Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KONSEP KEGURUAN

Kerjaya perguruan telah bergerak ke arah suatu paradigma yang menganggap


keguruan sebagai satu pekerjaan profesional. Guru-guru dianggap sebagai seorang
yang profesional setara dengan doktor, peguam, jurutera dan akautan. Garret dan
Bowles (1997) mendefinisikan guru yang profesional sebagai guru yang sentiasa
menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pratte et al. (1993)
dalam karya mereka yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft
menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan
dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain.

Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia
dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah
yang dituntut. Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan
dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia mengerti tentang peranan dan
tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta
terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika
matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan
tanggungjawab.

KONSEP GURU UNGGUL

Personaliti unggul bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan,


pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai
personaliti unggul ialah mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta
sentiasa berusaha ke arah pencapaian atau kejayaan cemerlang demi bangsa, negara
dan masyarakat. Selain itu, seseorang yang unggul perlu mempunyai kualiti
kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan,
selain berkemampuan mendengar pendapat dan membuat keputusan yang bijaksana.
Malahan, seseorang unggul adalah seorang yang mahir berkomunikasi dan mempunyai
pemikiran strategik. Seseorang yang unggul juga perlu mempunyai daya tahan dan
daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.

Oleh itu, seseorang guru yang unggul mestilah memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.
Antaranya ialah mampu mengatasi setiap masalah. Guru unggul mestilah berani dan
mempunyai kekuatan yang tinggi dalam mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah
seperti masalah disiplin pelajar dan lain-lain lagi. Malahan, guru yang unggul adalah
seorang yang mempunyai sikap positif dalam kerjayanya. Sikap positif ini sangat
penting dalam membentuk keperibadian yang mulia. Guru unggul juga mampu
mengubah pemikirannya mengikut peredaran masa. Bidang pendidikan sentiasa
mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Guru unggul merupakan guru yang
akan lebih fleksibel, mampu mengubahsuai semua strategi pengajaran, kaedah
pengajaran dan berkebolehan mengaplikasikannya mengikut situasi. Ada pengkaji
mengaitkan pencapaian murid dengan sikap enthusiasism dan peramah seseorang
guru.

Guru unggul juga mampu mengekalkan suasana pembelajaran yang harmoni. Suasana
yang demikian akan memaksimakan masa pembelajaran di samping mewujudkan
suasana yang kondusif. Pengetahuan guru tentang isi pelajaran, organisasi dan gaya
persembahan yang berkesan akan mampu menyepadukan ilmu-ilmu agar ia lebih
bermakna. Guru yang unggul akan menepati masa dan sentiasa kreatif dalam mencari
dan mengaplikasi strategi pengajaran pembelajaran. Guru yang unggul mestilah
sentiasa mempunyai sikap bersungguh-sungguh dan sepenuh hati menjalankan
tugasannya. Oleh itu, guru yang unggul mempunyai perancangan dan persediaan
mengajar, penguasaan isi pelajaran dan kurikulum, penggunaan strategi, teknik dan
penguasaan kemahiran yang berkesan. Malahan mempunyai penggunaan masa yang
diperuntukkan dengan sesuai, ada fleksibiliti bagi memenuhi perbezaaan individu,
menonjol kebolehan untuk memotivasikan murid, mengekalkan suasana bilik darjah
yang kondusif dan konstruktif.
Guru yang unggul perlu mempunyai pengajaran yang efektif. Pengajaran yang efektif
ialah salah satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran
terakhir yang dikehendaki dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat.
Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid
akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia merangkumi perkembangan
seseorang murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan itu, guru
yang unggul dapat mengawal kelas dengan bersikap tegas. Guru yang tegas dapat
mewujudkan disiplin yang baik agar membolehkan pengajaran berjalan dengan licin
tanpa gangguan serta pembaziran proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru unggul perlu mempunyai sifat sabar. Kesabaran penting ketika guru membimbing
murid-murid lemah dan nakal. Pada era yang serba moden dan canggih, kerjaya guru
semakin mencabar. Banyak kes tentang segelintir kecil guru yang tidak dapat
mengawal emosi lantaran menghukum murid di luar batas dilaporkan hingga
masyarakat dikejutkan dengan berita kematian murid yang berpunca daripada tindakan
guru. Oleh itu, kesabaran sangat penting dalam mengawal emosi dan tindakan.
Kesabaran guru unggul membantu guru dalam mengatasi perbezaan individu. Guru
unggul dalam pengajaran perlu memahami tahap pencapaian dan kemampuan pelajar
serta menyediakan pengajarannya berdasarkan kemampuan pelajarnya. Guru unggul
adalah seorang yang bersikap adil, bertimbang rasa, tenang dan stabil emosinya. Guru
perlu sedar bahawa mendidik memerlukan kesabaran dan nilai kasih sayang yang
tinggi. Oleh itu, guru unggul perlu mempunyai perwatakan yang mudah dihampiri dan
berpesonaliti dinamik iaitu tangkas, berupaya berjenaka dan menghidupkan suasana
bilik darjah serta mempunyai imiginasi tinggi yang membolehkannya memberikan
pelbagai contoh yang dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep
dengan mudah serta cepat.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan sifat guru itu menjadi
berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat iaitu ilmu pengetahuan, perubahan
hasil daripada ilmu diperoleh dan guru cemerlang akan melahirkan anak didik gemilang.
Guru membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri
mereka sama ada secara formal atau tidak formal bagi menyampaikan ilmu
pengetahuan atau kepandaian kepada orang perseorangan atau kelompok individu
digelar sebagai guru. Guru pada masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha
mengembangkan potensi murid secara intelek, rohani, jasmani dan emosi. Peranan
utama guru ialah mendidik murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta
berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk
pembangunan negara. Oleh itu, seseorang guru untuk menjadi unggul perlu sentiasa
berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar dari semasa ke semasa bagi memainkan peranannya dengan berkesan. Hal
ini berlaku akibat perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat.

Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dari beberapa
segi seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi
minat, sikap dan nilai pelajar. Guru dianggap sebagai satu profesional kerana ia
merupakan satu pekerjaan yang spesifik dan dijalankan oleh mereka yang mempunyai
kelayakan yang khusus. Tanggungjawab guru unggul melangkaui pengajaran yang
rasmi. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan
sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman,
penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Guru unggul mampu dan
mempunyai pengetahuan yang luas serta keperibadian yang mulia dalam mendidik
pelajar. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan
iklim pembelajaran pelajar. Mutu guru merupakan faktor penting yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar.

Guru-guru dianggap profesional kerana memiliki ciri-ciri yang spesifik dan unggul.
Antara ciri-ciri guru unggul adalah mereka harus inovatif, mempunyai sifat pencipta dan
idea-idea yang unik dan asli. Selain itu, mereka perlu mempunyai kebolehan untuk
menjelaskan sesuatu dengan lancar dan sensitif kepada keperluan dan ciri-ciri
personaliti murid-murid. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan
keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab
terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Guru adalah merupakan sumber kepada
keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen
yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan
tercapai matlamatnya. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh
mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan
kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan
dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan sikap serta nilai-nilai
murni pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi bakal pemimpin
dan warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa
depan. Peranan yang dimainkan oleh guru tidak kurang pentingnya dan guru
merupakan pakar pendidikan. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat
dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Guru yang mempunyai
tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna dianggap sebagai unggul. Aspek guru juga dianggap sebagai satu profesion
kerana guru sentiasa mempertingkatkan profesionalisme. Guru unggul sentiasa sedar
bahawa tugas dan amanah yang diberikan kepadanya adalah sangat besar kerana
perlu mendidik generasi yang akan menerajui negara kita. Justeru, seseorang guru
unggul mestilah mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai bahan-bahan
pendidikan yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Kemahiran dan pengetahuan
yang perlu dimiliki oleh seorang guru uggul adalah perubahan-perubahan kurikulum di
samping berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

Perubahan pendidikan yang sentiasa berterusan memerlukan seseorang guru berfikir


secara kritis dan kreatif. Kaedah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran selain daripada pentadbiran seperti mengurus dan
perancangan sesuatu program. Seseorang yang terlibat dalam profesion keguruan
sebenarnya memainkan peranan seperti pendidik, pengajar, pelatih, inovator dan
pentadbir. Dengan adanya peranan guru yang pelbagai, maka guru harus membuat
sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil
sesuatu perkara yang dijalankan. Salah satu peranan terpenting guru adalah sebagai
pendidik. Seorang guru unggul sebagai pengamal ilmu pengetahuan
bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain.
Walaubagaimanapun, tugas pendidik adalah lebih penting daripada mengajar kerana
pendidikan melibatkan pembangunan keseluruhan potensi murid-murid. Oleh itu, guru
unggul perlu selalu merangsang murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritikal
tambahan dengan adanya sumber maklumat serta teknologi terkini yang canggih.

Kesimpulannya, perkembangan profesional keguruan harus menjadi keutamaan dalam


diri setiap guru. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini semakin
meningkat selaras dengan perubahan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan di
negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang
dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara
merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk
cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang
berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Setiap guru mesti mempunyai keinginan
untuk menjadi unggul. Guru mempunyai ciri-ciri unggul sebagaimana yang diterangkan
di atas, kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah sekolah, pelajar dan mutu
pendidikan cemerlang akan tercapai.
RUJUKAN

1. http://cikguchun.blogspot.com/2009/08/guru-unggul.html
2. http://www.vilila.com/2010/08/menjadi-guru-unggul.html
3. http://teganukita.blogspot.com/2011/01/anugerah-guru-unggul-suntik-
semangat.html
4. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruunggulmilikikesabaran_ka
sihsayang/Article/index_html
5. http://www.scribd.com/doc/49530970/GURU-UNGGUL
6. http://www.sricollege.edu.my/index.php?option=com_content&view=article
&id=288:guru-unggul-harian-metro-march-14&catid=72:news-2012
7. http://www.manis.fm/index.php?option=com_content&view=article&id=216:
anugerah-guru-unggul-pemangkin-martabatkan-
pendidikan&catid=5:terengganu&Itemid=22

You might also like