh gambar bangkit tubi

You might also like