Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Analisis Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Semasa PBS di SK

Permaisuri Nur Zahirah

Pada 20 Ogos 2017 hingga 24 Ogos 2017, saya telah menjalani program Pentaksiran
Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Permaisuri Nur Zahirah, Besut, Terengganu.
Saya turut diamanahkan dengan tugasan subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah( BMMB3063 ). Dalam tugasan ini, saya perlu membuat pemerhatian
ke atas pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru Bahasa
Melayu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian,
saya telah meminta kebenaran guru Bahasa Melayu Tahun 3 untuk melakukan
pemerhatian ke atas pengajarannya. Justeru, saya telah memasuki kelas 3 Cemerlang.

Pada hari itu, guru telah menggunakan standard pembelajaran 5.2.2 iaitu
memahami dan menggunakan kata ganda penuh sebagai penanda nama haiwan,
makna kesamaan atau keserupaan dengan betul dalam pelbagai situasi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas 3 Cemerlang. Guru memulakan pengajaran
dengan set induksi iaitu pengenalan kepada kata ganda kepada murid-murid. Guru
telah menerangkan secara ringkas kepada murid tentang definisi kata ganda. Kata
ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada
sebahagian atau seluruhnya. Contohnya, anai-anai dan dedaun.

Gambar menunjukkan guru sedang


menerangkan definisi kata ganda kepada
murid-murid.

Pendekatan yang digunakan oleh guru ialah pendekatan eklektik kerana guru
itu menggabungkan pendekatan induktif dan juga pendekatan deduktif. Pendekatan
induktif berlaku apabila guru menyoal murid tentang contoh-contoh kata ganda yang
boleh dinyatakan oleh murid. Contohnya ialah reranting, lembu-lembu, buku-buku,
kereta-kereta, dan kawan-kawan. Ini merupakan bukti pendekatan induktif digunakan
apabila guru mengajar daripada bentuk spesifik kepada bentuk umum menggunakan
contoh kata ganda dulu. Kemudian, guru kembali kepada maksud kata ganda supaya
murid faham tentang konsep kata ganda yang diajar oleh guru. Pendekatan deduktif
juga digunakan pada awal proses pengajaran di mana guru menerangkan konsep kata
ganda secara definisi dulu sebelum mengemukakan contoh kata ganda.

2
Kaedah yang digunakan oleh guru pula ialah kaedah ajuk hafaz. Kaedah
pengajaran ini dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi
harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru
bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas
melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa. Contoh demonstrasi yang
dilakukan oleh guru ialah ketika guru menyatakan murid-murid sebagai kata ganda,
guru akan menunjukkan murid-murid yang ada di dalam kelas itu. Di samping itu, guru
juga membina ayat yang baru berbunyi Murid-murid yang bertugas sedang menyapu
sampah dan memadam papan hitam di dalam kelas. Apabila guru mengemukakan
ayat sebegini, murid-murid menyahut ayat tersebut dengan melakukan demonstasi itu
dengan sendirinya tanpa bantuan guru. Ini membuktikan demonstrasi berlaku dan
murid-murid memahami penggunaan kata ganda. Tambahan pula, kaedah latih tubi
juga diperkasakan dengan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.

Contoh lembaran kerja yang


digunakan oleh guru

3
Teknik yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu itu juga ialah teknik latih tubi
juga kerana menggunakan lembaran kerja sahaja. Pengulangan fakta dan kecekapan
dalam menentukan jawapan yang sesuai merupakan teknik latih tubi yang berjaya
sekiranya murid memahami konsep penggunaan kata ganda. Perbincangan turut
dilakukan oleh guru dengan murid yang kurang memahami penggunaan kata ganda.
Guru juga menerangkan maksud kata ganda yang tidak difahami oleh murid-murid.
Jawapan dan persoalan dibincangkan oleh guru bersama murid-murid pada masa itu
juga. Kata ganda yang kurang difahami diterangkan oleh guru dengan jelas kepada
murid-murid.

Gambar
menunjukkan guru
dan murid-murid
membuat
perbincangan bagi
kata ganda yang
kurang difahami

Pada pendapat saya, strategi yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ini
sesuai digunakan kerana ringkas dan efektif kepada pembelajaran murid. Murid juga
kelihatan cepat belajar dan menguasai isi pelajaran. Pemerhatian saya selain daripada
di atas ialah murid-murid tidak duduk diam di dalam kelas dan kadang-kadang
membuat bising. Cadangan yang dikemukakan oleh saya ialah guru boleh memulakan
sesi pengajaran dengan memasang lagu yang mengandungi kata ganda. Kemudian,
guru akan menyoal murid tentang kata ganda yang dijumpai dalam lagu itu. Bagi
memastikan pembelajaran menarik lagi, guru boleh membawa barang-barang maujud
ke dalam kelas seperti dedaun, reranting dan rama-rama yang palsu ke dalam kelas
bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang maksimum. Namun yang demikian, saya
dapat menganalisis bahawa objektif pembelajaran tercapai walaupun guru mengajar
dengan ringkas. Akhir kata, perkara yang paling utama sekali ialah menjayakan
objektif pembelajaran.

4
Objektif pembelajaran tercapai

You might also like