Kertas Kerja Latihan Kebakaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN

SMK BANDAR BARU BANGI


DENGAN KERJASAMA
BALAI BOMBA BANDAR BARU BANGI
TAHUN 2016
TARIKH : 19 Ogos 2016 ( Jumaat )
(Sesi Petang)
ANJURAN BAHAGIAN HAL EHWAL MURID
SMK BANDAR BARU BANGI
1. Pendahuluan
Latihan kebakaran diadakan bagi tujuan memenuhi peraturan keselamatan bangunan yang
ditetapkan oleh pihak berwajib. Sehubungan itu bahagian hal ehwal murid SMK Bandar Baru
Bangi melalui jawatankuasa keselamatan sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan
latihan kebakaran bagi tahun 2016. Bahagian ehwal murid berharap agar latihan kebakaran
ini dapat memberi kesedaran dan pengalaman kepada warga SMK Bandar Baru Bangi untuk
menghadapi situasi kebakaran sekiranya terjadi kebakaran sebenar di sekolah.

2. Matlamat
Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran
dan cara menyelamatkan diri semasa kebakaran serta pencegahan kebakaran.

3. Objektif
3.1 Murid-murid dapat mengetahui laluan yang betul untuk menyelamatkan diri.
3.2 Memberi pendedahan kepada warga SMKBBB tentang bahaya kebakaran.
3.3 Memberi pengalaman kepada warga SMKBBB akan tempat berkumpul dan tempat
melaporkan diri.
3.4 Menentukan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan.
3.5 Untuk menguji peralatan kecemasan dan kebakaran seperti loceng kecemasan, hos
bomba dan lain-lain berfungsi.

4. Tentatif Perlaksanaan

Tarikh : 19 Ogos 2016


Hari : Jumaat
Masa : 4.00 Petang Sesi Petang
Pengisian program :
- Latihan Kebakaran
- Pendaftaran
- Demonstrasi mencegah kebakaran
- Taklimat keselamatan dan kebakaran

Tempat Berkumpul : Padang SMK Bandar Baru Bangi.

Tempat Demonstrasi : Padang SMK Bandar Baru Bangi.

5. Jawatankuasa Pengelolaan

Pengerusi : Puan Norlila Binti Omar (Pengetua)

Naib Pengerusi : Puan Meriam Binti Mohammad ( PK HEM)


Puan Rosiah Binti Ariffin ( PK Pentadbiran)

Puan Zaiton Binti Adnan ( PK Kokurikulum)

Puan Normala Binti Ahmad ( PK Petang )

Bil Jawatankuasa Butiran Tugas


1. Urusetia 1. Menguruskan urusan surat
1. En. Nor Bazil Bin Md Nazri ( Sesi Petang ) menyurat kepada pihak
bomba.
2. Memastikan perjalanan latihan
kebakaran berjalan lancar.

2. Peralatan dan Bahan 1. Menyediakan bahan dan


1. En. Mohd Zuki Bin Yunus ( Sesi Petang ) peralatan yang diperlukan
untuk demonstrasi.
2. Memastikan peralatan cukup
dan boleh digunakan di tempat
berkumpul.
3. Perekodan dan Jurufoto 1. Merekod masa yang diambil
1. Puan Roaini Bt Muda (Sesi Petang) oleh semua warga SMKBBB
2. En. Aris Fadzallah Bin Abu Samah (Sesi untuk berkumpul.
Petang) 2. Mengambil gambar atau video
untuk tujuan dokumentasi.
4. Pendaftaran 1. Menyediakan senarai nama
1. Semua guru kelas pertama sesi petang murid yang lengkap.
2. Mendaftar murid yang telah
berkumpul.
3. Kenal pasti murid yang tidak
berkumpul tetapi hadir.
4. Melaporkan daftar kepada
pegawai bomba.
5. Pemeriksa Bangunan 1. Memastikan tiada murid atau
1. Semua guru kelas kedua sesi petang warga SMKBBB berada di
bangunan sekolah.

6. Disiplin 1. Memastikan disiplin murid


1. Pn Salmah Bt Jaafar (Sesi Petang) dalam keadaan terkawal.
2. En. Azdi Bin Mohd Yasin (Sesi Petang)

5. Juruacara 1. Menjadi juruacara sepanjang


1. En. Mohd Farouq bin Idris ( Sesi Petang ) majlis.

6. Kewangan

Bil Perkara Kos (RM)


1. Petrol (RM 10) RM 10.00
2. Diesel (RM 10) RM 10.00

3. Jamuan Makan untuk tetamu jemputan dan RM 90.00


pengiring ( 18 orang x RM 5 )

4. Bateri Sel Kering RM 20.00


(Saiz D : 8 Biji)
(Saiz A : 8 Biji)
Jumlah RM 130.00

7. Sumber Kewangan
Sumber kewangan diperoleh daripada wang Kumpulan HEM.

8. Penutup

Latihan kebakaran ini memerlukan kerjasama daripada semua warga SMKBBB agar latihan ini
dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berguna kepada seluruh warga SMKBBB.
Pihak sekolah berharap segala objektif yang disasarkan dapat dipenuhi dan dicapai dengan
jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................................... .....................................................

(Nor Bazil Bin Md Nazri)

Guru Keselamatan / Latihan Kebakaran

b.p Penolong Kanan HEM

You might also like