Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

SULIT

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman
Tahun 1
Mei
2017
1 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017


TAHUN 1

Nama : . Kelas : ..

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C,
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


2

BAHAGIAN A
[20 Markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Aiman berenang di air terjun dengan menggunakan ____________.

A. tali
B. tayar
C. besen
D. pelampung

2. Ayah membawa datuk ke ____________ untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

A. hospital
B. sekolah
C. bandar
D. kampung

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Chia Fong dan keluarganya tinggal di ______________.

A. taman bunga
B. taman rekreasi
C. Taman Pelangi
D. taman air

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


3

4. Vasanthi bersekolah di ____________dalam tahun satu.

A. Sekolah Menengah Jitra


B. Universiti Utara Malaysia
C. Sekolah Memandu Muhibah
D. Sekolah Kebangsaan Sentosa

5. Keluarga Haikal menyambut _____________ selepas berpuasa selama sebulan.

A. Hari Raya Puasa


B. Tahun Baharu Cina
C. Deepavali
D. Hari Krismas

6. Ini kakak saya. ___________ bernama Nur Suhaila.

A. Saya
B. Mereka
C. Dia
D. Kami

7. Aiman, Azman dan Anthony pergi ke perpustakaan awam. ___________ hendak membaca buku
cerita.

A. Saya
B. Mereka
C. Dia
D. Kami

8. Saya dan keluarga pulang ke kampung.____________ hendak pergi ke rumah nenek.

A. Saya
B. Mereka
C. Dia
D. Kami

9. Puan Saidah memotong ketupat dengan menggunakan se___________ pisau.

A. bilah
B. biji
C. buah
D. batang

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


4

10. Encik Anumugam memasang beberapa ____________ pelita di rumahnya sempena Deepavali.

A. bilah
B. biji
C. buah
D. batang

11. Tuk Harun menebang se___________ buluh untuk membuat lemang.

A. bilah
B. biji
C. buah
D. batang

12. Penduduk taman itu bergotong-royong membina se____________ balai raya.

A. bilah
B. biji
C. buah
D. batang

13. Abang Azri suka ______________ ikan di sungai.

A. memancing
B. membela
C. membunuh
D. membeli

14. Ah Seng dan kawan-kawannya sedang ____________ persembahan wayang kulit di sekolah
mereka.

A. membaca
B. menyanyi
C. melihat
D. menonton

15. Ceongsam yang _______________ oleh Puan Fong sungguh cantik.

A. dibuang
B. dipakai
C. dimain
D. diguna

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


5

16. Kad undangan majlis perkahwinan kakak Amera telah _____________ kepada jiran tetangga.

A. diedarkan
B. diucapkan
C. dihantarkan
D. dipamerkan

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku sebuah perpustakaan. Aku terletak di sebuah taman perumahan, iaitu Taman Pelangi.
Aku dibina secara bergotong-royong oleh penduduk taman. Mereka terdiri daripada
pelbagai kaum. Akhirnya, aku siap dan boleh digunakan.
Setiap hari, anak-anak mereka akan mengunjungi aku. Mereka akan membaca buku dan
mengulangkaji pelajaran. Di dalam perutku, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan. Ada buku
pelajaran, buku cerita, majalah, surat khabar dan carta.
Penduduk taman menggalakkan anak-anak mereka menggunakan aku. Di samping
mendapat ilmu pengetahuan, aku juga tempat memupuk perpaduan.

17. Siapakah Aku?

A. Dewan orang ramai


B. Pondok bacaan
C. Perpustakaan
D. Balai raya

18. Di manakah Aku terletak?

A. Di Taman Pelangi
B. Di Taman Sinaran
C. Di Taman Sentosa
D. Di Pekan Jitra

19. Apakah yang dilakukan oleh anak-anak penduduk taman terhadap Aku?

A. Makan dan minum


B. Membaca buku
C. Bermain
D. Tidur

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


6

20. Perkataan kaum dalam petikan bermaksud..

A. agama
B. jantina
C. negara
D. bangsa

BAHAGIAN B
[30 Markah]

Soalan 21

a. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan penjodoh bilangan yang betul.

batang biji buah bilah

i. Beberapa ______________ durian gugur di dusun datuk.

ii. Datuk mengumpul buah durian yang gugur di dalam se___________ pondok.

iii. Ayah mengopek buah durian dengan menggunakan se___________ parang.

iv. Nenek mengait buah rambutan dengan menggunakan se__________ galah.

[4 markah]

b. Tandakan () bagi ayat yang menggunakan kata kerja yang betul dan (X) bagi ayat yang salah.

i. Aiman dan kawan-kawannya menonton buku di perpustakaan. ( )

ii. Chia Meng memberikan kad undangan kepada Pak Cik Abu. ( )

iii. Sepinggan kuih raya dihulurkan oleh Puan Anisah kepada jirannya. ( )

iv. Baju yang dibuang oleh Visnawi sempena Deepavali sungguh cantik. ( )

[4 markah]

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


7

Soalan 22

a. Tulis ayat Tanya yang paling sesuai bagi jawapan diberi.

Ayat Tanya:

_______________________________________________________________________
Jawapan : Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Kepayang.

[2 markah]

b. Tulis respons yang sesuai berdasarkan pesanan dalam dialog di bawah.

_____________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semua orang mempunyai keluarga masing-masing. Begitu juga dengan saya.


Keluarga saya terdiri daripada ayah, ibu, abang, kakak, saya dan adik. Ayah saya bekerja
sebagai juruterbang. Beliau bertugas dengan Tentera Udara Diraja Malaysia atau TUDM.
Ibu saya pula bertugas sebagai guru. Beliau mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jitra. Abang dan kakak saya masih belajar. Mereka belajar di sekolah berasrama penuh.
Adik saya pula berumur enam tahun. Dia belajar di Tabika Perpaduan. Saya sangat saying
akan keluarga saya.

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


8

a. Ayah saya bekerja sebagai ______________________________________________________.


[1 markah]

b. Di manakah ibu saya mengajar?

_______________________________________________________________________.
[2 markah]

C. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

i) Ayah bertugas dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.

ii) Ibu bekerja sebagai jururawat. Betul

iii) Abang dan kakak belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Salah


Jitra.

iv) Saya sangat saying akan keluarga saya.

[4 markah]

Soalan 24
Teliti gambar dan baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Aiman, Chia Fong dan Vasanthi merupakan ______________________________________.


[1 markah]

b. Apakah permainan yang dimainkan oleh mereka pada masa lapang?

_______________________________________________________________________.
[2 markah]

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


9

c. Tulis peribahasa yang sesuai berkaitan dengan keakraban mereka.

______________________________________________________________________.
[1 markah]

d. Mengapakah kita perlu mempunyai sahabat baik?

______________________________________________________________________.
[2 markah]

Soalan 25
Baca kad undangan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA

Tarikh : 31 Januari 2017


Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam - 12.00 malam
Tempat : Rumah Encik Ang Kian Tong
Acara : 1. Jamuan
2. Pertunjukan Tarian Singa
3. Pemberian angpau kepada kanak-kanak
Anjuran : Persatuan Penduduk Taman Suria

Semua penduduk taman dijemput hadir

a. Majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina bertempat ________________________________.


[1 markah]

b. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah.

i) Majlis berlangsung mulai pukul 8.00 malam hingga pukul 12.00 malam. ( )

ii) Pemberian angpau kepada kanak-kanak dan orang dewasa. ( )

[2 markah]

C. Siapakah yang menganjurkan majlis tersebut?

_______________________________________________________________________.
[2 markah]

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


10

Skema Jawapan

Bahagian A

1. D
2. A
3. C
4. D
5. A
6. C
7. B
8. D
9. A
10. B
11. D
12. C
13. A
14. D
15. B
16. A
17. C
18. A
19. B
20. D

Bahagian B

Soalan 21:

a) i. biji ii. buah iii. bilah iv. batang

b) i. X ii. iii. iv. X

Soalan 22:

a) Di manakah kamu belajar?


b) Baiklah, ayah. Saya akan beritahu Encik Linggam akan pesanan ayah itu.

Soalan 23:

a) juruterbang
b) Ibu saya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.

c) i. betul ii. salah iii. salah iv. betul

PPT 2017 [Sila lihat sebelah


11

Soalan 24:

a) sahabat akrab
b) Pada masa lapang, mereka bermain ketingting.
c) Seperti isi dengan kuku
d) Kita perlu mempunyai sahabat baik kerana mereka akan menolong kita semasa senang dan susah.

Soalan 25:

a) di rumah Encik Ang Kian Tong

b) i. ii. X

c) Persatuan Penduduk Taman Suria yang menganjurkan majlis tersebut.

PPT 2017 [Sila lihat sebelah

You might also like