Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pokok ketum (Malaysia) ataupun kratom(Thailand) merupakan pokok berdaun hijau yang

sangat mudah tumbuh di dalam iklim tropika. Nama saintifik untuk ketum adalah Mitragyna speciose.
Ia adalah salah satu ahli di dalam keluarga tumbuhan yang dikenali sebagaiRubiaceae di mana pokok
kopi dan gardenia adalah juga di dalam keluarga yang sama. Pokok ketum pertama kalinya
dikenalpasti pada tahun 1839 oleh pakar botani Belanda, Pieter Korthalsdan penulisan tentang
tumbuhan ini telah disiarkan semenjak tahun 1897. Pokok ketum selalunya boleh tumbuh sehingga
ketinggian 12-30 kaki, malah ada yang boleh mencapai ketinggian sehingga 60 kaki. Batang pokok
ketum boleh membesar sehingga 15 kaki dan daunnya boleh membesar sehingga 7 inci panjang dan 4
inci lebar. Daun ketum digunakan untuk banyak tujuan termasuk untuk tujuan pengubatan. Terdapat
lebih 40 jenis compound ataupun bahan kimia yang terdapat di dalam daun ketum termasuk alkaloid
seperti mitragynine, mitraphylline, 7-hydroxymitragynine dan mitragynine pseudoindoxyl. Lain-lain
bahan kimia aktif adalah raubasine, yohimbe, rhynchophylline dan sebagainya.
Alkaloid adalah sekumpulan bahan kimia yang mempunyai atom nitrogen dan terdapat
banyak jenis alkaloid yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk untuk tujuan pengubatan,
menghilangkan sakit, merawat batuk, membunuh kuman, demam, antimalarial, penyakit arythmia,
cirit-birit dan tidak kurang juga yang mempunyai kesan psikotropik. Psikotropik bermaksud bahan
kimia yang boleh merubah fungsi otak dan menyebabkan perubahan kepada persepsi, mood dan juga
kesedaran seseorang. Sebab itu ianya seringkali digunakan untuk tujuan menghilangkan stress dan
untuk tujuan berkhayal. Pendek kata di dalam daun ketum ini terdapat banyak bahan kimia yang boleh
memberi kesan yang pelbagai daripada kesan fizikal hinggalah kesan psikologi termasuk ketagihan
dan kebergantungan (dependency).
Salah satu compound penting dalam daun ketum yang dikategorikan sebagai alkaloid
adalahmitragynine. Ia adalah salah satu bahan alkaloid yang paling banyak terdapat di dalam daun
ketum. Dipercayai bahan inilah yang menjadi sebab ramai penggemar ketum mengambil daun ketum.
Apa yang menarik adalah kepekatan mitragynine di dalam daun ketum bergantung kepada banyak
faktor, salah satu faktor paling penting adalah tempat di mana pokok ketum ini membiak. Pokok
ketum yang tumbuh di negara-negara Asia Tenggara mempunyai kandungan mitragynine yang tinggi,
manakala jika tumbuh di tempat lain dan di bawah rumah hijau, kepekatannya menjadi
rendah. Mitragynine ini dikatakan 13 kali lebih poten dari morfin. Ia bertindak ke atas reseptor mu
dan delta-opioid, reseptor serotonin di otak serta reseptor noradrenergic di saraf tunjang. Kajian
analisis LC-ESI-MS menunjukkan bahawa peratusan kandungan mitragynine di dalam daun ketum
adalah pada tahap 1-6%. Di dalam dos rendah, daun ketum boleh memberi kesan ransangan
(stimulant) sehingga seseorang itu merasa bertenaga, lebih ceria dan mesra tetapi di dalam dos yang
tinggi, ia boleh memberi kesan mengantuk dan kesan narkotik termasuk depresi sistem saraf pusat.
Dos rendah adalah daun seberat 1-5 gram manakala dos tinggi pula adalah dari 5-15 gram. Jika
diambil pada dos melebihi 15gram, seseorang akan mengalami kesan sedatif yang melampau
(mengantuk dan lali), malah boleh menjadi stupor (hampir tidak sedar diri). Terdapat juga lapuran
kejadian sawan selepas mengambil daun ketum melebihi 15 gram. Sehelai daun ketum yang segar
seberat 2 gram boleh mengandungi 79 mg (0.078 gram) mitragynine.
Maklumat tambahan
Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan
Terengganu. Di sesetengah tempat ketum dipanggil pokok biak. Masyarakat tradisi menggunakan
daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat bekerja.
Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih. Daun ketum juga digunakan untuk merawat
ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan
berkenaan. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.
Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk
menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot, sakit-sakit sendi dan
lelah. Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan
kencing manis.
Bahan Aktif
Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid
yang utama
Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug
narkotik seperti candu
Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907
Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964
Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine)
Terdapat perkaitan jauh dengan tryptamine-based psychedelic drugs seperti yohimbin, psilosibin
dan LSD
Cara-cara menanam pokok ketum
Pokok ketum juga boleh di tanam melalui biji benih,iaitu dengan menyemai biji ketum ke
dalam medium semaian.Kemudian biarkan beberapa minggu sehingga anak benih ketum tumbu.
Apabila meningkat dewasa pokok ketum perlulah diubah ke tempat yang lebih luas.Selain itu pokok
ketum juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang.Kaedah ini perlulah dilakukan dengan
memotong bahagian batang yang cukup matang usianya.
PENYEDIAAN
Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun yang terdapat sebelum pucuknya.
Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas dipetik, masukkan daun-daun
tadi ke dalam periuk dan dibasuh dengan bersih. Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang
kecil agar kandungan nutriennya senang diserap. Rebus daun ketum itu, tetapi jangan direbus dengan
air yang banyak. Biar pekat. Lagi pekat airnya lagi piau (power).
Selepas 2 jam dimatikan api. Biarkan rebusan itu sejuk sebelum ditapis. Minum airnya, tetapi jangan
berlebihan. Air ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.
Tambahan:
Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki
air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa. Air rebusan yang telah masam dan berbuih
tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.

You might also like