Folio Sivik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

SMKTP

FOLIO
SIVIK

MASALAH
PONTENG One who absents himself from place of work, expecially the
child who stay away from school wihout leave PONTENG
SEKOLAH
BIODATA

Nama: Maziah Masyudi (Ketua Kumpulan)

Tarikh lahir: 9 Feb 1993

Hobi: Melayari internet

Cita-cita: Usahawan & guru

Moto hidup: Capai apa yang diingini

Nama: Mohd Amirul Amzar Mohd Kamal

Tarikh lahir: 23 April 1993

Hobi: Membaca buku ilmiah

Cita-cita: Pensyarah

Moto hidup: Kita dalam hidup, mestilah sentiasa lebih daripada orang lain

Nama: Siti Zurida Anum Md Nasir

Tarikh lahir: 29 Sept 1993

Hobi: Membaca buku & mengedit gambar

Cita-cita:

Moto hidup: Apa yang penting, smile must be always


Nama: Syafikah Kunhamoo

Tarikh lahir: 11 Ogos 1993

Hobi: Melayari internet, memasak, belajar & bersukan

Cita-cita: Jurutera, usahawan & guru

Moto hidup: Never say never

Nama: Muhd Hazman Abd Aziz

Tarikh lahir: 30 April 1993

Hobi: Bermain game, membaca komik & mendengar lagu

Cita-cita: Ahli sukan, usahawan & saintis

Moto hidup: Never give up

Nama: Nur Syamimi Ibrahim

Tarikh lahir:

Hobi: Melayari internet

Cita-cita: Guru

Moto hidup: Berusaha, doa & tawakal sentiasa kepada ALLAH


TAJUK PROJEK

MASALAH PONTENG SEKOLAH

DEFINISI PONTENG

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri
kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng
didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut
digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan
bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar
mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan
sekolah.

Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas,
sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah
ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut
diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian.

JENIS-JENIS PONTENG
1. Ponteng sekolah
2. Ponteng kelas
3. Ponteng perhimpunan
4. Ponteng aktiviti ko-kurikulum
5. Ponteng ujian
6. Ponteng peperiksaan
7. Ponteng bersendirian

MATLAMAT PROJEK
Matlamat projek ini adalah untuk mengkaji tentang masalah ponteng sekolah yang kian
menjadi-jadi dewasa ini. Projek ini juga diwujudkan bertujuan untuk menyedarkan para pelajar
bahawa aktiviti ponteng sekolah ini akan membawa natijah yang buruk kepada mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mencari:

Faktor-faktor ponteng sekolah

Kesan ponteng sekolah kepada para pelajar

Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah


SENARAI AHLI KUMPULAN & TUGASAN

Nama ahli kumpulan Tugasan

Maziah Mencari maklumat

Amzar Mencari lampiran

Syafikah Menaip folio

Zurida Mencetak folio

Syamimi Mengemaskini folio

Hazman Mengemaskini folio

KAEDAH KAJIAN
Kami menggunakan beberapa kaedah kajian yang seperti berikut:

Kaedah carian: Melayari internet untuk mendapatkan maklumat

Kaedah memerhati: Membuat perhatian di sekolah

Kaedah membaca: Membaca surat khabar untuk mendapatkan maklumat

HASIL KAJIAN
TEMUBUAL
Ini merupakan salah satu hasil kajian yang telah kami lakukan terhadap 2 responden yang
terpilih. 2 responden ini merupakan individu yang pernah ponteng sekolah.

Responden pertama:

Nama: Syakila

Umur: 18 tahun

Status: Pelajar

Soalan: Apakah alasan anda jika ponteng sekolah?

Jawapan: Saya bangun lambat.

Soalan: Apakah yang akan anda lakukan jika anda ponteng sekolah?

Jawapan: Saya akan menonton telvisyen di rumah dan melayari internet.

Responden kedua:
Nama: Rahim

Umur: 23 tahun

Status: Pelajar

Soalan: Apakah alasan anda jika ponteng sekolah?

Jawapan: Saya tidak ada mood untuk belajar. Lebih baik saya melakukan kerja lain.

Soalan: Apakah yang akan anda lakukan jika anda ponteng sekolah?

Jawapan: Saya akan ke gelanggang bola keranjang dan bermain di situ bersama kawan yang lain
yang turut ponteng pada masa itu.

PUNCA MASALAH
KELUARGA
Keluarga yang bergolak akan membawa kepada masalah ponteng ini. Pelajar akan
memberontak kerana tidak dipedulikan.

Ibubapa yang sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk melihat prestasi anak-anak di
sekolah membuatkan anak meraka senang untuk ponteng sekolah.

SEKOLAH
Sistem pembelajaran yang membosankan membuat pelajar hilang minat untuk ke
sekolah.

Guru-guru yang memberikan kerja sekolah terlalu banyak sehinggakan pelajar tidak
dapat menyiapkan seterusnya tidak hadir ke sekolah kerana takut dimarahi.

Disiplin yang longgar.

RAKAN SEBAYA
Mudah terpengaruh pujukan rakan.

Salah memilih rakan.

PERSEKITARAN
Pusat hiburan yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Infrastruktur yang disalahgunakan

Budaya masyarakat

MASYARAKAT
Masyarakat yang hanya pandang serong terhadap masalah ini. Mereka tidak menegur
pelajar yang melepak di shopping mall, cybercaf dan sebagainya pada waktu
persekolahan dengan berpakaian sekolah.

KESAN MASALAH
Gejala ponteng ini boleh mengakibatkan pelajar didenda. Antara kesan kepada pelajar adalah:

Kaunseling

Amaran

Merotan (sekali)

Merotan (2 kali)

Merotan (3 kali)

Merotan melebihi 3 kali

Gantung sekolah

Buang sekolah

Tindakan polis

CARA MENGATASI
Pelbagai cara yang boleh diambil oleh semua pihak untuk mengatasi masalah ini. Antara
masalah yang boleh diambil adalah:

Memberi didikan agama yang sempurna agar pelajar dapat memahami diri dan
tanggungjawab kepada mereka.

Sistem pembelajaran yang lebih menggalakkan hubungan komunikasi dua hala.

Ibubapa perlu berdamping dan meluangkan masa dengan para pelajar untuk memahami
dan membuat keputusan bersama.

Masyarakat perlu memainkan peranan dengan memberi kerjasama.

Pihak kerajaan perlu memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang


yang diwartakan . Umpamanya mendirikan tempat-tempat pengaduan HEP, melarang
pelajar-pelajar berpakaian sekolah mengunjungi pasaraya, pusat hiburan, dan cybercafe
pada waktu sekolah

STATISTIK
REFLEKSI AHLI KUMPULAN
Sepanjang menyiapkan projek ini, kami telah mengahdapi beberapa masalah. Tetapi, bagi
menyiapkan projek ini, kami sedaya upaya mencuba mengenetepikan masalah tersebut. Antara
masalah yang berlaku adalah:

Mesin pencetak gagal berfungsi, kami terpaksa pergi ke cybercafe mencetak folio ini.

Kami juga diuji dengan mesin pencetak yang dakwat warnanya telah habis, jadi kami
terpaksa hanya menggunakan warna hitam dan putih untuk folio ini.

PENGHARGAAN
Kami mengucapkan ribuan penghargaan kepada Puan Zalefa kerana telah memberi tunjuk ajar
kepada kami serta memberi taklimat yang jelas serta terperinci kepada kami. Selain itu, kami
ingin berterima kasih kepada kawan-kawan kami yang telah memberi khidmat nasihat kepas
kami sekumpulan bagi menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada responden kami yang sudi
bekerjasama meluangkan masa walau sedikit untuk kumpulan kami ini. Akhir sekali, terima
kasih kepada ibubapa kami pula yang membantu dari segi kewangan. Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN
Carian :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Sebahagian daripada remaja yang sedang melayari internet disalah


sebuah siber cafe di Cheras, Kuala Lumpur.

y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

Kafe siber tumpuan pelajar ponteng

WALAUPUN kerajaan memberi penekanan untuk membudayakan komunikasi teknologi maklumat, namun
kewujudan pusat-pusat kafe siber sering dipandang serong kerana sering disalahgunakan untuk tujuan yang negatif.

Sebab itu, apabila disebut kafe siber, ia tidak dilihat sebagai tempat untuk mengakses Internet bagi mendapatkan
maklumat berfaedah, tetapi akan dikaitkan dengan perjudian dan permainan video yang hanya membazir masa.

Malah terdapat pengusaha yang menyalahgunakan lesen untuk tujuan mengaut keuntungan cara mudah walaupun
ia melanggar undang-undang.

Bagi para pelajar yang nakal pula, kafe siber yang menawarkan permainan video sering menjadi tempat
persembunyian ini.

Bagi menyelami masalah yang telah berakar umbi itu, wartawan Utusan Malaysia Au Yeong How dan jurugambar
meninjau secara dekat gejala ini sebelum cuti persekolahan lalu.

Apa pun hanya segelintir kafe siber yang beroperasi secara haram. Namun yang segelintir inilah menjadi punca
kepada keruntuhan moral di kalangan generasi muda yang memerlukan tindakan berterusan dan tegas daripada
pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Kafe Siber sama ada yang berlesen ataupun yang beroperasi secara haram sering
menjadi tumpuan pelajar untuk ponteng sekolah.

Namun kegiatan para pelajar terbabit biasanya sukar dikesan kerana mereka akan menyalin dahulu pakaian
seragam sebelum meneruskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Sehubungan itu penulis telah menyamar sebagai pelajar sekolah bagi melihat secara lebih dekat gejala yang sering
dikaitkan dengan krisis sosial dan moral di negara ini.

Pada hari pertama, penulis dengan berpakaian seragam pelajar sekolah menengah berpeleseran di sekitar Plaza
Low Yat, Sungei Wang Plaza dan Berjaya Times Square untuk mencari tempat tumpuan pelajar ponteng.

Walaupun ada arked video dan kafe siber di situ, tetapi tidak ada pelajar ponteng dan daripada maklumat jika ada
pun mereka sukar dikesan kerana sudah bertukar pakaian.

Pada hari kedua, hasil cadangan rakan setugas, penulis melepak di sebuah restoran di Setapak, Kuala Lumpur
tempat tumpuan pelajar ponteng.

Penulis membuat pengawasan bermula pukul 6.50 pagi. Pada pukul 7 pagi muncul tiga pelajar dengan pakaian tidak
terurus, bersarapan di satu sudut terpencil restoran tersebut.

Naluri penulis merasakan mereka mahu ponteng sekolah kerana masih melepak walaupun waktu persekolahan
sudah bermula.

Penulis kemudian menghampiri mereka dan bertanya tentang kafe siber yang menawarkan permainan komputer
dengan kadar yang murah.

Mereka menunjukkan sebuah premis di seberang jalan dan tinjauan saya mendapati ada dua kafe siber di situ.

Setelah mendapati tiada pelajar ponteng di situ, penulis kembali kepada kumpulan tiga pelajar tadi. Setelah berjaya
menyakin mereka bahawa penulis juga ponteng sekolah penulis 'diterima' untuk bersama mereka yang dikenali
sebagai Eason, Mohd. Khairul dan Chan (bukan nama sebenar).

Mereka merupakan para pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah persendirian.

Mereka bersarapan pagi bersama-sama dengan hidangan nasi goreng, nasi lemak dan roti bakar serta kopi.

Sambil berbual selama hampir sejam setengah dengan mereka, penulis mendapati mereka kerap berbahasa kesat,
merokok dan bersembang kosong bagi menghabiskan masa.

Pemerhatian penulis juga mendapati Eason membelanja rakan-rakannya makan dan rokok dengan wang kertas
RM50.

Terkejut seketika apabila mengetahui kos sarapan pagi itu hampir mencecah RM16. Itu belum termasuk duit rokok
jenama terkenal.

Pada pukul 8.30 pagi, kami bergerak ke kafe siber yang terletak bersebelahan kedai itu. Keadaan dalaman kedai itu
gelap. Ia dikawal oleh tiga pemuda yang lagaknya seperti samseng.

Ia adalah satu dewan besar yang menghimpunkan ratusan komputer. Kesemuanya dikunci dengan mesej Sila buat
bayaran di kaunter terlebih dahulu.

Ketika itu, terdapat lebih kurang lima hingga enam pelajar lain yang ponteng sedang bermain permainan komputer.
Kami duduk di sebaris meja di penghujung dewan. Belum sempat saya membayar apa-apa, Eason telah terlebih
dahulu membuat pembayaran untuk kami semua.

Dia membayar semuanya sebanyak RM16 untuk permainan tanpa henti selama dua jam. Kadar bayarannya ialah
RM2 sejam.

Walaupun dua jam permainan video adalah masa yang singkat untuk mereka, namun ia adalah masa yang paling
sukar untuk penulis melaluinya.

Setelah tempoh dua jam tamat kami kembali ke restoran tadi untuk makan.

Sejam kemudian, seorang rakan mereka datang. Dia yang bernama Daniel, ialah pelajar sesi petang di sekolah yang
sama.

Sebagai membalas budi Eason membelanja saya bermain permainan komputer, saya pula membayar kos makan
minum mereka berjumlah RM26 kesemuanya.

Pada waktu tengah hari (pukul 12 tengah hari), kami kembali ke kafe siber yang sama. Ini kerana, Eason
memberitahu, mereka masih ada satu jam lagi sebelum sekolah bersurai dan mereka akan pulang ke rumah selepas
itu.

Ketika itu lebih ramai pelajar di dalamnya yang membuat bising selain bunyi bising daripada permainan video.

Penulis bersama 'rakan' baru itu beredar dan kemudiannya berpisah setelah tempoh masa permainan tamat.

Namun dalam kafe siber itu masih penuh dengan para pelajar termasuk sebahagian besarnya berpakaian seragam
sekolah.

Mereka berbuat demikian tanpa rasa takut seolah-olah tidak ada penguatkuasaan.
Pelajar marayau ketika ponteng sekolah

Pelajar yang asyik bermain permainan video di pusat hiburan semasa waktu persekolahan.
BIBLIOGRAFI

wikipedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng

harian online

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

blogspot

http://lohanranau.blogspot.com/2008/09/punca-dan-cara-penyelasaianmasalah.html

scribd

http://www.scribd.com/doc/20981153/KAJIAN-PONTENG-SEKOLAH
PERLAKSANAAN PROJEK

Perlaksanaan projek Minggu

Mendengar taklimat serta mendapat tajuk projek Pertama (5 Jan-11 Jan)


dari Puan Zalefa

Mencari bahan di internet dan surat khabar Kedua (12 Jan-18 Jan)

Memulakan menaip bahan Ketiga ( 19 Jan-25 Jan)

Mengemaskini bahan Keempat(25 Jan-5 Feb)


ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT
1 BIODATA 1-2

2 TAJUK PROJEK 3

3 MATLAMAT PROJEK 4

4 OBJEKTIF KAJIAN 5

5 SENARAI AHLI KUMPULAN & TUGASAN 6

6 KAEDAH KAJIAN 7

7 HASIL PROJEK 8

7.1 RESPONDEN 1 8

7.2 RESPONDEN 2 9

7.3 PUNCA MASALAH 10-11

7.4 KESAN MASALAH 12

7.5 CARA MENGATASI 13

7.6 STATISTIK 14

7.7 REFLEKSI AHLI KUMPULAN 15

8 PENGHARGAAN 16

9 LAMPIRAN 17-20

10 BIBLIOGRAFI 21

11 PERLAKSANAAN PROJEK 22

You might also like