Surat Permohonan Tajaan Gardenia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

No.Rujukan : IPGKBM/HEP/13/708/080 JLD.

4 ( 75 )
Tarikh : 12 Oktober 2016
Kepada,
Pengurus Bahagian Tajaan,
Gardenia Bakeries,
Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tuan / Puan,
PERMOHONAN TAJAAN UNTUK PESTA HOKI IPGM 2016.

Perkara di atas adalah dirujuki.


2. Untuk pengetahuan tuan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
menganjurkan Pesta Hoki sejak tahun 2011 lagi. Pesta Hoki ini disertai oleh guru-guru pelatih
daripada seluruh Malaysia dan pesta ini diadakan selama dua tahun. Pada tahun ini Pesta
Hoki IPGM ini diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 15 - 16 Oktober 2016


Tempat : Stadium Hoki Kementerian Pendidikan Malaysia
Masa : 8.00 pagi 6.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon tajaan daripada pihak Gardenia kerana
tahun ini IPGM mengalami kekangan dari segi kewangan. Pihak IPG hanya dapat sediakan
makanan tengah hari dan minum petang kepada pengelola dan peserta. Oleh sebab itu, kami
memohon jasa baik pihak Gardenia untuk memberi tajaan seperti berikut:

Bil PERKARA UNIT


1. Roti Gardenia 2000 paket (dua hari)
2. Minuman 50 kotak (dua hari)

4. Akhir kata, ribuan terima kasih kami ucapkan atas jasa baik serta pertimbangan
daripada pihak tuan yang ikhlas. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

PAVITRA A/P GUNENTHARAN


Naib Pengerusi Pesta Hoki IPGM 2016
(011-3656 4326)

Sekian, terima kasih.

SEHATI SEJIWA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( PAVITRA A/P GUNENTHARAN)


Naib Pengerusi Pesta Hoki IPGM 2016,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai,
59990 Kuala Lumpur.

You might also like