Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

KAC3023

KURIKULUM PENDIDIKAN KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

UPSI 04 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

1
NUR AMMALIN BINTI MOHD NOOR

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN AZILA BINTI ALIAS

TARIKH SERAH: 4HB MEI 2012

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 Soalan Tugasan 3

2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Makropengajaran) 3 - 13

3.0 Set Induksi 13 - 14

4.0 Langkah 1 14 15

5.0 Langkah 2 15- 16

6.0 Langkah 3 16 - 17

7.0 Penutup 17

8.0 Refleksi Makropengajaran 18

9.0 Kekuatan 18 - 19

10.0 Kelemahan 19 -20

11.0 Langkah Mengatasi 20 - 21

12.0 Kesimpulan 21 -22

13.0 Bibliografi 23

14.0 CD Rakaman Video Rancangan Pengajaran 24

2
TUGASAN INDIVIDU 1

Bina satu rancangan pengajaran yang berdurasi 40 minit dan buat rakaman video berdasarkan
rancangan pengajaran tersebut.

Rancangan pengajaran tersebut perlulah mempunyai elemen berikut:

Mengikut garis panduan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


berdasarkan 6 tunjang
Kaedah Belajar Sambil Bermain
Kemahiran Berfikir
Mengambilkira perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh
_________________________________________________________________________

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MAKROPENGAJARAN)

Mata Pelajaran : Matematik Awal

Nama Kelas : Prasekolah Dahlia

Tarikh : 25 April 2012

Hari : Rabu

Masa : 9.00 pagi 9.40 pagi (40 minit) - Jadual Waktu


Tunjang Sains dan Teknologi Prasekolah diperuntukan

40 minit.

3
Bilangan murid : 23 / 25 orang

Umur : 6 tahun

Tunjang utama : Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran

utama : (ST 6.4.) Mengecam corak berulang dan membina pola

(ST 6.4.5) Membina corak berulang mengikut kreativiti


sendiri menggunakan bahan yang disediakan dan
menyatakan coraknya.

Standard pembelajaran

lain yang disepadukan : (PM 8.1.2) Mengamalkan sikap adil dalam sesuatu

aktiviti seperti permainan

(BM 2.2.7) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah

dan sesuai

Kemahiran utama : Membina pola

Objektif Pembelajaran : Menghasilkan pola butang baju

Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menghasilkan pola mengikut warna kegemaran


ii. Menghasilkan pola mengikut bentuk kegemaran
iii. Membaca pola yang dihasilkan
iv. Memahami konsep pola

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

Set Induksi - Meneka benda.

Memperkenalkan tajuk
membina pola.

4
Langkah 1 - Aktiviti soal jawab.

Menunjukkan beberapa
contoh.

Menghasilkan pola.

Langkah 2 - Memperkenalkan bahan

permaianan / alatan

manipulatif.

Menghasilkan pola dari

alatan permainan

Langkah 3 - Mengaplikasikan konsep

bermain dalam lembaran

kerja.

Menghasilkan pola

butang baju

Penutup - Mempamerkan hasil pola

Membaca hasil pola

Nilai : Bekerjasama, tolak ansur patuh pada arahan,

memberi perhatian, menghormati,

bertanggungjawab, riang, gembira

5
KBKK : Menjana idea, penerokaan dan melakukan kerja

dengan cermat

Pengetahuan sedia ada : i. Murid-murid kenal butang baju

ii. Murid tahu corak berselang-seli

Perlaksanaan P&P :

Langkah / Isi Pelajaraan Perlaksanaan Aktiviti Catatan

Set induksi Guru mempamerkan beg berbentuk Bahan:


5 minit pakaian Maujud
Murid meneka apa ada dalam beg Butang baju
Memperkenalkan tajuk Guru menjemput beberapa orang
P&P atau tema murid mengambil benda yang KBKK:
terdapat dalam beg Menjana idea
Murid menyebut bahan maujud yang
diambil iaitu butang baju
Guru mengaitkan dengan tema
pakaian dan memperkenalkan
tajuk iaitu membina pola

Langkah 1 Guru menjalankan aktiviti soal jawab Bahan:


10 minit bersama murid untuk mencirikan Kad pola
Penerangan dan tunjuk butang baju dari segi warna, saiz Butang baju
cara dan bentuk
Guru menunjukkan beberapa contoh
pola
Guru membimbing murid Nilai:
menghasilkan pola menggunakan Patuh pada

6
butang mengikut 1 dan 2 ciri arahan dan
Beberapa murid menghasilkan pola memberi
di hadapan kelas tumpuan

Langkah 2 Guru menerangkan mengenai aktiviti Bahan:


10 minit menghasilkan pola melalui konsep Alatan
bermain permainan
Belajar sambil bermain Guru memperkenalkan bahan-bahan manipulatif
yang terdiri daripada alatan
permainan manipulatif Nilai:
Murid mendengar penerangan guru Bekerjasama,
mengenai cara bermain tolak ansur
menghasilkan pola dengan
menggunakan bahan yang diberikan
Murid menghsilkan pola dari alatan KBKK:
permainan yang diedarkan secara Penerokaan
individu dalam kumpulan
masing-masing.
Murid berkongsi peralatan mainan

Langkah 3 Guru membimbing murid Bahan:


10 minit mengaplikasikan konsep bermain di Lembaran kerja
dalam latihan lembaran kerja Kad butang
Perlaksanaan aktiviti Murid menghasilkan pola menyusun Gam
murid butang di lembaran kerja dengan
menggunakan kad-kad butang Nilai :
Murid menjalankan aktiviti dalam Patuh pada
kumpulan secara Individu arahan dan
menghasilkan pola mengikut 1 ciri memberi
iaitu warna tumpuan
Murid menjalan aktiviti latihan
kedua di lembaran kerja iaitu KBKK:

7
menghasilkan pola mengikut 2 ciri Melakukan kerja
iaitu warna dan bentuk dengan cermat

Penutup Murid mempamerkan hasil pola Nilai:


5 minit Beberapa orang murid ke hadapan Riang gembira
Mempamerkan hasil kelas membaca susunan pola yang
dihasilkan.

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang


pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain,
pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang
digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses
pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran
asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan


penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui
dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard
kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta
nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran iaitu;

Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi

8
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Perkembangan ketrampilan diri

Bagi tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan


tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

Merujuk kepada fokus Pendidikan Prasekolah itu sendiri, salah satu fokus utama proses
pengajaran dan pembelajaran ialah melalui kaedah belajar melalui bermain atau belajar
sambil bermain. Belajar Melalui Bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan
berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana informal,
menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak boleh bermain
dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara sendirian.

Pendekatan ini penting kerana;

Bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak.


Kanak-kanak boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah
dan memperolahi pengalaman tanpa disedari.
Bermain boleh memupuk pemikiran yang fleksibal dan kreatif
Dapat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan
kefahaman budaya.
Kanak-kanak dapat memahami dunia di persekitaran mereka.
Kanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapan
Aktiviti bermain membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta
dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotar.

Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
presekolah. Antaranya ialah main sosial (social play), main kognitif (cognitive play) dan mian
sosiodrama (sociodramatic play).

Dalam aktiviti main sosial, kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau benda
dalam lingkungan kawasan permainan. Main sosial juga berlaku apabila kanak-kanak

9
bermain secara sendirian atau berinterksi dengan bahan. Bagi aktiviti main kognitif pula,
kanak-kanak menggunakan bahan konkrit untuk memperolehi pengetahuan dan
meningkatkan perkembangan kognitif, psikomotor, sosioemosi dan kreativiti. Beberapa
kategori main kognitif adalah seperti functional play, main simbolik, main games and rules
dan main konstruktif (constructive play). Aktiviti belajar sambil bermain seterusnya ialah
main sosiodarama. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, permainan melibatkan interksi
verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut.
Terdapat dua kategori main sosiodrama iaitu; main sosiodrama yang melibatkan peristiwa
harian yang benar dan realistik; dan main sosiodarma fantasi dan imaginasi kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu didedahkan dengan kaedah menggunkan akal waras (common


sense). Perkara ini penting kerana ia bukannya diperolah daripada cara belajar seperti
membaca ataupun mengira semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan kepada kanak-kanak
dengan memberikan pendedahkan kepada meraka. Salah satu cara mendedahkan
kanak-kanak menggunakan akal waras atau juga dikenali sebagai kemahiran berfikir ialah
melalui kaedah atau pendekatan belajar sambil bermain. Langkah yang baik adalah mencari
ruang yang sesuai atau sewajarnya di mana kemahiran berfikir diperlukan bagi mengenal
pasti cara yang membolehkan kanak-kanak mempraktikkannya. Jelaslah di sini, bermain
merupakan salah satu cara merangsang daya fikir kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak didedahkan dengan keperluan kemahiran berfikir, ia membolehkan


mereka berfikir dan melihat lebih daripada satu pandangan ataupun pendapat. Bagi
mencapai tahap ini, kanak-kanak perlu mengetahui cara mendapatkan maklumat dan
pengetahuan daripada sumber-sumber lain dan bukannya berpandukan kepada buku
sahaja. Maklumat boleh memberikan pilihan kepada kanak-kanak dalam membuat
keputusan serta dapat mengelakkan mereka terlibat dengan perkara yang berbahaya.

Bermain dengan alatan permainan adalah perkara yang bermakna dalam kehidupan
kanak-kanak. Permainan adalah bahan asas pembelajaran dan perkembangan minda
mereka atau menjana idea kanak-kanak untuk berfikir. Ketika bermain kanak-kanak
mendapat kepuasan kerana naluri ingin tahu kanak-kanak dapat dipenuhi melalui
barang-barang permainan.

10
Permainan ialah apa sahaja bahan ataupun aktiviti yang memberikan kepuasan,
kegembiraan dan ketenangan kepada orang yang bermain dengannya terutama
kanak-kanak. Bermain bagi kanak-kanak adalah belajar. Naluri bermain adalah keinginan
semulajadi dan berkembang mengikut peringkat umur.

Ketika bermain, kanak-kanak menggunakan kesemua sensorik pancaindera, serta


melakukan koordinasi fizikal dan kemahiran motoriknya. Keadaan ini dapat merangsang
mereka bergerak dan berkembang secara aktif.

Melalui permainan, kanak-kanak dapat mengetahui banyak perkara, seperti mengetahui


mengenai objek, orang lain dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitarnnya. Kelahiran
dan pengetahuan yang dipelajari daripada bermain dapat digunakan oleh mereka ketika
berinteraksi dengan orang lain dan ketika mengadaptasi dengan alam sekitarnya. Setiap
permainan adalah asas kepada pendidikan yang lebih formal.

Bermain memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan beberapa kemahiran


asas yang dimiliki. Bermain bukan sahaja memberi keyakinan diri, malah dapat mendorong
keinginan mereka supaya mempelajari pelbagai perkara lagi. Contohnya dengan bermain
permainan cantum dan lekat bagi membina rumah dapat menyedarkan mereka membuat
rumah memerlukan percantuman beberapa bahan asas seperti tiang, dinding, lantai,
bumbung dan lain-lain. Hal ini nyata bukan sahaja memberikan keseronokkan malah,
menjana daya fikir kanak-kanak. Terdapat lima kategori kegiatan ketika bermain yang dapat
mempengaruhi perkembangan minda atau kemahiran berfikir kanak-kanak iaitu;

Aktiviti yang merangsang mental


Aktiviti yang membantu perkembangan bahasa dan komunikasi
Aktiviti yang membantu dalam seni ataupun artistik
Aktiviti yang membolehkan kanak-kanak memahami konsep matematik dan sains
Aktivti yang memerlukan koordinasi fizikal dan kemahiran motor

11
Merujuk kepada rancangan pengajaran beserta huraian mengenai garis panduan KSPK
berasaskan enam tunjang, kaedah belajar sambil bermain, kemahiran berfikir dan
mengaitkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh maka, terhasillah satu
rancangan pengajaran yang berdurasi 40 minit dengan mengambil kira elemen yang telah
dinyatakan.

Rangcangan pengajaran yang telah dirancang dan dilaksanakan ini adalah berfokus
kepada Tunjang Sains dan Teknologi dalam matapelajaran Awal Matematik disamping turut
disepadukan dengan tujang lain iaitu Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang
Komunikasi dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Rancangan pengajaran ini
telah dilaksanakan ke atas murid Prasekolah Dahlia SK Dato Ahmad Said Tambahan pada
25hb April 2012 hari Rabu yang lalu. Ianya adalah mengikut jadual waktu Tunjang Sains dan
Teknologi prasekolah yang memperuntukkan masa selama 40 minit iaitu pada pukul 9.00
9.40 pagi. Bilangan murid yang sepatutnya ada di kelas prasekolah ialah 25 orang tetapi,
pada hari tersebut hanya 23 orang sahaja murid yang yang hadir. Kesemua murid kelas ini
adalah berusia 6 tahun. Oleh hal yang demikian mengikut kesesuaian umur dan tahap
perkembangan maka, fokus dan standard pembelajaran yang dipilih adalah menepati garis
panduan Kurikulum Standard Pasekolah Kebangsaan.

Dalam rancangan pengajaran ini, fokus utamanya adalah merujuk kepada [(ST 6.4)
Mengecam corak berulang dan membina pola]. Oleh hal yang demikian standard
pembelajaran utama yang boleh dikaitkan dengan fokus utama pengajaran dan
pembelajaran ialah [(ST 6.4.5) Membina corak berulang mengikut kreativiti sendiri
menggunakan bahan yang disediakan dan menyatakan coraknya]. Bagi mengukuhkan lagi
lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta ingin mengaitkan dengan perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh maka, tunjang ini telah disepadukan dengan tunjang yang
lain iaitu tujang Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Komunikasi dan Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika. Standard pembelajaran yang telah diguna pakai untuk
disepadukan dengan Tunjang Sains dan Teknologi ini ialah, [(PM 8.1.2) Mengmalkan sikap
adil dalam sesuatu aktiviti seperti permainan], [(BM 2.2.7) Menjawab soalan dengan ayat
mudah dan sesuai] dan mengikut standard kandungan [(PFK 1.1) Melakukan kemahiran
motor halus].

12
Kemahiran utama yang ingin ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran ini
ialah kemahiran membina pola. Objektif utama pembelajarannya pula ialah menghasilkan
pola butang baju. Objektif menghasilkan pola butang baju ini adalah kerana mengikut tema
mingguan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada minggu ini, temanya ialah Pakaian
dan Aksesori jadi, menghasilkan pola butang baju ini adalah menepati tema pengajaran dan
pembelajaran pada minggu tersebut. Hasil pembelajaran daripada aktiviti yang telah
dirancang ini ialah agar murid-murid dapat menghasilkan pola mengikut warna kegemaran,
menghasilkan pola mengikut bentuk kegemaran, membaca hasil pola dan memahami
konsep pola.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada set induksi, langkah 1, langkah 2,
langkah 3, dan penutup. Aktiviti yang telah dijalankan dalam set induksi ialah murid meneka
benda dan guru memperkenalkan tajuk pengajaran dan pemmbelajaran yang dijalankan.
Dalam langkah 1 pula, aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti soal jawab guru bersama murid
dan guru menunjukkan beberapa contoh pola serta aktiviti menghasilkan pola. Bagi langkah
2, guru memperkenalkan bahan permainan atau alatan manipulatif dan tunjuk cara
menggunakan peralatan atau bahan yang telah disediakan tersebut. Murid-murid
kemudiannya menghasilkan pola dari alatan permainan tersebut. Langkah 3 pengajaran dan
pembelajaran ialah, murid mengaplikasikan konsep bermain dalam latihan dilembaran kerja
iaitu menghasilkan pola butang baju. Langkah terakhir iaitu langkah penutup, murid
mempamerkan hasil dan beberapa orang murid terpilih akan tampil mempamer dan
membacakan hasil dihadapan kelas.

Nilai yang terdapat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini ialah bekerjasama,
patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab dan riang
gembira. Manakala KBKK iaitu kemahiran berfikir kreatif dan kritisnya ialah murid dapat
menjana idea, membuat penerokaan dan melakukan kerja dengan cermat. Bagi mengaitkan
pengajaran dan pembelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid, murid-murid telah pun
mengetahui atau kenal butang baju dan murid tahu mengenai corak yang berselang-seli.
Jadi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi mudah dengan pengetahuan sedia
ada murid ini.

13
Bagi memperjelaskan lagi mengenai perlaksanaan pengajaran dan pembelajran ini saya
akan menerangkan dengan lebih terperinci lagi dengan mengaitkan eleman yang terdiri
daripada garis panduan KSPK berasaskan enam tunjang, kaedah belajar sambil bermain,
kemahiran berfikir dan mengaitkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dalam
perlaksanaan P&P di bawah.

Set induksi

Set induksi ini berlangsung selama lebih kurung lima minit. Dalam set induksi ini guru
akan memperkenalkan tajuk pengajaran atau tema pada minggu tersebut. Langkah awal
sebagai menarik minat dan tumpuan murid, guru telah mempamerkan beg berbentuk
pakaian iaitu baju t-shirt.

<-(guru mempamerkan beg


berbentuk pakaian)

Dalam aktiviti set induksi ini, guru telah menjana daya fikir murid dengan menjalankan aktiviti
soal jawab. Guru bertanya kepada murid apakah yang cikgu bawa? Guru juga menguji
murid dengan beberapa soalan lain antaranya; cikgu bawa beg atau baju?, baju beg atau
beg baju?, dan beg berbentuk baju apa?. Di sini murid-murid akan mula berfikir yang mana
ianya merupakan salah satu eleman yang perlu ada dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Jelaslah di sini tunjang yang disepadukan telah pun diserapkan sejak dari
awal pengajaran dan pembelajaran lagi. Murid telah menjawab soalan-soalan yang diberi
dengan ayat yang mudah dan sesuai mengikut standard pembelajaran yang terdapat dalam
Tunjang Komunikasi (BM 2.2.7)

Langkah seterusnya dalam set induksi ini ialah, murid-murid diminta meneka apa
benda yang ada atau terdapat dalam beg tersebut. Bagi meningkatkan lagi keterujaan dan
keseronokkan murid-murid, guru telah menjemput beberapa orang murid ke hadapan kelas

14
untuk mengambil salah satu benda yang tedapat dalam beg tersebut tanpa melihatnya.

<- (seorang murid mengambil salah satu


benda dalam beg)

Setelah murid mengeluarkan benda yang terdapat dalam beg, murid tersebut dikehendaki
menyebut bahan maujud yang telah diambilnya iaitu butang baju.

(guru mempamerkan butang baju yang dikeluarkan murid) ->

Langkah akhir dalam set induksi ini ialah, guru memperkenalkan tema iaitu pakaian. Butang
baju merupakan salah satu benda penting yang terdapat pada pakaian berbutang. Jadi guru
telah memilih menggunakan butang baju sebenar sebagai bahan untuk menambahkan lagi
kefahaman murid. Guru kemudiannya menyatakan bahawa tajuk atau aktiviti pembelajaran
pada hari tersebut ialah membina pola.

Langkah 1

Langkah 1 merupakan langkah di mana guru memberi penerangan dan tunjuk cara
menghasilkan pola. Di sini juga terdapat aktiviti soal jawab tetapi tebih berfokus kepada
aktiviti yang akan dijalankan iaitu membina pola. Murid-murid dihendaki mencirikan butang
mengikut warna, saiz dan bentuk. Misalnya, guru bertanya; apakah warna butang ini?,
adakah sama saiz kedua-dua butang ini, dan bentuk apakah butang ini? Dalam aktiviti soal
jawab ini juga ianya menjana pemikiran murid untuk berfikir sebelum menjawab. Seterusnya
guru menerangkan mengenai pola iaitu satu penyusunan corak berulang. Pengetahuan
sedia ada murid mengenai corak berselang-seli bolehlah dikaitkan dengan penerangan
mengenai pola ini. Untuk menjelaskan lagi konsep pola ini, guru telah menunjukkan
beberapa contoh dengan mempamerkan kad pola yang terdiri daripada pola satu ciri dan
pola dua ciri. Bahan yang telah digunakan untuk aktiviti penerangan dan tunjuk contoh ini
ialah kad pola.

15
<- (guru memberi penerangan dan
mempamerkan contoh)

Langkah seterusnya ialah guru membimbing murid menghasilkan pola di hadapan


kelas menggunakan butang baju mmengikut satu ciri dan dua ciri. Guru memanggil
beberapa orang murid pertama ke hadapan kelas untuk menjalankan aktiviti menyusun
butang baju mengikut pola satu ciri iaitu warna. Murid ini telah menyusun butang mengikut
warna pilihannya iaitu; kuning dan merah jambu. Guru kemudiannya memanggil murid
kedua untuk menyusun butang baju mengikut pola dua ciri iaitu warna dan bentuk. Murid ini
telah memiliah butang warna hijau dan merah. Dari segi bentuk pula, butang tersebut
mempunyai permukaan yang berbeza iaitu butang berwarna hijau, permukaannya licin dan
kecil manakala butang warna merah, permukaannya berlubang empat dan besar.

<- (murid menyusun


butang baju menghasilkan pola)

(kad pola dan hasil pola murid)

->

Langkah 2

Langkah 2 merupakan langkah yang menekankan kepada pendekatan belajar sambil


bermain. Sebelum murid menjalankan aktiviti bermain ini terlebih dahulu, guru menerangkan

16
mengenai aktiviti yang akan dijalanakan iaitu meghasilkan pola melalui konsep bermain.
Guru memperkenalkan bahan-bahan yang terdiri daripada alatan permainan manipulatif.
Murid-murid mendengar penerangan guru mengenai cara bermain bagi menghasilkan pola
dengan menggunakan bahan yang telah disediakan tersebut. Di sinilah penerapan nilai
kerjasama penting dalam diri setiap murid. Murid-murid harus bekerjasama ketika
menjalankan aktiviti agar, perjalanan aktiviti pembelajaran berjalan lancar. Murid perlu
berkerjasama dan tolak ansur ketika menggunakan alatan permainan. Hal ini adalah kerana,
walaupun murid bermain menghasilkan pola secara individu tetapi, ianya telah dijalankan
dalam kumpulan dan murid perlu berkongsi menggunakan peralatan mainan yang
disediakan.

(Murid belajar sambil bermain)

Langkah 3

17
Langkah 3 merupakan langkah di mana murid-murid mengaplikasikan konsep
bermain dalam latihan di lembaran kerja. Murid dikehendaki menghasilkan pola dengan
menyusun kad-kad butang pada lembaran kerja berbentuk baju yang diedarkan. Murid
menjalankan aktiviti dalam kumpulan tetapi secara individu. Dalam menjalankan aktiviti ini
murid-murid perlu bekerjasama menggunakan bahan yang disediakan. Murid-murid perlu
bertolak ansur dan tolong menolong sesama rakan ahli. Murid-murid tidak boleh
berebut-rebut kerana sekiranya murid-murid tidak mengamal nilai yang diterapkan maka,
aktiviti menghasilkan latihan pola di lembaran kerja ini tidak akan mencapai objektifnya.
Murid-murid juga perlu melaksanakan tugasan ini dengan cermat dan berhati-hati bagi
mengelakkan kesilapan ketika membuat penyusunan. Tugasan ini menekankan kepada dua
latihan pola iaitu menghasilkan susunan pola mengikut satu ciri iaitu warna dan pola
mengikut dua ciri iaitu warna dan bentuk. Kedua-dua tugasan pola ini akan dijalankan di
dalam satu lembaran kerja yang sama dengan membalikkan lembaran kerja untuk tugas
keduanya. Jadi, kedua-dua muka surat helai kertas lembaran kerja digunakan.

<- (murid menghasilkan pola


mengikut 1 ciri- warna)

(murid menghasilkan pola mengikut 2 ciri

warna dan bentuk) ->

Penutup

Dalam langkah penutup ini aktiviti yang dijalankan ialah mempamerkan hasil pola
yang telah siap. Murid-murid mempamerkan hasil pola mereka secara kelas dan beberapa
orang murid dijemput ke hadapan kelas untuk mempamerkan hasil secara individu. Murid

18
yang mempamerkan hasil secara individu ini dikehendaki membaca susunan pola yang
telah dihasilkan. Jelaslah di sini murid sangat riang gembira terutamanya apabila dapat
menghasilkan pola butang baju pada lembaran kerja berbentuk baju dengan betul.

<- (murid-murid berkumpul untuk


mempamerkan hasil)

(salah seorang murid tampil ke hadapan kelas

membaca hasil susunan pola) ->

Refleksi Makropengajaran

Pembelajaran dan pengajaran hari ini berjalan dalam suasana yang baik dan lancar.
Dalam sesi P&P pada hari ini, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti aktiviti
secara soal jawab, aktiviti kelas dan aktiviti individu. Saya gembira dan berpuas hati kerana
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua murid gembira,
seronok serta menunjukkan minat dan melibatkan diri secara aktif. Arahan yang diberikan
dipatuhi dengan baik dan keadaan suasana di dalam kelas adalah terkawal.

Kekuatan

Saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mempamerkan bahan

19
maujud iaitu, beg berbentuk baju t-shirt yang berisi butang baju sebenar untuk meningkatkan
keterujaan murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Bagi
merangsang daya fikir murid, saya meminta murid meneka apakah benda yang terdapat di
dalam beg tersebut. Saya kemudiannya menjemput beberapa orang murid tampil ke
hadapan untuk mengeluarkan salah satu benda yang terdapat di dalm beg tanpa
melihatnya. Melalui aktivti ini, saya telah dapat mencungkil idea murid mengenai tema
pengajaran saya.

Bagi meningkatkan lagi keseronokan terhadap pengajaran dan pembelajaran, saya


meneruskan sesi pengajaran dengan mempamerkan beberapa contoh kad pola. Saya
kemudiannya membimbing murid menghasilkan pola dihadapan kelas dengan
menggunakan butang pilihan murid itu sendiri.

Kelebihan dan kekuatan lain dalam makropengajaran saya ini ialah, saya telah
menjalankan aktiviti bermain sambil belajar iaitu murid-murid akan menggunakan alatan
permainan manipulatif yang sangat memberikan impak yang menyeronokkan dan
menggembirakan murid. Saya memulakan aktiviti ini dengan memperkenalkan alatan
permainan tersebut dan memberi sedikit penerangan serta tunjuk cara untuk menggunakan
alatan yang telah disediakan itu. Seterusnya murid-murid memulakan acara bermain dengan
riang gembira disamping memperolehi ilmu pengetahuan daripada permainan tersebut.

Selesai bermain, murid-murid mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk


menjalankan aktiviti di lembaran kerja. Kekuatan dalam aktiviti lembaran kerja ini ialah,
murid-murid diberikan kertas lembaran berbentuk baju kemeja. Murid-murid kemudiannya
diberikan kad butang pelbagai warna dan bentuk untuk melengkap lembaran kerja baju
kemeja yang tiada butang. Murid-murid dikehendaki meletakkan butang pada lembaran
kerja baju kemeja tersebut mengikut susunan pola yang telah dipelajari. Murid-murid sangat
teruja dengan bentuk lembaran kerja dan kad butang yang pelbagai warna dan bentuk.
Hasilya objektif menghasilkan susunan pola yang betul telah dapat dicapai.

20
Jelaslah di sini, kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan dalam menjalankan
makropengajaran ialah penggunaan bahan, usaha dan kebolehan saya dalam menjalankan
aktiviti yang berkesan, inisiatif dalam mengubahsuaikan bahan-bahan yang ada supaya
dapat memberikan dorongan kepada perkembangan kanak-kanak. Kesan dari kelebihan
dan kekuatan ini, objektif yang hendak dicapai iaitu menghasilkan pola butang baju telah
pun tercapai. Selain itu, di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid juga telah dapat
menghasilkan pola mengikut warna kegemaran, bentuk kegemaran, membaca hasil pola
dan memahami konsep pola.

Kelemahan

Dalam melaksanakan makropengajaran ini, kelemahan dan kekurangan yang dapat


saya kenal pasti ialah, ketika saya mempamerkan bahan maujud seperti butang dan alatan
mainan manipulatif. Hal ini adalah kerana keadaan kelas menjadi kurang terkawal kerana
sikap keterujaan murid-murid terhadap bahan yang dipamerkan. Selain itu, situasi kelas juga
menjadi agak bising apabila saya menjemput beberapa orang murid ke hadapan kelas. Hal
ini adalah kerana semua murid mengangat tangan sambil berebut-rebut menyatakan saya,
saya, saya agar cikgu memanggil nama mereka untuk ke hadapan kelas. Ini merupakan
satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kelemahan dan kekurangan lain ialah, ketika memberi penerangan kepada


murid-murid mengenai ciri pola iaitu mengikut ciri warna, bentuk serta bentuk dan saiz, saya
tidak mempamerkan atau menghasilkan kad perkataan. Saya sekadar menulis di papan
putih. Ini juga merupakan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku kerana dengan
menggunakan kad perkataan ianya lebih menarik minat murid berbanding hanya menulis
menggunakan pen papan putih. Saya perlu lebih berhati-hati lagi di masa akan datang
kerana pengajaran dan pembelajaran saya adalah melibatkan murid-murid kecil seawal usia
enam tahun.

Langkah mengatasi

21
Setelah menyedarikan akan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran ini,
saya berpendapat bahawa masalah keadaan kelas menjadi kurang terkawal dan agak bising
ini boleh diatasi dengan melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada masalah kelas menjadi kurang


terkawal, ialah dengan memikirkan alternatif lain yang lebih baik lagi bagi mengawal kelas.
Misalnya, saya memberi penegasan dari awal agar murid-murid dapat memberikan
kerjasama duduk dalam keadaan sopan. Jadi semua murid termasuk yang duduk di
belakang akan dapat melihat dengan jelas apa yang ingin guru pamer atau tunjukkan. Bagi
mengatasi murid bising dan berebut-rebut untuk ke hadapan kelas dan menjawab soalan
pula, saya juga harus bertindak dari awal memberi penegasan, sesiapa yang hendak ke
hadapan kelas atau menjawab soalan, hanya perlu mengangkat tangan tanpa perlu
mengeluarkan suara. Saya perlu lebih perihatin lagi di masa akan datang.

Seterusnya saya juga boleh melakukan penambahbaikan terhadap kesilapan tidak


mempamerkan kad perkataan dengan menyediakannya di masa akan datang. Di masa akan
datang, saya perlu pastikan agar saya menggunakan kad perkataan yang menarik misalnya
dengan mewarnakan perkataan mengikut sukukata. Ini adalah lebih menarik minat murid
berbanding hanya menulis begitu sahaja di papan putih. Dengan adanya kad perkataan
yang diwarnakan mengikut sukukata akan membantu dan memudahkan murid
membacanya. Hal ini perlukan persediaan awal iaitu membuat kad perkataan terlebih dahulu
sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

Setelah mengenalpasti semua kelemehan dan kekurangan dalam makropengajaran


ini saya harap, di masa akan datang kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi. Untuk
pembelajaran dan pengajaran pada masa hadapan, saya bercadang agar mengadakan
persediaan yang secukupnya agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai seiring
dengan keberkesan pengajaran tanpa berlakunya kesilapan remeh-temah ini lagi.

22
Kesimpulan

Berdasarkan kepada rangcangan pengajaran dan huraian yang telah diberikan


jelaslah di sini bahawa, elemen yang perlu diterapkan iaitu mengikut garis panduan
Kurikulum Standard Prasekolah berdasarkan enam tunjang telah dipatuhi. Saya memilih
Tunjang Sains dan Teknologi iaitu Awal Matematik disamping turut disepadukan dengan
beberapa tunjang yang lain iaitu Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Komunikasi
dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika.

Rancangan pengajaran ini juga memberi fokus kepada kaedah belajar sambil
bermain dengan menggunakan pelbagai bahan atau alatan mainan manipulatif. Dan amat
jelas sekali kemahiran berfikir juga telah diterapkan dari awal lagi seawal permulaan sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu dari set induksi hinggalah ke langkah-langkah
pengajaran yang seterusnya.

Dalam pengajaran dan pembelajaran ini turut mengaplikasikan perkembangan


kanak-kanak secara menyeluruh seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Prasekolah itu sendiri iaitu; memperkembangkan
potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak
agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menanggani cabaran
dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

23
BIBLIOGRAFI

Azila Alias, Anis Norma Jaafar, Sheah Siok Peh, Dr Nodin Mamat, Norly Jamil dan Ilya

Diyana.Modul 1 KAC3023 Kurikulum Awal Kanak-kanak. Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2010). Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan: Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Selangor.Dawama Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Pembelajaran yang Menyeronokkan dan

24
Bermakna. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bertema. B
ahagian Pembangunan

Kurikulum: Kuala Lumur. Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Pembelajaran yang Menyeronokkan dan

Bermakna. Jilid 1. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.

anduan Merancang Aktiviti


Dr. Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh (2006). P

Prasekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Lampiran 1

CD Rakaman Video Rancangan Pengajaran

25

You might also like