Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Kurikulum Dunia Muzik merupakan program pembelajaran untuk sekolah rendah yang
digubal dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam
bidang muzik untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati
dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2015). Namun begitu, dokumen tersebut yang bertujuan sebagai garis panduan perlu
diselarikan dengan usaha guru merancang aktiviti muzikal dalam bilik darjah dengan mengambil
kira pendekatan yang sesuai merangkumi bidang muzik dan konsep muzik yang difokuskan.
Dalam merancang aktiviti muzikal ini, saya mengambil kira ketiga-tiga pendekatan iaitu Dalcroze,
Orff dan Kodaly. Bidang muzik yang difokuskan ialah pergerakan, perkusi badan dan nyanyian.
Kumpulan sasaran bagi aktiviti ini ialah murid Tahun 3. Konsep muzik yang ditekankan dalam
aktiviti ini pula ialah ekspresi. Aktiviti ini diberi nama Bulatan Muzikal.

1
2.0 RANCANGAN AKTIVITI MUZIKAL DALAM BILIK DARJAH

Aktiviti muzikal Bulatan Muzikal ini diadaptasi daripada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Dunia Muzik Tahun 3 mengikut Standard Kandungan 1.3 Membuat pergerakan
mengikut muzik dengan Standard pembelajaran 1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan
mud muzik.

Aktiviti muzikal Bulatan Muzikal merupakan gabungan permainan musical chair dan
Simon says. Kaedah pembelajaran yang diaplikasikan ialah ansur maju dari iaitu daripada mudah
kepada yang lebih mencabar di samping adanya elemen didik hibur melalui nyanyian dan
pergerakan serta belajar sambil bermain melalui konsep muzik yang ditekankan.

Permainan ini mempunyai 3 pusingan iaitu pusingan pertama, pusingan kedua dan
pusingan akhir. Pengetahuan sedia ada murid sebelum mengikuti aktiviti ini ialah murid
mempunyai kemahiran nyanyian dan murid mengetahui tentang konsep tempo iaitu laju (allegro),
sederhana (andante) atau perlahan (grave).

Lima minit sebelum memulakan permainan ini, ialah guru akan mengarahkan setiap
murid membawa satu kerusi dan semua murid dikehendaki menyusun kerusi membentuk satu
bulatan. Guru kemudiannya akan menerangkan peraturan permainan kepada murid. Peraturan
permainan adalah seperti berikut:

1. Murid hendaklah bergerak mengelilingi kerusi semasa muzik dimainkan, berhenti


apabila muzik diberhentikan dan merebut tempat duduk yang kosong.
2. Murid hendaklah bergerak mengikut tempo dan rentak lagu yang dimainkan sama
ada laju (allegro), sederhana (andante) atau perlahan (grave).
3. Murid hendaklah bergerak mengelilingi kerusi sambil menyanyikan lagu yang
dimainkan dengan penuh perasaan.
4. Murid perlu mengikut arahan Simon Says sambil bergerak mengelilingi kerusi.
Contoh arahan Simon Says ialah Simon says clap your hand ataupun Simon
says stomp your feet.

Namun begitu, peraturan diberikan kepada murid secara berperingkat sesuai dengan kaedah
ansur maju. Pada pusingan pertama, guru akan menerangkan peraturan 1 dan 2. Pada pusingan
kedua, permainan semakin mencabar apabila guru menambah peraturan 3. Pada pusingan akhir,
guru menambah peraturan 4.

2
2.1. Pusingan Pertama

Dalam pusingan pertama aktiviti ini, guru akan meminta murid berada dalam keadaan
sedia. Guru kemudiannya akan mengalihkan satu kerusi keluar daripada bulatan sebelum
memainkan lagu menandakan permainan bermula. Murid akan bergerak mengelilingi kerusi
mengikut tempo lagu sederhana selama 1 minit 30 saat. Guru akan memberhentikan lagu
tersebut. Murid akan merebut tempat duduk yang kosong. Murid yang tidak mendapat tempat
duduk akan disingkirkan daripada permainan.

Guru akan mengarahkan semua murid untuk berdiri semula. Guru akan mengalihkan
satu lagi kerusi keluar daripada bulatan. Murid akan merapatkan kerusi menjadikan saiz bulatan
semakin kecil. Pusingan pertama diteruskan dengan lagu yang rancak. Murid akan bergerak
mengelilingi kerusi juga selama 1 minit 30 saat mengikut tempo laju. Apabila lagu diberhentikan
dan semua kerusi telah dipenuhkan, murid yang masih berdiri akan disingkirkan menandakan
tamatnya pusingan pertama. Guru akan mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya ke
pusingan kedua.

2.2. Pusingan Kedua

Sebelum memulakan pusingan kedua, guru akan menerangkan penambahan peraturan


iaitu murid hendaklah bergerak mengelilingi kerusi sambil menyanyikan lagu yang dimainkan
dengan penuh perasaan. Murid akan mendalami lirik lagu yang dimainkan dan menyanyikan lagu
sesuai dengan mud lagu tersebut. Dalam pusingan kedua, guru akan mengalihkan dua kerusi
keluar dari bulatan dan kerusi selebihnya dirapatkan ke tengah bulatan. Guru akan memainkan
lagu yang diketahui atau yang telah dipelajari oleh murid sebelum ini. Pusingan kedua bermula
sebaik sahaja guru memainkan lagu. Tempo lagu pertama bagi pusingan kedua ialah tempo
sederhana. Mud lagu yang sesuai dengan tempo ini ialah mud riang dan ceria. Lagu tersebut
akan dimainkan selama 1 minit 30 saat. Apabila muzik diberhentikan, dua orang murid yang gagal
mendapat mendapat tempat duduk akan disingkirkan daripada permainan.

Guru akan mengarahkan murid-murid yang masih berada dalam permainan untuk
berdiri. Dua lagi kerusi akan dikeluarkan dari bulatan dan pusingan kedua diteruskan. Lagu kedua
bagi pusingan ini ialah lagu dengan tempo perlahan. Lagu ini sebaiknya mempunyai mud yang
sugul dan sedih. Kepelbagaian mud lagu dalam permainan ini bertujuan untuk menekankan
konsep muzik yang hendak diajar melalui aktiviti muzikal ini iaitu ekspresi. Selepas 1 minit 30

3
saat, guru akan memberhentikan lagu dan murid akan merebut kerusi yang kosong. Dua orang
murid yang gagal mendapat tempat duduk dalam pusingan ini akan dikeluarkan daripada
permainan. Murid-murid yang berjaya akan mara ke pusingan akhir.

2.3. Pusingan Akhir

Sebelum memulakan pusingan akhir, guru akan menerangkan penambahan peraturan


terakhir iaitu murid perlu mengikut arahan Simon Says sambil bergerak mengelilingi bulatan
kerusi. Dalam pusingan ini, guru akan mengeluarkan 3 kerusi dari bulatan setiap kali sebelum
memainkan lagu baharu. Tempoh masa bagi pusingan akhir adalah terpulang kepada guru. Masa
yang dicadangkan adalah 1 minit 30 saat untuk setiap satu lagu. Namun begitu, guru boleh
mengubah kesesuaian masa mengikut situasi permainan. Pusingan akhir menentukan
pemenang bagi permainan Bulatan Muzikal ini.

Lagu akan dimainkan menandakan pusingan akhir bermula. Pusingan ini akan
dimulakan dengan lagu tempo perlahan. Murid dikehendaki bergerak mengelilingi kerusi
mengikut tempo, menyanyi dengan penuh perasaan mengikut mud lagu sambil menumpukan
perhatian terhadap arahan Simon says yang akan diberikan oleh guru pada bila-bila masa.
Arahan Simon says adalah berbentuk pergerakan perkusi badan seperti menepuk tangan,
memetik jari dan menghentak kaki. Arahan tersebut juga akan diselangi dengan arahan tanpa
kata kunci Simon says bagi menguji tahap fokus murid dalam permainan. Setiap murid yang
mengikut arahan tanpa kata kunci Simon says juga akan dikeluarkan dari permainan dan
membawa keluar satu kerusi dari bulatan kerusi. Tempo lagu akan diselang selikan. Begitu juga
dengan mud lagu yang dimainkan dan arahan Simon says yang diberikan. Murid terikhir yang
mendapat tempat duduk akan menjadi pemenang bagi permainan Bulatan Muzikal ini.

4
3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, aktiviti muzikal Bulatan Muzikal ini menekankan konsep ekspresi


muzik di samping menghubungkaitkan konsep tersebut dengan konsep muzik lain seperti
nyanyian, tempo dan pergerakan melalui perkusi badan. Bulatan muzikal yang menggabungkan
ketiga-tiga kaedah pendekatan pengajaran muzik ini juga mesra bilik darjah kerana bahan yang
digunakan mudah didapati seperti kerusi. Aspek ansur maju yang digunakan dalam aktiviti ini
juga membantu murid menguasai isi pengajaran dengan berkesan kerana bermula dengan aktiviti
mudah sehingga aktiviti yang lebih kompleks. Selain itu, Total Physical Response (TPR) method
oleh James J. Asher (1977) yang digunakan dalam permainan ini iaitu kaedah pengulangan untuk
menekankan sesuatu konsep membantu murid mengingat konsep baharu yang dipelajari dengan
lebih berkesan. Pengintegrasian beberapa elemen dalam aktiviti ini juga membantu guru
membuat pemerhatian dan penilaian mengenai kefahaman dan kemampuan murid terhadap
konsep yang diajarkan. Hal ini turut disoking oleh Choksy (1981) yang menyatakan bahawa
muzik, pendengaran dan pergerakan seseorang dapat menilai kesaksamaan kebolehan individu,
pengetahuan, mental dan emosi seseorang pelajar. Selain melatih fokus, aktiviti ini juga
membantu mengawal bilik darjah semasa interaksi pengajaran kerana murid akan mempunyai
motivasi intrinsik untuk berdisiplin, mengikut arahan dan menumpukan perhatian dalam
permainan agar dapat menjadi pemenang. Justeru, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan kreatif serta selari dengan kurikulum berupaya membantu mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus merealisasikan aspirasi Kurikulum Dunia
Muzik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

5
4.0 RUJUKAN

Choksy, Lois. (1981). The Kodaly Context. New Jersey: Prentice-Hall.

James J. Asher. (1977). Learning Another Language Through Actions. New York: Sky Oaks
Production Inc.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2015). Dokumen Standard Standard Sekolah Rendah:


Dunia Muzik Tahun 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

6
LAMPIRAN

You might also like