Laporan Keputusan Pertandingan Permainan Tradisional Tarik Upih

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

1.0 Laporan AJK Pertandingan Permainan Tradisional Tarik Upih

Rozza Pung Chai Nyuk

Sebelum pertandingan:

Kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, kumpulan kami terdiri
daripada lima orang satu kumpulan. Kami berbincang dan memilih ajk dalam kumpulan kami.
Saya dilantik menjadi pengerusi pertandingan ini. Pada awalnya kami berbincang dan mencari
permainan tradisional yang sesuai. Kami telah memilih permainan Tarik Upih. Saya
membahagikan tugas kepada semua ahli saya. Kami ada ajk peralatan, penghiasan, setiausaha,
dan bendahari. Walaupun kami ada ajk masing-masing tapi kami tetap saling bantu-membantu
menyediakan permainan kami. Ajk alatan akan menyenaraikan alatan yang perlu dan
memberitahu bendahari kos yang diperlukan. Setiausaha akan menyediakan kertas kerja
permainan kami ini. Saya sebagai pengerusi, saya memastikan semua ajk menjalankan tugas
mereka dan sentiasa memberikan bantuan kepada mereka. Saya bertanggungjawab memastikan
persediaan permainan ini dibuat dengan baik dan permainan ini akan berjalan dengan lancar dan
selamat. Ahli kumpulan saya ini sangat bagus dan beri kerjasama yang baik kepada saya.

Semasa pertandingan:

Saya juga sebagai pengerusi pentandingan. Saya bertanggungjawab menerangkan cara


permainan kami kepada peserta. Saya juga memberikan taklimat ringkas kepada peserta tentang
peraturan permainan kami. Semasa pertandingan, ajk baharu ditubuhkan iaitu ajk penamat, ajk
pelepas dan mencatat keputusan, dan ajk catat masa. Semua ajk mengambil tempat masing-
masing dan menjalankan tugas masing-masing. Permainan kami ini adalah secara kalah mati.
Terdapat 4 kumpulan yang bertanding. Semuanya berjalan dengan lancar pada masa bertanding.
Hadiah diberikan kepada pemenang. Selepas itu kami pun berkemas dan membersihkan
kawasan yang kami gunakan.

1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Ling Kuok Sieng

Sebelum pertandingan:

Kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, kumpulan kami terdiri
daripada lima orang satu kumpulan. Kami berbincang dan memilih ajk dalam kumpulan kami.
Saya dilantik menjadi Setiausaha pertandingan ini. Pada awalnya kami berbincang dan mencari
permainan tradisional yang sesuai. Kami telah memilih permainan Tarik Upih. Saya
bertanggungjawab mencatatkan apa yang telah kami bincangkan. Walaupun kami ada ajk
masing-masing tapi kami tetap saling bantu-membantu menyediakan permainan kami. Selepas
itu, saya pun menyediakan kertas kerja untuk permainan kami ini. Selepas selesai kertas kerja
saya, saya pun menolong ajk peralatan untuk mendapatkan upih. Kami juga pergi membeli alat
bersama-sama. Kami bekerjasama mencantikkan upih kami dan menghiaskan kawasan
permainan kami. Persediaan kami dibuat sampai malam untuk menghiaskan kawasan kami.
Semua ajk kami bekerjasama dan saling tolong-menolong.

Semasa pertandingan:

Saya sebagai Ajk pencatat masa. Saya bertanggungjawab mencatat masa yang
digunakan oleh permain bersama dengan Tiong. Saya mencatat satu kumpulan dan Tiong
mencatat kumpulan yang satu lagi. Dengan ini, kami boleh menentukan siapa yang
pemenangnya. Permainan kami ini adalah secara kalah mati. Terdapat 4 kumpulan yang
bertanding. Semuanya berjalan dengan lancar pada masa bertanding. Hadiah diberikan kepada
pemenang. Selepas itu kami pun berkemas dan membersihkan kawasan yang kami gunakan.

2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Voon Kang Lee


Sebelum pertandingan:

Kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, kumpulan kami terdiri
daripada lima orang satu kumpulan. Saya dilantik menjadi ajk penghiasan pertandingan ini. Pada
awalnya kami berbincang dan mencari permainan tradisional yang sesuai. Kami telah memilih
permainan Tarik Upih. Saya pun berfikir dan menyediakan bahan untuk menghias upih kami,
kawasan permainan kami dan sebagainya untuk mencantikkan permainan kami. Sebelum
pertandingan ini, kami semua bekerjasama menghiaskan kawasan kami dengan daun, ribbon,
cat dan sebagainya. Kami semua saling tolong-menolong untuk menyiapkan tugas kami.
Persediaan kami dibuat dengan baik dan terancang. Lorong permainan kami dibuat dengan tali
dan tepung. Kami juga pergi membeli alat bersama-sama. Kami bekerjasama mencantikkan upih
kami dan menghiaskan kawasan permainan kami. Persediaan kami dibuat sampai malam untuk
menghiaskan kawasan kami. Semua ajk kami bekerjasama dan saling tolong-menolong.

Semasa pertandingan:

Saya menjadi ajk pelepas dan mencatat keputusan semasa pentandingan. Saya
bertanggungjawab melepaskan pemain selepas kedua-dua kumpulan telah sedia. Saya mencatat
keputusan apabila ajk penamat menentukan siapa yang menang. Permainan kami ini adalah
secara kalah mati. Terdapat 4 kumpulan yang bertanding. Semuanya berjalan dengan lancar
pada masa bertanding. Hadiah diberikan kepada pemenang. Selepas itu kami pun berkemas
dan membersihkan kawasan yang kami gunakan.

3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Tiong Hie Huey


Sebelum pertandingan:

Kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, kumpulan kami terdiri
daripada lima orang satu kumpulan. Kami berbincang dan memilih ajk dalam kumpulan kami.
Saya dilantik menjadi bendahari pertandingan ini. Pada awalnya kami berbincang dan mencari
permainan tradisional yang sesuai. Kami telah memilih permainan Tarik Upih. Saya mendapatkan
resit semua pembelian bahan daripada ajk lain dan saya mengumpul duit dari setiap ahli. Saya
juga membuat pelaporan budjet penggunaan kami untuk pesediaan permainan ini. Saya juga
membantu ajk lain, kami bekerjasama mencari upih, membersihkan upih, mengecat upih, dan
menghiaskan kawasan permainan kami. Kami juga pergi membeli alat bersama-sama.
Persediaan kami dibuat sampai malam untuk menghiaskan kawasan kami. Semua ajk kami
bekerjasama dan saling tolong-menolong.

Semasa pertandingan:

Saya sebagai ajk pencatat masa pentandingan. Saya bertanggungjawab mencatat masa
yang digunakan oleh permain bersama dengan Ling. Saya mencatat satu kumpulan dan Ling
mencatat kumpulan yang satu lagi. Dengan ini, kami boleh menentukan siapa yang
pemenangnya. Permainan kami ini adalah secara kalah mati. Terdapat 4 kumpulan yang
bertanding. Semuanya berjalan dengan lancar pada masa bertanding. Hadiah diberikan kepada
pemenang. Selepas itu kami pun berkemas dan membersihkan kawasan yang kami gunakan.

4
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Kelvin Tee Hieng Choon


Sebelum pertandingan:

Kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, kumpulan kami terdiri
daripada lima orang satu kumpulan. Saya dilantik menjadi ajk alatan pertandingan ini. Pada
awalnya kami berbincang dan mencari permainan tradisional yang sesuai. Kami telah memilih
permainan Tarik Upih. Saya menyenaraikan alatan yang kami perlukan untuk permainan ini. Saya
mencari daun upih di merata tempat akhirnya jumpa di Tanjung Aru. Saya dan ahli kumpulan
saya pergi ke sana dan membawa daun upih itu balik ke IPG. Kami pun membersihkan Daun
Upih itu dan mengecatkannya supaya cantik. Kami meletakkan guni di tempat duduk penumpang
Upih supaya tidak sakit. Kami bekerjasama dalam semua persediaan yang kami lakukan sebelum
pertandingan. Kami juga pergi membeli alat bersama-sama. Persediaan kami dibuat sampai
malam untuk menghiaskan kawasan kami. Semua ajk kami bekerjasama dan saling tolong-
menolong.

Semasa pertandingan:

Saya sebagai ajk penamat pentandingan. Saya bertanggungjawab menerangkan


menentukan siapa yang menang dalam pertandingan ini dengan pencatat masa. Saya juga
memberikan taklimat ringkas kepada peserta tentang cara untuk menang dalam pertandingan ini
iaitu penumpang perlu mendapatkan bendera kumpulan di depan saya. Permainan kami ini
adalah secara kalah mati. Terdapat 4 kumpulan yang bertanding. Semuanya berjalan dengan
lancar pada masa bertanding. Hadiah diberikan kepada pemenang. Selepas itu kami pun
berkemas dan membersihkan kawasan yang kami gunakan.

5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

2.0 Laporan Keputusan Pertandingan Permainan Tradisional Tarik Upih

Secara keseluruhannya, permainan tradisional tarik upih terdiri daripada empat pasukan,
iaitu kumpulan hijau, merah, biru, kuning. Permainan ini telah dijalankan dalam sistem kalah mati,
kumpulan yang memang akan dapat bersaing dalam pusingan yang akhir untuk mendapatkan
pemenang yang keseluruhan.

Sebelum permainan tradisional ini dimulakan, setiap pasukan telah dikehendaki untuk
menghantar seorang wakil bagi mencabut undi untuk menentukan kumpulan persaingan mereka.
Oleh itu, melalui cabutan undi ini, pasukan hijau akan melawan pasukan merah dalam
perlawanan separuh akhir pusingan pertama. Manakala pasukan biru dan pasukan kuning pula
bertanding pada perlawanan separuh akhir pusingan kedua.

Dalam perlawanan separuh akhir pusingan pertama ini, pasukan hijau telah menjuarai
pasukan merah terlebih dahulu dengan catatan masa 47.50 saat dan pasukan merah pula
menggunakan masa sebanyak 01.45 minit. Manakala, perlawanan separuh akhir pusingan kedua
pula dimenangi oleh pasukan biru dengan catatan masa 01.36 minit dan pasukan kuning pula
mendapat catatan masa sebanyak 02.45 minit.

Gambar: Keputusan perlawanan akhir pertandingan tarik upih


Seterusnya, pasukan hijau telah bertanding dengan pasukan biru dalam perlawanan akhir
untuk menentukan juara keseluruhan pertandingan tarik upih. Melalui perlawanan ini, kumpulan
hijau menang berlawan dengan kumpulan biru dengan catatan masa 46.20 saat dan 01.45 minit.
Secara keseluruhannya, pasukan hijau merupakan juara keseluruhan dalam pertandingan
permainan tradisional tarik upih ini.

6
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

3.0 Refleksi Keseluruhan Pelaksanaan Pertandingan Permainan Tradisional Tarik Upih


Selepas kami menerima Tugasan Projek ini daripada pensyarah, kami telah mula
mengumpul, menganalisis dan mengasingkan maklumat daripada pelbagai sumber rujukan
mengenai pengetahuan dan kemahiran mengurus pertandingan permainan tradisional bersama-
sama ahli kumpulan. Kami juga membentuk jawatankuasa supaya kami dapat melaksankan
tugas kami dengan jayanya. Melalui Tugasan Projek ini, kami bukan sahaja dapat mengenali dan
memahami konsep, matlamat serta strategi pelaksanaan pertandingan permainan tradisional,
malah juga dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan
pertandingan permainan tradisional.

Pada mulanya, kumpulan kami telah memilih permainan tradisional tarik upih kerana kami
berasa permainan ini berupaya untuk kami semua mengenali dan menyemai semangat bermain
permainan tradisional serta menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu.
Selepas beberapa hari, kami telah mendapati untuk mendapatkan daun upih ini bukan senang
dan ia merupakan satu masalah besar bagi kumpulan kami kerana daun upih yang kami sediakan
mudah keras dan tidak dapat tahan sampai hari pertandingan permainan tradisional ini. Oleh itu,
banyak kali kumpulan kami ingin bertukar permainan tarik upih ini kepada permainan tradisional
lain. Namun begitu, atas keyakinan dan kesungguhan setiap ahli kumpulan, kami tidak berputus
asa dan tetap berusaha untuk mendapatkan daun upih dengan mencari di luar kawasan. Akhirnya,
dengan kegigihan setiap ahli kumpulan, kami telah menjayakan pelaksanaan pertandingan
permainan tradisional tarik upih ini.

Sepanjang pelaksanaan pertandingan permainan tradisional tarik upih ini, kami banyak
memperolehi ilmu pengetahuan. Kami telah memahami secara lebih mendalam tentang cara
menyediakan kertas kerja sebelum pertandingan permainan tradisional dijalankan. Selain itu,
kami juga memperolehi ilmu tetang kepentingan seorang guru dalam memajukan diri dan
masyarakat pada era baru dengan mementingkan aspek kokurikulum. Kesemua ilmu ini dapat
membantu kami berkhidmat dalam bidang profesional perguruan apabila kami menjadi seorang
guru pada suatu hari nanti.

Yang paling penting ialah kami dapat mempelajari banyak nilai murni melalui tugasan
projek yang telah kami siapkan selama ini. Kami dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti
kesabaran sewaktu menghasilkan satu tugasan yang baik dan lengkap. Tambahan pula, nilai
murni iaitu bertanggungjawab juga dapat kami pelajari setelah menjalankan Projek ini. Kami juga

7
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

menyedari bahawa kami yang akan menjadi seorang guru pada masa akan datang haruslah
bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa negara kita.

Selain itu, nilai bekerjasama juga dapat kami pelajari kerana tugasan ini adalah dijalankan
secara berkumpulan. Kami berbincang dan menyelesaikan setiap masalah dengan bersama-
sama sepanjang masa menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, kami juga dapat mempelajari nilai
amanah, kerajinan, kegigihan dan ketekunan melalui Tugasan Projek yang dijalankan. Yang
paling penting ialah kami dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan setelah menyiapkan
tugasan ini. Bak kata pepatah Usaha itu tangga kejayaan. Kami berjanji akan meneruskan
amalan yang baik ini dalam kehidupan saya. Hal ini demikian kerana membaca akan membawa
ilmu pengetahuan yang banyak kepada kita supaya dapat menambah pemikiran dan membuka
minda kami.

Kami juga telah menyedari bahawa komponen pengelolahan aktiviti dan pertandingan
merupakan salah satu komponen penting selain sistem fail dan surat menyurat, pengurusan
mesyuarat dan kewangan, majlis rasmi, kepimpinan dan penilaian aktiviti pertandingan
permainan tradisional. Tambahan pula, Kami juga menyedari bahawa perancangan kertas kerja
amat penting semasa kita hendak merancang sesuatu aktiviti pertandingan. Tujuan, objektif dan
matlamat pelaksanaan aktiviti pertandingan haruslah digaris dengan jelas sekali untuk dicapai
dengan mudah.

Pada 28 April 2016, kami telah berjaya melaksanakan pertandingan permainan tradisional
tarik upih ini. Dari pelaksanaan ini, kami telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan tentang
cara mengelola dan mengurus satu pertandingan permainan tradisional termasuk mengurus dan
mengatur upacara perasmian dan penutupan. Semasa kami melaksanakan permainan
tradisional Menarik Upih, kami berasa amat bersyukur kerana semua peserta dapat bermain
dengan seronok sekali dalam menjayakan pertandingan permainan tradisional tarik upih ini.

Melalui Tugasan Projek ini, kami menyedari bahawa tugasan ini membawa banyak
kelebihan kepada kami. Antaranya ialah dapat membuka peluang kepada kami untuk
mempelajari dan memahami tentang cara penyediaan kertas kerja pelaksanaan aktiviti
pertandingan permainan tradisional bagi menyemaikan nilai JERIS dalam pengajaran dan
pelajaran supaya murid-murid memperolehi faedah dari semua aspek dan menjadi seorang yang
seimbang dari setiap segi perkembangannya. Selain itu, Tugasan Projek ini bukan sahaja dapat

8
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

melahirkan guru-guru pelatih yang berkebolehan untuk mengajar, tetapi sekali gus juga
mempunyai rancangan pelaksanaan aktiviti pertandingan yang baik dan berkesan. Tugasan ini
telah kami jadikan sebagai asas permulaan untuk menjadi bakal guru sewaktu mendidik anak-
anak murid kami pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kami memperolehi banyak faedah melalui tugasan yang telah kami
jalankan. Dengan ini, tidak lupa juga kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah-pensyarah atas segala bantuan dan sokongan yang diberi sepajang kami
menjalankan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditunjukkan kepada semua rakan
kelas yang telah banyak memberi sokongan dan pengajaran kepada kami secara langsung dan
tidak langsung semasa kami menjalankan Tugasan Projek ini. Terima kasih atas kerjasama dan
komen-komen yang diberikan kerana dapat membantu memperbaiki permainan tradisional
Menarik Upih yang kami laksanakan.

9
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

4.0 Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan Permainan Tarik Upih


Melalui kerja kursus kali ini, kami dapat mengenal pasti beberapa kekuatan dan
kelemahan kami semasa perancangan serta pelaksanaan pertandingan permainan tradisional ini.
Salah satu kekuatan yang kami kenal pasti iaitu kami telah berjaya melaksanakan pertandingan
tarik upih. Sepanjang pelaksanaan pertandingan ini, kami telah bekerjasama mendapatkan daun
upih dan menghiaskan daun upih bersama-sama. Bukan itu sahaja, kami juga berjaya mendirikan
kawasan pertandingan permainan tarik upih ini dalam masa yang ditetapkan. Kami telah
bekerjasama dalam mengukur dan membina garisan bagi lorong tarik upih, menghias pagar
kawasan tarik upih, membuat anyaman dengan menggunakan daun untuk menjadikan pintu
gerbang kawasan permainan tarik upih. Selain itu, pada hari pertandingan tarik upih, kami juga
telah membahagikan tugas secara adil agar pertandingan dapat dijalankan dengan lancar di
mana seorang jadi ajk penerangan peraturan permainan, seorang jadi ajk pelepas, seorang jadi
ajk pencatat masa, seorang jadi ajk pengadil lorong dan seorang lagi untuk menjadi ajk penamat.

Kekuatan yang seterusnya adalah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan


permainan tarik upih ini tidak memerlukan kos yang sangat tinggi. Antara alatan yang kami
gunakan adalah daun upih sebagai alat utama permainan ini, guni juga sebagai alat untuk peserta
duduk di atas daun upih bagi mengelakkan kecederaan peserta, tepung sebagai penanda
kawasan permainan dan lorong peserta, bendera bagi menentukan kemenangan setiap pasukan.
Bagi peralatan seperti bendera, kami telah menghasilkan sendiri dengan menggunakan kertas
berwarna terpakai dan tepung pula kami beli di kedai manakala upih pula kami dapatkannya
secara percuma di kawasan Tanjung Aru serta guni diperolehi melalui hasil bantuan daripada ibu
ahli kumpulan kami iaitu Rozza yang mendapatkan di Kilang Kopi Tenom. Kami juga telah
menggunakan guni dan kotak terpakai dalam menghasilkan papan peraturan permainan, papan
jadual pelaksanaan dan juga papan pemarkahan. Penggunaan alat-alat terpakai ini telah
membantu menjimat kos perbelanjaan kumpulan kami.

Bukan itu sahaja, kekuatan juga termasuk kumpulan kami berupaya dalam menyediakan
bahan yang cukup dan menarik. Selepas mendapatkan daun upih, kami telah mengecat daun
upih dengan empat warna iaitu hijau, biru, kuning dan merah mengikut pasukan supaya kelihatan
lebih cantik. Kami juga mengecat nombor pada guni yang disediakan untuk setiap pasukan. Kami
telah dipuji oleh kawan kumpulan permainan tradisional lain kerana upih kami direka dan dihias
dengan warna yang berlainan. Selain itu, kami telah menyedari keselamatan setiap peserta
dengan menyediakan guni untuk penumpang duduk di atas upih bagi mengelakkan kecederaan.

10
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Kekuatan yang seterusnya adalah kami dapat memberi penerangan tentang peraturan
permainan tarik upih yang jelas kepada semua peserta dan juga termasuk pensyarah kami.
Kebanyakan peserta telah mengetahui cara permainan tarik upih ini, jadi kami tidak perlu
menjimatkan masa dengan memberi penerangan panjang lebar kepada para peserta. Selain itu,
peserta juga memberi kerjasama yang amat baik kepada kami sepanjang pertandingan
permainan tarik upih ini. Semua peserta telah menarik dengan bersungguh-sungguh walaupun
menghadapi masalah seperti tidak berupaya menarik upih. Semua peserta telah bermain dengan
seronok dalam menjayakan pertandingan permainan tradisional ini.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang timbul sepanjang pelaksanaan permainan


tradisional tarik upih. Kelemahan pertama yang kami dapati sesetengah peserta tidak mampu
menarik penumpang terutamanya peserta perempuan. Kebanyakan mereka tidak cukup tenaga
dalam menarik upih menyebabkan mereka kalah dalam pertandingan tarik upih ini. Hal ini juga
disebabkan oleh kekurangan peserta lelaki dalam membantu peserta perempuan menarik upih.
Selain daripada masalah di atas, masalah saiz badan turut mempengaruhi dan menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan peserta. Memang mudah bagi ahli yang bersaiz badan besar
untuk menarik ahli yang bersaiz badan kecil, tetapi apabila tiba waktu untuk bertukar peranan
maka masalah mula timbul.

Kelemahan yang seterusnya pula ialah upih yang licin. Sebelum ini, kumpulan kami telah
menyediakan sarung tangan untuk setiap peserta yang berperanan sebagai penarik untuk
mengelakkan kecederaan tangan mereka semasa menarik upih. Namun begitu, selepas
bertanding, kami telah mendapati sarung tangan ini telah menyebabkan penarik berasa licin
semasa menarik upih dan mengganggu mereka menarik dengan sekuat-kuatnya. Hal ini
disebabkan oleh kami yang mencantas batang upih dengan terlalu bersih mengakibatkan penarik
rasa licin dalam menarik upih.

Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang disebutkan


daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara cadangan penambahbaikan
yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa hadapan iaitu, yang pertama hal berkaitan
penarik yang tidak mampu menarik penumpang upih. Pihak pengelola harus melihat kepada
perkara ini dengan mengambil kira akan faktor perbezaan individu seperti jantina, saiz dan bentuk
badan peserta. Pihak pengelola boleh mengubah strategi pelaksanaan dengan membolehkan
dua atau lebih penarik upih dalam menarik penumpang upih agar mereka dapat menghabiskan
menarik penumpang ke garisan penamat.

11
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Cadangan seterusnya ialah berkenaan dengan daun upih yang terlalu licin yang telah
menyusahkan peserta dan mengganggu proses pertandingan. Peserta diarahkan untuk memakai
sarung tangan semasa menarik upih menyebabkan mereka berasa licin dan tidak dapat menarik
upih. Oleh itu, sebelum hari pertandingan, pihak pengelola perlu memberi setiap peserta untuk
melakukan cubaan tarik upih supaya peserta mendapat cara yang lebih sesuai bagi diri mereka
dalam menarik upih.

Secara kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan


perancangan yang rapi di mana ia merupakan elemen terpenting dalam bidang pengurusan
terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan
itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan
pertandingan pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.

12
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

5.0 Lampiran

Gambar 1.0 Kami telah bekerjasama mendapatkan daun upih di kawasan Tanjung Aru.

Gambar 2.0 Daun upih telah dicat dengan warna yang berlainan.

Gambar 3.0 Kami bekerjasama melekat nombor pada guni untuk dicat.

13
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Gambar 4.0 Nombor pada guni dicat dengan warna berlainan.

Gambar 5.0 Kami cuba menarik upih yang telah siap dihias.

Gambar 6.0 Kami bekerjasama membuat anyaman untuk dijadikan pintu gerbang.

14
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Gambar 7.0 Daun upih dan guni yang telah siap dihias.

Gambar 8.0 Jadual pelaksanaan dan papan pemarkahan yang telah disediakan

Gambar 9.0 Pertandingan permainan tarik upih dirasmikan oleh Encik Julin.

15
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJM 3123

Gambar 10.0 AJK memberi penerangan tentang cara dan peraturan permainan.

Gambar 11.0 Semasa pertandingan tarik upih dijalankan.

Gambar 12.0 Encik Julin menyampaikan hadiah kepada juara keseluruhan.

16

You might also like