Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK RANCHA-RANCHA

KERTAS CADANGAN MINGGU MEMAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-


BUAHAN 2017
(Makan Untuk Sihat)
1.0 LATAR BELAKANG

Hasil kajian yang dijalankan oleh panitia sains SMKRR mendapati lebih daripada
60% pelajar SMKRR tingkatan 1 hingga 5 kurang menggemari sayur-sayuran.
Mereka lebih menggemari makanan rapu seperti kek, ayam goreng, pizza dan
minuman bergas. Seperti yang kita maklum, makanan ini adalah penyumbang
kepada obesiti. Hasil soal selidik oleh unit kantin dengan pengusaha kantin juga
mendapati punca pihak kantin tidak menghidangkan ulaman seperti timun dan
sayur salad pada menu nasi ayam adalah kerana didapati pelajar sering
membuang sahaja ulaman tersebut atau meninggalkan sahaja di dalam pinggan
mereka tanpa disentuh.

Sehubungan dengan itu, Unit Kantin dengan kerjasama Unit Kesihatan, Panitia
Sains serta Kelab Doktor Muda telah merancang Minggu Memakan Sayur-
Sayuran dan Buah-Buahan. Program ini dijangka akan memberi impak positif
terhadap kecenderungan pengambilan menu makanan oleh pelajar seterusnya
meningkatkan tahap tumpuan pembelajaran oleh para pelajar.

2.0 OBJEKTIF

a. Meningkatkan bilangan pelajar yang memilih menu sihat berbanding


makanan rapu
b. Meningkatkan permintaan terhad sayur-sayuran dan buah-buahan semasa
rehat oleh pelajar.
c. Buah-buahan menjadi menu tetap yang wajib dijual di kantin SMKRR
d. Tiada lagi makanan rapu yang dijual di dalam premis sekolah SMKRR
e. Mengurangkan peratus ketidak hadiran pelajar yang berfaktorkan kesihatan.

3.0 PERANCANGAN AKTIVITI

a. Mesyuarat bersama pengusaha kantin.


b. Memutuskan hari yang sesuai
c. Merancang aktiviti sepanjang Minggu Memakan Sayur-Sayuran dan Buah-
Buahan.
d. Pelancaran Minggu Memakan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan.
e. Cermah dari Jabatan Kesihatan mengenai Pemakanan Seimbang.
f. Kuiz
g. Jualan air buah-buahan dengan diskaun menarik.
h. Sayur dimasak diberi percuma semasa rehat sepanjang minggu.

4.0 TENTATIF PROGRAM

1) 1/8/2017 Mesyuarat bersama pengusaha kantin. PK H.E.M, PK Ko, S.U


kantin, KP sains serta guru penasihat kelab doktor muda.

2) 21/8/2017 Pelancaran Minggu Memakan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

3) 24/8/2017 Ceramah Pemakanan Seimbang

4) 21-25/8/2017 Jualan Air buah dan rojak buah-buahan oleh Panitia Sains dan
Kelab Doktor Muda

5) Pertandingan melukis poster berkaitan Minggu Memakan Sayur-Sayuran dan


Buah-Buahan

6) Kuiz & soal selidik

5.0 GOLANGAN SASARAN


Warga SMR RANCHA-RANCHA

6.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan PIBG, unit H.E.M, unit kokurikulum, Panitia Sains,

7.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH


HARGA

1 Poster 15 10 150

2 Buah-buahan 10 10 100

3 Bahan keperluan 10 7 70
jualan air

4 Jamuan 5 orang RM 4 20

5 Hadiah (Kuiz dan 2 15 30


Poster)

6 Sayur sepanjang 10kg 5 50


minggu

JUMLAH 420
8.0 RUMUSAN

Minggu Memakan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan merupakan usaha pihak


sekolah untuk menanam sikap makan untuk sihat dalam kalangan pelajar
seterusnya keluarga pelajar SMK Rancha Rancha. Program ini dijangka akan
memberi impak yang positif dari segi kesihatan dan penumpuan pelajar dalam
PdPC.

SMK RANCHA-RANCHA THE BEST

Disediakan oleh Disemak oleh

PN. AATIKAH BINTI MOKTAR EN.YAHYA BIN AHMAD


PUTEH
S.U UNIT KANTIN PK HAL EHWAL MURID

Disahkan oleh

EN.OMAR BAKI BIN MATUSIN


PENGETUA
SMK RANCHA-RANCHA

You might also like