Kertas Cadangan BLK DR Muda

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

02500 MATA AYER


PERLIS

KERTAS KERJA KELAB DOKTOR MUDA

TAJUK:

PERTANDINGAN SEMANROBIK DOKTOR MUDA

DIHASILKAN OLEH:

KELAB DOKTOR MUDA


TUJUAN

Kertas cadangan ini dihasilkan bagi memohon bantuan keewangan dari pihak pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka untuk mewujudkan Bilik Doktor Muda yang kundusif. Ini bagi
memudahkan guru-guru penasihat dan ahli-ahli Kelab Doktor Muda untuk merancang
seterusnya menjalankan aktiviti Kelab Doktor Muda.

LATAR BELAKANG

Pada tahun 2016 pihak pentadbiran sekolah ini telah memperuntukkan sebuah bilik kecil
kepada Kelab Doktor Muda. Pengubahsuian bilik ini telah dijalankan oleh guru penasihat serta
ahli Kelab Doktor Muda seperti aktiviti mengecat bagi menceriakan bilik ini. Namun begitu
usaha untuk mewujudkan Bilik Doktor Muda yang kundusif terbantut akibat kekurangan wang.

OBJEKTIF

Antara objektif projek ini ialah:

1. Mewujudkan sebuah bilik yang selesa untuk kegunaan ahli Kelab Doktor Muda bagi
menjalankan pelbagi aktiviti yang telah dirancang.
2. Mengumpul dan menempatkan pelbagai bahan-bahan yang berkaitan aktiviti Doktor
Muda .
3. Memudahkan ahli Doktor Muda untuk berkumpul dan berbincang tentang aktiviti yang
akan dilaksanakan.
4. Melatih Doktor Muda untuk mengurus bilik dan menjalankan aktiviti secara akses
kendiri.

ISU DAN PERMASALAHAN

Antara isu dan permasalahan ialah:


1. Tiada tempat yang khusus bagi menempatkan pelbagai bahan yang digunakan untuk
membimbing dan melatih ahli-ahli Kelab Doktor Muda.
2. Ahli-ahli Kelab Doktor Muda tiada tempat yang khusus bagi mendapatkan maklumat
seterusnya menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
3. Maklumat tidak dapat disampaikan secara menyeluruh kepada ahli Kelab Doktor
Muda memandangkan tiada tempat khusus untuk mereka berkumpul.
PERANCANGAN PROJEK

BULAN AKTIVITI
APRIL 1. Menyediakan kertas cadangan dan menyerahkan kepada pihak
pentadbiran.
MEI 1. Merancang susun atur Bilik Doktor Muda.
2. Membeli bahan yang diperlukan bagi memulakan projek
JUN 1. Pembahagian kumpulan ahli Kelab Doktor Muda bagi tujuan
pengagihan tugas.
2. Mengemas dan menyusun bahan-bahan.

JULAI 1. Menghias Bilik Doktor Muda kearah bilik aktiviti yang kundusif.

OGOS 1. Penambahbaikan terhadap keceriaan Bilik Doktor Muda .

SEPTEMBER 1. Mewujudkan keadaan Bilik Doktor Muda kearah bilik mesra murid.

OKTOBER 1. Menghasilkan Bilik Doktor Muda yang kundusif

ANGGARAN KOS PROJEK

BIL BAHAN ANGGARAN KOS


1. Langsir RM 50.00

2. Meja Jepun 4 buah ( RM 20 x 4 ) RM 80.00

3. Bahan-bahan keceriaan RM 50.00

JUMLAH RM 180.00

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( AZIZAH BT. HASAN ) ( SHARIZAH BT. ABDULLAH )


GURU PENASIHAT GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
Disahkan oleh:

( DALILA BT. AWANG )


GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

You might also like