Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KUMPULAN 4

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI KANAK-KANAK (RPA)

Bidang Pembelajaran : Perkembangan Awal Matematik & Pemikiran Logik

Nama : Mohd Zulfadhli Bin Mohamad Radzuan

Tajuk Aktiviti : Meneroka Objek

Masa : 15 minit

Umur : 1 tahun

Bilangan : 2

Tema Besar : Permainan

Tema Kecil : Kedudukan dan Ruang

Pengetahuan sedia ada :

1. Kanak-kanak boleh membezakan kuantiti; besar-kecil.

2. Kanak-kanak boleh menyebut konsep seperti besar, kecil, jauh, dekat, tinggi,
rendah dan sebagainya.

Objektif Pembelajaran :

1. Supaya kanak-kanak boleh memahami konsep kedudukan dan ruang. (AMPL)

2. Supaya kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan. (PF)

3. Supaya kanak-kanak dapat berseronok sambil belajar. (SSEK)

Senarai Bahan :

1. Kotak @ Bakul, berkedalaman sederhana.

2. Lori Permainan

Jika perlu,

3. Kotak @ Bakul, berkedalaman tinggi.

4. Bus Permainan

Ruang Aktiviti : Ruang dalam TASKA; Sudut Aktiviti

Langkah Permulaan
KUMPULAN 4

1. Pengasuh bemesra dengan kanak-kanak dan mengucapkan salam.

2. Pengasuh bermain tepuk amai-amai bersama kanak-kanak bagi menjadikan


kanak-kanak selesa untuk meneruskan aktiviti bersama pengasuh.

3. Pengasuh mengeluarkan bahan aktiviti.

4. Pengasuh menerangkan aktiviti yang akan dijalankan.

5. Pengasuh membimbing kanak-kanak dalam melakukan aktiviti.

6. Pengasuh memasukkan permainan ke dalam kotak di hadapan kanak-kanak tersebut.

7. Pengasuh mengeluarkan permainan tersebut dihadapan kanak-kanak.

8. Pengasuh mengulangi perbuatan tersebut di hadapan kanak-kanak.

9. Pengasuh meletakkan kotak berisi permainan berdekatan dengan kanak-kanak


tersebut.

10. Pengasuh membenarkan kanak-kanak meneroka objek di dalam kotak.

11. Apabila pengasuh memegang objek, tepuk tangan sebagai tanda kanak-kanak tersebut
berjaya mengambil objek tersebut.

12. Biarkan kanak-kanak terus meneroka.

13. Berikan pujian kepada kanak-kanak tersebut.

14. Berikan galakan kepada kanak-kanak tersebut.

Langkah Kontigensi

Jika kanak-kanak mendapati aktiviti terlalu sukar;

1. Jika kanak-kanak mampu mengenali semua bahan yang digunakan dalam aktiviti,
perkenalkan perkara baru.

Contoh: Nama pokok bunga/buah yang baru, atau nama lain bagi pokok tersebut

(jika ada)

2. Pengasuh harus bertanya kenapa mereka enggan menyentuh atau meluahkan perasaan
mereka. Pengasuh perlu memberi respon sesuai kepada masalah mereka.

3. Jika bahan yang digunakan menakutkan kanak-kanak tersebut (bentuk/warna), beralih


ke bahan lain yang ada di persekitaran.

4. Jika kanak-kanak enggan bercerita dengan anda atau rakan yang ada dengannya, cuba
cari rakan atau pengasuh yang dia selesa bercerita untuk menggalakan mereka
bercakap.

5. Pengasuh harus menggalakkan kanak-kanak tersebut melakukan eksplorasi bersama


rakan mereka dan membantu dalam berinteraksi bersama rakan.
KUMPULAN 4

Penutup

1. Pengasuh meminta dan membantu kanak-kanak membersihkan diri sebelum kembali ke


ruang dalam TASKA; Membasuh tangan dengan sanitizer.

2. Pengasuh membawa kanak-kanak kembali ke dalam TASKA.

3. Pengasuh bertanya jika kanak-kanak gembira dengan aktiviti tersebut.

4. Pengasuh bertanya kembali apa yang mereka telah lihat dan sentuh, serta perasaan
mereka apabila menyentuh objek-objek tersebut.

5. Pengasuh memberi pujian dan galakkan kepada semua kanak-kanak yang terlibat.

6. Pengasuh menyerah kembali kanak-kanak tersebut kepada pengasuh yang bertugas.

Pemerhatian

1. Keselamatan

a) Ruang aktiviti mestialah selamat dan luas

b) Ruang aktiviti tidak mempunyai peralatan yang merbahaya

c) Lantai ruang aktiviti tidak licin

d) Bahan yang akan disentuh tidak tajam ataupun kotor,

2. Kebersihan

a) Ruang aktiviti mestilah bersih

b) Ruang aktiviti mempunyai pengudaraan yang segar

3. Kesihatan

a) Pastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat

b) Pastikan keperluan kanak-kanak telah dipenuhi

4. Teori Berkaitan

a) Teori Perkembangan Psikososial (Erikson)

Autonomi VS. Malu (18 bulan - 3 tahun)

Berdikari dan Self-esteem

Jika kanak-kanak diberi peluang yang cukup, mereka boleh berdikari. Jika kurang
peluang meneroka dan dikongkong, kanak-kanak kurang berjaya dan akan memiliki
sifat malu.
KUMPULAN 4

Nama Jurulatih : /30

Tandatangan :

You might also like