Download as ppsx, pdf, or txt
Download as ppsx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SOROTAN LITERATUR

KAMARUL SHUKRI MAT TEH


PENDAHULUAN
Literatur atau kepustakaan merangkumi buku,
artikel dalam jurnal ilmiah, penulisan di
internet, penulisan dalam akhbar, tesis, kertas
seminar dan persidangan, dokumen rasmi dan
dokumen-dokumen lain yang mengandungi
maklumat lampau dan terkini berkenaan
sesuatu topik.
Sorotan literatur (Literature review): kajian
literatur, tinjauan literatur, atau ulasan
kepustakaan.
DEFINISI
Sorotan literatur ialah rujukan secara kritikal
dan sistematik mengenai maklumat terpilih
yang terdapat dalam kepustakaan atau literatur
berkenaan topik atau fokus soalan kajian
penyelidik. Sorotan itu perlu menghurai,
meringkas, menganalisis, mensintesis, menilai
dan menjelaskan kepustakaan yang dipilih
(Bryman & Bell 2003; Creswell 2005).
Justeru, sorotan literatur hendaklah:
1. Berkait dengan dan disusun di sekitar
fenomena yang dikaji.
2. Mensintesiskan maklumat dan menyatakan
apa yang diketahui dan tidak diketahui
berkenaan fenomena itu.
3. Mengenal pasti isu-isu kontroversi
berkenaan fenomena.
4. Mengungkapkan persoalan yang
memerlukan kajian lanjutan.
TUJUAN SOROTAN LITERATUR
1. Memberikan asas teori untuk penyelidikan.
2. Memberi idea mengenai pemboleh ubah.
3. Membantu penyelidik memahami nature
atau contour fokus penyelidikan.
4. Menjelaskan tentang status kajian di luar
sama ada telah banyak diterokai atau belum.
5. Maklumat tentang kerja-kerja
penyelidikan yang telah dibuat mengenai
reka bentuk, subjek kajian, alat kajian,
dapatan dan kedalaman kajian yang telah
dijalankan.
6. Memberikan maklumat tentang makna
dan hubungan antara pemboleh ubah. Ia
membantu dalam membina hipotesis
kajian.
PENYEDIAAN SOROTAN LITERATUR
Mengenal Pasti Istilah Penting (Identify Key
Terms).
Melokasikan Kepustakaan (Locate Literature).
Menilai Secara Kritikal Dan Memilih Literatur
(Critically Evaluate And Select The Literature).
Menyusun Semula (Organize The Literature).
Menulis Ulasan (Write A Review).
Soalan membantu penyediaan sorotan literatur:
1. Apakah yang diketahui berkenaan fenomena
yang menjadi fokus soalan kajian? Apakah
yang tidak diketahui?
2. Apakah konsep dan teori yang relevan bagi
fenomena?
3. Apakah metodologi penyelidikan yang
digunakan bagi mengkaji fenomena?
4. Adakah terdapat isu yang menjadi kontroversi
berkenaan fenomena? Apakah isu yang
diperdebatkan? Apakah isu yang tidak
mencapai kesepakatan?
5. Adakah terdapat ketidakkonsistenan dapatan
kajian dalam artikel yang dirujuk? Apakah yang
tidak konsisten? Mengapa tidak konsisten?
6. Adakah terdapat lompang dalam bidang ilmu
yang diselidiki? Adakah terdapat soalan yang
masih tidak terjawab tentang fenomena?
Apakah soalan-soalan itu?
Format Rujukan Dalam Sorotan Literatur

Ramlah (2008) berpandangan .


.. adalah tekal (Abdul Kadir 1997).
.. for research and practice (Creswell 2005,
Dornyei et. al 1998, Oxford & Ehrman 2001).
. of your manuscript (Dornyei et. al, 1998;
Oxford & Ehrman, 2001; Creswell, 2005).

You might also like