Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK) akan
mengelolakan Majlis Anugerah Sukan untuk memberi penghargaan dan penghormatan
kepada jaguh-jaguh sukan, pegawai sukan, sekolah dan daerah-daerah yang telah
mengharumkan nama Majlis Sukan Sekolah Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri
Perak.

Majlis Anugerah Sukan Sekolah Perak yang sulung telah diadakan pada 11 November
2000 di Hotel Syuen, Ipoh dan seterusnya sehingga tahun 2016 diadakan di EMV Hall,
Manjung.

TUJUAN ANUGERAH

Menyatakan penghargaan dan penghormatan kepada jaguh-jaguh sukan di sekolah-


sekolah negeri Perak bagi tahun 2017.

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang banyak


membantu menjana kecemerlangan dan kegemilangan sukan negeri Perak di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

Memberi perangsang dan menjadi teladan kepada atlet dan pegawai terutama bakat-
bakat muda untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi mencapai kegemilangan dan
kesungguhan dalam arena sukan tanah air dan antarabangsa.

Membina jati diri murid untuk memperolehi kejayaan dalam kehidupannya.


JENIS - JENIS ANUGERAH

1. Anugerah PUTERA SUKAN

2. Anugerah PUTERI SUKAN

3. Anugerah TUNAS PUTERA SUKAN

4. Anugerah TUNAS PUTERI SUKAN

5. Anugerah PENDIDIKAN KHAS PUTERA

6. Anugerah PENDIDIKAN KHAS PUTERI

7. Anugerah JURULATIH CEMERLANG (Guru)


i. Guru Lelaki
ii. Guru Wanita
8. Anugerah KECEMERLANGAN SUKAN SEKOLAH
i. Sekolah Rendah (1)
ii. Sekolah Menengah (1)

9. Anugerah PASUKAN TERBAIK PUTERA ( 6 org. ke bawah)

10. Anugerah PASUKAN TERBAIK PUTERI ( 6 org ke bawah)

11. Anugerah PASUKAN TERBAIK PUTERA ( 7 org ke atas)

12. Anugerah PASUKAN TERBAIK PUTERI ( 7 org. ke atas)

13. EMAS INDIVIDU ( . orang)

14. EMAS BERPASUKAN ( pasukan)

15. Anugerah PENGHARGAAN KHAS

16. Anugerah JUARA MSSPk 2017

i. Juara MSSPk
ii. Naib Juara MSSPk
iii. Tempat ke-3
iv. Tempat ke-4
TAFSIRAN DAN ASAS PEMILIHAN ANUGERAH

1. ANUGERAH PUTERA / PUTERI SUKAN (dicalonkan oleh sekolah)

1.1 Dianugerahkan kepada individu lelaki dan perempuan yang mencapai prestasi
yang cemerlang dalam sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang
terdapat dalam kalendar MSSPk dan MSSM pada tahun 2017.

1.2 Mempunyai sifaf-sifat kesukanan seperti semangat, dedikasi dan peribadi yang
boleh dicontohi.

1.3 Calon-calon yang tidak terlibat dengan tindakan disiplin atau tatatertib semasa
bertanding.

1.4 Calon-calon mestilah warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah


Bantuan Penuh Kerajaan atau sekolah-sekolah yang bergabung dengan MSS
Perak

2. ANUGERAH TUNAS PUTERA / PUTERI SUKAN ( dicalonkan oleh sekolah)

2.1 Dianugerahkan kepada individu lelaki dan perempuan di bawah umur 12 tahun
ke bawah yang mencapai prestasi yang cemerlang dalam sukan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa yang terdapat dalam kalendar MSSPk dan
MSSM pada tahun 2017.

2.2 Mempunyai sifaf-sifat kesukanan seperti semangat, dedikasi dan peribadi yang
boleh dicontohi.

2.3 Calon-calon yang tidak terlibat dengan tindakan disiplin atau tatatertib.

2.4 Calon-calon mestilah warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah


Bantuan Penuh Kerajaan atau sekolah-sekolah yang bergabung dengan MSS
Perak

3. ANUGERAH KHAS JURULATIH CEMERLANG (dicalonkan oleh sekolah)

3.1 Diberikan kepada guru lelaki dan wanita yang telah berkhidmat dengan
cemerlang dalam bidang sukan yang diceburi dalam tahun semasa serta
sumbangannya kepada MSSPk dan MSSM.

3.2 Mempunyai sifat-sifat kepimpinan seperti semangat kesukanan, dedikasi dan


peribadi yang boleh dicontohi;

3.3 Telah berjaya melahirkan atlet yang dilatih hingga ke peringkat yang tinggi.

3.4 Guru ini mestilah pernah memberi sumbangan kepada sekolahnya, daerah,
negeri dan kebangsaan.

MAJLIS ANUGERAH SUKAN MSS PERAK 2017


TAFSIRAN DAN ASAS PEMILIHAN ANUGERAH

4. ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN SEKOLAH (dicalonkan oleh PPD)

4.1 Anugerah ini diberikan kepada sekolah-sekolah yang memberi galakkan dan
sumbangan ke arah perkembangan dan pembangunan serta kecemerlangan
sukan di peringkat MSSD, MSSPk dan MSSM.

4.2 Sekolah yang berjaya melahirkan atlet dalam sekurang-kurangnya 3 jenis


permainan di peringkat MSSM.

4.3 Kepimpinan sekolah yang dapat menggerakkan guru-guru dalam pembangunan


sukan termasuk ibu bapa dan masyarakat.

5. ANUGERAH PENDIDIKAN KHAS PUTERA (dicalonkan oleh sekolah)

5.1 Dianugerahkan kepada individu pendidikan khas yang mencapai prestasi


cemerlang dalam sukan.

6. ANUGERAH PENDIDIKAN KHAS PUTERI (dicalonkan oleh sekolah)

6.1 Dianugerahkan kepada individu pendidikan khas yang mencapai prestasi


cemerlang dalam sukan.

7. ANUGERAH PASUKAN TERBAIK (dicalonkan oleh urusetia)

7.1 Dianugerahkan kepada pasukan yang telah mencapai prestasi yang cemerlang
dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang terdapat
dalam kalendar MSSPk dan MSSM pada tahun semasa.

8. ANUGERAH EMAS INDIVIDU / BERPASUKAN (dicalonkan oleh urusetia)

8.1 Dianugerahkan kepada individu/pasukan yang telah mendapat pingat Emas


pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang terdapat dalam
kalendar MSSPk dan MSSM pada tahun semasa.

9. ANUGERAH PENCAPAIAN SUKAN ANTARABANGSA (dicalonkan oleh urusetia)

9.1 Dianugerahkan kepada individu/pasukan yang telah mewakili MSSM dan


mencapai prestasi cemerlang dalam pertandingan di peringkat antarabangsa
yang terdapat dalam kalendar MSSM pada tahun semasa.

PERATURAN AM
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah Bantuan Penuh
Kerajaan atau sekolah-sekolah yang bergabung dengan MSS Perak.

Satu jawatankuasa pemilihan yang telah dibentuk akan meneliti semua pencalonan dan
calon-calon yang berjaya akan diberitahu melalui Pegawai Pendidikan Daerah masing-
masing.

Keputusan Jawatankuasa Pemilih adalah muktamad.

MAJLIS ANUGERAH SUKAN MSS PERAK 2017

You might also like