Surat Rasmi Jabatan Kesihatan Sarikei

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SARIKEI,

LOT 1266, JALAN LANGSAT,


KAMPUNG BARU SEBERANG,
96100 SARIKEI.
YBA 6111

Telefon : 084 657162 Fax : 084 657162 email :

Ruj. Kami : JPS(W)SKSKEI(BK) 153/02/03/01/01/01(59)

Tarikh : 19 Julai 2017

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei,


Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei,
Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
Jabatan Bangunan Kerajaan,
96100 Sarikei,
Sarawak.

Melalui dan Salinan :


Pejabat Pelajaran Gabungan,
Bahagian Sarikei,
Jabatan Bangunan Kerajaan,
96100 Sarikei,
Sarawak.

Tuan,

MOHON KHIDMAT KEPAKARAN UNTUK MENJALANKAN UJIAN SARINGAN KESIHATAN UNTUK GURU-
GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Kesihatan yang dijalankan khas untuk guru-
guru dan juga kakitangan sekolah SK Sarikei untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai kesihatan masing-masing.

Tempat :- Bilik Mesyuarat, SK Sarikei


Tarikh :- 24 Julai 2017 (Isnin)
Masa :- 8.00am hingga 10.30am
Bilangan Terlibat :- 43 orang guru dan 10 orang kakitangan sekolah

3. Sehubungan itu, pihak sekolah mohon jasa baik pihak tuan untuk menghantar pegawai-pegawai kesihatan serta
jururawat-jururawat untuk menjalankan ujian saringan kesihatan kepada guru-guru serta kakitangan sekolah kami.

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam menjayakan program tersebut sangatlah dialu-alukan dan dihargai. Untuk
sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Julia Tan Siew Luan (016-8538838) Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Sarikei.
Sekian, harap maklum.

Sekian, terima kasih.

SK Sarikei, Menuju Ke Arah Kecemerlangan

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,

____________________________________________
(AWGKU SUHAILI BIN AWGKU MOHAMMAD )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei,
SARAWAK

s.k. Fail Sekolah

You might also like