Resepi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

NASI MINYAK WARNA WARNI/HUJAN PANAS - Kak Noormasri.

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi


3 1/2 cawan airJIKA beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau lebih bergantung kpd jenis
beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar minyak masak } untuk menumis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan.


Panaskan minyak sapi dan minyak masakdlm periuk. Masukkan rempah tumis bersama
bawang merah, halia dan bawang putih yg dimayang. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan daun pandan, air dan susu.
Kemudian masukkan tomato puree serta garam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Bila nasi hingga kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata

NOTA: Masa menumis kalau nak guna kesemua minyak sapi (3 s/besar)pung tak apa..kak
Noor suka guna 1 s/besar minyak sapi + 2 s/besar minyak masak supaya nasi tu kurang muak
dan kurang kolestrol

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3cwn tpg beras


* 1/2 cwn tpg gandum *cantik sgt dah sukatan laksam ni*
* 4cwn air suam

* >>bahan kuah:

* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh


* Sdkt halia
* Sdkt bwg putih
* Sdkt bwg merah/besar
* Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula
* >> Bahan ulam
* timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

* >>cili:

* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan
sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di
atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam
kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk
lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak
pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

lepas ni nak ronda2 cari resepi lg...

Selasa, 4 Mei 2010


AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
2 biji bawang besar- dipotong membulat
3 cm kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 batang serai-dititik
8 sudu besar sos tomato
6 sudu besar cili sos
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
8 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau
direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan
minyak dan goreng ayam sehingga masak . Kalau suka boleh biar sampai garing.

-Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dahulu sehingga terbit
bau wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan dikisar serta serai . Kacau semua bahan dan
biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato dan bawang besar serta kacau
lagi . Masukkan gula dan garam kacau tambah bahan jika ada yang terkurang .

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10
minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur.
TERESEK
sumber; FP K.Jie.

Bahan-bahannya

Ayam ( ambil yang bertulang, mempedal , boleh juga masukkan hati ayam- dipotong kecil2)
1 biji jantung pisang dihiris-hiris. ( atau kacang panjang- dipotong serung memanjang)
1 biji kelapa- ambil 4 cawan santan pekat
biji kelapa dibuat keresek - letak 3 sb keresek beli dah siap
4 biji cili merah~dihiris memanjang-ganti cili hijau
garam secukupnya
sedikit gula
1 keping asam keping
paket rempah kari ( nak masukkan 1 paket pun boleh)

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit
sejemput ketumbar biji
10 biji cili kering
7 biji cili api- tak letak

Cara Membuatnya
1. Masukkan ayam dan santan ke dalam periuk dan renehkan sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, rempah kari,asam keping dan kacau rata sehingga mendidih
3. Bila kuah sudah pekat dan ayam dah masak, masukkan jantung pisang ( boleh yang mentah atau yang direbus)
4. Bila jantung pisang sudah masak, masukkan kerisek, garam dan sedikit gula.
5. Kacau sehingga kuah begitu pekat. Masukkan cili merah yang dipotong memanjang. Gaul dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi panas-panas
Rasepi Macaroni And Cheese ( sumber : mesra.net )

475 ml susu segar


1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan

Untuk membuat bechamel sauce :

1. Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia
mendidih. Ketepikan.

2. Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar
tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan
gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan
sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau
hingga cheese cair dan sebati.

3. Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof)
dan taburkan sedikit serbuk roti.

4. Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter)
sehingga 3/4 masak atau al dente. (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

5. Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam sos bechamel tadi, gaul rata. Masukkan
ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga
kekuningan dan cheese membuak.

TERESEK BONDAKU
~ 1 biji jantung pisang - dihiris dan dicelur sekejap
~ 5 biji cili hijau / cili padi, untuk lebih pedas
~ ayam - di potong sederhana
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* Sedikit kunyit hidup
* 6 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar holland -
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu besar ketumbar biji - disagai dan ditumbuk
halus
* 5 tangkai cili kering
~ 3 cawan santan
~ 2 sudu besar kerisik
~ 1 keping asam keping
~ garam, nisan/gula melaka, secukup rasa

Cara2 membuatnya

Blenderkan semua bahan2 yang bertanda *, sediakan


kuali, masukkan ayam, bahan2 blender tadi, garam ,
nisan, asam keping, dan di masak seketika, atau ayam
separuh masak. Kemudian masukkan jantung pisang ,
guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan
kerisik, dan cili hijau. masaklah sehingga kuah tinggal
sedikit, atau hampir kering. Siapppp

macaroni cheese bakar


bahan-bahannya :
1 peket makaroni
1 peket daging hancur
1/2 bawang besar - dipotong dadu
1/2 tin susu pekat
1 tin prego
1 tin cendawan butang
sedikit serbuk origano cheese

cara-caranya :
1. makaroni direbus - toskan.
2. tumiskan daging hancur brsama bawang
3. gaulkan makaroni brsama bahan yg ditumis tdi.
4. gaulkan bersama2 susu pekat , sos prego, cendawan butang dan serbuk origano
5. masukkan adunan ke dlm dulang/ acuan/ bekas kaca dan letakkan cheese dia atasnya
6. bakar adunan di dlm ketuhar brsuhu 150 drjah celcius selama 20 min
7. sedia utk dihidang.

You might also like