Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 55

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL UNTUK

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN)

A. KEPERLUAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN AWAL BERKUALITI

1. Hasil berbagai kajian mengenai amalan pengasuhan dan pendidikan


awal kanak-kanak menunjukkan bahawa kemudahan fizikal dan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek:

i. keselesaan dan kesesuaian premis atau bangunan;

ii. kawasan luaran serta sekitaran yang boleh merangsang minda,


fizikal dan emosi kanak-kanak; dan

iii. kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang berkualiti dan


memenohi keperluan kanak-kanak.

adalah sangatlah penting bagi memastikan pencapaian hasil


pembelajaran yang positif dan berpanjangan. Malahan kemudahan
fizikal dan sekitaran luaran boleh berperanan sebagai guru ketiga
kepada kanak-kanak selepas ibu-bapa dan tenaga pendidik di pusat
didikan awal. Oleh itu kemudahan fizikal dan pembelajaran pusat
didikan awal perlulah menyumbang kepada pembinaan keyakinan,
keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di pusat-pusat
tersebut.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 1


B. CIRI-CIRI PREMIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

2. Pada masa ini kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran


pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh pelbagai agensi
pelaksana di sektor awam berbeza dari segi jenis, jumlah dan kualiti
kerana ia tertakluk kepada jumlah sumber kewangan yang terhad.
Kemudahan yang berbeza-beza ini terbukti tidak berupaya memberi
hasil pembelajaran yang optima kepada kanak-kanak terutama di
kawasan luar bandar dan pinggir bandar berbanding dengan
kemudahan yang disediakan oleh sektor swasta di kawasan bandar
misalnya, di mana ibu bapa mampu dan bersedia membayar kos
yang tinggi bagi membolehkan anak-anak mereka mendapatkan
pendidikan awal yang berkualiti. Oleh itu dasar yang diluluskan ini
bertujuan untuk memastikan supaya kemudahan dan sekitaran
pembelajaran yang disediakan di semua pusat asuhan dan didikan
awal memenuhi kriteria berikut:

i. memenuhi keperluan saiz fizikal kanak-kanak bawah 4 tahun;

ii. memenuhi keperluan dan selaras dengan aktiviti dan teknik


pembelajaran Kurikulum Kebangsaan ;

iii. berupaya untuk merangsang pertumbuhan dan menyokong


perkembangan pembelajaran kanak-kanak;

iv. mempunyai ciri-ciri mesra kanak-kanak; dan

v. dibuat dari bahan tempatan untuk menimbulkan rasa hormat


kepada alam semulajadi.

3. Bagi membolehkan penyertaan maksima dari kumpulan sasar


adalah dicadangkan supaya bangunan premis pengasuhan dan
pendidikan awal kanak-kanak disediakan di lokasi yang
berhampiran atau berada di dalam kawasan kediaman kumpulan
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 2
sasar supaya anak-anak mereka dapat menyertai program di pusat
tanpa memerlukan mereka menanggung kos pengangkutan yang
tinggi atau mengambil masa yang lama untuk sampai ke pusat
tersebut. Pada peringkat permulaan, premis ditumpukan di kawasan
luar bandar atau pinggiran bandar kerana kumpulan sasar ialah
anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah dari kawasan luar
bandar dan pinggir bandar.

C. CADANGAN PELAKSANAAN

4. Sebagai langkah untuk menghadkan kos pembangunan premis


kepada yang minima dan mengelakkan pembaziran sumber sedia
ada bangunan atau premis bolehlah ditubuhkan melalui salah satu
dari tiga cara yang boleh dipertimbangkan iaitu:

(a) Menaiktaraf Bangunan Atau Premis Taska Yang Sedia Ada

Melalui kaedah ini agensi pelaksana boleh mengubahsuai dan


menaiktaraf premis atau bangunan taska mereka yang sedang
beroperasi, contohnya taska-taska KEMAS di kawasan luar bandar ,
agar selaras dengan keperluan kurikulum dan kaedah pembelajaran
Kurikulum Kebangsaan.

(b) Mengubahsuai Bangunan Sediaada Yang Sesuai Lokasi Dan


Strukturnya.

Kaedah ini melibatkan agensi pelaksana mengenalpasti bangunan


sedia ada di kawasan luar bandar atau pinggir bandar yang tidak
digunakan oleh mana-mana agensi Kerajaan dan mengubahsuainya
untuk dijadikan sebuah pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
Ini bermakna struktur dan kemudahan yang telah tersedia
hendaklah dipastikan selamat dan dapat memenuhi keperluan anak-
anak di bawah umur 4 tahun.
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 3
(c) Membina Premis Atau Bangunan baru

Sekiranya bangunan sedia ada tidak diperolehi atau tiada bangunan


yang sesuai yang boleh diubahsuai, maka bangunan baru boleh
dibina bagi dijadikan pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
Kaedah ini adalah lebih mudah kerana bangunan yang dibina akan
dapat memenuhi keperluan dan spesifikasi khas pusat asuhan dan
didikan awal kanak-kanak dan memenuhi keperluan Kurikulum
Kebangsaan yang akan dilaksanakan. Namun ia akan memerlukan
peruntukan kewangan yang lebih tinggi.

5. Walau apa pun kaedah penyediaan premis akan digunakan, agensi


pelaksana hendaklah memastikan pelan atau rekabentuk bangunan
yang diubahsuai, dinaiktaraf atau dibina baru perlu memenuhi
keperluan fizikal anak-anak yang disasarkan. Contohnya ketinggian
sinki, tandas atau kemudahan lain dalam bangunan mestilah sesuai
dengan ketinggian kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun.
Bangunan juga mestilah memenuhi ciri-ciri keselamatan yang
diperlukan oleh pelbagai agensi Kerajaan lain seperti Pihak
Berkuasa Tempatan dan Jabatan Bomba. Premis juga mestilah
menampakkan ciri-ciri keceriaan dan kecantikan yang menarik
minat kanak-kanak untuk berada di dalam atau disekitarannya.
Secara keseluruhannya bangunan atau premis perlulah mewujudkan
keyakinan di dalam kanak-kanak dan keluarga mereka bahawa
anak-anak akan berasa selamat dan gembira secara fizikal dan
psikologikal semasa berada di premis ini. Dengan adanya rasa
selamat dan dilindungi kanak-kanak akan lebih bebas, berkeyakinan
dan bersemangat untuk belajar melalui aktiviti meneroka, mencuba
dan pelbagai pengalaman kehidupan yang menyeronokkan.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 4


D. KONSEP BANGUNAN

6. Bangunan secara keseluruhannya hendaklah mengikut konsep


mesra kanak-kanak (child-friendly) bersesuaian dengan fungsi
utamanya sebagai pusat asuhan dan didikan awal untuk kanak-
kanak yang berumur di antara 1 hingga 4 tahun.

E. KEPERLUAN BILIK/RUANG AKTIVITI PEMBELAJARAN

7. Program pembelajaran adalah berasaskan konsep terbuka atau open


concept di mana aktiviti pembelajaran kanak-kanak dijalankan
secara aliran bebas atau free flow. Keperluan bilik/ruang bagi
tujuan aktiviti pembelajaran mengikut kesesuaian penggunaannya
boleh disediakan seperti berikut :

(a) Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran mengikut 6 modul


pembelajaran berkonsepkan aliran bebas.

(b) Bilik/Ruang Rehat Kanak-Kanak 1-2 tahun

(c) Bilik/Ruang Rehat Kanak-Kanak 2-3 tahun

(d) Bilik/Ruang Rehat Kanak-Knak 3-4 tahun

(e) Bilik Menunggu

(f) Bilik Komputer / Bacaan

(g) Bilik Seni Persembahan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 5


Contoh:

Ruang Aktiviti Pembelajaran Terbuka

8. Walaubagaimanapun, sekiranya ruang yang ada adalah terhad,


penyediaan bilik/ruang boleh diminimakan bersesuaian bagi
aktiviti-aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Bagi pusat yang
mempunyai keluasan terhad, penyediaan sekurang-kurangnya 2
bilik/ ruang seperti berikut:

(a) Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran mengikut 6 modul


pembelajaran berkonsepkan aliran bebas yang boleh
dipelbagai gunakan sebagai ruang berehat kanak-kanak
selepas tamat aktiviti pembelajaran.

Di ruang ini boleh lah diwujudkan 6 sudut yang mengikut 6


komponen perkembangan yang terdapat dalam modul PERMATA.
Antara ruang tersebut ialah:

(i) Sudut Perkembangan Fizikal( motor halus dan


motor kasar)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 6


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 7
(ii) Sudut Perkembangan Pra Matematik dan Pemikiran Logik

(iii) Sudut Perkembangan Kreativiti dan Nilai Estatika

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 8


(iv) Perkembangan Sahsiah, Sosio Emosi dan Kerohanian

Alat pembelajaran main peranan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 9


(v) Perkembangan Bahasa, Kominikasi dan Literasi Awal

Perpustakaan Mini

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 10


(vi) Sudut Deria dan Pemahaman Dunia Luar

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 11


Ciri bilik/ruang ini adalah seperti berikut:

(i) satu dinding dipasang dengan kabinet termasuk


pintu dari jenis laminated MDF di bahagian atas
setinggi 7 kaki tinggi dari paras lantai; dan

(ii) satu dinding hendaklah dipasang cermin dengan


ketinggian 6 inci dari paras lantai.

(b) Bilik / Ruang Pelbagai Guna (Multi Purpose Room) boleh


dipelbagai gunakan sebagai bilik persalinan dan lain-lain aktiviti
mengikut kesesuaian saiz.

Ciri bilik/ruang ini adalah seperti berikut:

(i) salah satu dinding hendaklah dipasang cermin


dengan ketinggian 6 inci dari paras lantai.

Dinding cermin

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 12


Ruang yang digunakan untuk sudut pembelajaran

9. Ruang Menunggu

Satu ruang menunggu hendaklah disediakan di pintu masuk


hadapan untuk digunakan sebagai:

(a) kaunter penerimaan anak dan temat daftar keluar masuk


anak ; dan

(b) tempat perjumpaan ibubapa dan pendidik.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 13


Ruang menunggu bersaiz besar

Ruang menunggu bersaiz sederhana

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 14


Ruang menunggu bersaiz kecil

F. KEPERLUAN BILIK/RUANG PERKHIDMATAN


SOKONGAN

10. Selain itu, setiap pusat perlu menyediakan bilik/ruang untuk


perkhidmatan sokongan seperti berikut:

a) Pejabat

b) Dapur

c) Ruang Makan

d) Bilik air kanak-kanak

e) Bilik air dewasa

f) Stor

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 15


(a) Pejabat (keluasan minima 10 X 10 jika berbilik)

11. Penyediaan bilik/ruang pejabat adalah perlu untuk menjalankan


urusan pentadbiran dan pengurusan pusat. Disamping itu pejabat
juga akan dijadikan tempat simpanan fail/dokumen. Pendidik dan
ibubapa boleh mengadakan perbincangan tertutup di dalam pejabat.

Ruang pejabat berbilik

12. Sekiranya keluasan bangunan adalah terhad untuk dibina satu bilik
pejabat, satu ruang pejabat terbuka hendaklah disediakan di sudut
yang mempunyai pergerakan kanak-kanak paling minima.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 16


Ruang pejabat terbuka bersekali dengan ruang menunggu

(b) Dapur ( dengan keluasan minima 10 X 10)

13. Penyediaan makanan di pusat dilakukan melalui 2 cara iaitu:

(i) penyediaan makanan bermasak; atau

(ii) penyediaan makanan oleh pembekal makanan

14. Walau apapun cara penyediaan makanan di pusat, sebuah dapur


hendaklah disediakan yang dilengkapi dengan peralatan dan
kelengkapan dapur seperti:

(i) Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet)


bahagian bawah dari bahan kayu keras atau MDF
Board serta aksesori

(ii) Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak.

(iii) Sinki berkembar dengan 2 paip air.

(iv) Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari


paras lantai
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 17
(v) Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu
cermin.

(vi) Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap


terbina

Kabinet kekal dengan hob dan hood dan 2 sinki berkembar serta 2
paip air

(c) Ruang Makan

15. Sekiranya disediakan dalam bangunan, kedudukannya bersebelahan


dapur penyediaan makanan dengan dibina 2 buah sinki kanak-kanak
dengan ketinggian 3 kaki dari lantai.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 18


Contoh Ruang Makan Di Luar Bangunan

Contoh Ruang Makan Dalam Bangunan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 19


Sinki berkembar saiz kanak-kanak di ruang makan

16. Sekiranya ruang makan khusus tidak dapat disediakan, ruang yang
sesuai di luar bangunan seperti di serambi boleh dijadikan sebagai
ruang makan dengan dibina 2 sinki kanak-kanak pada ketinggian 3
kaki dari lantai di ruang tersebut.

Contoh:

Gambar ruang makan terbuka PAPN Melaka

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 20


(d) Bilik Air Kanak-Kanak

17. Setiap pusat hendaklah mempunyai bilik air kanak-kanak yang


khusus dan mengandungi perkara-perkara berikut:

(i) 2 buah tandas saiz kanak-kanak ( tandas cangkung


atau/dan tandas duduk)

(ii) 2 buah sinki saiz kanak-kanak dengan ketinggian 3


kaki dari lantai.

(iii) 2 tempat mandi dengan pancur air mandi saiz


kanak-kanak.

(iv) Pemanas air terpilih yang diluluskan dipasang di


bilik mandi.

(v) Pintu dinding tandas dari jenis cemboard untuk


tandas dan pintu

18. Bilangan tandas, sinki dan tempat mandi boleh ditambah mengikut
keluasan bilik air dan boleh disediakan satu bilik air khusus untuk
kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 21


Contoh:

Gambar Bilik Air

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 22


Sinki saiz kanak-kanak dan pancur air mandi

(e) Bilik Air Dewasa

19. Setiap pusat hendaklah mempunyai sebuah bilik air dengan tandas
dan sinki saiz dewasa. Jika pusat mempunyai keluasan yang
mencukupi sebuah tandas dewasa yang boleh diakses dari luar
bangunan hendaklah dibina.

(f) Stor

20. Sebuah stor hendaklah disediakan untuk penyimpanan peralatan


pembelajaran. Stor tersebut hendaklah dibina dengan keluasan
minima 5 X 4 atau 5 X 5 dengan para / rak terbina serta
dipastikan mempunyai ruang aliran udara.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 23


21. Sekiranya pusat mempunyai keluasan yang mencukupi, sebuah stor
simpanan makanan kering boleh dibina dengan saiz yang sama
berhampiran dapur.

(g) Ruang Pilihan (Optional)

22. Tempat jemuran (di dalam/luar bangunan) bagi tujuan


mengeringkan kain.

Ruang jemuran luar

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 24


G. KEMASAN BANGUNAN

(a) Tingkap

23. Sebaik-baiknya tingkap-tingkap hendaklah dibina rendah bagi


membolehkan pandangan aras mata kanak-kanak melihat
persekitaran luar. Tingkat hendaklah dielakkan dari mempunyai
kepingan cermin (nako) yang boleh mencederakan jari kanak-
kanak.

Tingkap rendah

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 25


(b) Kemasan Lantai

24. Kemasan lantai hendaklah dari bahan yang tahan lasak dan sesuai
untuk kanak-kanak. Cadangan kemasan untuk keseluruhan
bilik/ruang pusat adalah dari bahan berikut:

i) Lantai tahan licin seperti vinyl dan rubber mat; atau

ii) Lantai dari jubin tak licin (non-slip tile); atau

iii) Kayu (Timber Strip) terutama di bilik/ruang rehat kanak-


kanak.

(c) Kemasan Dinding

25. Kemasan dinding bagi dapur dan ruang makan adalah separuh jubin
setinggi 5 kaki. Manakala kemasan dinding bilik air adalah separuh
jubin bermotif kanak-kanak setinggi 5 kaki.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 26


(d) Cat

26. Keseluruhan dinding yang bercat hendaklah dicat dengan cat emulsi
anti bakteria dengan pilihan warna yang ceria atau pastel sesuai
untuk kanak-kanak.

Contoh

Gambar dinding PAPN cat warna ceria dan pastel

Dinding bercat warna pastel

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 27


Dinding bercat warna ceria

Dinding bercat warna ceria

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 28


(e) Siling

27. Keseluruhan siling hendaklah dipastikan dari jenis bebas bahan


asbestos berikut:

(ii) UAC; atau

(ii) Fibrous plaster.

(f) Soket

28. Keperluan minima soket untuk setiap bilik/ruang pusat


adalah seperti berikut:-

(i) Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran - 6 unit soket 13Amp


untuk kegunaan peralatan elektrik seperti radio, TV,
perakam CD dan lain-lain

(ii) Ruang Menunggu - 1 unit soket 13Amp

(iii) Pejabat - 3 unit soket 13 Amp untuk kegunaan peralatan


pejabat seperti komputer, mesin pencetak, mesin fak dan
lain-lain

(iii) Dapur - 3 unit soket 13 Amp, 2 unit soket memasak 30


Amp dan 1 unit soket bulat 15 Amp

(iv) Ruang Makan 1 unit soket 13Amp

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 29


(g) Kemudahan Pendingin Hawa

29. Pendingin hawa (air-conditioner) hendaklah dipasang di bilik


berikut:

(i) Bilik Pelbagai Guna dan Bilik Rehat, jika digunakan


sebagai tempat tidur; dan

(ii) Pejabat.

(h) Kemudahan Kipas Angin

30. Kipas angin jenis siling hendaklah dipasang di semua bilik/ruang


dalam pusat, kecuali stor. Kemudahan kipas angin jenis siling juga
perlu disediakan di ruang luar bangunan yang digunakan sebagai
ruang makan dan ruang aktiviti.

(i) Kemudahan Lampu

31. Lampu hendaklah dipasang di semua bilik/ruang dalam pusat.


Bahagian luar pusat jugak hendaklah dipasang lampu pagar dan
lampu sorot (sport lights) untuk dipasang pada waktu malam.

(j) Binaan Suis

32. Semua suis hendaklah dipastikan pada ketinggian yang tidak dapat
dicapai oleh tangan kanak-kanak.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 30


H. CADANGAN SAIZ RUANG BAGI PENYEDIAAN
BILIK/RUANG

RUANG SAIZ
Bilik/Ruang kanak-kanak 1-2 tahun 20 meter persegi

Bilik/Ruang kanak-kanak 2-3 tahun 16 meter persegi

Bilik/Ruang kanak-kanak 3-5 tahun 17.4 meter persegi

Pejabat 10.5 meter persegi

Ruang masuk 10.5 meter persegi

Ruang duduk 16.5 meter persegi

Ruang muzik 6.6 meter persegi

Ruang komputer 77.5 meter persegi

Ruang bacaan 10.5 meter persegi

Laluan pembelajaran 21 meter persegi

Ruang makan 26 meter persegi

Dapur 15 meter persegi

Stor 7.5 meter persegi

Ruang pengeringan pakaian 12 meter persegi

Tandas dewasa 3 meter persegi

Tandas kanak-kanak lelaki 6.9 meter persegi

Tandas kanak-kanak perempuan 6.6 meter persegi


Nota : Berdasarkan kepada pelan lantai PAPN Bercham, Ipoh, Perak.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 31


I. KEMUDAHAN FIZIKAL DI LUAR BANGUNAN

33. Pagar dan Pintu Pagar

(a) pintu pagar utama

(b) Pagar di sekeliling bangunan dari jenis chain link.

(c) Papan tanda konkrit dengan tulisan shining berplak


dengan perkataan PUSAT ANAK PERMATA NEGARA

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 32


Tiang Bendera dan Tapak Perhimpunan

34. Memasang 3 bilangan tiang bendera di kawasan tapak perhimpunan.

Tiang bendera

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 33


Penutup longkang

35. Memasang penutup longkang besi/MS Grating/slab konkrit di


longkang di luar bangunan.

Gambar penutup longkang

Gril Keselamatan

36. Memasang grill keselamatan untuk tingkap, pintu hadapan dan


belakang

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 34


Gambar gril keselamatan

J. PEMBINAAN PERALATAN PEMBELAJARAN DILUAR


(OUTDOOR) DAN LANSKAP:

37. Lanskap (Landscape & Hardscape)

a) Tanaman Tutup Bumi

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 35


Rumput karpet

b) Tanaman Herba.

Tanaman Herba (daun Pandan)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 36


Tanaman Heba (Serai, Lengkuas & Kunyit)

c) Tanaman pokok segera mengikut kesesuaian tanah dan saiz


batang tidak kurang 100 mm dan tinggi tidak kurang 2400
mm.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 37


d) Railway Sleepers dengan 100 mm tebal pasir dan plastik
hitam.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 38


e) Kemasan sand stone dengan konkrit setebal 100 mm.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 39


38. Permainan Air ( Water Playing Area)

a) Struktur bumbung menggunakan kayu keras berawit


merangkumi kekuda, alang, pelapik tiang dan kayu belabas.

b) Bumbung dari jenis tiles / genting.

c) Kolam konkrit sedalam 400 mm X 150 dari aras tanah


setebal 100 mm dengan selapis membrane kalis air, BRC
A8 dan kemasan jubin mozek.

d) Water channel konkrit dan kemasan simen lepa berwarna.

e) Luring konkrit untuk pam.

f) Peralatan pembelajaran berikut :

i. Balancing 1.2 m X 0.9 m

ii. Gravity drop water.

iii. Water granty pump.

g) Pam air dan penapis air.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 40


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 41
39. Play Structure

(a) Struktur bumbung menggunakan kayu keras berawit


merangkumi kekuda, alang, pelapik tiang dan kayu belabas.
Kawasan pasir putih setebal 250 mm dengan lapisan plastik
hitam dan batu kuari setebal 100 mm.

(b) Penyekat batu bata setinggi 300 mm dengan pelapik kayu


keras di atas dengan bucu bulat.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 42


40. Pondok (Miniature House)

a) Binaan sebuah rumah miniature termasuk dinding,


bumbung, pintu, tingkap dan tangga.

b) Hamparan batu sungai termasuk lapisan pasir di halaman


rumah.

(i) Keluasan : 12 X 12

(ii) Konsep : Beranjung, Berbumbung Rumbia,


Berlantai kayu Kemasan Seakan
Rumah Kayu Kecil dan Traditional.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 43


41. Permainan Pasir (Wet / Dry Sand Pit)

a) Struktur bumbung menggunakan kayu keras berawit


merangkumi kekuda, alang, pelapik tiang dan kayu belabas.
Binaan kolam kering konkrit dengan lapisan lantai 100 mm
dengan paip sesalur.

b) Binaan alur konkrit dengan sistem penapisan.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 44
c) Binaan struktur tiang dengan aras konkrit.

d) Penutup kanvas bagi kolam wet/dry sand pit.

e) Pasir putih.

f) Pili air di sebelah dalam sand pit dengan keluasan : 6 m X


2.5 m

K. PERALATAN PEMBELAJARAN PILIHAN / OPTIONAL

42. Be Brave Tunnel

a) Terowong dengan concrete kerb di bahagian kiri dan


kanan terowong.

b) Pasir pada bahagian dalam terowong.

c) Pelepah kelapa pada bahagian dinding terowong.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 45


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 46
43. Terowong (tunnel)

a) Binaan terowong daripada culvert bersaiz 1200 mm termasuk


hiasan .

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 47


44. Bump and Wall Climbing

a) Binaan bukit tanah yang dipadatkan dengan lapisan


top soil.

b) Kawasan berumput rapat.

c) Binaan lekuk pasir setebal 200 mm dengan lapisan plastik hitam


dan saliran bawah tanah.

d) Binaan 150 mm tinggi dinding setebal 115 mm dengan simen


lepa kasar di ke dua-dua belah dan dicat emulasi tahan cuaca.

e) Rel besi tahan karat.

f) Batu memanjat (climbing store) dengan aksesori yang


sepatutnya.

Catatan : concrete, m.s. ratting, Climbing Step.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 48


45. Ruang Pancur Mandi Luar (Outdoor Shower Area)

a) Binaan lantai konkrit 100 mm tebal dengan BRC 8 dan


merenda tapak shower termasuk kemasan dan kerja-kerja yang
berkaitan.

b) Pancur mandi dan kelengkapannya termasuk saluran paip dan


perparitan.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 49


46. Terowong Sesat / Labyrinth

(a) Keluasan : 6 m X 10 m.

(b) Menggunakan 300 pokok kecil - Ixora Juwanika ,

47. Gua

a) Keluasan / panjang 6.4 m, tinggi : 1 m @ 1.2 m.

b) Menggunakan U Drain saiz 1.2 m X 1.0 m

c) Cement Ferro kreatif.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 50


48. Jambatan Gantung Mini

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 51


49. Bunyi dan Dengar

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 52


50. Spiral bench/Tempat duduk wakaf

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 53


51. Log seating

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 54


52. Rumah Panjang

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL| 55

You might also like