Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BBK 47503
PROJEK KATERING

PROPOSAL PROMOSI

NAMA PENSYARAH
ENCIK TAN KING HIYANG

NAMA AHLI

NUR SHAKIRA ANISAH BINTI SALLEH CB140083


KHAIRUNNISA BINTI AHMAD CB140048
FARENNA SYAZWANI BINTI MADLAN CB140041
NUR AFIFAH BINTI AHMAD CB140113
DG NUR FARHANA BTE DATU MD NOOR CB140063

1
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKASURAT

1 1.0 Keperluan Tugasan Promosi 4

1.1 Pengiklanan Memberitahu 4

1.2 Pengiklanan Peringatan 4

2 2.0 Executive Summary Promosi 5

2.1 Aspek Perniagaan 6

3 3.0 Keperluan Promosi 7

3.1 Peranan Utama 7

3.2 Faedah Keperluan Promosi 8

3.3 Penjanaan Semula Modal 9

3.4 Kekangan Masa 9

3.5 Mengurangkan Risiko Kemalangan 9

3.6 Menyediakan Makanan yang Berkualiti 10

4 4.0 Huraian Projek/ Maklumat Projek Bahagian Promosi 11

4.1 Strategi Promosi 11

4.2 Perancangan Aktiviti Promosi 12

4.3 Objektif Promsi 12

4.4 Output Promosi 13

4.5 Liputan Promosi 13

4.6 Cabaran Promosi 14

4.7 Carta Organisasi AJK Promosi 15

4.8 Pembahagian Tugas 18

2
4.9 Carta Gantt Promosi 19

5 5.0 Belanjawan AJK Promosi 20

6 6.0 Maklumat Pengurusan 21

6.1 SWOT Analisis AJK Promosi 22

6.2 Design Bunting, Banner, Flyers Dan Poster 25

6.3 Lampiran Aktiviti Promosi 26

7 7.0 Penutup 27

3
1.0 KEPERLUAN TUGASAN PROMOSI

Mempromosikan sesuatu perniagaan adalah sangat penting untuk memaklumkan kepada


orang ramai tentang apa yang boleh tawarkan kepada mereka. Penting untuk membiarkan orang
ramai tahu bahawa syarikat Lets Tapau Delivery boleh memberikan penyelesaian dengan
perkhidmatan yang di berikan. Selain daripada itu juga perlu mewujudkan komunikasi dengan
orang ramai dalam usaha untuk memastikan perniagaan terus hidup. Jika tidak, orang ramai mudah
untuk melupakan produk yang ditawarkan oleh syarikat.

Selain daripada itu juga , promosi penting dalam menarik pelanggan yang masih belum tahu
tentang produk yang di tawarkan oleh syarikat Lets Tapau Delivery, maka dengan adanya prmosi
secara meluas dapat menarik minat pelanggan justeru dapat menaikkan pendapatan syarikat.

Objektif promosi boleh dikelaskan mengikut tujuan utama, seperti:

(i) memberitahu

(ii) mengingatkan

1.1 Pengiklanan Memberitahu

Merupakan proses awal ataupun proses pengenalan, dimana pelanggan masih belum mengetahui
mengenai produk yang bakal di jual. Dengan adanya promosi, maka pelanggan akan mengetahui
kewujudan produk-produk tersebut dan cuba untuk membina permintaan utama.

.2 Pengiklanan Peringatan

Penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia bertujuan untuk mengekalkan
ingatan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan adanya promosi
berterusan pelanggan akan terus ingat akan produk yang di tawarkan.

4
2.0 EXECUTIVE SUMMARY PROMOSI

Promosi merupakan bahagian yang terpenting dalam menjalankan sebarang perniagaan


yang akan dijalankan dan bagi rumusan ini kami merupakan bahagian promosi yang berusaha
mempromosikan projek kami iaitu menjalankan sebuah perniagaan menyediakan makanan serta
proses penghantaran terus kepada pelanggan atau bahasa mudahnya food delivery dan pihak
kami telah merancang pelbagai aktiviti promosi yang menarik serta berkesan bagi menarik
perhatian pelanggan terhadap projek yang dijalankan. dan projek ini dinamakan Lets Tapau
Delivery nama yang diberi bagi perniagaan ini kami memilih nama tersebut di atas persetujuan
kesemua ahli organisasi yang menyokong bahawa nama yang diberi adalah menarik dan mudah
diingati oleh orang ramai serta mudah disebut kerana kami memilih perkataan yang mudah dan
ringkas dan membawa maksud yang baik serta sesuai dengan projek yang akan dijalankan. bagi
memudahkan proses promosi dijalankan serta diingati oleh orang ramai.

Selain itu, sasaran pasaran kami untuk projek ini dijalankan di dalam Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, dan kawasan sekitar universiti sahaja, lokasi yang dipilih adalah bagi
memudahkan proses jualan dan penghantaran serta mudah mengendalikan proses promosi kerana
kami juga terdiri daripada pelajar UTHM dan kelengkapan serta kemudahan mudah didapati bagi
melaksanakan projek ini . Oleh itu, kumpulan sasaran projek ini adalah semua staff UTHM, pelajar
serta orang luar yang berdekatan kawasan UTHM, pemilihan sasaran pasaran ini dipilih kerana
dalam kajian yang dijalankan bagi memulakan projek ini kebanyakannya staf UTHM tidak
mempunyai tempat untuk mendapatkan makanan di setiap fakulti kerana tidak terdapat kemudahan
seperti gerai makanan, caf dan hanya terdapat kiosk layan diri sahaja dan tidak mempunyai
banyak pilihan malah ada staf yang sibuk dan tidak sempat untuk keluar membeli makanan dan
turut juga mengalami masalah kekangan masa yang singkat pada masa rehat oleh itu projek yang
dijalankan ini akan menarik minat para staf UTHM untuk membeli makanan malah perkhidmatan
yang dijalankan ini memudahkan lagi urusan mereka dan tidak perlu mengambil masa yang lama
kerana kami menawarkan perkhidmatan menghantar makanan ini pada waktu makan tengah hari
di mana pada waktu ini lah merupakan waktu yang sesuai untuk menarik minat pelanggan.

5
Seterusnya, strategi pemasaran yang kami gunakan adalah media laman sosial seperti
Facebook, Instagram, whatsapp dan lain - lain lagi kerana strategi ini lebih berkesan pada zaman
sekarang serta digemari oleh masyarakat zaman sekarang dan kaedah ini merupakan kaedah yang
interaktif mengikut peredaran zaman sekarang di mana penggunaan teknologi itu digunakan secara
meluas serta mudah dikendalikan. kaedah ini dapat membantu memudahkan urusan perniagaan
dijalankan serta dapat menggunakan ilustrasi atau gambaran produk secara betul dan benar dan
semua pengurusan boleh dilakukan secara online dan dapat di akses oleh kawasan kawasan
terdekat dan tersebar dengan meluas. Selain itu kami juga menjalankan promosi dengan menampal
poster di sekitar fakulti di UHTM dan mengedarkan flyers kepada orang ramai serta menggunakan
sistem mouth to mouth promotion. malah kami juga menjalankan promosi drop door flyers di bilik
bilik pensyarah namun dengan promosi dan usaha yang dijalankan kebanyakan pelanggan
memberikan maklum balas yang positif kepada pihak kami dan menyatakan kaedah promosi yang
dijalankan menarik dan berkesan serta membantu memudahkan pelanggan dalam urusan
pembelian dan tempahan.

Selain itu, dalam kajian yang dijalankan produk yang kami hasilkan adalah produk makanan yang
berkualiti serta berbaloi dengan harga yang ditawarkan kerana selepas kajian dijalankan dalam
soal perbezaan harga produk yang kami tawarkan menggunakan kadar harga yang bersesuaian
iaitu Rm 6.00 bagi setiap set menu makanan serta dihidangkan dengan kuantiti porsi makanan
yang berbaloi dengan harga yang di tawarkan kepada pelanggan malah kami juga menawarkan
beberapa menu pilihan makanan yang menarik kepada pelanggan. Malah produk yang dihasilkan
mempunyai keunikan yang tersendiri di mana makanan yang kami hasilkan mementingkan kualiti
yang baik kepada pelanggan malah kami juga menggunakan jenis pembungkusan yang berkualiti
dan menarik supaya makan yang siap dimasak dihantar kepada pelanggan dalam keadaan yang
baik dan segar.

Malah pihak kami juga menyusun pelbagai strategi yang berkesan dalam promosi ini bagi
menaikkan nama projek yang dijalankan serta menaikkan hasil jualan pada setiap minggu serta
pada masa yang sama memberikan servis yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan dan projek
yang dijalankan ini juga mengikuti segala perancangan yang telah dirancang dengan baik di mana
projek yang dijalankan ini menggunakan dana atau modal daripada pihak kami sendiri secara
keseluruhannya serta memenuhi objektif yang ditetapkan.

6
2.1 Aspek Perniagaan

I. Sasaran Pelanggan

Sasaran pelanggan kami ialah staf yang bekerja di UTHM. Selain itu, pelajar-pelajar
UTHM sendiri serta pekerja atau penduduk di kawasan berdekatan UTHM. Selain itu,
pejalan kaki (walk in) dan pelanggan yang membuat pembelian di kiosk yang
disediakan di beberapa tempat pilihan.

II. Kaedah promosi yang digunakan untuk memperkenalkan dan meningkatkan jualan
Untuk mempromosikan menu kami, organisasi kami menggunakan media massa sebagai
alat untuk memberitahu kepada orang ramai mengenai produk kami. Malah, kami
juga telah mengedarkan flyers atau risalah dari fakulti ke fakulti dan di kawasan
tumpuan pelaja

7
3.0 KEPERLUAN PROMOSI

Projek perkhidmatan penghantaran makanan lets tapau delivery ini adalah merupakan sesuatu
keperluan bagi warga UTHM dan juga penduduk di sekitar Parit Raja. Antara faktor yang paling
penting dalam menjalankan projek ini supaya berjaya dan berjalan lancar adalah berkaitan dengan
promosi. Antara keperluan promosi dalam projek ini adalah:

3.1 Peranan utama

Promosi merupakan elemen yang penting kerana promosi merupakan pengaruh yang paling besar
dan sumber untuk menyebarkan maklumat mengenai projek perniagaan ini. Kepelbagaian
medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat antaranya melalui media sosial
seperti di Facebook, Instagram dan Youtube.

3.2 Faedah

Mempromosikan sesuatu produk dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran mengenai


kemunculan produk

Menyediakan informasi yang tepat dan betul


Informasi yang tepat dapat meyakinkan orang ramai dan membantu orang ramai
mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan yang dijalankan dan seterusnya menarik
minat orang ramai untuk membeli produk yang diniagakan.
Meningkatkan trafik dalam skop pelanggan
Semakin banyak kita mempromosikan produk, semakin luas jaringan yang akan terbentuk.
Secara tidak langsung jenama produk akan semakin tersebar dan orang ramai akan semakin
ingin mengetahui mengenai produk tersebut.
Meningkatkan jualan dan keuntungan
Apabila mendapat perhatian daripada orang ramai, pelanggan akan mula untuk membeli
produk ini. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan jualan serta memberi keuntungan
kepada syarikat.

Selain daripada faedah ini, pengaruh daripada promosi adalah amat diperlukan untuk membantu
perniagaan ini dikenali oleh pesaing juga.

8
3.3 Penjanaan semula modal

Projek ini merupakan perniagaan yang akan berlangsung secara berterusan pada setiap hari isnin
bagi setiap minggu. Pulangan modal adalah merupakan sesuatu yang amat penting bagi menjana
peniagaan untuk minggu yang seterusnya. Salah satu faktor sesuatu perniagaan mundur dan jatuh
adalah kerana faktor kerugian. Oleh itu, promosi yang dilakukan secara aktif dapat meningkatkan
lagi keuntungan dan secara tidak langsung tidak akan berlaku kekurangan wang sepanjang
mengendalikan perniagaan ini dan semuanya akan berjalan dengan lancar.

3.4 Kekangan waktu

Majoriti penduduk di sekitar Parit Raja adalah penduduk yang bekerja. Ini dapat dibuktikan dengan
kemunculan institusi pendidikan yang banyak antaranya sekolah rendah, sekolah menengah,
universiti, kolej jururawat, KPTM dan juga syarikat lain yang ditubuhkan di Parit Raja. Oleh sebab
itu, terdapat ramai pekerja dan pelajar yang mempunyai tugas masing-masing dalam kehidupan
seharian. Contohnya adalah pelajar dan pensyarah di institusi. Kebiasaan pelajar dan pensyarah
tidak mempunyai waktu rehat yang panjang kerana perlu menghadiri kuliah. Mereka tidak
mempunyai masa untuk pergi membeli makanan di kafe. Selain itu ada individu yang tidak
mempunyai masa untuk masak dan menyediakan makanan. Dengan kemunculan projek ini, secara
tidak langsung ia dan memudahkan pelajar dan pensyarah untuk menjimatkan masa dengan cara
menempah makanan dari krew lets tapau delivery. Mereka akan mudah untuk membuat pesanan
dengan hanya melihat senarai makanan yang dijual melalui promosi yang telah dilakukan. Tanpa
promosi, info tidak dapat disebarkan dengan cepat.

3.5 Mengurangkan risiko kemalangan

Melalui promosi yang dilakukan, penyebaran maklumat dapat disampaikan kepada sesiapa sahaja.
Pelanggan boleh memesan makanan dengan hanya menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp
atau di Facebook atau secara terus di atas talian telefon. Secara tidak langsung, risiko berlaku
sesuatu perkara yang tidak diingini semasa ingin membeli makanan di premis makanan akan dapat
dikurangkan. Penghantaran akan dihantar terus kepada pelanggan.

9
3.6 Menyediakan makanan yang berkualiti

Jika orang ramai lewat untuk keluar membeli makanan, kebiasaannya makanan di premis sudah
sejuk dan kualiti makanan tidak akan sama seperti makanan yang baru dimasak. Jika nasib tidak
baik, makanan yang dibeli pelanggan sudah tercemar dengan telur lalat dan sebagainya. Dengan
menempah makanan melalui syarikat ini, makanan yang disediakan terjamin berkualiti dan dalam
keadaan yang menyelerakan. Bungkusan yang menarik dan berkualiti juga menjamin makanan
yang berkualiti dan nampak menarik. Ini merupakan salah satu usaha promosi untuk menjaga
reputasi syarikat dan mendapat pelanggan tetap.

10
4.0 HURAIAN PROJEK/ MAKLUMAT PROJEK BAHAGIAN PROMOSI

Di dalam bab huraian projek ini akan diterangkan berkaitan dengan strategi promosi, objektif
promosi, output promosi, aktiviti promosi, liputan promosi, cabaran promosi dan juga cadangan
promosi. Promosi adalah merupakan perkara terpenting dalam sesuatu perniagaan. Ia bertujuan
untuk memajukan dan memperkembangkan perniagaan di mata masayarakat atau orang awam. Ia
juga merupakan salah satu cara untuk mengetengahkan jenama atau meningkatkan sesuatu
keuntungan jualan tersebut. Kaedah atau strategi promosi yang berkesan dapat memberikan
keuntungan kepada sesuatu perniagaan. Berikut merupakan strategi yang telah dirangka bagi
mempromosikan Lets Tapau Delivery Service.

4.1 Strategi Promosi

Perancangan strategi ini adalah bertujuan bagi mempromosikan pakej jualan kepada pelanggan di
sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan sekitar Parit Raja. Medium promosi ini
merupakan alat untuk menyalurkan maklumat dan infromasi yang berkaitan dengan jualan kepada
pelanggan sekaligus dapat menarik minat pelanggan untuk menempah makanan pada
perkhidmatan Lets Tapau Delivery ini. Kami telah merancang beberapa medium untuk
mengetengahkan promosi kami seperti di bawah:

i. Melalui media massa


Page Facebook
Instagram
Iklan di Laman web setiap fakulti

ii. Edaran Flyers


Fokus kepada setiap bilik pensyarah
Fokus kepada para pelajar
Fokus kepada seluruh warga UTHM

11
iii. Pengumuman di setiap Fakulti
Membuat hebahan pengumuman di setiap fakulti
iv. Poster
Menampal sebanyak mungkin poster di sekitar UTHM dan Kolej Kediaman.

4.2 Perancangan Aktiviti Promosi

Perancangan aktiviti promosi ini akan dijalankan sebelum dan semasa kejadian berlangsung.
Pembahagian tugas promosi ini harus dibahagikan kepada pelajar untuk memudahkan pelajar
menjalankan tugas yang diberi dengan penuh komitmen. Antara aktiviti yang dirancangkan adalah
seperti dibawah. Aktiviti-aktiviti difokuskan pada sekitar UTHM dan Parit Raja.

i. Edaran Flyers seminggu awal sebelum tarikh operasi.


ii. Menampal poser di sekitar UTHM dan Kolej Kediaman.
iii. Membuat pengumuman di setiap fakulti.
iv. Mouth to mouth
v. Sentiasa update di laman sosial
vi. Mengiklan di Laman Web Uthm
vii. Mengambil nombor telefon pelanggan dan menghantar flyers menggunakan aplikasi
WhatsApp.
viii. Paid Review pada famous page. Contohnya Siakap Keli, Uthm Troll dan lain-lain.
ix. Memberi kupon pembelian. Contohnya beli 2 free 1 atau kupon discount kepada pembelian
atas 3 bungkus.

4.3 Objektif Promosi

i. Memperkenalkan projek Lets Tapau Delivery kepada warga UTHM dan Parit Raja.
ii. Meningkatkan keuntungan projek Lets Tapau Delivery dari hari pertama operasi hingga
hari terakhir operasi.
iii. Menarik perhatian pelanggan untuk membuat pesanan lebih awal.
iv. Memberitahu menu-menu yang akan dijual oleh projek Lets Tapau Delivery.

12
4.4 Output Promosi

i. Dapat menerima pesanan dari pelanggan lebih ramai dan mudah.


ii. Meningkat keuntungan jualan Lets Tapau Delivery.
iii. Orang awam lebih jelas berkaitan dengan projek Lets Tapau Delivery.
iv. Mendapat cadangan penambahbaikan dari pihak pelanggan.

4.5 Liputan Promosi


Promosi bagi projek Lets Tapau Delivery ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di
bawah:

KAWASAN LAMAN SOSIAL


Sekitar Parit Raja, Kolej Kediaman Perwira,
Sekitar HEP DAN Sekitar PPA
Kolej Kediaman TF, TDI dan TSN, Sekitar
Perpustakaan dan Pejabat Naib Canselor
Di sekitar fakulti FPTP, FPTV, FKAAS, Semua Terlibat
FKEE & FSKTM
FTK, FKMP, PPD, Sekitar Arked dan Sekitar
Pejabat Pendaftaran
FSTPi, Sekitar PNS, Sekitar Pusat Sukan,
Sekitar G3, Sekitar Pusat Keselamatan UTHM

Bagi pembahagian kawasan-kawasan diatas akan diberikan mengikut senarai nama kelas yang
akan dibahagikan oleh Manager of the Day pada setiap minggu projek katering dilaksanakan.

13
4.6 Cabaran Promosi

CABARAN CARA MENGATASI


i. Terdapat pesaing yang membuat projek i. Melakukan persaingan yang sihat
yang sama dengan Lets Tapau seperti menampal poster saiz yang
Delivery lebih bersar berbanding pesaing,
menyediakan perkhidmatan
penghantaran yang pantas dan cekap,
menyediakan makanan yang berkualiti
dan terbaik.
ii. Harga printing yang agak mahal ii. Membuat cetakan flyers dengan
berhemah.
iii. Masa yang agak terhad iii. Membahagikan tugas kepada setiap
ahli kelas bagi memudahkan proses
membuat promosi.

14
4.7 Carta Organisasi Unit Promosi

KETUA
NUR SHAKIRA ANISAH BINTI
SALLEH

SETIAUSAHA
KHAIRUNNISA AHMAD

AJK FLYERS AJK POSTER AJK SOFTWARE


DESIGN DESIGN DESIGN
NUR AFIFAH BINTI DG NUR FARHANA FARENNA
AHMAD BTE DATU MD SYAZWANI BINTI
NOOR MADLAN

15
4.8 Pembahagian Tugas

Pembahagian tugas ini merupakan secara umum sepanjang penglibatan AJK Promosi selama 5
minggu dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Bagi tujuan promosi pada setiap minggu
penglibatan setiap ahli kelas diwajibkan bagi tujuan meningkatkan jualan projek Lets Tapau
Delivery. Bagi minggu-minggu seterusnya, Ajk promosi hanya menyerahkan tugas yang telah
dirancang kepada person incharge untuk proses pembahagian tugas.

Nama Tugas Huraian Tugas

Nur Shakira Anisah Binti Ketua AJK Promosi Merangka tugas-tugas


Salleh kepada semua AJK
Promosi.
Merancang aktiviti
promosi.
Menyediakan belanjawan
AJL Promosi.
Membentangkan proposal
AJK Promosi.
Membuat akaun gmail Lets
Tapau Delivery.
Membuat akaun Instagram
Lets Tapau Delivery.
Membuat akaun Page
Facebook Lets Tapau
Delivery.

16
Dg Nur Farhana Bte Datu Menyediakan Poster Menyediakan rekabentuk
Md Noor poster bagi tujuan
mempromosikan projek
Lets Tapau Delivery.
Mencetak poster.
Menampal poster di skeitar
UTHM.

Nur Afifah Binti Ahmad Menyediakan Flyers Menyediakan rekabentuk


flyers bagi tujuan
mempromosikan projek
Lets Tapau Delivery.
Mencetak Flyers.
Membahagiakan Flyers
kepada setiap ahli kelas
bagi tujuan promosi.

Farenna Syazwani Binti Memjaga senarai Ditugaskan untuk menjaga
Madlan pesanan pelanggan senarai pesanan makanan
dari pelanggan melalui
Google Docx.
Membuat kupon promosi
untuk kegunaan promosi
projek Lets Tapau
Delivery.
Sentiasa memantau senarai
pesanan pelanggan.
Membuat statistic pesanan
mengikut kawasan dan
tempat bagi memudahkan

17
proses penghantaran
makanan.

Khairunnisa Binti Ahmad Menyediakan Menyediakan Bunting bagi


Bunting tujuan mempromosikan
projek Lets Tapau
Delivery.
Mencetak bunting bagi
tujuan promosi.

18
4.8 CARTA GANTT AJK PROMOSI

TUGAS/MINGGU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
i. Pembahagian Ahli Jawatan Kuasa
ii. Merekabentuk Flyers
iii. Merekabentuk Banner
iv. Merekabentuk Poster
v. Merekabentuk Bunting
vi. Menyiapkan Proposal promosi
vii. Membuat pembentangan proposal promosi pada
pensyarah projek
viii. Mencetak bahan promosi
ix. Pembahagian ahli promosi setiap minggu
x. Melaksanakan promosi di media sosial
xi. Mengedar flyers
xii. Menampal poster di sekitar UTHM

19
5.0 BELANJAWAN PROMOSI

NO PERKARA PER UNIT JUMLAH


1 2 Buntung 2' X 5' RM30.00 RM60.00
300 Helai Flyers Print
2 Color RM1.00 RM300.00
3 30 Keping Poster A3 RM2.50 RM 75.00
4 Double Tape RM 2.60 RM 2.60

JUMLAH
KESELURUHAN RM 437.60

KETERANGAN
DETAIL

Flyers *A4 bahagi 6 300 keping A4


1 minggu 300 keping (kecil)
Perlu Print 1 Minggu 50 Keping Saiz A4

Bunting 2 X 5

Poster
30 Keping Saiz 43 Kertas Biasa

Ajk promosi mencadangkan untuk pencetakan bunting hanya sekali sehajaa bagi mengurangkan
kos. Hal ini kerana, kami dari Ajk promosi telah merekabentuk bunting tanpa menu yang kekal.
Kami meninggalkan ruang yang kosong pada bahagian menu bagi tujuan perubahan menu akan
datang. Selain itu, penggunakan cetakan flyers dan poster berwarna adalah bagi tujuan menarik
minat serta memberi kelainan dari pihak pesaing kami. Tambahn pula, cetakan poster di dalam
saiz kertas A3 bagi tujuan memudahkan orang awam membaca dengan jelas menu yang
disediakan.

20
6.0 MAKLUMAT PENGURUSAN

Maklumat pengurusan ini merupakan maklumat keseluruhan ahli jawatankuasa promosi


menjalankan tugas sepanjang lima minggu sehingga projek Lets Tapau Delivery berlangsung.
Semua aktiviti yang telah dijalankan telah mengikut apa yang dirancang oleh ketua-ketua AJK dan
Majlis tertinggi projek.

Minggu Pertama (13 Februari 2017)


i. Perjumpaan pertama bersama pensyarah Projek Katering.
ii. Perbincangan mengenai projek katering iaitu penetapan tema projek, pembahagian
kumpulan, belanjawan secara kasar bagi projek katering 2017.
iii. Perbincangan bersama ahli kumpulan AJK Promosi bagi membangunkan kertas kerja
promosi serta pembahagian tugas promosi. Antara tugas yang dibahagi adalah seperti
dibawah:

Nama Tugas
Nur Shakira Anisah Binti Salleh Menentapkan belanjawan bagi promosi.
Menyediakan banner
Membuat Akaun FB dan Instagram
Khairunnisa Binti Ahmad Menyediakan Bunting
Dg Nur Farhana Bte Datu Md Noor Menyediakan Poster
NurAfifah Binti Ahmah Menyediakan Flyers
Farenna Syazwani Binti Madlan Menyediakan Goggle Form untuk pesanan
pelanggan

Minggu Kedua (20 Februari 2017)


i. Membuat kertas kerja promosi.
ii. Sesi pembentangan kertas kerja bersama pensyarah projek katering.
iii. Mendapat kelulusan kertas kerja berkaitan jenis poster, bunting, banner dan juga flyers.
iv. Penambahbaikan nama untuk projek katering.

21
Minggu Ketiga (27 Februari 2017)
i. Tiada sesi kuliah
ii. Persedian sepenuhnya berkaitan dengan perasmian projek katering dan juga sesi promosi
berlangsung selama seminggu di sekitar Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia dan sekitar
Parit Raja.
iii. Menghantar bunting, flyers dan poster untuk cetakan.
iv. Menampal poster di sekitar UTHM seperti di lif-lif dan hentian bas.
v. Membuat edaran flyers kepada semua pelajar UTHM dan orang awam.

Minggu Kelima (13 Mac 2017)


i. Majlis perasmian Lets Tapau Delivery.
ii. Semua pelajar projek katering menjalankan tugas yang diberi sehingga ke minggu 14
kuliah.
iii. Sesi promosi berjalan sehingga minggu ke 14 kuliah.

6.1 SWOT Analisis AJK Promosi

KELEBIHAN KELEMAHAN
Mampu mencipta bunting, banner Mempunyai pesaing dalam jualan
dan flyers yang menarik. penghantaran.
Mempunyai ramai ahli untuk Kekurangan budget dalam proses
mempromosikan projek Lets pencetakan poster, flyers dan
Tapau Delivery. bunting.
Mempunyai masa yang cukup Kawasan yang terhad untuk
untuk membuat promosi. menampal poster di sekitar UTHM.
Mempunyai media massa untuk
menyampaikan maklumat dengan
cepat.
PELUANG ANCAMAN
AJK Promosi dapat meningkatkan Jenis kertas yang dicetak untuk
keyakinan diri semasa membuat poster dan flyers kurang berkualiti.
promosi (softskill). Kerugian jika orang awam
Memperkenalkan khusus Katering membunag flyers.
pada warga UTHM.
Satu-satunya projek pelajar UTHM
yang melakukan penghantaran
makanan.

22
6.2 DESIGN BUNTING, BANNER, FLYERS DAN POSTER

Poster Design Flyers Design

Banner Design

23
Bunting Design

24
Google Form yang perlu di isi oleh staff Lets tapau Delivery
Service setiap kali mengambil pesanan

Page yang telah dibina di Account Facebook. Ini merupakan salah satu
medium promosi yang digunakan bagi menarik pelanggan

25
6.3 AKTIVITI PROMOSI

Sesi menampal Poster yang telah di cetak didalam kawasan Fakulti

26
7.0 RUMUSAN
Promosi merupakan salah satu faktor penentu keberhasilan suatu program pemasaran atau
sesuatu projek perniagaan. walaupun berkualiti sesuatu produk, jika tiada promosi atau kaedah
mahupun strategi pemasaran yang baik, maka pelanggan tidak akan tahu terhadap produk yang
ditawarkan dan mereka tidak menarik perhatian pelanggan untuk membeli sesuatu produk
Dalam kegiatan promosi strategi-strategi yang tepat dan berkesan amatlah penting agar
kegiatan promosi yang dilakukan dapat mencapai target. Pada dasarnya tujuan utama dari strategi
promosi dan aktiviti promosi adalah sama iaitu mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk
makanan yang ditawarkan. Strategi yang dapat dijalankan oleh pihak promosi iaitu dengan
menggunakan media iklan dan promosi penjualan untuk menarik minat pembeli.

Salah satu strategi yang sering dilakukan pada zaman sekarang iaitu strategi promosi
menggunakan media massa atau media sosial kerana lebih berkesan dan kaedah ini berubah
mengikut peredaran zaman di mana pada masa kini pelanggan lebih mencari jalan mudah dan cepat
untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Seterusnya, harga yang akan kami tawarkan juga lebih
berbaloi berbanding dengan harga dari kedai yang lain. Walau bagaimanapun, para pelanggan
tidak perlu risau mengenai keaslian produk yang ditawarkan kerana pihak kami menggunakan
bahan yang berkualiti serta kami juga mementingkan keadaan makanan yang disediakan segar.

Selain itu, sesebuah organisasi juga memerlukan kerjasama dalam merancang sistem yang
bersistematik dalam mencapai objektif yang ditetapkan dan saling melengkapi satu sama lain bagi
mencapai target yang telah ditentukan sebelumnya. Dengan adanya kerja sama ini penjualan yang
dijalankan akan mengalami peningkatan dari masa ke semasa. Oleh itu, kami berharap projek yang
dijalankan ini memberi kesan yang positif kepada kesemua pihak serta dapat membuat
penambahbaikan pada masa akan datang.

27

You might also like