Teori Piaget Dan Vygotsky

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teori Kongnitif Jean Piaget dan

Lev Vygotsky
Tuesday,March23,2010

1.0 Pengenalan
1.1 Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya
bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan
ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari
dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84
tahun, 1981.Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu
10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti
Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi
apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama
kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Beliau mendapat
Ijazah Kedoktoran Falsafah (biologi) pada umur 25 tahun , tetapi selepas itu, beliau
menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Adalah
ditegaskan bahawa perkembangan kognif ini adalah dipengaruhi dengan perkembangan
potensi dari aspek lain, misalnya fizikal, intelek, dan sosioemosi. Dalam bidang Psikologi,
Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang
beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja
dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Pada pandangan Jean, pola-pola
perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan
pemikiran berkembang di kalangan kanakkanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau
kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget
membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra
Operasi (2-7 tahun) , Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) ,
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan
faktor penting yang memperngaruhi pembentukan konsep,
sama ada konkrit atau abstrak.

Teori Kongnitif Jean Piaget dan


Lev Vygotsky
Tuesday,March23,2010

4.0 Perhubungan Teori Jean Piaget (1896-1980)


4.1 Aplikasi Teori Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun
mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit
kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada
kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan
fizikal individu. Mengikut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk
tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan
proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan
keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi
bergantung kepada motivasi intrinsic individu, guru hendaklah menggalakkan
mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Joyce, Weil dan
Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif konstruktivisme) menyaran dan mengaturkan
langkahlangkah pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan
implikasi Teori Pembelajaran Kognitif.
4.2 Teori Pembelajaran Kognitif Piaget dalam Pengajaran
Sebagai guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika, kita harus
menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat
operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran
matematik di peringkat sekolah rendah. Murid-murid sekolah rendah hanya
memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu
mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik
dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan
menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan
kaedah yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara
aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus
diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran geometri harus
diperkenalkan dengan gambar rajah atau model dan kaedah membuktikan teorm
harus dielakkan. Murid-murid dalam peringkat operasi konkrit tidak berupaya
membuktikan teorm geometri yang abstrak. Adalah didapati murid-murid sekolah
rendah mahupun tadika tidak dapat membuat generalisasi daripada contohcontoh
matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami hukum hukum matematik
seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan
daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai murid sekolah rendah suka menghafal
apa yang di ajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh
itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan nasalah dengan
menggunakan symbol matematik yang mereka pelajari. Untuk membimbing murid
mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa
dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan symbol matematik harus
dikaitkan dengan contoh yang konkrit.
4.3 Aplikasi Teori Kognitif Lev Vygotsky
Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu
situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikolog
berkebangsaan Rusia, mengenal poin penting tentang pikiran anak ini lebih
dari setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar
ketika memasuki akhir abad ke-20.Sezaman dengan Piaget, Vygotsky menulis di Uni
Soviet selama 1920-an dan 1930-an. Namun, karyanya baru dipublikasikan di dunia
Barat pada tahun 1960-an. Sejak saat itulah, tulisan-tulisannya menjadi sangat
berpengaruh. Vygotsky adalah pengagum Piaget. Walaupun setuju dengan Piaget
bahwa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya
berpikir yang berbeda-beda, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget
bahwa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitas
batinnya sendiri. Banyak developmentalis yang bekerja di bidang kebudayaan dan
pembangunan menemukan dirinya sepaham dengan Vygotsky, yang berfokus pada
konteks pembangunan sosial budaya. Teori Vygotsky menawarkan suatu potret
perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-
kegiatan sosial dan budaya. Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses
perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan
pembelajaran menggunakan temuan-temuan masyarakat seperti bahasa, sistem
matematika, dan alat-alat ingatan. Ia juga menekankan bagaimana anak-anak
dibantu berkembang dengan bimbingan dari orang-orang yang sudah terampil di
dalam bidang-bidang tersebut. Penekanan Vygotsky pada peran kebudayaan dan
masyarakat di dalam perkembangan kognitif berbeda dengan gambaran Piaget
tentang anak sebagai ilmuwan kecil yang kesepian.Piaget memandang anak-anak
sebagai pembelajaran lewat penemuan individual, sedangkan Vygotsky lebih banyak
menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam memudahkan
perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental
yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan
perhatian. Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi
seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah.

Teori Kongnitif Jean Piaget dan


Lev Vygotsky
Tuesday,March23,2010

5.0 Kekuatan pada Teori Jean Piaget


(1896-1980
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas
lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap
yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak
adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif
mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif
kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku
iaitu :
Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan
tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
1.Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
2.Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi
mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
3.Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti
berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan
bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan
sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah
satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai
peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan
sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di
bahagian mental.Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu
:Home
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.Kecerdasan di tahap
ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat
kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa
yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini
iaitu
'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan
'pembentukan identiti diri'.Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip
ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan
susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami
prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak
akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

Teori Kongnitif Jean Piaget dan


Lev Vygotsky
Tuesday,March23,2010

6.0 Kritikan pada Teori Jean Piaget dan Lev


Vygotsky
6.1 Isu-isu Berkaitan Teori Piaget
Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang
Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan
peringkatperingkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran
berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima
kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari
segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu
menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang
mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang
disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan
sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan
set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan
set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah
yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak
menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi
konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan
kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama.
Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982)
menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan
kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan
ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.Dari segi metodologi juga, pengkritik
mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian
dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui.
Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel
yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.
6.2 Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)
Piaget telah member sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi
penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun
ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa
kelemahan seperti berikut:
6.2.1 Ketidaksempurnaan
Piaget telah member kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif
kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan
tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirical, istilah-istilah
penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap perkembangan
kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak
menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam
keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah menyarankan
bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa,
penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman
mereka. Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang criteria pada setiap
tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepda tahap yang
lain. Piaget lebih Berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan
pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilakan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan
bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada
apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukan bahawa kanak-kanak
praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget.
Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan konsep
yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak
tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan
kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak
terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi
ternyata Berjaya member jawapan yang betul.
6.2.2 Metologi
Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuain kaedah yang beliau gunakan
untuk kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang
sedikit, tiada pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan
kajian. Apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan
kawalan yang lebih baik dalam makmal, aliran tahap perkembangan Piaget jalankan
kajian. Apabila dalam makmal, aliran tahap tahap perkembangan piaget dapat
membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahn itu berlaku.
Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada
aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi
berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget percaya
bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan mereka terhadap persekitaran
sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas
pergerakan tangan mereka. Walaubagaimanpun, ada kajian terkini yang telah
membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami
bahawa tindakan mereka akan member kesan terhadap persekitaran.

Teori Kongnitif Jean Piaget dan


Lev Vygotsky
Tuesday,March23,2010

7.0 Rumusan
Sumbangan penting Piaget dan Vygotsky harus dianalisis dari segi perkembangan
pemikiran pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkah laku.
Keperluan guru memerhati pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran
yang berdasarkan perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam
menterjemahkan idea Piaget dan Vygotsky dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran. Pemprosesan informasi membincangkan bagaimana pelajar
menerima dan mengorganisasikan informasi dalam memori. Pendekatan
pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai model tentang bagaimana minda
memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu pengetahuan yang telah
dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang menjelaskan
bagaimanapelajar belajar dengan bantuan proses kognitif. Fokus kepada teori ini,
menerangkan bagaimana pelajar mengalami dan memahami makan dan
mengingatkan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui proses
kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak formal iaitu
di persekitaran mereka. Dalam pada itu, dianalisis juga teori perkembangan kognitif
Piaget, pengaruh sosiobudaya Vygotsky, pemprosesan informasi, peranan
metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan muktahir ini.
Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan memaparkan bagaimana aspek kognitif
manusia berkembang mengikut urutan masa sejak zaman Piaget lagi. Kajian tentang
perkembangan kognitif Piaget, Neo-Piaget iaitu Vygotsky dan teori pemprosesan
informasi peranan metakognitif dan teori kognitif kontemporari di teliti untuk
seterusnya. Pada dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran dan
pembelajaran mengikut peredaran masa dan zaman. Apabila manusi membesar dari
peringkat bayi ke peringkat kanak-kanak dan seterusnya remaja, didapati mereka
mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku
untuk mengembangkanpengalaman hidup.

You might also like