Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DRAF AWAL LAPORAN PROJEK INOVASI

KELAB DOKTOR MUDA


SK MUZAFFAR SYAH

KERTAS CADANGAN MENGHASILKAN KAD GIGI MESRA

1. PENGENALAN:
Gigi mutiara adalah perumpamaan yang tepat mengenai kepentingan menjaga
gigi. Kad gigi ini dirangka adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar
tentang kepentingan penjagaan gigi dan juga merupakan salah satu inisiatif
dalam membantu menggalakkan murid untuk lebih rajin menggosok gigi.
2. LATAR BELAKANG:
2.1 Murid-murid di SKMS kebanyakkannya mengalami masalah gigi kotor
2.2 Ramai murid di arahkan perlu menerima rawatan gigi setelah
pemeriksaan dijalankan
2.3 Kebanyakan murid mempunyai masalah nafas berbau.
2.4 Murid tidak mencuci mulut dengan bersih, dapat dilihat sisa makanan
masih ada pada gigi.
2.5 Banyak murid mengalami kerosakan pada gigi.

3. OBJEKTIF:
3.1 Memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang peri pentingnya
penjagaan gigi.
3.2 Meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid untuk menjaga
kebersihan mulut
3.3 Membantu meningkatkan keyakinan murid untuk bersuara dan
berinteraksi dengan rakan-rakan menggunakan komunikasi verbal
3.4 Membendung masalah penyakit mulut dalam kalangan pelajar
3.5 Memberikan pendedahan teknik menggosok gigi dengan betul.
4. RASIONAL:
4.1 Membantu mengurangkan jumlah murid yang mempunyai masalah
gigi
4.2 Menggalakkan murid untuk menggosok gigi dengan lebih kerap.
4.3 Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak
4.4 Meningkatkan kompetensi murid dalam aspek komunikasi
4.5 Mengelakkan penyakit kronik seperti masalah kuku mulut menular
dalam kalangan komuniti di sekolah
4.6 Menjadikan amalan menggosok gigi sebagai rutin dalam diari
kehidupan seharian murid
4.7 Pendedahan kepada murid tentang panduan menggosok gigi dengan
betul.

5. ANGGARAN KOS PROJEK:

6. SKOP DAN LIMITASI PROJEK

SKOP PROJEK
- Kad Gigi Mesra yang telah kami reka lebih berfokus kepada usaha
untuk menggalakkan murid untuk lebih kerap menggosok gigi. Hal ini juga
selaras dalam proses pelaziman rutin terhadap amalan menggosok gigi
dalam kalangan murid.
- Tertumpu kepada individu yang telah dikenalpasti mempunyai masalah
gigi setelah mereka menjalani pemeriksaan gigi oleh doktor gigi yang
hadir ke sekolah.
- Pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa oleh ahli kelab doktor
muda dan juga pihak ibu bapa dirumah.
- Kad yang direka akan merekodkan jumlah kekerapan murid-murid ini
menggosok gigi semasa mereka berada dirumah mahupun di sekolah.
-

LIMITASI PROJEK
- Sepanjang melakukan projek ini,kami telah menghadapi kesulitan untuk
menjalankan kajian kerana perlu mendapat keizinan daripada pelbagai
pihak seperti pihak sekolah dan juga komuniti setempat. Hal ini kerana,
ibu bapa turut terlibat dalam usaha membantu menggalakkan anak-anak
mereka untuk menggosok gigi secara kerap dan juga dengan kaedah
yang betul.
- Kami juga sedikit sebanyak terpaksa menggunakan pelbagai kaedah
pemerolehan data, dalam usaha untuk mendapatkan dapatan yang
konkrit. Sebagai contoh, kami perlu menemu bual jururawat yang
bertugas semasa hari pemeriksaan dilakukan demi untuk mendapatkan
jumlah orang murid yang mengalami masalah gigi dan juga panduan
menggosok gigi dengan betul.
-

7. KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

KEPENTINGAN

i. Membantu membentuk sikap atau amalan yang positif dalam diri murid
ii. Membantu meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi secara
verbal dengan baik
iii. Membantu mengurangkan risiko penyakit gigi rosak dari menular
iv. Mengurangkan masalah nafas berbau dalam kalangan murid di sekolah
v. Murid bebas daripada masalah gigi kotor dan seumpamanya

IMPAK

i. Gigi murid semakin bersih


ii. Aspek kebersihan diri dapat ditingkatkan
iii. Mewujudkan kesedaran dalam diri murd terhadap kepentingan menjaga
kebersihan mulut.

8. RUMUSAN:

8.1 Kekuatan
-Memberi panduan kepada murid-murid bagaimana untuk
menggosok gigi dengan cara yang betul.
-Dapat memberikan kesedaran kepada warga sekolah mengenai
kepentingan menjaga diri dari sudut kesihatan. Ini juga dapat
membuka mata mereka mengenai bahaya sekiranya kebersihan
mulut tidak dijaga.
-Pembinaan kad gigi mesra ini sedikit sebanyak dapat dijadikan
sebagai satu garis panduan kepada murid-murid untuk sentiasa
peka terhadap bila waktu yang sepatutnya untuk mereka
menggosok gigi.
- Sistem kad ini dilihat bukan sekadar memberikan kesedaran
kepada murid untuk lebih peka terhadap waktu mereka untuk
menggosok gigi tetapi juga sebagai pemangkin untuk
meningkatkan motivasi dalam diri mereka agar lebih yakin untuk
berkomunikasi secara verbal bersama dengan rakan-rakan
-Jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak dilihat sebagai langkah I
nteraktif dalam meningkatkan keberkesanan inovasi yang dihasil.

8.2 Penambahbaikan

You might also like