Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

pengenalan

Ajaran sesat boleh ditakrifkan sebagai ajaran yang baharu muncul dikalangan masyarakat yang
berpunca dari suatu iktikad penafsiran yang salah dari aspek Aqidah(Tauhid),Fiqh,hukum-
hakam syarie dan juga akhlak oleh orang dan golongan yang tidak bertanggungjawab samaada
niatnya baik,atau jahat atau tidak disengajakan sehinggakan ia mengkehendaki agar ajaran
yang ditafsirkannya itu diterima umum dan segenap lapisan masyarakat.Ajaran sesat
merupakan satu ancaman yang berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi ia merupakan satu
fenomena antarabangsa yang menjadi tular di mana-mana saja. Antara ancaman utama yang
dihadapi oleh umat Islam di zaman ini ialah fahaman syiah dan qadiani.

Syiah dari segi Bahasa ialah kaum atau pengikut. Dari segi istilah pula syiah bermaksud
Mereka yang mengikuti Ali radhiyallah huanhu secara khusus, mengatakan tentang imamiyah,
khalifah dan semuanya adalah tidak boleh kepada orang lain melainkan ahli bait Ali radhiyallah
huanhu. (As-Syahrastani, Muhammad bin Abdul Karim, Kitab Al-Mal wa Nahal, jilid 1 m/s 146)

Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Namun ketika
peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah makin meluas lalu
dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah. Antara pendapat ulama menyatakan,
pengasas utama Syiah adalah seorang yahudi yang berasal dari yaman iaitu Abdullah bin Saba
yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini
disokong oleh kebanyakan ulama Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada
yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak al-Sabaiah ().

Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga
membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah
fiqh. Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat
kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.

Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga Khulafa Ar-Rasyidin. Ajaran Syiah
ini berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait kerana menolak
hadis yang bercanggahan dengan kepercayaan (Syiah) mereka.
Ajaran Qadiani pula telah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad(1839-1908M) di india pada
tahun 1899. Pada awalnya, beliau dikenali sebagai seorang yang mempertahankan Islam yang
ketika itu sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama
Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang buku dalam usahanya untuk
mempertahankan islam. Antara hasil karya beliau ialah Barahin-i-Ahmadiyyah yang telah
mendapat pujian dari orang ramai. Dan ini telah menjadikannya merasa sangat bijak, pandai
dan berjasa kepada Islam. Akhirnya beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar
biasa ke atas dirinya seperti mujaddid, Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya
penyelewengan-penyelewengan lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini.

Antara penyelewengan yang terdapat di dalam ajaran ini ialah pengakuan Mirza sebagai
seorang Rasul dan Nabi. Dengan pengakuan ini, beliau telah menolak kerasulan Nabi
Muhammad sebagai rasul dan nabi yang terakhir berdasarkan firman Allah dalam surah al
Ahzab ayat 40...

Selain itu, beliau juga telah memfatwakan bahawa orang islam yang tidak menerima segala
ajarannya akan dihukum sebagai kafir. Pengikut ajaran Qadiani juga begabung dalam menjaga
kepentingan ekonomi mereka namun sebaliknya mendiskriminasikan hak-hak orang lain.
Pemboikotan ini akhirnya membawa pepecahan dalam masyarakat Islam sehingga umat islam
menjadi lemah dan mudah diperkotak katik oleh pihak penjajah.

FAKTOR BERLAKUNYA AJARAN

Di antara factor-faktor yang menyumbang terhadap umat islam terpengaruh dengan dakyah
fahaman syiah dan Qadiani adalah seperti berikut:

1.1 Percaya kepada perkara-perkara ghaib

Percaya kepada perkara-perkara ghaib adalah salah satu factor umat islam mudah terpedaya
dengan ajaran sesat. Ini disebabkan perkara ghaib itu adalah sesuatu yang sememangnya
diasaskan oleh Al-Quran dan Al-hadith, kerana akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri
adalah perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-hadith. Jesteru
kerana itu penganut-penganut ajaran sesat amat mudah sekali mempercayai kepada sesuatu
perkara ghaib yang dikemukakan oleh guru-guru ajaran sesat apabila perkara-perkara ghaib itu
disandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith yang telah diputar belitkan sehingga pengikut-
pengikut ajaran sesat itu tidak lagi dapat melihat kesesatan yang disampaikan. Sperti contoh
dalam ajaran Qadiani, mirza telah mengisytiharkan dirinya memiliki kuasa-kuasa ghaib dan
berpura-pura menerima ilham dan wahyu dari Tuhan. Dalam ajaran Syiah pula, Muhammad bin
Yaakub alKulaini telah menyebut dalam usul alkafi bahawa para imam tidak akan mati kecuali
dengan kehendak mereka sendiri. ini jelas bercanggah dengan firman Allah di dalam surah an
naml ayat 65..

1.2 kurang pendidikan ilmu agama

Factor yang seterusnya ialah kurangnya Pendidikan ilmu agama yang merupakan tunjang
keimanan. Pengikut ajaran sesat biasanya terlalu cetek ilmu pengetahuan Islamnya, ditambah
dengan kekurangan iman. Kedudukan mereka boleh diibaratkan seperti kerbau mengikut
gembalanya. Seandainya pengembala masuk ke dalam sungai, kerbau-kerbaunya juga akan
turut masuk ke dalam sungai. Kita boleh lihat apabila pengikut syiah begitu mudah sekali
mempercayai imam mereka yang mengharuskan lelaki meliwat perempuan sedangkan
perbuatan itu amat ditegah oleh Islam. Pengikut Qadiani juga begitu mudah mengikuti fatwa-
fatwa oleh Mirza serta membenarkan pengakuannya sebagai seorang mujaddid sedangkan
menurut Maulana abdul ala maududi, mujaddid sebenar ialah orang yang alim yang benar-
benar memahami Islam dan bertindak untuk membersihkan ajaran itu daripada segala
kepalsuan dan melaksanakan ijtihad serta tidak akan berkompromi terhadap sesuatu idea atau
ajaran yang unislamic (bercanggah dengan Islam).

1.3 sikap taksub terhadap guru ajaran sesat

Selain itu, antara factor lain yang membuatkan umat islam terpedaya dengan ajaran sesat ialah
disebabkan wujudnya sikap taksub terhadap seseorang ataupn sesuatu pegangan dan ajaran.
Keghairahan dan ketaksuban dalam mendalami sesuatu ilmu boleh menyebabkan seseorang
mudah percaya dan tertipu dengan ajaran-ajaran yang menarik yang dikeluarkan oleh tok guru.
Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki
oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali yang dirahsiakan oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali tersebut
kepada orang ramai. Sebab itulah guru ajaran sesat menurut pandangan penganutnya begitu
mulia sekali, seperti contoh, pengikut ajaran qadiani begitu mempercayai dan memuliakan
mirza sehingga sanggp menghina para nabi serata para sahabat rasulullah. Seorang pengikut
Qadianisme pernah mencatat : apakah taraf abu bakar dan umar berbanding dengan mirza
Ghulam ahamd? Kedua-dua orang itu tidak layak untuk membawa sepatunya. Para pengikut
syiah pula menganggap para imam mereka sebagai maksum dan wajib ditaati sepertimana
yang pernah dikatakan oleh imam jaafar as sadiq (salah satu imam syiah) : kami adalah
golongan yang maksum. Allah memerintahkan agar kami ditaati dan kami tidak boleh diingkari.

1.4 FAKTOR EKONOMI

Guru-guru ajaran sesat juga merupakan manusia biasa yang memerlukan keperluan
asas untuk hidup bahagia di dunia ini. Sebagai sifat semula jadi terdapat orang yang kurang
rajin untuk mencari rezeki yang halal. Jalan singkat yang mudah diperolehi untuk mencari wang
ialah dengan mengekploitasikan murid-murid yang setia dengan mengeluarkan ajaran
pengabdian diri kepada guru dan penyerahan segala yang ada pada guru sebagai pasport dan
visa untuk masuk ke syurga. Ketika berlakunya perdebatan antara ulama islam dengan para
pemimpin hindu di india, mirza telah mengambil kesempatan di atas keadaan ini dengan
mencabar pihak hindu bagi mendapatkan sokongan rakyat. Lantaran itu, wang telah datang
mencurah2 pada dirinya kerana telah menjadi tradisi bahawa rakyat tempatan muslim selalunya
menyara seseorang ulama atau pendebat yang sudi mempertahankan islam dari serangan
musuh.

8. sokongan kuasa luar


8.1 negara seperti british dan amerika syarikat menganggap bahawa cara yang paling baik
bagi menghancurkan umat Islam ialah memalui ajaran Islam itu sendiri. Jesteru kerana itu
kuasa-kuasa besar ini telah memainkan peranan yang aktif dalam memesatkan lagi penyebaran
ajaran sesat. Misalnya peranan yang dimainkan oleh Mirza, seorang nabi yang telah dipilih dan
ditaja oleh pihak british dalam memecahbelah dan melemahkan umat islam. Seorang lagi tokoh
qadiani, Sir zafarullah khan yang menjawat jawatan Menteri luar Pakistan sangat berpengaruh
kerana mendapat sokongan kuasa-kuasa luar seperti Britain dan amerika syarikat. Sebaliknya,
pemimpin islam seperti maulana abdul ala maududi hamper mati di tali gantung kerana
kelantangannya dalam menentang pengaruh qadiani. Selain itu, ajaran syiah mendapat
sokongan kuat dari kuasa luar seperti yahudi zionis, amerika syarikat dan rusia. Contohnya, kita
dapat lihat apabila prisiden basyar al assad sewenang-wenangnya membunuh membunuh
pejuang ahli sunnah di syira kerana mendapat sokongan dan bantuan kuat dari iran dan rusia.

Setiap factor yang tercatat di atas antara satu sama lain saling bantu membantu dalam
memperkembangkan ajaran sesat di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Tidak ada satu
ajaran sesat yang muncul disebabkan oleh satu factor daripada factor-faktor yang tersebut di
atas mesti ada pada setiap ajaran sesat.

You might also like