Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TARI BHARATANATYAM

Tarian Bharathanatyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.


Bharathanayam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi,
yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun
kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus
dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap,penuh dengan kegemilangan. Tarian ini
berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita. Satu persembahan yang lengkap dalam tarian ini
merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran,
Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nriya (tarian
Ekspressi).
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya
dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya
tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam,
Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan
cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah seni bercerita, dari sifat asalnya
yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BA (ekspresi) + RA (muzik) + THA (irama) + NATYAM (tarian) = Baratha Natyam
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai
tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi.
Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu.

You might also like