Menyihatkan Badan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

FAEDAH BERSUKAN

http://www.jomria.com/2015/02/kebaikan-bersukan-di-sekolah.html
Menyihatkan Badan
Kebaikan aktiviti sukan ialah pelajar dapat menyihatkan badan. Badan yang sihat amat penting untuk mencerdaskan
minda. Minda yang baik akan dapat membantu pelajar dalam pelajaran. Apabila pelajar terlibat dalam aktiviti sukan,
jantung mereka dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, aktiviti sukan ini perlu dilakukan dengan berterusan oleh
pelajar, pasti mereka dapat mengelakkan daripada penyakit berbahaya.

Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Berfaedah


Kebaikan aktiviti sukan di sekolah juga ialah dapat mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.
Masa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah akan menyebabkan pelajar membazirkan masa
mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa lapang di sebelah petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar
cenderung untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton televisyen, tidur atau melepak di luar
rumah. Secara tidak langsung, aktiviti sukan di sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang berunsur negatif di
kalangan pelajar.

Mengcungkil Bakat Dalam Sukan


Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam sesuatu acara sukan. Dalam pertandingan yang
diadakan di peringkat sekolah, akan muncul pemenang dalam sesuatu acara. Pihak sekolah akan memilih
pemenang-pemenang ini untuk mewakili sekolah di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri. Bakat-bakat
baru ini juga akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Malaysia. Kebanyakan atlet dan ahli
sukan yang ada di negara kita bakatnya dicungkil melalui pertandingan sukan di peringkat sekolah.

Memupuk Nilai-Nilai Murni


Selain itu, aktiviti sukan di sekolah juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Sebenarnya amalan
nilai-nilal murni ini penting kepada pelaiar bagi membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Banyak nilai
murni yang boleh dipupuk secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai
bekerjasama, kerajinan, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Amalan nilai-nilai murni ini membolehkan
mereka menjadi peiajar yang baik di sekolah mahupun di rumah.

Memupuk Perpaduan
Kebaikan seterusnya aktiviti sukan di sekolah ialah dapat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Sebagai sebuah
negara yang berbilang kaum, perpaduan kaum amat penting dan ia perlu dipupuk dari awal. Dengan menyertal
aktiviti sukan, nilai toleransi dan nilai berkerjasama antara kaum dapat dipupuk kepada semua pelajar. Dengan
wujudnya perpaduan kaum, pasti negara akan terus aman dan bertambah maju serta dapat dijadikan contoh oleh
negara-negara lain.

You might also like