Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

HAK JAGAAN KANAK-KANAK : KONFLIK PERUNDANGAN KES HAK JAGAAN KANAK-KANAK

ISLAM KEPADA PENJAGA BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Abstrak

Hak untuk mendapatkan perintah penjagaan bagi orang bukan Islam telah diperuntukkan
di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta
164) dan Enakmen Keluarga Islam. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan apakah
pertimbangan yang diambil kira oleh mahkamah dalam membuat perintah mengenai hak
penjagaan kanak-kanak bagi kes yang melibatkan isu berlainan agama. Artikel ini
menggunakan pendekatan kajian perpusatakaan dan analisis hasil dapatan kajian yang
mana dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, pengenalan mengenai kajian.
Kedua, perbincangan mengenai peruntukkan hak jagaan anak di bawah statuori di
Mahkamah Sivil dan perundangan Islam termasuk peruntukkan mengenainya di
Mahkamah Syariah. Ketiga, perbincangan mengenai kes-kes duluan yang diputuskan di
Mahkamah Sivil di Malaysia berkenaan dengan hak penjagaan serta isu-isu semasa yang
berhubungan dengan konflik perundangan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Sivil. Keempat, menganalisis hasil penemuan kajian mengenai penghakiman
hak penjagaan dan mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian. Dapatan awal
artikel ini merumuskan bahawa Mahkamah dalam memberikan hak penjagaan akan
melihat kepada faktor kebajikan seperti isu umur dan jantina anak-anak, kehendak anak-
anak, kehendak ibu bapa dan agama, latar belakang adat dan keturunan. Artikel ini juga
mendapati bahawa hak untuk menentukan agama anak yang di bawah umur 18 tahun
adalah di bawah hak ibu bapa atau penjaga namun ianya bukan pemutus kata untuk
seseorang Hakim meletakkan hak jagaan kepada mereka.
Kata Kunc : Hak Jagaan Kanak-Kanak, Orang Bukan Islam,Konflik Perundangan, Kebajikan.

Abstract

The right to a care order for the non-Muslims have been provided for in the Act Law Reform
(Marriage and Divorce) Act 1976 (Act 164) and the Islamic Family Enactment. This article
aims to discuss the considerations taken into account by the court in making the order
regarding custody of children in cases involving issues of different religions. This article uses
the library study and analysis of the results of the study, which is divided into four parts. First,
the introduction of the study. Second, the discussion about child custody provisions under
statuori in civil court and Islamic law, including the provisions thereof in court. Third, the
discussion on precedent cases decided in civil court in respect of custody and issues
relating to conflicts of laws and jurisdiction of the Syariah Court and Civil Court. Fourth,
analyze the findings of the judicial custody and propose some alternative solutions. This
article summarizes the initial findings that the court in custody will see to the welfare of
factors such as age and gender issues, children, children's wants, needs of parents and
religion, custom and hereditary background. This article also found that the right to
determine the religion of children under the age of 18 is below the rights of parents or
guardians breaker but it is not the word for a judge to place their custody.
Keywords: Rights of the Child Care, Non-Muslims, Conflicts of Law, Welfare.

PENGENALAN
Hak penjagaan anak bukan satu isu yang baru bahkan ia telah lama dikanunkan di dalam
peruntukkan perundangan di Malaysia dalam mengatasi permasalahan mengenai
perebutan hak jagaan anak. Misalnya, Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961, Akta
Pembaharuan (Perkahwinan & Perceraian) 1976, Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak di
Sabah dan Sarawak telah memberikan seorang penjaga hak-hak seperti menentukan
pendidikan anak-anak, memberi nama anak, tindakan disiplin, pemilihan agama,
pentadbiran harta, persetujuan untuk berkahwin bagi yang berumur di bawah 21 tahun,
perubatan dan sebagainya yang mana lazimnya satu pihak mendapat hak penjagaan
anak akan mempunyai penjagaan ke atas anak itu semnetara pihak lain yang
berkepentingan akan mendapat akses melawat dan melihat anak tersebut.
Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum
dan agama, isu penjagaan anak selalu dibahaskan apabila berlaku kematian suami dan
isteri atau salah satu pihak memeluk agama lain. Setelah kematian pasangan suami isteri,
anak mereka pula lebih cenderung untuk memeluk agama Islam dan mahu tinggal
bersama seseorang beragama Islam yang mana bukan merupakan ahli keluarganya.
Sekiranya anak tersebut masih lagi berumur 18 tahun ke bawah, maka status agamanya
terikat dengan kemahuan ibu bapa mereka atau penjaganya. Perkara 12 (4)
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Bagi maksud Fasal (3), agama bagi
seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu
bapa atau penjaganya".,Jadi, bagaimanakah hak penjagaan anak yang telahmemeluk
agama Islam tersebut ditentukan oleh Mahkamah dari sudut jagaan dan status
agamanya? Adakah terdapat pertindihan bidangkuasa antara mahkamah Sivil dan
Mahkamah Syariah? Oleh itu, kajian ini akan membincangkan mengenai pertimbangan
hakim dalam menentukan hak penjagaan anak bagi orang bukan Islam dalam isu yang
melibatkan anak telah memeluk agama Islam dan cenderung untuk tinggal bersama
penjaga yang beragama Islam.
DEFINASI ANAK
Seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta
164) menjelaskan Perkataan anak yang disebut dalam Akta ini merujuk kepada anak
daripada perkahwinan yang berumur di bawah 18 tahun. Ini telah diperuntukkan dalam
seksyen 2 Akta ini dan Akta Umur Dewasa 1971 melalui seksyen 2 dan 4(c) mentakrifkan
seseorang itu belum dewasa sehingga ia mencapai umur 18 tahun melainkan
diperuntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis.
Sementara itu Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 telah membuat sedikit pengkelasan
mengikut agama. Seksyen 2(2)(a) (i) dan (ii) Akta tersebut meletakkan umur 21 tahun
sebagai umur dewasa bagi kanak-kanak bukan Islam dan 18 tahun bagi kanak-kanak
beragama Islam.
PRINSIP AM HAK JAGAAN ANAK DI MALAYSIA
Seseorang yang meninggal dunia atau bercerai atau melakukan pertukaran agama
dengan meninggalkan anak-anak akan menyebabkan anak-anak hilang tempat untuk
bergantung, dengan erti kata lain membiarkan penjagaan anak boleh membawa kepada
kebinasaan dan kemudaratan kepada diri anak-anak tersebut. Apabila seseorang itu
meninggal dunia dan bercerai, adalah penting warisnya atau sesiapa untuk memastikan
kebajikan anak-anak itu terjamin. Anak-anak tersebut tidak mampu untuk menguruskan diri
sendiri perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Mazhab Syafie berpendapat bahawa penjagaan kanak-kanak itu ialah hak ibu, ibu
kepada ibu (nenek sebelah ibu) hingga ke atas dengan syarat dia mestilah pewaris,
kemudian bapa kepada kanak-kanak tersebut, ibu kepada bapa kanak-kanak, ibu
kepada ibu kepada bapa kanak-kanak hingga ke atas dengan syarat mereka adalah
pewaris, barulah disusuli orang yang paling dekat daripada kerabat-kerabat ibu,
seterusnya orang yang paling dekat daripada kerabat-kerabat bapa kanak-kanak itu.[1]
Pada kebiasaannya, Mahkamah akan melantik seorang penjaga kepada anak-
anak ini untuk mengurus dan memastikan kebajikan anakanak ini berterusan sehingga
mereka telah dewasa, atau untuk menentukan tentang hak jagaan anak selepas
berlakunya perceraian. Hal ini sejajar dengan prinsip yang telah dinyatakan dalam
Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor :
Ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam
masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
Peruntukkan ini menunjukkan bahawa ibu merupakan individu yang paling layak
untuk mendapat hak penjagaan anak. Walaupun Syarak telah menetapkan bahawa, ibu
merupakan orang yang paling berhak terhadap hak dan tanggungjawab hadanah, tetapi
hak dan tanggungjawab tersebut tidak akan diberikan kepada seorang ibu itu sehingga
dia dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya seorang ibu itu tidak
dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka hak dan tanggungjawab hadanah
tersebut akan jatuh kepada orang yang seterusnya mengikut turutan yang telah
ditetapkan.[2] Walaubagaimanapun Mahkamah Syariah meletakkan juga faktor kebajikan
anak dalam memperolehi hak penjagaan anak.[3]
Di Mahkamah Sivil, selepas Mahkamah mengeluarkan sesuatu dekri sama ada dekri
perceraian atau perpisahan kehakiman, ia boleh membuat perintah menetapkan siapa
yang layak dan siapa yang tidak untuk menjaga anak. Mahkamah mempunyai kuasa
untuk memerintah seseorang anak itu diletakkan di bawah jagaan pihak lain selain ibu
bapanya sendiri atas alasan terkecuali bagi kebajikan kanak-kanak terlibat. Ini
menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak semestinya terletak pada ibu
atau bapa tetapi termasuk juga pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika
didapati kemungkinan kebajikan anak-anak akan terjejas. Walau bagaimanapun, dalam
membuat pertimbangan tentang kanak-kanak ini, Mahkamah masih lagi mengambil
perhatian terhadap kehendak ibu bapa terlibat di samping kemahuan anak-anak itu
sendiri.[4]
Amalan kedua-dua Mahkamah samaada Sivil mahupun Syariah masih lagi
meletakkan kebajikan anak sebagai faktor pertimbangan Hakim dalam membenarkan
tuntutan hak jagaan anak. Namun begitu, skop kebajikan anak adalah begitu luas sekali
untuk dibincangkan.[5] Ini kerana kebajikan kanak-kanak ini akan sentiasa berubah-ubah
mengikut persoalan serta isu yang diperbincangkan samaada soal penjagaan, kawalan
akses perlindungan atau pengangkatan. Ini memberikan ruang yang luas kepad budi
bicara Mahkamah untuk digunakan bagi menjelaskan kekaburan yang ada terhadap
maksud tersebut.
HAK SESEORANGAN UNTUK MEMULAKAN PEMBICARAAN DI MAHKAMAH
Locus Standi perlu dipenuhi oleh seseorang dalam membolehkan Hakim mendengar
tuntutan yang dibawanya di Mahkamah. Ketiadaan locus standi akan menyebabkan
tuntutan Plaintif boleh diketepikan oleh Defendan dengan begitu mudah sahaja, malahan
Hakim juga dibenarkan untuk membuang tuntutan seseorang yang tiadak berkepentingan
dalam tuntutannya. Ini bermakna seseorang yang mempunyai locus standi adalah
seseorang yang mempunyai hak untuk berdiri di dalam Mahkamah. Di bawah Common
Law, locus standi merujuk kepada hak seseorangan untuk memulakan pembicaraan di
Mahkamah. Dalam kes England, R lwn Commissioner of Police for the Metropolis ex p.
Blackburn[i].[6] Lord Denning memutuskan akan menidakkan locus standi kepada
seseorang penyibuk yang menyentuhi hal yang tidak berkaitan dengannya tetapi akan
memberikan locus standi kepada sesiapa yang mempunyai isu benar di mana sesuatu
yang dilakukan atau bakal berlaku mempunyai kesan ke atasnya.
Prinsip locus standi banyak dihujahkan di dalam pelaksanaan kes-kes yang terdahulu
sebagai panduan para Hakim dalam menentukan sama ada seseorang itu mempunyai
hak untuk menyuarakan tuntutan di Mahkamah atau tidak. Seorang individu itu boleh
memohon satu deklarasi dari mahkamah jika dia mempunyai satu kausa tindakan (cause
of action) di sisi common law atau untuk melindungi suatu hak berasaskan statut, atau jika
dia akan mengalami mudarat disebabkan tindakan defendan.[7]
Walaubagaimanapun, pada tahun 1980, cara penentuan Locus Standi yang
mengambil pendekatan secara liberal telah berakhir dan Mahkamah Agong ketika itu
menakrifkan Locus Standi secara sempit dan keras. Seterusnya, Hakim Hashim Yeop Sani
menyatakan bahawa untuk membuktikan locus standi, Plaintif mestilah mampu
membuktikan tiga perkara iaitu pertama, Plaintif ada hak yang diiktiraf di bawah undang-
undang, kedua, hak Plaintif itu telah dilanggar atau dinodai dan ketiga, Plaintif telah
mengalami mudarat disebabkan pelanggaran haknya itu.[8]
Terma Locus standi ini adalah terma dalam bahasa Latin dan di gunakan sebagai istilah
perundangan di Malaysia (samada di Mahkamah Sivil mahupun di Mahkamah Syariah)
yang secara ringkasnya bermaksud: hak untuk membawa sesuatu kes ke Mahkamah
ataupun hak untuk dibicarakan di Mahkamah. Ia merujuk juga kepada hak untuk
mendakwa/menuntut (apabila merujuk kepada locus standi orang yang membuat
tuntutan mahkamah) dan hak untuk di dakwa/di tuntut (apabila merujuk kepada locus
standi orang yang di tuntut). Namun begitu, Islam tidak terkecuali menyatakan bahawa
individu yang berhak melakukan dakwaan adalah individu yang mempunyai hak terhadap
perkara yang dituntut. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fikhiah yang meletakkan
beban membuktikan sesuatu itu ke atas orang yang mendakwa, prinsip ini nyatanya
menerangkan individu yang mendakwa pastinya mempunyai kepentingan terhadap
tuntutannya dan perlulah membuktikan bahawa beliau mempunyai hak di dalam tuntutan
tersebut. Misalnya individu yang bukan merupakan ahli waris kepada sesebuah keluarga
adalah tidak layak untuk menuntut harta pusaka peninggalan si mati kerana individu
tersebut dari segi Hukum Syarak bukanlah orang yang mempunyai hak dalam tuntutan
tersebut.[9]
Dalam hal tuntutan penjagaan anak, seseorang individu atau sesebuah persatuan
yang berkepentingan dengan jagaan anak mempunyai kausa tindakan untuk menuntut
hak jagaan anak.[10] Ini menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak
semestinya terletak pada ibu atau bapa atau saudara tetapi termasuk juga pihak ketiga
atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati kemungkinan kebajikan anak-anak kan
terjejas. Ini bermakna ibu dan bapa, badan-badan kebajikan, dan mana-mana orang
adalah individu yang mempunyai hak untuk menuntut hak jagaan anak.
SENARIO PERMASALAHAN HAK JAGAAN ANAK DI MALAYSIA
Perintah hak jagaan anak merupakan isu yang sangat kompleks di Malaysia tambahan
pula jika ia melibatkan status agama anak yang berlainan daripada pihak yang menuntut.
Hal ini kerana Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah boleh mendengar tuntutan hak
jagaan kanak-kanak mengikut peruntukkan perundangan yang dikurniakan kepada
mereka dan memberikan perintah yang berbeza berdasarkan kuasa masing-masing.
Pendengaran oleh kedua-dua Mahkamah ini menyebabkan berlakunya konflik
perundangan yang tidak berkesudahan apabila pihak yang beragama Islam mendakwa
Mahkamah Sivil tidak seharusnya mencampuri urusan Mahkamah Syariah manakala pihak
yang bukan beragama Islam menyatakan haknya telah diganggu apabila pihak
penentang membuat tuntutan di Mahkamah Syariah.
Kebiasaannya, isu penjagaan anak ini pastinya akan mengheret isu status agama anak
kerana masing-masing penjaga mahu menentukan agama anak mengikut agama yang
dianuti mereka.[11] Misalnya pada tahun 2002, Shamala telah menukarkan status agama
anaknya tanpa pengetahuan ibu kepada anak tersebut, dan seterusnya berlaku
perebutan hak jagaan anak.[12]Pelbagai isu perundangan yang tercetus kesan daripada
kes ini antaranya menyentuh mengenai penentuan agama anak bawah umur oleh
penjaga, perintah mahkamah yang mana harus diikuti, dimanakah hak untuk ibu atau
bapa menuntut hak jagaan anak dan kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan
kesahihan pertukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur setelah didaftarkan
keislamannya. Isu-isu tersebut telah membawa keadaan bertambah buruk apabila pihak
polis telah menyatakan tidak akan mengambil bahagian dalam menguatkuasakan
perintah baik bagi Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil.[13]Kenyataan ini dibuat
oleh pihak polis berhubungan dengan kes perebutan hak jagaan anak di Seremban dan
Ipoh yang melibatkan S.Deepa Dan M.Indira Gandhi. Berikutan daripada perebutan
melalui kuasa perundangan tidak mengakhiri konflik tersebut, malahan ia berlarutan
apabila anak lelaki Deepa, V Mithran diculik oleh bekas suaminya, Izwan Abdullah dari
rumahnya di Jelebu pada 9 April sebaik sahaja Mahkamah Sivil memberikan hak jagaan
anak kepada Deepa berdasarkan perkahwinan Sivil. Sementara itu, Muhammad Ridzuan
Abdullah, bekas suami Indiria, ingkar perintah Mahkamah Tinggi pada 20 Mei apabila dia
enggan memulangkan Prasana Diksa kepada ibunya.[14]
Mengikut peruntukkan di Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak mensyaratkan salah satu
pihak ibu atau bapa atau penjaga dalam menentukan keislaman anak bawah umur 18
tahun.[15] Manakala terdapat negeri yang mensyaratkan perlunya persetujuan ibu dan
bapa bagi perkara tersebut.[16] Ketidakseragaman undang-undang turut menyukarkan isu
penjagaan kanak-kanak ini, namun apa yang penting ialah kebajikan kanak-kanak
tersebut perlulah lebih ditamakan berbanding perkara-perkara lain.
KONFLIK PERUNDANGAN
Lazimnya Punca utama pertikaian dalam kes tuntutan hak jagaan anak yang berkaitan
dengan isu status agama si anak ini ialah terhadap bidangkuasa Mahkamah yang akan
mendengar kes tersebut,jika sekiranya pemohon adalah seorang penganut agama islam
maka kes tersebut akan difailakn di mahkamah syariah pada kebiasaannya perintah
Mahkamah Syariah akan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen Keluarga
Islam yang mengikut prinsip Hukum Syarak dan Mahkamah Sivil pula mengikut peruntukkan
undang-undang yang berkaitan mengenainya yang telah dikurniakan oleh Perlembagaan
Persekutuan yang mana perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua Mahkamah ini adalah
berbeza. Namun dalam kes ini pihak pemohon hak jagaan adalah bukan islam iaitu datuk
dan nenek kepada Albert yang telah memeluk islam. Isunya ialah, bolehkah orang bukan
Islam yang merupakan waris kepada anak-anak tersebut dikira sebagai penjaga yang
mutlak.[17]Sekiranya beliau merupakan pemilik mutlak, isu status agama akan dipertikaikan
kerana pastinya si anak yang memeluk agama Islam perlu mengikut status agama
penjaga.[18]
Walaubagaimanapun, Mahkamah seharusnya tidak terikut-ikut dengan kemahuan
yang bertentangan di antara penuntut-penuntut hak jagaan anak tersebut kerana pewaris
kepada anak tidak seharusnya menjadi kata pemutus dan hanya layak menjadi
sebahagian daripada faktor yang perlu diambil kira oleh Hakim dalam membuat
pertimbangan mengenai kebajikan.[19] Dengan kata lain, isu utama yang perlu diputuskan
oleh mahkamah ialah samaada penuntut tersebut boleh dianggap sebagai seorang yang
layak terhadap hak jagaan anak dalam memastikan kebajikan anak tidak diabaikan
terutamanya dari sudut moral, fizikal dan mental.[20] Walau bagaimanapun, sebelum isu ini
boleh dibincangkan, Mahkamah haruslah menentukan bidangkuasanya terlebih dahulu.
Mahkamah Syariah tidak seharusnya memutuskan bahawa hanya mahkamah Sivil
yang patut diberi bidangkuasa untuk menyelesaikan isu tersebut, padahal perkara yang
disenaraikan dalam Seksyen 42(2)(b)(iii) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam
(Negeri Selangor) 2003 melibatkan perkara hadhanah dan jagaan kanak-kanak:
nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan (hadhanah) atau jagaan
kanak-kanak;..
Seksyen 95. Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam 1993 (Akta 505) bagi maksud
bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna
akal dan mencapai umur lapan belas tahun atau jika dia belum mencapai umur lapan
belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.[21]
Walaupun Akta 164 Bahagian VIII dan Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 tidak
menjadi punca pertikaian, keterlibatannya secara tidak langsung dalam perkara tersebut
tidak sepatutnya menjadi halangan kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pemberian
bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil atas sebab sebahagian daripada isu kes melibatkan
hak jagaan anak akan meninggalkan kesan yang serius terhadap bidangkuasa dan kuasa
Mahkamah Syariah dalam hal hadhanah dan penjagaan kanak-kanak bagi orang Islam.
Tambahan pula, peruntukkan hak penjagaan anak dan Perkara 12(4)
Perlembagaan Persekutuan adalah saling berkait rapat dan merupakan aspek yang perlu
dalam proses penentuan orang yang berhak kepada hak jagaan kanak-kanak di antara
para waris dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Oleh itu, mahkamah tidak
seharusnya beranggapan bahawa perkara tersebut tidak termasuk dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah sedangkan hadhanah dan penjagaan kanak-kanak adalah aspek
yang sedia wujud dalam undang-undang kekeluargaan Islam dan tidak semestinya
menjadi isu utama dalam setiap pertikaian.
PENTAFSIRAN PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perbincangan tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah mestilah merujuk kepada Perkara
121(1A) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan:
Mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1)[1] tidaklah boleh mempunyai
bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah
Syariah.
Merujuk kepada perkara 74 dan perenggan 1 Senarai Negeri dalam Perlembagaan,
bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah lebih luas dari apa yang diberi dengan nyata
kepadanya oleh badan perundangan negeri yang berkenaan. Mahkamah Syariah
hendaklah mempunyai bidangkuasa ke atas orang-orang yang menganut agama Islam
mengenai mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan 1 itu. Ia tidak
dihadkan kepada apa yang telah diperuntukan dengan nyata.[22] Perkara-perkara itu
termasuk undang-undang Islam dan undang-undang keluarga orang yang menganuti
agama Islam. Ia termasuk kuasa berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan
oleh orang-orang menganuti agama Islam terhadap ajaran agama itu.
Fakta bahawa badan perundangan telah diberi kuasa membuat undang-undang
akan tetapi dia belum membuat demikian, tidak akan menjejas dari kenyataan bahawa
perkara-perkara itu termasuk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, seperti yang
dinyatakan dalam perenggan 1 Senarai Negeri dan bidang kuasa yang mana telah ditarik
keluar dari mahkamah-mahkamah yang disebut di Perkara 121 (1) Perlembagaan. Jika
badan perundangan negeri belum lagi membuat undang-undang khusus dalam perkara
itu, ia adalah termasuk dalam kuasanya membuat demikian pada masa hadapan di
bawah peruntukan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu, apabila
perkara itu dipertikaikan bidangkuasa itu adalah kepunyaan Mahkamah Syariah dan
bukan kepunyaan mahkamah yang disebut dalam Perkara 121 (1) walaupun tidak
terdapat peruntukan khas dalam enakmen-enakmen negeri mengenai perkara itu pada
masa isu itu timbul.
Itu adalah maksud Perkara 121 (1A) apabila ia menyebut dengan jelas bahawa
Mahkamah-mahkamah Sivil yang disebut di Perkara 121 (1), termasuk Mahkamah-
mahkamah Tinggi tidak akan ada bidangkuasa dalam perkara itu. Fakta bahawa
Mahkamah-mahkamah Syariah belum dengan nyata diberi kuasa memutuskan isu yang
timbul itu oleh badan perundangan negeri, tidak bermakna bidangkuasa itu hendaklah
dijalankan oleh mahkamah-mahkamah yang disebutkan di Perkara 121 (1). Isunya bukan
sama ada seseorang yang pertikaikan perkara itu boleh dapat remedi-remedinya akan
tetapi isunya ialah bidangkuasa mahkamah-mahkamah untuk membicarakan perkara
yang berkenaan bidangkuasa awalan untuk mendengar dan menentukan perkara itu.
Ini bermakna setiap perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai 2,
Perlembagaan Persekutuan adalah termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah
tanpa mengambil kira ketiadaan peruntukan nyata dalam enakmen negeri. Dengan kata
lain, kesan kenyataan di atas adalah Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa yang
lebih luas yang tidak terhad kepada peruntukan yang dinyatakan dalam enakmen-
enakmen negeri. Bidangkuasa tersebut boleh dianggap bidangkuasa semulajadi yang
dimiliki oleh Mahkamah Syariah seperti yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai 2. Selagi
mana sesuatu perkara itu dinyatakan dalam Senarai 2, Mahkamah Syariah akan
mempunyai bidangkuasa dalam hal tersebut, meskipun Badan Perundangan Negeri belum
membuat undang-undang tentang perkara itu.
Adalah jelas bahawa tujuan Parlimen dengan adanya Perkara 121 (1A) ialah untuk
menyingkirkan bidangkuasa Mahkamah-mahkamah Tinggi di dalam mana-mana perkara
yang termasuk di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.[23] Oleh kerana itu, apabila
ada cabaran kepada bidangkuasa pendekatan yang betul ialah dengan melihat sama
ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan bukan sama ada badan
perundangan negeri mempunyai kuasa memperuntukkan undang-undang yang memberi
bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Kesahan undang-undang hanya boleh
dipersoalkan di dalam prosiding berasingan di bawah Perkara 4(3) Perlembagaan
Persekutuan.
Hal ini kerana, sekiranya Mahkamah Syariah ingin mempunyai bidangkuasa dalam
sesuatu perkara, adalah tidak memadai bagi Badan Perundangan Negeri sekadar
mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu sahaja tetapi tidak
menggubalnya. Badan Perundangan Negeri perlu memperuntukkan bidangkuasa tersebut
kepada Mahkamah Syariah melalui enakmen negeri dan hanyalah setelah itu Mahkamah
Syariah boleh dikatakan mempunyai bidangkuasa dalam perkara berkenaan.
Walaupun tiada peruntukan nyata tentang isu pentadbiran dalam enakmen negeri,
Mahkamah Syariah masih mempunyai bidangkuasa. Misalnya, untuk menentukan status
agama seseorang samaada beragama Islam atau sebaliknya kerana bidangkuasa
berkenaan undang-undang tersebut boleh diperoleh secara tersirat daripada peruntukan
yang ada. Kaedah umum pentafsiran undang-undang memperuntukan bahawa sekiranya
makna sesuatu statut tidak jelas, pentafsiran secara tersirat adalah dibolehkan dalam
sesetengah kes. Dalam kes Soon Singh, meskipun tiada peruntukan nyata dalam enakmen
negeri tentang bidangkuasa mahkamah dalam isu keluar daripada agama Islam,
mahkamah telah menggunakan prinsip pentafsiran secara tersirat ini dengan mengambil
kira peruntukan pertukaran agama daripada agama lain kepada Islam.
PANDANGAN ULAMA' TERHADAP HAK HADANAH BAGI ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP
KANAK- KANAK ISLAM
Para ulama' sepakat mengatakan bahawa seorang Islam mempunyai hak hadanah ke
atas kanak- kanak yang beragama Islam atau yang bukan beragama Islam dari kalangan
keluarganya.[24] Alasan yang diberikan ialah hadanah merupakan hak perwalian
(penguasaan) dan seorang Islam mempunyai hak perwalian (penguasaan) ke atas orang
Islam atau orang yang bukan Islam dari kalangan keluarganya. Berhubung dengan hak
hadanah seseorang yang bukan Islam ke atas kanak-kanak yang bukan Islam dari
kalangan keluarganya, ia juga dibenarkan. Tiada perselisihan ulama dalam perkara ini.
Berhubung dengan hak hadanah atau penjagaan seorang yang bukan Islam ke atas
kanak-kanak yang beragama Islam dari kalangan keluarganya, para ulama' telah
berselisih pandangan dalam perkara ini. Fuqaha Islam dari mazhab Hanafi [25], Maliki[26] dan
Zahiri[27] berpendapat bahawa seorang yang bukan Islam berhak ke atas penjagaan
kanak-kanak beragama Islam dari kalangan keluarganya. Ini kerana perasaan kasih
sayang tidak akan memberi kesan dengan berbezanya agama di antara mereka. Mereka
juga mengasaskan pandangan mereka kepada keumuman hadith Nabi Muhammad s.a.
w yang tidak membezakan apa jua agama yang dianuti oleh si ibu dan si anak,
"Sesiapa yang memisahkan seorang anak daripada ibunya, nescaya Allah akan
memisahkannya daripada orang yang dikasihi pada hari Kiamat.
Sementara itu, para ulama' darpada mazhab Syafi'I, Hambali dan sebahagian daripada
mazhab Maliki berpendapat bahawa seorang yang bukan Islam tidak mempunyai hak
hadanah ke atas kanak-kanak Islam dari kalangan keluarganya. Antara dalil yang dirujuk
ialah firrnan Allah yang bermaksud:
"Allah sama sekali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir ke atas orang-orang
yang beriman (untuk memusnahkan mereka)." Menurut mereka yang di rnaksudkan
dengan "...memberi jalan.. ." di dalam ayat ini ialah perwalian atau penguasaan. Hadanah
adalah sebahagian hak perwalian, sama seperti perwalian dalam perkahwinan dan harta.
Oleh itu, tidak wajar bagi seorang yang bukan Islam mengendalikan hak perwalian ke atas
kanak-kanak yang beragama Islam.
Mereka juga mengatakan sekiranya hak hadanah gugur daripada seorang Islam yang
fasiq, maka menggugurkannya daripada seorang yang bukan Islam adalah terlebih wajar.
Bahkan seorang yang bukan Islam sekiranya diberikan hak penjagaan ke atas anak yang
beragarna Islam, berkemungkinan besar ia akan memesongkan anak tersebut daripada
agama dan akidah Islam.
Pada dasarnya penulis berpendapat bahawa perbezaan agama tidak sepatutnya
menjadi batu penghalang untuk seorang menjaga kanak-kanak dari kalangan
keluarganya (seperti anaknya, cucunya clan sebagainya). Ini kerana terdapat hadith-
hadith yang pada zahirnya memberi ruang kepada orang yang bukan Islam membela
sama anak kesayangan mereka. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A. W ketika
menyelesaikan hak penjagaan anak yang menjadi rebutan antara sahabatnya Rafi' ibn
Sinah r.a dan isterinya yang tidak memeluk Islam, Rasulullah S.A.W telah memberi hak
kepada anak tersebut memilih salah seorang antara mereka berdua. Apabila si anak
memilih si ibu, lantas Rasulullah berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada si anak
tersebut. Akhirnya, si anak memilih bapanya. Sekiranya si ibu yang bukan Islam tidak berhak
ke atas anaknya, nescaya Rasulullah S.A. W tidak membuka peluang pemilihan itu.
KONSEP KEBEBASAN BERAAGAMA DALAM MALAYSIA
Kebebasan beragama merupakan salah satu hak kebebasan asasi yang diiktiraf oleh
Malaysia kepada setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan.[28] Pada
peringkat antarabangsa, pengiktirafan diberikan terhadap hak kebebasan beragama
antaranya melalui instrumen antarabangsa seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia
1948 (UDHR 1948) serta Waad Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR
1966).[29]Kebanyakan negara di dunia juga mempunyai peruntukan mengenai kebebasan
beragama walaupun liputan terhadap tahap kebebasan khususnya hak untuk menukar
agama berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain.[30]
Pertikaian mengenai isu agama telah lama wujud sejak zaman penjajahan Inggeris lagi.
Hal ini demikian kerana agama Islam mendapat pengiktirafan Inggeris sebagai terpakai
dalam soal peribadi masyarakat Tanah Melayu pada masa tersebut.[31] Isu agama
termasuklah hak menukar agama diakui masih wujud secara berterusan dan sukar
dibendung selagi undang-undang sedia ada tidak diperkemas.

Dalam kes Re Maria Hertogh.[32] Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes ini memutuskan
bahawa ibu bapa asal mempunyai hak penjagaan dan menentukan agama kanak-kanak
berkenaan. Walaupun hasrat kanak-kanak dalam kes ini untuk terus tinggal di Tanah
Melayu bersama ibu angkatnya dan kekal dalam agama Islam, mahkamah mengambil
kira faktor umur kanak-kanak terbabit yang baru berusia 13 tahun. Walaupun melibatkan
isu kebebasan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kes ini boleh digunakan bagi
melihat permulaan timbulnya isu kebebasan beragama di Malaysia.[33]
Dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama adi seorang
gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan
persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina itu
telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia
berhak memeluk agama Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang
memperuntukkan "Semua orang-orang berhak menganut dan mengamal ugamanya dan
tertakluk kepada fasal (4) menyebarkannya".
Akan tetapi apabila rayuan dibuat oleh bapa itu ke Mahkamah Agong, Abdul Hamid
Ketua Hakim Negara pada masa itu telah merujuk kepada Perlembagaan Malaysia dan
khususnya Perkara 3 yang menyebut Islam adalah ugama Persekutuan; dan juga pada
pendapat Suruhanjaya Reid mengenai Perkara 3 itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu
Suruhanjaya Reid tidak menyokong diadakan peruntukan seperti Perkara 3 akan Hakim
yang arif itu beliau berkata "Pada asas iaitu Perlembagaan kita digubal dan diisytiharkan."
Beliau merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4) Perlembagaan yang memperuntukkan;-
(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa
ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu
ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan
belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya.
Sungguhpun fasal (4) itu menyebut "untuk maksud fasal (3) iaitu mengenai pengajaran
ugama di sekolah, Hakim yang arif itu telah menggunakan fasal itu untuk memutuskan
seorang ibubapa atau penjaga berhak menentukan agama seorang yang belum dewasa.
Sebetulnya beliau tidak perlu membuat keputusan itu oleh kerana pada masa itu gadis itu
telah pun berumur lebih dari lapan belas tahun. Keputusannya ialah dianggap obiter
dicta atau pandangan sahaja, akan tetapi sayangnya ia telah diterima pakai dalam
undang-undang di Malaysia.[34]
Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993
(Akta 505) pula memperuntuk bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai
umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.

"Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah
kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan
telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk
mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan

"Ini adalah kerana berdasarkan Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur
18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes
ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju.
Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi YA Abdul Malek, memutuskan bahawa
seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih
agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan
Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang bukan Islam yang
berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk
kepada kehendak penjaganya. Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung. Di
Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara
yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minorit tidak mempunyai
hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu
bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang
kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11. [35]
FAKTOR PENENTUAN PERINTAH MAHKAMAH
Dalam membuat keputusan terhadap kes ini, boleh disimpulkan bahawa Mahkamah
Syariah perlu memberikan penekanan yang berat kepada frasa memperuntukkan
bidangkuasa. Perkara berkaitan penentuan status agama anak adalah termasuk dalam
kuasa perundangan Persekutuan yang eksklusif seperti yang diperuntukkan dalam Perkara
12(4) maka Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal
undang-undang dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian, Badan Perundangan Negeri
tidak boleh memperuntukkan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk memutuskan
hal-hal status agama Islam bagi orang bukan Islam di bawah umur.
Tambahan pula, ia telah menjadi amalan Mahkamah Sivil di Malaysia untuk
memutuskan perkara yang bersangkut paut dengan undang-undang penentuan status
agama kerana berkait rapat dengan hak penjagaan. Adalah jelas bahawa apabila
seseorang bukan Islam yang mempunyai anak meninggal dunia, hak penjagaan anak
tersebut haruslah dipohon daripada Mahkamah Sivil. Sekiranya timbul pertikaian dalam
mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 teruramanya melibatkan status agama si anak, ia mesti diselesaikan oleh
Mahkamah Sivil yang telah diberi kuasa dalam hal yang melibatkan hak jagaan anak.
Kesannya, keputusan Mahkamah Syariah tidak lagi akan digunakan.
Meskipun bidangkuasa yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam
hak jagaan anak, telah dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 82 Enakmen Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003, bidangkuasa ini telah dihadkan oleh peruntukkan Perkara
12(4) yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.[36] Kedudukan ini kekal meskipun
perubahan statutori telah dibuat untuk memperbaiki atau meluaskan bidangkuasa
Mahkamah Syariah dengan menyempitkan atau mengurangkan bidangkuasa Mahkamah
Sivil melalui penambahan klausa (1A) dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan pada
tahun 1988.

KESIMPULAN
Keputusan yang bercanggah antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam kes
Izwan Bin Abdullah telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat Islam.
Sesetengahnya melahirkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut. Mereka
menganggap ia adalah peluang keemasan bagi Mahkamah Syariah untuk memperbetul
kepincangan sistem perundangan Malaysia tentang bidangkuasa mahkamah dalam hal
penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang hak jagaan kanak-kanak yang
melibatkan penjaga orang bukan Islam dan kanak-kanak yang beragama Islam.
Bidangkuasa untuk memutuskan pertikaian tentang hak penjagaan anak yang
melibatkan si anak telah memeluk agama Islam itu sebenarnya telah sedia wujud dalam
perlembagaan dan enakmen negeri yang lain. Kecenderungan semasa yang ditunjukkan
dengan menggunakan prinsip pentafsiran yang tersirat ini apabila memutuskan bahawa
Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes keluar daripada
Islam.[37]
Walaubagaimanapun, dalam penentuan hak jagaan anak, kebajikan adalah isu
yang diutamakan oleh Hakim dalam penentuan penjagaan kanak-kanak. Keterlibatan
masyarakat telah menghangatkan isu penjaga yang bukan Islam akan menyebabkan
anak beragama Islam akan mengikuti agama si penjaga. Sebenarnya, amalan di
Mahkamah adalah melihat kepada siapa yang mempunyai hak untuk menuntut hak
jagaan anak akan didengari tuntutannya di Mahkamah kerana mereka mempunyai locus
standi untuk berbuat demikian. Baik Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil masing-
masing memperuntukkan kebajikan kanak-kanak sebagai isu utama yang perlu
diperlihatkan dalam penentuah hak penjagaan. Ini termasuklah hak kanak-kanak tersebut
untuk terus berada di dalam agama Islam sekiranya keluar daripada agama Islam itu akan
menjejaskan kebajikannya.[38]
Tidak salah sekiranya penjaga yang bukan Islam menjaga anak yang telah
memeluk agama Islam sekiranya kebajikan anak tersebut lebih dipelihara dengan baik
bersamanaya. Sebaliknya, inilah jalan yang telah ditetapkan oleh Syarak dalam
menentukan hak jagaan kanak-kanak.[39] Hal ini kerana Mahkamah Syariah boleh untuk
memberikan hak jagaan kepada mana-mana orang lain sekiranya individu tersebut dapat
memenuhi kebajikan kanak-kanak. Malahan dalam amalan Islam ada membenarkan
kanak-kanak Islam dijaga oleh orang bukan Islam selagi ia tidak mendatangkan mudarat
terhadap akidah kanak-kanak tersebut.[40] Ini menunjukkan, kedua-dua Mahkamah boleh
untuk mendengar tuntutan hak penjagaan kanak-kanak yang mempunyai isu status
agama dengan melihat kepada status kebajikan kanak-kanak itu sebagai perkara utama
yang perlu diselesaikan.[41] Di samping itu, perbalahan dan perebutan hak jagaan anak
dalam perkahwinan sivil boleh dikendalikan di Mahkamah Sivil, dengan syarat pasangan
yang memeluk Islam diberi peluang menyatakan kesnya mengikut undang-undang Islam
dengan bantuan pakar Islam. Begitu juga sebaliknya, apabila seorang mualaf membawa
permohonan hak jagaan anak dan isu pertukaran agama ke Mahkamah Syariah,
mahkamah perlu memberi peluang kepada pasangan bukan Islam didengar, terutama
jika ia membabitkan seorang ibu kerana Islam tetap mengiktiraf hak seorang ibu terhadap
anaknya. Isu pengislaman secara automatik mengikut agama ibu atau bapa yang
memeluk agama Islam tidak patut timbul.
Walau bagaimanapun, jalan penyelesaian yang paling baik untuk mengelakkan
kerumitan lain pada masa hadapan adalah dengan membuat pindaan ke atas Perkara
12(4) Perlembagaan Persekutuan dengan mengecualikan orang Islam daripada tertakluk
di bawahnya. Sebagai alternatif, satu undang-undang hak penjagaan kanak-kanak Islam
dalam permohonan ahli waris atau penjaga yang bukan beragama Islam perlulah
disediakan di peringkat negeri dengan memperuntukkan bidangkuasa yang jelas kepada
Mahkamah Syariah. Misalnya dengan membenarkan tuntutan dibuat oleh orang bukan
Islam terhadap penjagaan kanak-kanak yang telah memeluk agama Islam dengan
meletakkan syarat bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai pertalian hubungan atau
kepentingan kebajikan dengan mereka Haruslah diingat bahawa meskipun bidangkuasa
Mahkamah Syariah yang jelas telah pun diperuntukkan, tidak akan membawa apa-apa
kesan sekiranya Mahkamah Syariah sendiri tidak memainkan peranan yang proaktif untuk
memperkasa bidangkuasanya.
RUJUKAN
Peruntukan Undang-Undang
P.Persekutuan 12(4)
Seksyen 88 AMU 1964
Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act)-tafsiran umur dan penjagaan
Rujukan Penghakiman Kes-Kes Terdahulu
1. Kok Yoong Heong lwn Choon Thean San [1976] 1 MLJ 292- takrifan kebajikan
2. R.Samaswathy lwn R.Palakrishnan [1986] Mal. Digest 47- kesan perubahan
penjagaan dalam peringkat umur
3. Manikam lwn Interahnee [1985] 1 MLJ 56 kemahuan anak diambil kira
4. Kanalingam lwn Kanagarajah [1982] 1 MLJ 264-kemahuna anak
5. Chua Thye Peng & Anor lwn Kuah Huah Oong [1978] 2 MLJ 217-kehendak ibu bapa
6. In Re Mc Grath [1892] 1 Ch 143- kepercayaan,perlakuan dan perbuatan yg
menunjukkan kehendak ibu bapa
7. Winnie Young [1978] 2 MLJ 217- kehendak bapa terhadap agama kanak2
hendaklah dibuktikan
8. Teoh Eng Huat, Re Chee Peng Quek [1963] 1 MLJ, Re Maria Hertogh [1951] MLJ 1964-
bapa tentukan agama

[1] Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


[2] Seksyen 83 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[3] Seksyen 87 Enakmen undang-Undang keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam Seksyen ini Mahkamah Syariah telah
meletakkan faktor kebajikan merupakan factor utama dalam melayakkan seseorang itu mendapat hak hadanah.
[4] Op.Cit. Seksyen 88 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Akta 164. Selain daripada
peruntukkan ini, Seksyen 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 turut memberi penekanan terhadap soal kebajikan kanak-kanak
yang mana ia akan dilihat dari aspek-aspek seperti moral, fizikal dan mental, masa depan yang boleh dijangkakan dan tidak
tertumpu kepada sesuatu hal keadaan atau masa-masa tertentu sahaja.
[5] Kok Yoong Heong lwn Choon Thean San [1976] 1 MLJ. 292. Dalam kes ini Hakim telah menyentuh mengenai kebajikan
dalam Seksyen 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak, bahawa Mahkamah mesti mengambil makna perkatan kebajikan itu secara
menyeluruh dan meluas.
[6] [1968] 2 QB 241
[7] Kenyataan oleh Hakim Abdoolcadeer dalam kes Mohamed bin Ismail lwn. Tan Sri Haji Othman Saat [1982] 2 MLJ 133.
Dalam kes ini Hakim Wan Yahya terlebih dahulu semasa penghakiman di peringkat Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa
penentuan skop Locus Standi mengambil kira kepentingan awam agar satu pendekatan yang liberal dan luas dapat diambil.
[8] Di dalam kes Abdul Razak Ahmad lwn. Kerajaan Negeri Johor [1994] 3 AMR 2463 telah menyokong penuh amalan
penentuan Locus Standi yang ditakrifkan oleh Hakim Hashim Yeop Sani. Lihat juga kes Re United Engineers.

[9] Lihat kes Hasan Arif Hafiz Ahmed lwn Hasimah Hafiz Ahmed & Hasnah Hafiz Ahmed (2006) JH XXII/I, 61. Dalam kes ini,
Panel Rayuan sebulat suara menolak rayuan pemohon dan berpendapat bahawa responden-responden bukanlah pihak-pihak yang
sepatutnya dikaitkan dalam urusan harta pesaka kerana mereka telah jelas bukan disenaraikan sebagai ahli waris. Lihat juga
kes Bakhtiar bin Adnan lwn Mohd Fawzi bin Nahrawi dan 6 yang Lain (2006) JH XXI/I 19 yang mana diputuskan bahawa
permohonan ex-parte perintah interim injunksi yang dibuat oleh pemohon adalah salah aturan dan ditolak oleh Mahkamah kerana
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang merupakan tuan tanah kepada tapak surau yang telah diwakafkan itu sepatutnya
dijadikan sebagai responden dalam kes ini dan bukannya pemilik tanah yang asal.
[10] Seksyen 88 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Akta 164. Dalam Seksyen ini
menjelaskan pihak yang berhak menuntut hak jagaan anak terdiri daripada ibu atau bapa, saudara kepada anak atau persatuan
kebajikan.
[11] Subashini lwn Sarawanan (2008) 2 MLJ 147. Dalam kes ini, anak telah diislamkan oleh penjaganya yang beragama Islam.
[12] http://www.freemalaysiatoday.com/ dilihat pada 28 April 2015.
[13]http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-sivil-perlu-ambil-duluan-undang-undang-syariah-kes-hak-
jagaan-kata dilihat pada 28 April 2015. Dalam laman ini turut menyatakan bahawa pihak polis berpendapat bahawa lebih wajar
untuk diletakkan hak jagaan anak di pusat kebajikan kerana ia dilihat lebih adil kepada kedua-dua belah pihak.
[14]http://www.agc.gov.my/pdf/ dilihat pada 28 April 2015.
[15] Seksyen 95 (b)Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan.
Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah 2008.
Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Perak 2004.
[16] Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran undang-Undang Islam Selangor 2003.
[17] Op.Cit. Seksyen 83 Enakmen Keluarga islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam Seksyen ini telah menyatakan salah satu syarat
yang melayakkan seseorang itu diberi hak hadanah adalah seorang yang beragama Islam.
[18] Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Dalam peruntukkan ini menggariskan status agama si anak yang di bawah umur
18 tahun ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. Lihat juga kes Re Chee Peng Quek [1963] 1 MLJ yang mana
Mahkamah memutuskan seseorang bapa itu berhak menentukan agama anaknya yang di bawah umur.
[19] Lihat kes Sim Hong Ban lwn Lois Jean Sim [1973] 1 MLJ 1. Dalam kes ini Mahkamah menyatakan bahawa pertimbangan
tentang kebajikan Cuma mengatakan kemahuan ibu bapa itu perlu diambil kira tetapi tidak seharusnya dijadikan kata pemutus.
[20] Re Satpal Singh [1958] 24 MLJ 283.
[21] http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2011/Akta%20505%20-%20Akta%20Pentadbiran%20Undang-
Undang%20Islam%20%28Wilayah-Wilayah%20Persekutuan%29%201993.pdf
[22] Md Hakim Lee lwn Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur [1998] 1 MLJ 681.
[23] Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor [1992] 1 MLJ 7
[24] -Al-Nawawi, Mahyuddin Syarf, (t.t.), Rawdat al Talibin wa 'Umdat al Muftin, j. c. 2. Beirut: al-Maktab al,j.9, h. 99
[25] Al Dasuqi,j. 2, h. 529.
[26] Al-Sarakhsi, Syam al Din (1986M/1406H), al Mabsut, Beirut: Dar al Ma'rifah, j. 5, h. 210.
[27] Abu Muhammad' Ali b. Ahmad b. Sa'id b. Hazm (t.t.), al Muhalla, Qaherah: Dar al Turath, j. 10, h.
[28] Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya. Hak kebebasan asasi lain terkandung dalam Bahagian II
Perlembagaan Persekutuan Perkara 5-13.

[29] Prinsip-prinsip hak asasi manusia yang diluluskan oleh PBB melalui Deklarasi Sejagat Mengenai Hak-Hak Asasi Manusia
(UDHR) 1948 Artikel 18 Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, naluri hati dan agama; hak ini termasuklah
kebebasan menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara bersama dengan orang
lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan
pematuhan. Peruntukan ICCPR sedikit berbeza. Artikel 18; Semua orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, naluri hati
dan agama. Hak ini hendaklah termasuk kebebasan untuk mengadakan atau mengamalkan agama atau kepercayaan pilihannya,
dan kebebasan, sama ada secara individu atau secara bersama dengan orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti
agama atau kepercayaannya dalam ibadah, pemeliharaan, amalan dan pengajaran Teks UDHR
dari http://www.udhr.org/UDHR/ default.htm. Tarikh capaian pada 3 Ogos 2009.Teks ICCPR
dari http://ww2.ohcr.org/english/ law/ccpr.htm. Tarikh capaian pada 3 Ogos 2009.

[30] Contohnya Perkara 25 Perlembagaan India memperuntukkan kebebasan dalam menukar agama, manakala Perlembagaan
Arab Saudi tidak membenarkan penukaran agama bagi orang Islam. Tahir Mahmood, Islamic Law and State Legislation on
Religious Conversion in India dlm. Chibli Mallat (pnyt.), 1993. Islam and Public Law. London: Arab and Islamic Law Series,
Graham & Trotman. hlm. 165. Laura Dudley Jenkins, Legal Limits on Religious Conversion in India dari
http://www.law.duke.edu.journals/lcp. Tarikh pada 5 Mei 2011. ECLJ, International Protection of the Right to Choose Ones
Religion and Change Ones Religious Affiliation, ACLJ, September 2007
darihttp://www.eclj.org/PDF/070911_ECLJ_Report.pdf. Tarikh pada 7 Jun 2010.

[31] Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM, hlm. vii.
Kes Ramah lwn Laton [1927] 6 FMSLR 128.
[32] [1951] MLJ 164. Professor Aziz Bari melihat kes Re Susie Teoh sebagai kes pertama mengenai kebebasan beragama. Abdul
Aziz Bari, Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya dlm. Jurnal Syariah 10:1, hlm 62.
10 mei 2015

[33] Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia dlm.
http://www.islam.gov.my/buu/artikel2.html. Capaian pada 10 Mei 2015. Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan Singapura
telah mengakui bahawa anak perempuan dalam kes tersebut telah memeluk agama Islam sungguhpun umurnya baru 13 tahun.
[34] Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia dlm.
http://tayibah.com/eIslam/kedudukan_islam_dlm_perlembagaan.phpCapaian pada 10 Mei 2015.

[35] Teoh Eng Huat lwn Kadhi, Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301, Hak Asasi Manusia:Imbangan Antara Hak Ramai dan Hak
Individu. http://www.reocities.com/CapitolHill/6954/hakasasi.htm#_edn12. 10 Mei 2015.
[36] Perintah hak jagaan anak yang diperolehi di Mahkamah Tinggi Syariah akan bercanggah dengan keputusan yang diperolehi
oleh Pemohon di Mahkamah Sivil. Rujuk juga kes Izwan Bin Abdullah yang belum lagi dilaporkan, dan masih lagi di peringkat
rayuan.
[37] Soon Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) [1999] 1 MLJ 489. Dalam kes ini jelas Mahkamah Syariah
mempunyai bidang kuasa dalam mendengar penentuan status agama bagi kes keluar daripada Islam. Ini juga bermakna
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam penentuan status agama Islam si anak walaupun Perkara 12(4) menyatakan
hak penjaga untuk menentukan staus agama kanak-kanak bawah umur 18 tahun.
[38] Lee Soh Choo lwn Tan Ket Huat [1987] 1 MLJ 255. Dalam kes ini menyatakan Mahkamah menyatakan tidak teragak-agak
untuk mengubah penjagaan kanak-kanak sekiranya ia menganggu perkembangan mental, fizikal dan emosinya. Hal ini kerana,
tiada suatu keutamaan dalam membuat perkiraan apakah kebajikan itu sebenarnya atau apakah sebetulnya erti kesejahteraan
kepada seseorang kanak-kanak itu.
[39] Seksyen 87 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam seksyen ini menyebut bahawa Mahkamah Syariah
boleh memerintahkan hak jagaan kepada mana-mana orang lain dalam hal yang memaksudkan kepada kebaijkan kanak-kanak
tersebut.
[40] http://www2.bharian.com.my/articles/Orangkafirtaklayakdapathakhadanah/Article/ dilihat pada 29 April 2015. Dalam
petikan akhbar ini menjelaskan bahawa Mazhab Syafie melarang hak jagaan anak yang Bergama Islam kepada pihak yang bukan
Islam kerana keutamaan menjaga akidah bagi kanak-kanak yang belum cukup umur diutamakan kerana bimbang kanak-kanak
tersebut akan dipengaruhi. Namun, dalam Mazhab Hanafi dan Maliki pula membolehkan pihak bukan beragama Islam untuk
diberi hak jagaan kepada kanak-kanak beragama Islam selagi mana ia tidak memudaratkan akidah kanak-kanak tersebut.
[41]http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kes-orang-islam-bukan-islam-di-mahkamah-sivil-1.271099 dilihat pada
28.4.2015. Lihat juga Najibah Mohd Zin. Undang-Undang Keluarga Islam pada halaman 184.

You might also like