Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PERMARKAHAN

KPD 3016: Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran

Tajuk

Refleksi Makropengajaran 1 dan 2

Disediakan oleh

Nama No. matrik Program


Vung Pui Yee D20141067002 AT 14- ISMP
(Matematik)

Pensyarah: Profesor Madya Dr. Nor ain Binti Mohd Tajudin


Refleksi Makro Pengajaran 2

1.0 Pengenalan

Pada minggu ke-10 pembelajaran kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 (KPD
3026), saya telah menjalankan makro pengajaran 1 di Makmal Pengajaran. Saya telah diberi
topik Matematik Tingkatan 2 iaitu Statistik. Dalam sub topik iaitu Pewakilan dan Pentaksiran
Data. Saya telah memilih untuk menyentuh objektif pembelajaran mewakilkan dan mentaksir
data dalam piktograf untuk menyelesaikan masalah. Hasil pembelajaran yang telah saya memilih
untuk menyentuh adalah iaitu membina piktograf untuk mewakilkan data dalam penyelesaian
masalah. Tempoh makro pengajaran 1 saya telah mengambil masa selama 35 minit iaitu melebihi
3 minit yang telah ditetapkan. Sebelum memulakan sesi makro pengajaran, saya telah
mengedarkan borang refleksi bagi mendapat refleksi dank omen bagi penambahbaikan yang
membina daripada rakan-rakan. Hasil daripada makro pengajaran dan analisis borang refleksi
tersebut, pelbagai kekuatan dan kelemahan yang telah dikenalpasti. Mengenalpasti jenis
kekuatan dan kelemahan ini amat penting bagi setiap bakal guru kerana akan menjadi pencetus
kepada perubahan pengajaran yang lebih baik dan berkesan di sekolah nanti.

2.0 Kekuatan

Terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenal pasti bagi makro pengajaran 1 yang telah
dijalankan. Kekuatan ini terdiri daripada pelbagai aspek seperti pembelajaram kooperatif,
kesediaan pelajar semasa hendak memulakan pengajaran, mengimbas kembali pelajaran yang
lalu, aktiviti yang bagus,dan penggunaan ABM yang sesuai. Saya akan menerangkan satu
persatu kekuatan yang telah dikenal pasti.

2.1 Penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif

Semasa menjalankan makro pengajaran, saya telah menggunakan kaedah pembelajaran


kooperatif iaitu Learning Together dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) saya
seperti yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kaedah ini
berpusatkan kepada pelajar iaitu berlainan dengan pengajaran traditional yang cenderung
kepada pembelajaran berpusatkan guru. Penggunaan kaedah ini amat memberi manfaat
kepada PdP kerana semasa menjalankan aktiviti, pelajar akan saling berkongsi maklumat
dan idea yang dapat memberangsangkan minat pelajar untuk belajar. Semasa
menjalankan aktiviti kumpulan, saya dapat memerhati bahawa pelajar sangat aktif bagi
melibatkan diri dalam penyelesaian masalah.

2.2 Kesediaan pelajar semasa hendak memulajan pengajaran

Sebelum sesi pengajaran bermula, saya telah mengarahkan pelajar untuk


memastikan mengeluarkan buku teks matematik. Kesediaan pelajar amat penting sebelum
memulakan pengajaran agar pengajaran itu dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Sebelum memulakan pengajaran, guru hendaklah memastikan semua pelajar akan
mengeluarkan buku teks matematik supaya pelajar dapat merujuk pada buku teks
sepangjang PdP.

2.3 Mengimbas kembali pelajaran yang lalu

Selepas memastikan persediaan pelajar, saya akan memulakan pengajaran dengan


mengimbas pelajaran pada minggu lepas. Semasa mengimbas kembali pelajaran yang
lalu, saya mengarahkan semua pelajar berdiri dan menanya beberapa soalan untuk
menguji tahap kefahaman pelajar. Aspek ini sangat penting kerana ini dapat memastikan
kefahaman dan peringatan pelajar tentang apa yang telah dipelajari pada minggu lepas
supaya pelajar dapat mengikuti pelajaran seterusnya.

2.4 Aktiviti yang bagus

Dalam PdP, saya telah mengadakan aktiviti kumpulan. Saya mengarahkan pelajar
dengan membentukkan lima kumpulan yang mempunyai lima orang ahli. Seterusnya,
saya memberi masa kepada pelajar bagi menyelesaikan masalah dalam kumpulan tersebut.
Selepas pelajar selesai penyelesaian masalah, pelajar diminta untuk membuat
pembentangan di depan dan pelajar akan mengemukakan tiga soalan untuk menanya
pelajar yang lain. Aktiviti ini berjalan dengan berjaya dengan mencapai matlamat iaitu
belajar bersama dengan rakan sebaya. Selain itu, saya juga akan dapat memerhati bahawa
penglibatan pelajar sangat aktif semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Semasa
mengadakan aktiviti kumpulan, guru mesti membuat perancangan yang yang bagus bagi
memastikan objektif pembelajaran itu tercapai. Aktiviti yang bagus dapat memastikan
pelajar akan melibatkan diri dengan aktif dan juga menarik minat pelajar dalam
pembelajaran.

2.5 Penggunaan ABM dengan sesuai

Saya telah menggunakan ABM yang bersesuaian dengan pengajaran saya. ABM
yang telah digunakan adalah slaid power point, lima buah papan putih kecil dan kertas
mahjong. Saya telah membuat nota-nota ringkas yang berkenaan dengan hasil
pembelajaran hari ini. Selain itu, saya juga akan menyampaikan arahan yang jelas dengan
bantuan slaid power point iaitu kerja rumah dan projek. Penggunaan slaid power point ini
telah banyak menjimatkan masa di sampimg menyampaikan isi yang penting serta kerja
rumah kepada murid. Lima buah papan putih kecil dan kertas mahjong telah diedarkan
kepada setiap kumpulan. Papan putih kecil dan kertas mahjong yang diedarkan telah
membantu pelajar dalam penyelesaian masalah. Kertas mahjong yang digunakan oleh
pelajar adalah untuk menyelesaikan masalah dengan melukis piktograf manakala papan
putih kecil adalah untuk mengemukakan tiga soalan bagi menanya soalan kepada
kumpulan lain.
3.0 Kelemahan

Terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti semasa menjalankan makro
pengajaran 1 memandangkan saya sedang mengalami proses belajar. Pelbagai kelemahan yang
telah dikenal pasti adalah masalah penstrukturan ayat, kurang komunikasi dengan pelajar,
kawalan slaid tidak baik, dan penutupan yang tidak baik.

3.1 Masalah penstrukturan ayat


Semasa pengajaran, saya mengalami masalah penstrukturan ayat. Saya tidak
memberi penjelasan dengan jelas semasa mengajar pelajar dalam topik statistik. Hal ini
akan mengakibatkan bahawa hasil pembelajaran yang ingin disampai kepada pelajar
adalah kurang jelas. Semasa PdP, saya mendapati bahawa kebanyakkan pelajar tidak
memahami apa yang saya ingin sampaikan kepada mereka kerana penjelasan kurang jelas.
Dalam pemantaun aktiviti kumpulan, saya mendapati bahawa saya tidak memberi
penjelasan yang baik terhadapa pelajar apabila pelajar menanya soalan yang berkaitan
dengan penyelesaian masalah. Aspek ini amat penting kerana ia akan mengakibatkan
hasil pembelajaran dan isi yang ingin disampaikan oleh guru akan gagal dan
mengelirukan kefahaman pelajar disebabkan guru bermasalah dalam penstrukturan ayat.

3.2 Pengurangan berkomunikasi dengan pelajar


Semasa pengajaran, saya mengurangkan berkomunikasi dengan pelajar. Saya
gagal berkomunikasi dengan pelajar apabila pelajar menanya soalan, saya tidak memberi
maklum balas terhadap pelajar. Selain itu, saya kurang membuat perbincangan dengan
pelajar. Selepas saya mendapati jawapan yang telah dijawab oleh pelajar, saya tidak
meneruskan perbincangan tersebut dan juga menutup perbincangan dengan begitu sahaja.
Hal ini dapat menimbulkan pelajar kurang memberi perhatian sepanjang PdP kerana guru
kurang berkomunikasi dengan pelajar.
3.3 Kawalan slaid tidak baik
Sepanjang pengajaran, saya menyampaikan isi dan maklumat yang penting dengan
bantuan slaid power point. Dengan itu, kawalan slaid saya sangat tidak baik. Selepas
saya membuat penjelasan dan menyampaikan isi yang ingin disampaikan kepada pelajar,
saya tidak memberi masa yang mencukupi terhadap pelajar untuk membaca isi yang ada
dalam slaid tersebut. Hal ini akan menimbulkan sesetengah pelajar tidak sempat untuk
menyalin isi-isi penting yang ada dalam slaid tersebut. Aspek ini juga sangat penting
disebabkan sekiranya pelajar tidak sempat membaca dan menyalin isi penting, ini akan
mengakibatkan pelajar tidak memberi perhatian dengan sepenuhnya dan pelajar tidak
dapat mengejar apa yang telah dipelajari pada slaid yang sebelumnya.

3.4 Penutupan tidak baik.


Dalam fasa penutupan, saya tidak meminta pelajar untuk membuat kesimpulan
bagi apa yang telah dipelajari pada hari ini. Selain itu, saya juga tidak meminta pelajar
untuk memberikan rumusan pembelajaran. Dengan itu, saya mengakhirkan pembelajaran
hanya memberi lembaran kerja dan projek terhadap pelajar. Dalam fasa penutupan, guru
haruslah meminta pelajar untuk membuat kesimpulan serta mengimbas kembali apa yang
telah dipelajari. Aspek ini amat penting kerana dapat menguji tahap penguasaan dan
kefahaman pelajar terhadap topik tersebut. Ia juga dapat melihat sama ada objektif dan
hasil pembelajaran tersebut tercapai.

3.5 Pengajaran tidak mengikut rancangan pengajaran harian (RPH)

Semasa pelaksananan mako pengajaran, saya telah mengubah rancangan


pengajaran saya semasa fasa perkembangan. Dalam fasa perkembangan, saya merancang
RPH dengan menggunakan contoh yang telah dibincang semasa fasa permulaan (bilangan
pen) dan menghasilkan sebuat piktograf dengan murid. Dengan itu, saya tidak dapat
melakukan apa yang telah dirancang dalam RPH. Ia akan mengakibatkan pengajaran saya
langsung tidak ada saling berkait antara pengajaran sebelum dengan seterusnya. Semasa
pengajaran, saya berasa sangat gementar sehingga saya tidak dapat mengikuti apa yang
telah dirancang dalam RPH.

4.0 Penambahbaikan
Setelah sesi makro pengajaran 1 tamat, pelbagai penambahbaikan perlu dilakukan hasil
daripada kelemahan yang telah dikenal pasti. Antara penambahbaikan yang perlu dilakukan
adalah dapat penstrukturan ayat yang baik pada masa yang akan datang. Sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran, saya perlu melatih diri dalam rumah supaya memastikan isi-isi
yang ingin disampaikan kepada pelajar dengan jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Saya juga
perlu menyediakan nota kecil yang dapat pegang di atas tangan dengan isi yang ingin
disampaikan.
Seterusnya, saya juga hendaklah membuat penutupan yang baik supaya dapat mengesan
tahap kefahaman pelajar pada hasil pembelajaran hari ini. Dengan itu, saya hendaklah meminta
pelajar untuk membuat kesimpulan pada pembelajaran hari ini. Kaedah yang boleh digunakan
dengan meminta pelajar memberi kesimpulan, guru boleh memberi sehelai kertas dan meminta
pelajar untuk menulis apa yang telah dipelajari serta menghantar wakil atau membuat
pembentangan. Selain itu, guru juga boleh menanya pelajar untuk berkongsi dan membuat
kesimpulan yang berkaitan dengan hasil pembelajaran dengan meminta mereka memberi contoh
yang berkaitan dengan kehidupan harian. Hal ini dapat membantu guru dalam menguji tahap
penguasaan pelajar supaya dapat meneruskan pengajaran tersebut pada kuliah seterusnya.
Selain itu, saya juga haruslah mengajar dengan apa yang telah dirancang dalam RPH
supaya dapat memastikan objektif hasil pembelajarn tersebut tercapai. Bagi mengelakkan
pengajaran saya yang tidak mengikuti RPH, saya hendaklah menyediakan kertas kecil yang
dapat dipegang dalam tangan. Dalam kertas kecil tersebut, saya mencatat langkah-langkah yang
telah dirancang dalam RPH. Hal ini amat berguna kerana dapat membantu guru dengan
mengelakkan ketinggalan dan perubahan pengajaran yang telah dirancang dalam RPH.
5.0 Rumusan

1. Adakah objektif Objektif pengajaran saya tercapai. Melalui pemerhatian,


pengajaran saya dicapai? pelajar dapat menjalankan aktiviti dan menjawabkan soalan
Bagaimana saya tahu? saya dengan betul dan tepat.

2. Adakah murid saya Murid saya melibatkan diri secara separuh aktif semasa
melibatkan diri secara Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan. Saya dapat
produktif /aktif ? memerhati bahawa murid saya kurang bertanya soalan kepada
Bagaimana saya tahu? saya. Mereka hanya menjawab soalan saya sahaja tanpa
menanyakan balik soalan kepada saya. Malahan, mereka
melibatkan diri dengan aktif semasa menjalankan aktiviti
kumpulan.

3. Adakah saya mengubah Saya ada membuat perubahan rancangan dengan tidak
rancangan pengajaran saya mengikuti apa yang telah saya rancang dalam RPH. Saya
semasa pengajaran saya? berubah bahawa tidak menggunakan contoh yang telah
Mengapa? dibincang semasa fasa permulaan (bilangan pen) dan
menghasilkan sebuat piktograf dengan murid. Hal ini kerana
saya berasa gementar sepanjang PdP.
4. Apakah bantuan Saya akan menyediakan bahan maujud yang berkaitan dengan
tambahan, sokongan, dan / topik statistik untuk meningkatkan pemahaman murid-murid.
atau sumber-sumber lain
yang dapat pertingkatkan
pelajaran ini lagi?

5. Jika saya mempunyai Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini
peluang untuk mengajar sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan
pelajaran ini sekali lagi menyediakan bahan maujud untuk mengajar supaya pelajar
untuk kumpulan murid dapat meningkatkan pemahamam dengan menyentuh bahan
yang sama, apakah yang itu. Selain itu, saya juga akan meningkatkan teknik menyoal
saya akan buat secara saya supaya murid-murid dapat memberi pendapat dan
berbeza? Mengapa? melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.

6. Apakah teori pengajaran Saya telah mempratikkan teori pembelajaran kooperatif


dan pembelajaran yang dalam kelas saya. Saya telah meminta murid-murid
saya telah praktikan dalam menjalankan aktiviti kumpulan yang bernama Learning
kelas saya? Terangkan Together. Dalam aktiviti kumpulan ini, murid-murid diberi
dengan ringkas. masa yang mencukupi untuk berfikir dan membuat
perbincangan dalam kumpulan serta menyelesaikan masalah
tersebut. Selepas pelajar selesai soalan tersebut, pelajar ini
diminta membuat pembentangan di depan dan menanya
soalan kepada kumpulan lain. Aktiviti ini memerlukan
kerjasama ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah
bersama-sama. Ahli kumpulan dapat menukarkan pandangan
sesama lain dan dapat mempelajari daripada orang lain selain
daripada guru.

Kesimpulannya, pelbagai pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang menjalankan makro
pengajaran ini. Saya juga dapat memperbaiki kelemahan dan mengekalkan kekuatan pada masa
yang akan datang.
Refleksi Makro Pengajaran 2

1.0 Pengenalan

Pada hari 19 april 2017 (Rabu), saya telah menjalankan makro pengajaran 2 di SMK
Sungkai yang berada di daerah perak. Saya telah mengambil alih dua waktu iaitu selama 1 jam
daripada Cikgu Zaini iaitu guru matematik tingkatan 3. Saya telah diberi topik 6 iaitu Ungkapan
Algebra III. Dalam subtopik iaitu Melakukan penambahan dan penolakan ke atas pecahan
algebra. Saya telah memilih untuk menyentuh objektif pembelajaran tentang menambah atau
menolak pecahan ungkapanAlgebra. Hasil pembelajaran yang telah saya memilih untuk
menyentuh adalah iaitu menambah atau menolak dua pecahan algebra yang penyebut satu
pecahan adalah gandaan bagi penyebut pecahan yang lain dalam penyelesaian masalah. Tempoh
makro pengajaran 2 saya telah mengambil 55 minit. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah
lewat 5 minit dimulakan disebabkan murid masuk kelas selepas menjalankan lab di makmal.
Kelas 3A mempunyai sejumlah 34 orang murid dan mendapat kehadiran yang penuh. Seluruh
proses PdP telah dirakamkan oleh saudari Tan Min Chui. Hasil daripada makro pengajaran 2
tersebut, pelbagai kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti. Mengenal pasti jenis
kekuatan dan kelemahan ini amat penting bagi setiap bakal guru kerana ia akan menjadi pencetus
kepada perubahan pengajaran yang lebih baik dan berkesan semasa di sekolah nanti.

2.0 Kekuatan
Terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenal pasti bagi makro pengajaran 2 yang telah
dijalankan. Kekuatan ini terdiri daripada pelbagai aspek seperti kesediaan pelajar sebelum
memulakan pengajaran, menekankan hasil pembelajaran dan penggunan ABM yang sesuai. Saya
akan menerangkan satu persatu kekuatan yang telah dikenal pasti.
2.1 Kesediaan pelajar sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Sebelum memulakan pengajaran, saya telah bersedia kad kepada pelajar untuk
menulis nama dan lekat di baju mereka. Ia akan membantu saya untuk memanggil nama
pelajar apabila menanya soalan sepanjang PdP. Seterusnya, saya juga memastikan semua
pelajar untuk mengeluarkan buku teks matematik di atas meja dan pastikan tiada buku
mata pelajaran lain di atas meja dan saya juga memberi kelonggaran syarat iaitu jika
terdapat buku mata pelajaran di atas meja. Hal ini kerana untuk memastikan pelajar akan
menumpu perhatian sepanjang PdP.

2.2 Mengimbas semula pelajaran lalu


Selepas memastikan persediaan pelajar, saya akan memulakan pengajaran dengan
mengimbas pelajaran pada kelas Cikgu Zaini. Hal ini disebabkan untuk menguji tahap
kefahaman pelajar pada subtopic yang sebelumnya. Semasa mengimbas kembali
pelajaran yang lalu, saya telah memberi beberapa soalan dan meminta pelajar untuk
menjawab soalan di papan putih. Aspek ini sangat penting kerana ini dapat memastikan
kefahaman dan peringatan pelajar tentang apa yang telah dipelajari pada minggu lepas
supaya pelajar dapat mengikuti pelajaran seterusnya.

2.3 Menekankan hasil pembelajaran

Hasil pembelajaran amat penting untuk ditekankan dalam sesi PdP. Hal ini
disebabkan berupaya dengan menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar dan
menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang berkesan
kepada pelajar dalam menguasai hasil pembelajaran tersebut. Semasa proses PdP
berlangsung, saya menekankan hasil pembelajaran dengan meminta pelajar untuk
membacanya. Pada akhir pembelajaran, saya meminta pelajar untuk memberi refleksi
yang berkaitan hasil pembelajaran hari ini sebagai kepastian mereka dapat atau tidak
dengan apa yang telah diajar.
2.3 Penggunaan ABM yang sesuai
Saya telah menggunakan ABM yang bersesuaian dengan pengajaran saya. ABM yang
telah digunakan adalah kertas mahjong dan kertas A4. Saya telah menyampaikan hasil
pembelajaran kepada pelajar dengan bantuan kertas mahjong. Selain itu, saya juga akan
menyampaikan isi yang ingin disampaikan kepada pelajar dengan bantuan kertas
mahjong. Penggunaan kertas mahjong dalam penyampaian isi dan hasil pembelajaran
amat berguna kerana dapat menjimatkan masa untuk menulis di papan putih. Selain itu,
kertas A4 juga akan diedarkan kepada pelajar untuk membuat jalan penyelesaian dan
jawapan.

3.0 Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti semasa menjalankan makro
pengajaran 2 memandangkan saya sedang mengalami proses belajar. Pelbagai kelemahan yang
telah dikenal pasti antaranya ialah aspek pengurusan masa, komunikasi, keghairah semasa
mengajar, dan teknik menyoal dan menerang. Saya akan menerangkan dengan lebih jelas satu
per satu aspek yang telah dinyatakan.

3.1 Pengurusan masa yang tidak baik.


Ketepatan masa adalah amat penting bagi menjayakan suatu sesi PdP.
Berdasarkan makro pengajaran 2, saya telah menggunakan terlalu banyak masa pada fasa
permulaan. Saya mengambil masa yang banyak dengan memberi contoh bagi mengimbas
kembali pelajaran yang lalu. Seterusnya, saya juga mengambil masa yang lama bagi
mengajar konsep dan memberi contoh pada subtopic tersebut. Ia akan mengakibatkan
saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
Tujuan bagi menjalankan aktiviti kumpulan adalah memastikan setiap kumpulan dapat
menjawab sebanyak 6 set soalan yang telah diberi. Disebabkan pengurusan masa yang
tidak baik, ia akan menimbulkan setiap kumpulan hanya dapat menjawab 2 set soalan.
3.2 Kemahiran komunikasi yang lemah
Komunikasi merupakan perhubungan atau interaksi social di antara kedua-dua
pihak iaitu penyampai dan penerima. Komunikasi amat penting supaya dapat
meningkatkan keberkesanan dalam PdP. Berdasarkan video rakaman makro pengajaran 2,
saya mendapati bahawa saya kurnag mewujudkan interaksi dua hala dengan pelajar dan
menyebabkan PdP agar bosan. Saya ada berkomunikasi dengan pelajar semasa
menyemak soalan yang telah dijawab oleh pelajar di papan putih tetapi masih dalam
tahap yang kurang memuaskan. Tambahan pula, saya juga menyedari bahawa suara harus
ditingkatkan lagi dan ini menimbulkan pelajar menjadi pasif.

3.3 Kurang ghairah semasa mengajar


Semasa sesi pengajaran, saya tidak berjaya menunjukkan sikap keghairahan untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar. keghairahan ini dicetuskan dengan menggunakan
intonasi suara yang lantang dan berbeza sepanjang PdP. Dengan itu, saya mendapati
bahawa saya tidak mempunyai intonasi suara yang lantang dan berbeza iaitu
mengakibatkan pelajar pasif sepanjang PdP. Tambahan pula, saya juga tidak mempunyai
sikap yang tegas dengan memastikan setiap pelajar dalam kumpulan mestilah
menyelesaikan aktiviti kumpulan bersama dengan rakan sebaya. Ia akan menimbulkan
sesetengah pelajar tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

3.4 Teknik menyoal dan menerang agak lemah


Sepanjang proses PdP, saya kurang menanya soalan kepada pelajar. Saya tidak
menanya soalan mengikut aras soalan sepanjang pengajaran. Saya hanya meminta pelajar
terangkan apa yang mereka dapat tetapi kurang menanya mereka bagaimana mereka
dapat jawapan sebegitu. Teknik menyoal amat penting kerana ia dapat menimbulkan
pelajar agar dapat melibatkan diri secara aktif semasa perbincangan. Tambahan pula,
saya juga mendapati bahawa teknik menerang juga agar lemah. Hal ini disebabkan saya
mengalami masalah penstrukturan ayat, ia akan menimbulkan teknik menerang itu lemah
dan ini mengakibatkan tidak dapat memberi maklum balas sepanjang proses PdP yang
dijalankan.

3.5 Pengajaran tidak mengikut rancangan pengajaran harian (RPH)

Semasa pelaksanan makro pengajaran, saya telah mengubah rancangan


pengajaran saya semasa fasa perkembangan. Pada fasa perkembangan, saya memberi 3
minit bagi setiap kumpulan untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya bertukar kepada
kumpulan lain. Dengan itu, setiap kumpulan akan selesai sebanyak 6 set soalan dalam
masa yang diperuntukkan pada akhir pengajaran tersebut apabila mengikut RPH. Hal ini
disebabkan guru mengambil masa yang lama pada fasa permulaan dan menerang konsep
dengan memberi beberapa soalan serta pelajar mengambil masa yang lama dalam
penyelesaian masalah dan ini akan mengakibatkan pelajar hanya dapat menjawab 2 set
soalan sahaja pada akhir pengajaran. Kelemahan ini adalah punca dari kesilapan diri
sendiri iaitu tidak mahir mengendalikan masa yang diberi.

4.0 Penambahbaikan
Setelah selesai sesi makro pengajaran 2, pelbagai penambahbaikan perlu dilakukan hasil
daripada kelemahan yang telah dikenal pasti. Antara penambahbaikan yang perlu dilakukan
adalah dari segi pengurusan masa. Masa adalah perkara yang paling penting dan harus
dititikberatkan. Cara untuk memperbaiki kelemahan ini adalah harus menjaga peruntukkan masa
yang telah ditetapkan seperti dalam RPH. Guru perlu mempertimbangkan aspek kesesuaian dan
kebolehan pelajar dalam perancang pelaksanaan PdP. Dengan itu, saya akan cuba mengurus
masa dengan baik supaya sukatan pelajaran dapat mengikut waktu yang telah ditetapkan dan
hasil pembelajaran dapat dicapai disamping pelajar memahami dan menguasai isi kandungan
yang akan disampaikan.
Seterusnya, untuk menjadi seorang guru yang berjaya dan saling dihormati oleh pelajar
serta dapat menarik perhatian semasa pengajaran, guru perlu menunjukkan sikap keghairan
mengajar yang optimum. Saya perlu keghairahan untuk berkongsi dan menyampaikan isi
kandungan yang hendak disampaikan kepada pelajar. Saya juga memperbaiki kemahiran
berkomunikasi seperti intonasi supaya pelajar dapat memberi perhatian sepanjang proses PdP itu
berlangsung.
Tambahan pula, saya juga harus memperbaiki teknik menyoal dan menerang. Saya
harus menanya soalan dengan mengikut aras supaya dapat menimbulkan pelajar berfikir secara
kritik dan kreatif. Saya juga perlu memperbaiki teknik menerang. Hal ini disebabkan saya
mempunyai masalah penstrukturan ayat, ia akan menimbulkan teknik menerang saya agar lemah.
Dengan itu, saya perlu persediaan awal di rumah sebelum pengajaran supaya dapat melancarkan
proses PdP.

5.0 Rumusan

1. Adakah objektif Objektif pengajaran saya tercapai. Melalui pemerhatian,


pengajaran saya dicapai? pelajar dapat menjawabkan soalan saya dengan betul dan
Bagaimana saya tahu? tepat.

2. Adakah murid saya Murid saya melibatkan diri secara pasif pada penutupan
melibatkan diri secara pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Saya dapat
produktif /aktif ? memerhati murid saya kurang memberi respon kepada saya
Bagaimana saya tahu? dengan memberi refleksi yang berkaitan dengan hasil
pembelajaran. Tambahan pula, pelajar juga bersikap pasif
semasa aktiviti kumpulan yang dijalankan. Saya memerhati
bahawa ada sesetengah pelajar tidak melibatkan diri dalam
penyelesaian masalah. Namun begitu, murid saya
mempunyai pasif sifat aktif pada pertengahan PdP dijalankan.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berjaya menunjukkan sifat
keaktifan dalam menjawab soalan walaupun tidak dipanggil
nama untuk menjawab.
3. Adakah saya mengubah Saya telah membuat perubahan rancangan pengajaran saya
rancangan pengajaran saya semasa pengajaran kerana saya tidak dapat menghabiskan
semasa pengajaran saya? pengajaran saya dalam tempoh yang diberikan. Tujuan saya
Mengapa? dalam aktiviti kumpulan adalah setiap kumpulan akan
menjawab 6 set soalan pada akhir pengajaran. Hal ini
disebabkan pengurusan masa tidak bagus, ia menimbulkan
setiap kumpulan hanya dapat menjawab 2 set soalan.
4. Apakah bantuan Bahan maujud yang boleh disediakan untuk meningkatkan
tambahan, sokongan, dan / pemahaman murid-murid.
atau sumber-sumber lain
yang dapat pertingkatkan
pelajaran ini lagi?

5. Jika saya mempunyai Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini
peluang untuk mengajar sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan
pelajaran ini sekali lagi menyediakan bahan maujud untuk mengajar supaya pelajar
untuk kumpulan murid dapat meningkatkan pemahamam. Selain itu, saya juga akan
yang sama, apakah yang meningkatkan mengadakan Pop Kuiz bagi menguji
saya akan buat secara kefahaman dan sama ada objektif pembelajaran itu tercapai.
berbeza? Mengapa? Dengan itu, pembelajaran masteri boleh diaplikasi pada masa
yang sesuai.

6. Apakah teori pengajaran Saya telah merancang hendak pratikkan teori pembelajaran
dan pembelajaran yang kooperatif dalam kelas saya. Hal ini disebabkan pengurusan
saya telah praktikan dalam msas. Saya sepatutnya meminta murid-murid menjalankan
kelas saya? Terangkan aktiviti kumpulan yang bernama Group to Group
dengan ringkas. Exchange. Dalam aktiviti kumpulan ini, murid-murid diberi
masa yang mencukupi untuk berfikir dan menyelesaikan
masalah tersebut seterusnya akan bertukar kepada kumpulan
yang lain. Di akhir pengajaran, pelajar mendapati bahawa
menyelesaikan sebanyak 6 set soalan. Aktiviti ini
memerlukan kerjasama ahli kumpulan untuk menyelesaikan
masalah bersama-sama.

Kesimpulannya, pelbagai pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang menjalankan makro
pengajaran ini. Saya juga dapat memperbaiki kelemahan dan mengekalkan kekuatan pada masa
akan datang.

You might also like