Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 3
JURNAL MINGGU 2 ——————_—— MENAIKKAN SEMANGAT BELAJAR MELALUI MOTIVASI NAMA : FARHANA BINTI MOHAMMAD FUZI UNIT : PISMP PENGAJIAN AGAMA JANUARI 2011 TARIKH —_: 3 FEBRUARI 2014-7 FEBRUARI 2014 Masalah Segelintir murid-murid sering kali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. pelbagai sebab dan punca masalah ini sering berlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Sering kali juga, guru berasa kecewa apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumputan yang lemah. Murid juga tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang serta berkaliber. Analisis Masalah > ‘Segelintir murid di kelas tahun 2 Arif malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan fatihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang diberikan untuk membuat latihan untuk berbual dengan rakan, berlari dan bermain di dalam kelas. Tindakan ini juga mengganggu rakan lain yang ingin melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang

You might also like