Contoh Esei Kerja Kursus 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Contoh Esei Kerja Kursus

Tema : Undang-undang

Tajuk : Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Dari
Tahun 2009 hingga 2014.

Pengenalan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan yang terdiri daripada 111,450 orang
pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General
Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya.1 Program pencegahan jenayah yang
sentiasa dijalankan oleh PDRM kini ialah mengadakan sistem bit dan ronda, mengadakan
sekatan jalan raya, membuat serbu-serbuan keatas penjenayah, mengiringi atau mengawal
pemindahan wang untuk mengelak daripada dirompak atau disamun atau mengenakan sekatan ke
atas orang-orang yang dikenal pasti boleh menjejaskan kententeraman dalam masyarakat. Selain
itu, PDRM juga menjalankan kempen-kempen untuk menyedarkan orang tentang modus
operandi penjenayah dan cara-cara mencegah daripada berlakunya jenayah. Di samping itu,
PDRM juga mengaturkan rancangan untuk membasmi jenayah dan menjalankan risikan untuk
mengesan serta mengenal pasti penjenayah dan kawalan-kawalan kegiatan mereka.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan (IPD) merupakan salah satu cawangan yang
diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia, Sabah. Cawangan ini berpusat di Ibu Pejabat Kontinjen,
Sabah. Terdapat beberapa lagi cawangan yang di wujudkan di beberapa daerah di kawasan Sabah
ini. Antaranya ialah di daerah Kota Kinabalu, Beaufort, Beluran, Keningau dan banyak lagi.2
Fungsi pasukan polis adalah seperti yang termaktub mengikut Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 iaitu
berkhdmat di dalam dan di seluruh Malaysia termasuklah perairan wilayahnya bagi memelihara
undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia,
mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwah pesalah-pesalah dan seterusnya
mengumpul risikan keselamatan.

Sejarah Perkembangan IPD Sandakan

Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan (IPD) merupakan salah satu cawangan yang
diwujudkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Sandakan. Dahulunya IPD Sandakan ini
dikenali sebagai Ibu Pejabat Bahagian Polis Sandakan. IPD Sandakan ini mula beroperasi secara
rasmi pada 14 Jun 1982, bersamaan 22 Syaaban 1402. Pada waktu itu, IPD mempunyai keluasan
kawasan 2,266 km persegi.Bangunan IPD Sandakan ini telah dirasmikan oleh YBH Tan Sri
Datuk Mohammed Haniff Bin Omar. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara bermula
pada 8 Jun 1974 sehingga 15 Januari 1994. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang keempat
pada masa itu. 3 Tujuan utama penubuhan IPD Sandakan ini ialah untuk memudahkan pasukan
polis menyelesaikan kes-kes jenayah, melaksanakan jentera pasukan dan mengeratkan
perhubungan serta kerjasama dengan orang ramai.4 Hal ini demikian kerana anggota-anggota

1
polis yang ditempatkan disesuatu daerah akan lebih faham mengenai keadaan geografi kawasan,
masyarakat dan kebudayaan serta adat resam penduduknya. 5 Dengan itu kawasan yang
mempunyai banyak kes jenayah akan mudah disekup oleh pihak polis. Keadaan membuktikan
bahawa penubuhan IPD di setiap daerah sangat penting.

Sejak IPD Sandakan ini dibukasecara rasmi oleh YDH Tan Sri Datuk Mohammed Haniff
Bin Omar, Ketua Polis Daerah yang pertama di Sandakan telah pun dilantik, beliau ialah YDH
Datuk Iliyas Ibrahim.6 Pada tahun 1982 ini, IPD Sandakan telah mula beroperasi dengan
kekuatan tentera seramai 11 Pegawai Kanan dan 442 APR. Pada tahun itu juga IPD Sandakan
mempunyai 3 Balai Polis dan 6 Pondok Polis dalam menjalankan struktur pentadbirannya.7
Antara Balai Polis yang telah diwujudkan di beberapa kawasan Sandakan ialah Balai Polis
Sandakan yang terletak di Bandar Sandakan, Balai Polis Ulu Dusun yang terletak di Batu 30
Jalan Labuk Sandakan dan Balai Polis Seguntur yang terletak diBatu 8 Jalan Labuk Sandakan.
Manakala, Pondok Polis pula ialah Pondok Polis Sg.Manila yan terletak di Batu 12 Jalan Labuk
Sandakan, Pondok Polis Sibuga yang terletak di Batu 6 Jalan Labuk, Pondok Polis Kim Fung
yang terletak di Bandar Kim Fung Batu 4 Sandakan, Pondok Polis Suan Lamba yang terletak di
Off Jalan Sukau Sandakan, Pondok Polis Lapangan Terbang yang terletak di Lapangan Terbang
Sandakan dan Pondok Polis Sg.Tiram yang terletak di daerah Sandakan.

Tujuan utama Balai Polis dan Pondok Polis ini ditubuhkan adalah sama seperti tujuan
penubuhan IPDdi setiap daerah Sabah, iaitu untuk memudahkan pasukan polis menyelesaikan
kes-kes jenayah, melaksanakan jentera pasukan dan mengeratkan perhubungan serta kerjasama
dengan orang ramai. Hal ini juga selaras dengan slogan Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami
.Penubuhan Balai Polis dan Pondok Polis di beberapa kawasan Sandakan ini mendapat
sambutan yang baik oleh penduduk-penduduknya yang tinggal di kawasan berkenaan.

Sumbangan Pasukan Polis IPD Sandakan


Dalam melakukan sesuatu tugasan, IPD Sandakan sememangnya telah banyak
memberikan sumbangan kepada semua masyarakat di daerah Sandakan. Demi mempertahankan
negara dan memelihara keselamatan masyarakatnya, IPD Sandakan telah melakukan tugasan
mereka dengan sedaya dan semampu mereka. Berikut merupakan sumbangan IPD Sandakan
kepada masyarakat di daerah Sandakan.

Membantu Membuat Pemeriksaan Semasa Sabah Diceroboh

Pada tahun 2013, Jamalul Kiram mencoba untuk menceroboh negeri Sabah.8 Penceroboh
ini telah mula bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 februari bagi melakukan
persediaan menentang tentera Malaysia. Penceroboh ini inginkan negeri Sabah kerana menurut
mereka Sabah adalah kepunyaan mereka.9 pencerobohan ini telah dapat dikesan sekumpulan
nelayan tempatan dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki
berpakaian ala polis dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou. Setelah kerajaan

2
Malaysia mengetahui pencerobohan ini, perbalahan antara sekumpulan kecil kumpulan
penceroboh dengan anggota polis Malaysia telah berlaku. Setelah kejadian ini menjadi
semangkin serius, Persuruhjaya Polis Sabah iaitu Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam
daerah terlibat dalam perintah berkurung iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak,
Semporna dan Tawau.

Datuk Jalaludin Abdul Rahman juga berkata tempoh perintah berkurung di enam daerah
ini akan berlanjutan tidak melebihi 14 hari. Dengan itu, IPD Sandakan telah mengarahkan
anggota-anggotanya untuk membuat pemeriksaan di beberapa kawasan di Sandakan.Pada tahun
2013 iaitu bersamaan dengan bulan Mac pada hari khamis, anggota-anggota polis IPD Sandakan
dari beberapa kawasan telah mula beroperasi untuk membuat pemeriksaan di beberapa kawasan
di Sandakan. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengelak daripada diceroboh oleh pihak
musuh. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk membantu anggota polis daripada Lahad Datu agar
musuh-musuh tidak berjaya menceroboh daerah Sandakan dan untuk menjaga keselamatan
masyarakat di Sandakan supaya tidak menjadi mangsa penimbakan pihak musuh.

Menjalankan Usaha Untuk Mengeratkan Hubungan Mesra Polis Bersama Masyarakat

Usaha mengeratkan hubungan mesra di antara pihak polis dengan masyarakat umum
terus diperhebat menerusi Program Jiwa Murni. Program Jiwa Murni ini merupakan satu
landasan terbaik bagi mendekatkan pihak polis dengan masyarakat setempat.10 Program ini
dikendalikan oleh PasukanGerakan Am (PGA) dan diadakan di padang Pangsapuri Batu 10
sungai Batang, Sandakan. Melalui progrm ini sekurang-kurangnya ia dapat membantu pasukan
untuk berinteraksi dengan orang ramai dan sekali gus meningkatkan lagi kerjasama antara pihak
polis dengan masyarakat yang sedia wujud selama ini. Pegawai Pemerintah Batalion 15 Pasukan
Gerakan Am (PGA), Sandakan, Encik Supt. Landi Ilod berkata, program ini amat penting kerana
ini dapat memperlihatkan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab anggota polis dalam
menjaga keselamatan masyarakat dan memerangi jenayah. Dalam program yang dijalankan ini,
pelbagai acara telah diadakan antaranya, senamrobik antara anggota polis bersama masyarakat,
pameran, sukaneka, persembahan hiburan dan gerai-gerai jualan turut diadakan.

Mengadakan Program PDRM Bertemu Pelanggan IPD Sandakan

Pada tahun 2014, ssatu program telah diadakan di Sandakan iaitu Program PDRM
bertemu pelanggan IPD Sandakan.11 Program ini bertempat di Enterance Wisma MPS
Sandakan. Program yan dilangsungkan ini dihadiri oleh 12 orang pegawai PDRM dan 250 orang
awam. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendengar keluhan masyarakat tempatan
mengenai masalah yang dihadapi oleh sebilangan masyrakat ini. Antara isu yang dibangkitkan
ialah masalah kecurian di kampung Sabah Baru di Batu 3, Sandakan. Selain itu, masalah
lalulintas di kawasan Taman Mawar, Sandakan juga turut dibangkitkan oleh masyarakat
tempatan. Tidak tertinggan juga masalah sosial yang berlaku juga di kampung Sabah Baru di

3
Batu 3, Sandakan. Masyarakat ini kebanyakanya meminta agar pihak berkuasa sering membuat
rondaan di kawasan taman-taman dan bandar baru bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
daripada berlaku.

Kaedah Pengurusan IPD


Matlamat organisasi akan dapat dicapai dengan adanya sistem pengurusan yang baik
terutamanya dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk menjaga keharmonian negara.
Dalam hal ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan (IPD) telah menetapkan visi dan misi yang
harus dicapai melalui kaedah pengurusan yang digunakan, antara visi penubuhannya ialah
Agensi Peneraju Dalam Menjadikan Malaysia yang Selamat, Aman dan Sejahtera. Manakala,
misi IPD pula adalah Menjadikan Perkhidmatan Profesional Dan Berkualiti Dalam Melindungi
Negara Dan Menjamin Persekitaran yang Selamat Bagi Masyarakat. Melalui visi dan misi ini
ketua bahagian dan ketua cawangan membahagikan tugasan mengikut bidang kuasa masing-
masing terpulang kepada jenyah yang dilaporkan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun,
menurut Sub/Insp KAKK RF/ 108424 Aribahal Bin Hj. Siam yang bertugas dalam Hal Ehwal
Awam, visi dan misi ini akan berubah setiap tahun berdasarkan pencapaian melalui kaedah yang
digunakan.

Membuat Pemantauan Tugas Melalui Masyuarat


Ketua polis IPD akan sentiasa membuat pemantauan tugasan melalui mesyuarat yang
kebiasannya diadakan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Dalam masyuarat ini, anggota-anggota
polis kebiasaannya membincangkan mengenai struktur pembahagian tugasa mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh ketua bahagian dan ketua cawangan. Struktur pembahagian tugas ini
wujud disebabkan IPD Sandakan mempunyai banyak cawangan. Jadi dengan itu, masyuarat
antara polis-polis di Sandakan akan diadakan bagi membahagikan struktur tugasan mereka.
Tujuan utama masyuarat ini diadakan adalah untuk melicinkan pentadbiran IPD Sandakan
dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Namun begitu, dalam melaksanakan masyuarat ini,
anggota-anggotanya tidak dikehendaki untuk menangkap gambar mereka bermasyuarat. Keadaan
ini juga telah dijelaskan oleh anggota-anggotanya melalui sesi temubual. Mereka mengatakan
bahawa keadaan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dilanggar oleh anggota-anggotanya.
Oleh itu tangkapan gambar tidak boleh didedahkan oleh anggota-anggota polis.

Mengadakan Latihan Kawad Kaki


Selain membuat pemantauan tugas melalui masyuarat, latihan kawad kaki juga turut
dijalankan oleh IPD. Tujuan utama latihan kawad kaki ini diadakan adalah untuk meraihkan
perpisahan seseorang pegawai tinggi yang akan bersara. Latihan kawad kaki ini diadakan dengan
menggunakan senjata api. Latihan ini dijalankan oleh anggota pasukan seragam terutamanya
tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan yang serentak. Latihan
kawad kaki ini juga dijalankan bertujuan untuk menyeragamkan pergerakan anggota-anggota
polis. Pergerakan yang seragam dapat mempercepatkan sesuatu urusan pihak polis kerana
anggota-anggota polis mengutamakan pergerakan kaki, tangan dan badan yang serentak dalam
melakukan sesuatu tugasan. Namun, tidak kesemua urusan mereka memerlukan keseragaman
hanya hal-hal tertentu sahaja. Sebagai contoh, sekiranya pihak polis menangkap penjenayah dan

4
penjenayah tersebut dihadapkan ke Mahkamah, dengan itu pergerakan polis haruslah serentak
dalam membawa penjenayah ini.12 Latihan kawad kaki ini sudah dimulakan sejak kehadiran
tentera-tentera asing di Tanah Melayu iaitu pada kurun ke-14.

Operasi Rondaan 1 Malaysia


Operasi Rondaan 1 Malaysia ini dijalankan bagi membantu pasukan keselamatan seperti
polis dalam melaksanakan tugasan mereka terutamanya dalam mencegah dan membanteras
masalah jenayah. Operasi ini diketuai oleh Ketua Polis Daerah Sandakan pada tahun 2012 iaitu
ACP Rowell Marong.1 3Operasi ini turut dibantu oleh pihak-pihak yang lain, antaranya Rela,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dengan adanya bantuan daripada
pihak lain, maka matlamat pihak kerajaan ke arah memastikan keamanan negara sentiasa
terjamin akan dapat direalisasikan. Dalam hal ini juga peranan daripada orang ramai juga turut
diperlukan, seperti menyalurkan pandangan dan memberi maklumat bagi memudahkan polis
melaksanakan operasi yang dijalankan melibatkan kerjasama agensi-agensi berkenaan. Operasi
Rondaan 1 Malaysia juga mempunyai tujuan lain iaitu untuk meningkatkan imej pasukan
keselamatan seperti polis dimata masyarakat.
Menjalankan Pengabungan Dengan ESSCOM Dalam Menjalankan Operasi
IPD Sandakan juga turut menjalankan latihan melalui pengabungan dengan pihak
ESSCOM. Keadaan ini dapat memperkuatkan latihan anggota-anggota pihak polis. Dalam
menjalankan sesuatu operasi seperti pemeriksaan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di daerah
Sandakan, bantuan daripada pihak ESSCOM sememangnya diperlukan oleh pihak polis. Dengan
adanya bentuan daripada pihak ESSCOM, maka operasi pemeriksaan PTI akan dapat dijalankan
dengan jayanya.14 Pihak ESSCOM sememangnya tidak dapat dinafikan mempunyai teknologi
canggih dalam mengekang kemasukan asing.15 Namun begitu, teknologi canggih ini mempunyai
kekuatan yang ada hadnya jika tidak digunakan secara pintar. Tujuan utama pengabungan IPD
Sandakan dengan pihak ESSCOM adalah untuk menyekat kemasukan Pendatang Tanpa Izin
(PTI). Hal ini demikaian kerana tugas pemeriksaan PTI ini adalah dibawah bidang kuasa pihak
ESSCOM, namun gabungan dengan pihak polis dapat melancarkan lagi kegiatan pemeriksaan
PTI ini.

Kejayaan-kejayaan Pasukan Polis IPD Sandakan


Berdasarkan slogan kata Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami jelas menunjukkan
bahawa IPD ini mempunyai kecekapan dan keberkesanan dalam malaksakan sesuatu
tugasan.16Kejayaan cemerlang polis dalam kawalan kadar jenayah di negeri Sabah menurut
Mustaffah Mohd Hassan adalah disebabkan adanya kerjasama dan persefahaman antara PDRM
dan masyarakat yang mahukan negara ini aman dan tenteram. Menurut Encik Arbahal Bin Haji
Siam (Sub/Insp KAKK RF/108424), IPD Sandakan mempunyai banyak kejayaan dalam
melakukan tugasan mereka. Namun begitu, tidak kesemua bukti kejayaan IPD Sandakan masih
disimpan sehingga kini oleh mereka. Jesteru dengan itu, bukti yang menunjukkan IPD Sandakan
berjaya melakukan tugasan mereka tidak dapat diberikan sepenuhnya. Akan tetapi ada juga bukti
yang menunjukkan IPD Sandakan ini berjaya dalam melakukan sesuatu tugasan mereka
sepanjang tempoh 5 tahun ini, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

5
Berjaya Menahan Tiga Rakyat Yang Terbabit Dengan MILITAN
Pada 13 Jun 2014, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara tiga rakyat
tempatan ditahan polis di Sandakan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan MILITAN. 17
Timabalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin mengatakan suspek yang
ditanhan ini adalah berusia antara 29 dan 31 tahun . Mereka ini ditahan dalam operasi khas yang
dijalankan Bahagian Countre Terrorism dan cawangan khas Sandakan. Individu yang ditangkap
ini merupakan anggota Kanan Sel MILITAN yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan
di kem tentera milik kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 22 April lalu. Suspek
dipercayai menyusu masuk ke Malaysia secara haram dan bersembunyi di sebuah rumah di
Sandakan. Suspek termasuk anggota TLDM yang bertugas di Sandakan itu ditahan kerana
disyaki bantu anggota MILITAN menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya. Namun
suspek ini dibebaskan semula oleh Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada11 Julai 2014.

Berjaya Menahan Seorang Lelaki Warga Asing Yang Cuba Untuk Mencabul
Pada 25 November 2014, seorang lelaki warga asing telah ditahan dan dihukum penjara 2
tahun, 6 bulan oleh Mahkamah Majestret Sandakan kerana mencabul seorang kanak-kanak yang
berumur 11 tahun. Tertuduh berumur 52 tahun itu telah didakawah melakukan perbuatan itu pada
5 November 2013 di sebuah rumah di ladang kelapa sawitdi Batu 10 Sandakan.18 Berdasarkan
fakta kes, pengadu telah diberitahu oleh jirannya ternampak mangsa bersama tertudu berpegang
tangan keluar daripada ladang sawit berkenaan. Setelah ditanya mangsa yang berumur 11 tahun
memberitahu telah dirogol oleh tertuduh. Pengadu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada
Polis untuk tindakan lanjut.19 Hasil siasatan mendapat behawa tertuduh berniat mencabul
mangsa dan mereka saling mengenal antara satu sama lain kerana tertudu pernah bekerja dengan
bapa mangsa. Atas kesalahan itu, lelaki warga asing ini telah didakwah mengikut sesyen 354
kanun keseksaan. Pendakwah kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwah Raya Mohamad
Faisal Mohamad Noor.

Berjaya Menahan Seorang Wanita Tiada Keterangan Diri Bagi Bantu Siasatan Kes Bunuh
Membabitkan Remaja Berusia 15 Tahun
Pada 10 November 2012, seoran wanita telah ditahan oleh polis di Sandakan kerana
tidak memberi keterangan dalam siasatan kes bunuh yang membabitkan remaja yang berumur 15
tahun.20 Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata, wanita
berkenaan berusia 27 tahun berjaya ditahan pada 11 November sekitar pukul 3.30 petang
dikawasan berhampiran sebuah bangunan kedai di jalan Batu Sapi, Sandakan. 21Dalam pada
masa itu, pihak polis turut menahan sebilah pisau, satu beg tangan, empat utas rantai emas dan
sebentuk cincin.

Kesimpulan
Esei ini akan menegaskan bahawa matlamat utama penubuhan IPD Sandakan adalah
untuk memudahkan pasukan polis menyelesaikan kes-kes jenayah, melaksanakan jentera
pasukan dan mengeratkan perhubungan serta kerjasama dengan orang ramai. Berdasarkan
sejarah penubuhan IPD Sandakan, adalah jelas menunjukkan bahawa penubuhan IPD di setiap
daerah amatlah penting kerana ia dapat memelihara keselamatan masyarakat di sesuatu daerah.

6
Berdasarkan kaedah pengurusan yang telah dilaksanakan oleh IPD Sandakan, jelas menunjukkan
bahawa kewujudan IPD Sandakan sememangnya amat perlu kerana ini bukan hanya sebagai
agenda perjuangan, malah juga sebagai petujuk negara maju. Keadaan ini dapat dibuktikan
melalui kejaannya yang pernah dikecapi oleh IPD Sandakan dari tahun 2009 sehingga 2014.
Penubuhan ini juga amatlah bermakna, ia bahkan adalah suatu sumbangan besar dari IPD
Sandakan dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Sandakan. Oleh itu,
penubuhan IPD Sandakan perlulah dihargai oleh semua pihak, khususnya generasi muda pada
hari ini.

Nota Hujung
1
Mohd Reduan Aslie, Jenayah Di Malaysia, Kuala Lumpur : AMK Interaksi Sdn. Bhd, (1990) :
320-322
2
Syed Ibrahim, Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia : Kuasa-kuasa Kanun Prosedur Jenayah,
Kuala Lumpur : Golden Book Centre Sdn. Bhd, (1992) : 15
3
Tpp Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim, Polis DiRaja Malaysia : Pasukan Polis di
Negeri-negeri Borneo, Kuala Lumpur : Karya Bestari Sdn. Bhd, (1990) : 69
4
Ibid: 70
5
Ibid: 74
6
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, Gambar-gambar Bersejarah di Daerah Sandakan : Latar
Belakang Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, Sandakan : Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Sabah, (2015): 16
7
Ibid: 18
8
Astro Awani, Kronologi Pencerobohan Pantai Timur Sabah, Astro Awani Network Sdn. Bhd,
(2013) : 25
9
Ibid: 26
10
Tan Sri Lee Lam Thye,New Sabah Times, (2013): 16
11
PDRM Sabah, Program PDRM Bertemu Pelanggan IPD Sandakan, (2014) : 25
12
Diyana Man Ashim, Sejarah Kawad, (2010): 1
13
Rozzalin Hashim, New Sabah Times, (2012): 3
14
Azmi Hassan, ESSCOM Sebagai Arahan Pusat, Sabah (2013): 16
15
Ibid : 18
16
Mustaffah Mohd Hassan, New Sabah Times, Sabah (2010): 11
17
Laksamana Tan Sri dan Abdul Aziz Jaafar, BeritaSandakanFm, Sandakan (2014): 13
18
Wan Hidzwah Ahmad, BeritaSandakanFm,Sandakan (2014): 13
19
Ibid: 14
20
Iswadiman Shamsuddin, BeritaSandakanFm, Sandakan (2013): 25
21
Ibid: 26

7
Bibliografi

Sumber Primer
Sub/Insp Aribahal Bin Hj. Siam KAKK RF/ 108424, 26 Mac 2015
Arkib ESSCOM Sebagai Arahan Pusat. Encik Azmi Hassan, 24 Mac 2013.

Sumber Sekunder
Mohd Reduan Aslie, Jenayah Di Malaysia : Polis Dan Media Massa, Kuala Lumpur : AMK
Interaksi Sdn. Bhd, 1990.
Syed Ibrahim, Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia : Kanun Prosedur Jenayah, Kuala Lumpur
: Golden Book Centre Sdn. Bhd, 1992.
TPP Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim, Polis DiRaja Malaysia : Pasukan Polis di
Negeri-negeri Borneo, Kuala Lumpur : Karya Bestari Sdn. Bhd, 1990.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, Gambar-gambar Bersejarah Ibu Pejabat Polis Daerah
Sandakan, Sandakan : Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, (2015).
Astro Awani, Kronologi Pencerobohan Pentai Timur Salah, Kuala Lumpur : Astro Awani
Network Sdn. Bhd, 2013.
Tan Sri Lee Lam Thye, New Sabah Times, Sabah, 2013.
Rozzalin Hashis, New Sabah Times, Sabah, 2012.
PDRM Sabah, Program PDRM Bertemu Pelanggan IPD Sandakan, Sandakan, 2014.
Diyana Man Ashim, Sejarah Kawad, Kuala lumpur, 2010.
Mustaffah Mohd Hassan, New Sabah Times, Sabah, 2010.
Laksamana Tan Sri dan Abdul Aziz Jaafah, Berita Sandakan FM, Sandakan, 2014.

8
Lampiran A

Tema : Undang-undang

Tajuk : Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Dari
Tahun 2009 hingga 2014.

Pengenalan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada
111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala
Lumpur. Pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am
(General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara
disandang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan jawatan tertinggi di PDRM.
Manakala, Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan merupakan salah satu cawangan yang diwujudkan oleh Polis
Diraja Malaysia, Sabah. Cawangan ini berpusat di Ibu Pejabat Kontinjen, Sabah. Terdapat
beberapa lagi cawangan yang di wujudkan di beberapa daerah di kawasan Sabah ini. Antaranya
ialah di daerah Kota Kinabalu, Beaufort, Beluran, Keningau dan banyak lagi. Fungsi pasukan
polis adalah seperti yang termaktub mengikut Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 iaitu berkhdmat di
dalam dan di seluruh Malaysia termasuklah perairan wilayahnya bagi memelihara undang-
undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan
mengesan jenayah, menangkap dan mendakwah pesalah-pesalah dan seterusnya mengumpul
risikan keselamatan.

Objekif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejarah perkembangan
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan mengenal pasti sumbangannya dari tahun 2009 sehingga
2014.
Selain itu, tujuan lain kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti kaedah pengurusan
yang digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka.
Seterusnya, kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang
pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka
dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Permasalahan Kajian

Esei ini akan menjelaskan mengenai sejarah perkembangan Ibu pejabat Polis Daearah Sandakan
dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Selain itu, esei ini juga akan menerangkan tentang kaedah pengurusan yang digunakan oleh Ibu
Perjabat Polis Daerah Sandakan dalam meningkatkan kecekapan anggota-anggotanya dari tahun
2009 sehingga 2014.

9
Di samping itu, esei ini juga turut menjelaskan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai
oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari datum 2009 sehingga
2014.

Skop Kajian

Kajian ini akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan Ibu Pejabat Polis Daerah
Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.
Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada kaedah pengurusan yang dilakukan oleh
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melakukan sesuatu tugasan dalam tempoh 5 tahun
iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.
Di samping itu, kajian ini juga turut memfokuskan kepada kejayaan-kejayaan yang
pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dari tahun 2009 sehingga 2014.

Sorotan Kajian Lepas

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, tidak ada penyelidik yang
dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Ibu Pejabat
Polis Daerah Sandakan Dari Tahun 2009 Hingga 2014.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah penyelidikan
perpustakaan, dimana pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, majalah, internet
atau website, akhbar-akhbar, dan gambar- gambar yang berkaitan dengan Ibu Pejabat Polis
Daerah Sandakan. Kesemua sumber ini dapat diperoleh daripada sumber sekunder.
Kaedah kajian lapangan juga merupakan salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengkaji
untuk memperolehi makumat yang berkaitan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Dalam
kaedah ini, pengkaji akan mengadakan temuramah, temubual dan soal selidik dengan pihak
polis supaya maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian dapat diperolehi dengan mudah.

Pembahagian Struktur Esei

Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai Polis Diraja Majaysia dan Ibu
Pejabat Polis Daerah Sandakan secara umum.

Isi-isi Esei

Dalam bahagian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan Ibu
Pejabat Polis Daerah Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009
sehingga 2014 dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang sedia ada.
Selain itu, bahagian ini juga akan memfokuskan mengenai kaedah-kaedah pengurusan
yang digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Kaedah pengurusan ini dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

10
Di samping itu, bahagian ini turut memfokuskan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah
dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka. Kejayaan
ini dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014

Kesimpulan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyatakan mengenai iktibar daripada kejadian-
kejadian lampau dan harapan untuk masa hadapan serta perancangan Ibu Pejabat Polis Daerah
Sandakan dalam usaha memartabatkan keselamatan masyarakat di daerah Sandakan ini. Dalam
bahagian ini juga, rumusan bagi keseluruhan kajian akan dilakukan.

Penutup

Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap Ibu Pejabat Polis Daerah
Sandakan adalah tertumpu kepada perkembangan, sumbangan, kaedah pengurusan dan kejayaan-
kejayaan yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam tempoh 5 tahun
iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Bibliografi

Syed Ibrahim. Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia. Kuala lumpur : Penerbit Golden Books
Centre, 1992.
Mohd Reduan Aslie. Jenayah Di Malaysia. Bangsar, Kuala Lumpur: Penerbit AMK Interaksi
Sdn. Bhd, 1990.
TPP Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim. Polis DiRaja Malaysia. Kuala Lumpur
Karya Bestari Sdn. Bhd, 1990.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Gambar-gambar Bersejarah di Daerah Sandakan: Cawangan
Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, 2015.
Mustaffah Mohd Hassan, New Sabah Times, Sabah, 2010.
Tan Sri Lee Lam Thye, New Sabah Times, Sabah, 2013.
Rozzalin Hashis, New Sabah Times, Sabah, 2012.

Bahan Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131324/re_04/ESSCOM-sebagai-arahan pusat
http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-pencerobohan-pantai-timur sabah-9460
http://m.facebook.com/PDRMSabah/posts/776797879054869
http://www.scribd.com/mobile/doc/15081789?width320
https://beritasandakanfm.wordpress.com/page/24/

11
Lampiran B

Soalan Temu Bual

1. Apakah kaedah pengurusan yang digunakan oleh IPD dalam melaksanakan tugasan bagi
meningkatkan pencapaian anggota-anggotanya.
2. Apakah jenis sumbangan yang pernah diberikan oleh IPD bermula pada tahun 2008.
3. Bilakah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan ini ditubuhkan.
4. Apakah visi dan misi Ibu Pejabat Polis Darah Sandakan.
5. Apakah kejayaan yuang pernah dikecapi oleh IPD dalam melaksanakan tugasan.
6. Adakah pakaian seragam polis pada masa kini sama seperti pakaian seragam yang sebelumnya.

12

You might also like