Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM KITAR SEMULA

NAMA PELAJAR: Yee Zheng Xin


PROGRAM: 5 PISMP SEJARAH (SJJKC)
NAMA PROGRAM: Kitar Semula
TEMPOH PERLAKSANAAN: 22 OGOS 24 OGOS 2017
1.0 PENGENALAN

Program kitar semula ini dilaksanakan selama tiga hari dengan tujuan untuk memberikan
pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar dan program-program mesra alam. Program ini juga dapat Menggalakkan warga sekolah
melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula serta
Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan
persekitaran sekolah. Program ini juga bertujuan untuk Mewujudkan suasana sekolah yang
kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari serta
Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan
menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga Sekolah SJK(C) Chung Hwa 1 untuk
menjalankan aktiviti kitar semula.

2.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan selama tiga hari iaitu dari 22 Ogos 2017 sehingga 24 Ogos 2017.
Program ini melibatkan murid-murid tahun 4 dan tahun 5 sjkc chung hwa 1, termasuk dengan
cikgu-cikgu sekolah. Bagi tahun 4 hanya tiga kelas yang terlibat dalam program ini, iaitu kelas 4K,
4B, dan 4H. Manakala tahun 5 hanya melibatkan dua kelas, iaitu kelas 5H dan 5B Secara
keseluruhan, program ini melibat ahli seramai 163 orang. Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 hanya
mereka yang merupakan ahli-ahli Persatuan Cinta Alam. Saya juga menjalankan program ini
bersama dengan guru penasihat Persatuan Cinta Alam, iaitu Cik Ong Meei Yann dan En. Heng
Tian Hee. Kedua-kedua guru penasihat tersebut mempunyai pengalaman yang yang dalam
mengadakan aktiviti kitar semula. Dengan ini sebelum saya menjalankan aktiviti ini, saya telah
mendapatkan penasihat daripada Cik Ong Meei Yann dan En. Heng Tian Hee, tentang cara dan
strategi dan menjayakan program ini.

Sehari sebelum bermulanya program tersebut, saya bersama dengan Cik Ong Meei Yann
dan En. Heng Tian Hee akan mengadakan satu sesi taklimat berkaitan dengan kitar semula
kepada semua murid. Sebelum bermula sesi taklimat, murid-murid tahun 4 dan tahun 5 telah
diarahkan berkumpulan di dewan utama sekolah (Dewan Chung Hwa). Selepas semua murid
berkumpul, saya dengan Cik Ong Meei Yann dan En. Heng Tian Hee mengambil kedatangan
semua murid dan dengan dengan bersyukurnya semua murid telah hadir pada taklimat tersebut.
Dalam taklimat tersebut saya bersama dengan guru-guru penasihat telah memberikan
penerangan tentang kepentingan dan tujuan pengajuran program tersebut serta cara
pelaksanaan program tersebut. Murid-murid juga telah diberikan penerangan tentang program
alam sekitar yang akan dijalankan dalam ketiga-tiga hari tersebut. Semasa taklimat diberikan,
murid-murid juga diarahkan untuk membawa sebuah buku nota untuk menyalin segala maklumat
yang akan disampaikan. Melalui taklimat tersebut saya telah menerangkan bahawa sesi pengitar
semula akan dijalankan pada 22 Ogos 2017, hari Rabu, iaitu keesokkan hari.

Pada hari pertama program ini iaitu 22 Ogos 2017, murid-murid telah dikehendaki untuk
mengumpulkan bahan-bahan kitar semula sama ada dari rumah sendiri atau mana-mana tempat
yang murid dapat memperolehi. Murid-murid yang Berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula
yang terbanyak dan berkesan akan mendapat ganjaran. Program pengumpulan pada hari
pertama ini dijalankan secara terbuka kepada semua kelas dan semua tahun dalam sekolah
SJK(C)Chung Hwa. Kesemua bahan-bahan kitar semula akan dikumpulkan di padang sekolah di
bawah kemah yang disediakan oleh pekerja-pekerja staff untuk mengelakkan dari hujan. Selepas
bahan-bahan kitar semula dikumpul, saya bersama dengan guru penasihat bekerjasama untuk
menimbang hasil kutipan barangan kitar semula mengikut kelas untuk menentukan pemenang.

Pada hari yang kedua, iaitu 23 Ogos 2017, murid-murid tahuh 4 dan tahun 5 yang
merupakan ahli-ahli persetuan Cinta Alam telah mengarahkan untuk berkumpulan di padang
pada pukul 7.20 pagi. Aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah mengitar semula
bahan-bahan dan barang-barang yang dibawa pada hari 22 Ogos 2017. Sebelum bermula aktiviti
kitar semula, saya dan guru-guru penasihat sekali lagi memberikan taklimat mengenai cara
mengitar semula barang-barang terpakai. Dalam taklimat saya telah mendemonstrasi cara untuk
membahagi bahan-bahan terkumpul kepada bahagian kertas, tin-tin kosong dan plastik. Pada
masa yang sama, murid-murid juga diberitahu cara membahagikan jenis kertas kepada surat
khabar, kertas kotak, dan kertas biasa. Selepas taklimat dan demonstrasi diberi, murid-murid
telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama akan menguruskan kitar semula
bahagian kertas, kumpulan kedua akan menguruskan bahagian tin-tin, dan kumpulan ketiga akan
menguruskan bahagian plastik. Semasa menjalankan aktiviti saya telah mengawasi dan
membantu setiap kumpulan untuk membahagikan bahan-bahan kitar semula dengan dengan
betul dan tetap. Selepas bahan-bahan kitar semula dibahagikan, setiap kumpulan telah
diedahkan beg-beg plastik hitam, dan murid-murid setiap kumpulan diarahkan untuk
mengumpulkan bahan-bahan yang sudah dibahagi ke dalam beg plastic tersebut. Selepas
selesai aktivitii tersebut, saya telah mengarahkan murid-murid untuk membersihkan sampah-
sarap untuk memastikan kebersihan padang selepas aktiviti. Aktiviti ini, dijalankan selama satu
jam, dan berakhir pada pukul 8.30 pagi.

Pada hari yang seterusnya iaitu, 24 Ogos 2017, merupakan hari terakhir untuk menjalankan
program kitar semula. Pada tersebut, murid-murid juga dikumpulkan padang akan pukul 7.30 pagi.
Murid-murid diarahkan untuk beratur mengikut kelas dan menunggu lori besar untuk menghantar
bahan-bahan kitar semula ke pusat kitar semula yang berdekatan. Selepas ketibaan Lori tersebut,
saya bersama dengan guru-guru penasihat membantu murid-murid untuk mengangkat bahan-
bahan kitar semula di atas kenderaan lori. Selepas tamat program, saya bersama dengan murid-
murid saling berkongsi mengalaman sepanjang program tiga hari ini.

3.0 REFLEKSI:

Kekuatan Projek/ Aktiviti:

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan
terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Program Kitar Semula dianjurkan untuk
meningkatkan kesedaran murid-muridtentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar
sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan
buangan pepejal (solid waste), mendidik murid-murid tentang cara yang betul untuk membuang
sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab antara murid murid. Melalui
taklimat ringkas yang diberi kepada murid-murid dapat membantu mereka memahami dengan
lebih jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua murid juga berpeluang mengenali bahan-
bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu, kami
menyediakan beg plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk membezakan kumpulan
bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium. Murid-murid juga sedar
akan kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan
memupuk sikap jimat-cermat.melalui risalah yang diberikan kepada setiap kelas. Melalui aktiviti
ini, telah membuktikan bahawa murid-murid memahami tujuan Program Kitar Semula yang
diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya.

Dengan melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar


yang kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on learning environment di mana murid dapat
melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga menjadi
rakyat yang mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara
itu, kami juga menganjurkan pertandingan Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas
dengan menyediakan ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula
terbanyak. Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan
dankerjasama murid-murid dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid lain
supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas masing-masing.
Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah
sangat aktif kerana mereka sanggup mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium
walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan murid-murid mula menyedari
tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati dan
amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula
mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding
pemprosesan bahan dari sumber asli.

Kelemahan Projek/ Aktiviti:

Apa yang difahami oleh murid dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh dikitar
semula dan tujuan mereka ialah mamastikan kelas mereka menang dalam pertandingan
Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh itu, murid-murid telah membawa semua suratkhabar
lama,kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing masing untuk
memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas. Info berkaitan penggunaan
semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh semua murid. Oleh itu, Program
Kitar Semula kali ini kami hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula
kepada murid-murid dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang
panjang dan dimana-mana jua anda berada.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Guru boleh menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang Berjaya
menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan.
Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan bahan-bahan
yang memberi kesan yang positif kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk
mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka
daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku
sekolah boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi menjayakan program
kitar semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga
sekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang
dapat membuang sampah mengikut kategori yang sesuai dan mengurangkan pencemaran di
sekitar sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar
mengelakkan penggunaan plastik atau polisterin dan menyeru murid-murid membawa bekas
sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti
pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan sebagainya harus ditampal di setiap
sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke semasa. Akhir sekali,
program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat
sambutan yang baik dan berjaya.

KESIMPULAN:

Semua murid mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna
semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan yang
baik, cinta terhadap alam sekitar,sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia
dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan
kitar semula agak tinggi di kalangan murid-murid sekolah ini, Amalkan konsep kitar semula
selangkah demi selangkah untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang
lebih bersih dan sihat. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya
sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.

You might also like