Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA KITAR SEMULA

ANJURAN KELAB ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN

SMK PERANTAU DAMAI

1.0 PENGENALAN
Flora dan Fauna merupakan khazanah alam yang perlu dijaga supaya dapat diwarisi oleh
generasi akan datang. Justeru , bagi mengekalkan nikmat anugerah Ilahi , kita perlu bertindak
secara bijaksana untuk melupuskan sisa pepejal mahupun bahan kimia .Demi menyambut
seruan tersebut, maka Kelab Alam Sekitar dan Pelancongan mengambil inisiatif untuk
mewujudkan budaya Kitar Semula di kalangan warga SMK Perantau Damai.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
2.2 Memanfaatkan bahan terbuang supaya mendatangkan faedah.
2.3 Menjaga kebersihan dan menceriakan kawasan sekolah.
2.4 Mendidik sifat bertanggungjawab dan cintakan sekolah.

3.0 PERINCIAN PROJEK

NAMA PROJEK : Taman gantung (kitar semula botol minyak dan tayar)
TARIKH : sepanjang tahun 2016.
LOKASI : Sepanjang pejalan kaki berhampiran surau

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua ahli Kelab Alam Sekitar Dan Pengawas Pusat Islam SMK Perantau Damai.
5.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI AMAUN


1 Cat minyak 1 liter x 3 tin x RM 18..00 RM 54.00
2 berus 3 unit x RM 4.00 RM 12.00
3. thinner 1 botol x RM 6.00 RM 6.00
4 Penyangkut besi 50 unit x RM 1.00 RM 50.00
5. Benih bunga gantung 5 jenis x RM 10.00 RM 50.00
6. Benih orkid 3 jenis x RM 10.00 RM 30.00
7. Baja 2 guni x RM 10.00 RM 20.00
JUMLAH RM 222.00

6.0 SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER JUMLAH


1 UNIT KOKURIKULUM RM 222.00

7.0 PENUTUP

Semoga dengan adanya aktiviti kitar semula, kita berjaya menyelamatkan alam daripada
musnah tanpa kawalan. Cintai flora dan Fauna untuk menjamin kesejahteraan hidup.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

( NAJMIAH BINTI EMBONG ) (KAMARULZAMAN BIN YAMAN ) ( MOHAMAD AZIMAN BIN ABU SAMAH )
PENASIHAT KELAB ALAM GPK KO KURIKULUM PENGETUA
SEKITAR DAN PELANCONGAN SMK Perantau Damai. SMK Perantau Damai.
SMK Perantau Damai.

You might also like