Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

TEKNOLOGI BINAAN: TOPIK 2 : NOTA 1

KAEDAH DAN BAHAN BINAAN

1.0 DINDING

1.1. Am

Dinding merupakan satu struktur pejal, kebiasaanya dalam keadaan pugak yang
bersambung dan dibina dari batu-bata, batu, konkrit, kayu atau logam.

Untuk melidungi bangunan atau bertindak sebagai pembahagi bangunan kepada


ruang-ruang atau bilik-bilik.

Definisi: Satu struktur luar atau struktur dalam bagi membezakan keperluan-
keperluan fungsi yang berlainan dan juga didefinisikan sebagai struktur menggalas beban
atau struktur tanpa galas beban yang juga bertujuan bagi membezakan keperluan
strukturnya.

Dinding galas beban ialah dinding yang membawa beban kenaan seperti lantai
dan bumbung selain beban sendiri.

Dinding tanpa galas beban ialah dinding yang hanya menanggung beban sendiri.

1.2. Ciri dinding

1.2.1. Kestabilan

Mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh. Kestabilan bergantung kepada
asasnya, ketebalan, ketinggian, tekanan yang dihadapi (angin dan sebagainya), beban
yang ditanggung dan kedudukan pusat gravitinya.

Faktor utama mengawal kestabilan ialah asas dan pusat gravitinya. Pusat graviti
rendah menjamin kestabilan binaan.

1.2.2. Kekuatan

Ialah keupayaan menanggung beban, menahan tekanan dan tegangan serta


kekerasannya. Kekuatan dinding bergantung kepada bahan yang digunakan dan cara
pembinaannya.(ch: dinding ikatan Inggeris adalah lebih kuat berbanding ikatan Flemish)

1.2.3. Perlindungan cuaca

Mencegah cuaca; kepanasan dan kesejukan memasuki dalam bangunan.


Kebolehan menahan hujan meresap. Ciri ini ditentukan juga oleh pengunaan bahan dan
cara pembinaan.

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

1.2.4. Rintangan kebakaran

Kebolehan menahan api apabila terbakar. Ini bergantung kepada bahan yang
digunakan. Kayu yang diawet lebih tahan. Rintangan kebakaran menjamin keselamatan
nyawa.

1.2.5. Serapan bunyi

Ditentukan oleh kaedah pembinaan dan dan jenis bahan yang digunakan. Ciri ini
menjamin keselesaan dan ketenteraman dalam bangunan.

2.0 LANTAI

2.1. Ciri binaan lantai

2.1.1. Kestabilan

Lantai yang kukuh menjamin kestabilan dan menghalang keretakan

2.1.2. Kekuatan

Keupayaan menanggung beban hidup dan beban mati serta menahan segala
tekanan yang diterima oleh lantai

2.1.3. Pencegahan kelembapan

Lantai hendaklah berupaya menentang resapan air dan mencegah kelembapan


dalam bangunan.

2.1.4. Ketahanlasakan

Tahan lama tanpa mengalami kerosakan.Tahan kepada keretakan, kikisan,


kebakaran, asid, reput, minyak, serangga dsb.

2.1.5. Keselesaan

Dari aspek panas, sejuk, bunyi, licin tanpa gelicir dan cantik dipandang (estetik)

2.1.6. Penyelenggaraan

Tahan lasak serta senang dibersihkan. Tidak perlu penyenggaraan yang kerap.

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

2.2. Lantai Bawah Padu

Lantai Bawah Padu ialah lantai yang dibina atas tanah biasanya terdiri daripada
lapisan asas, lapisan pasir, lapisan kokrit dan lapisan kemasan.

2.2.1. Lapisan asas

Terdiri dari batu kelikir, bata-bata pecah yang dimampatkan. Berfungsi


mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak konkrit, juga
menaikkan aras lantai. Tebal lapisan asas berbeza antara 100mm hingga 300mm.

2.2.2. Lapisan pasir

Lapisan pasir dipenuhkan atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang
rata dan mampat untuk menerima lapisan konkrit.

2.2.3. Lapisan tapak konkrit

Bancuhan konkrit 1: 3: 6 atau 1: 2: 4. Ditempatkan atas lapisan pasir. Merupakan


dasar lantai bawah padu untuk menerima sebarang kemasan yang akan dibuat pada
permukaannya.

2.2.4. Lpisan kalis lembap

Berfungsi mencegah kenaikan air ke atas permukaan lantai. Biasanya lapisan ini
disertakan dalam lapisan tapak konkrit.

2.2.5. Lapisan kemasan

Kemasan lepa simen, jalur kayu, parket, jubin, batu marmar, mozek, terazo.

2.3. Lantai Gantung.

Biasanya dibina daripada kayu. Pembinaannya dengan mendirikan tembok landas


di atas tapak konkrit untuk menyokong gelegar lantai kayu.

Papan jalur, papan lapis, papan serpihan atau bahan lain boleh digunakan sebagai
papan lantai.

Permukaan lantai boleh dikemaskan dengan lilin, sampang, lekar atau dilapikkan
dengan tikar getah, genting vinil, ambal dll.

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

3.0 BUMBUNG

Bumbung ialah kemuncak rumah yang berbentuk curam ataupun rata digunakan
untuk menutup dan menahan rumah daripada terkena hujan, panas, embun dsb.

3.1. Jenis Bumbung

Dua kumpulan: i. Bumbung rata dan ii. Bumbung curam.

3.1.1. Bumbung rata

Bumbung yang mempunyai kecerunan kurang dari 10o. Kerangka bumbung rata
terdiri daripada kayu, besi, rasuk konkrit atau papak konkrit ditutup dengan bahan kalisair
seperti kepingan esbestos, zink, besi galvani, asphalt, kuprum dsb.

3.1.2. Bumbung curam.

Mempunyai kecerunan melebihi 10o dari garisan ufuk. Rekabentuk bumbung


curam:

i. Bumbung tebeng layar


ii. Bumbng limas
iii. Bumbung Gambrel
iv. Bumbung layang
v. Bumbung Mansard
vi. Bumbung limas Belanda
vii. Bumbung pisang sesikat
viii. Bumbung Minangkabau

Jenis-Jenis bumbung

i. Bumbung tebeng layar ii. Bumbung limas

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

iii. Bumbung limas Belanda iv. Bumbung Mansard

v. Bumbung layang vi. Bumbung

vii. Bumbung pisang sesikat viii. Bumbung Minangkabau

3.2. Pembinaan Bumbung

3.2.1. Bumbung rata


3.2.2. Bumbung curam
Bumbung yang lengkap tidak akan dapat dibina sekiranya tiada struktur
pelengkap atau binaan bagi mendapatkan kekuatan yang maksimum.

Binaan pada bahagian bumbung

i. Rabung (Perabung)
Struktur ini dipasang lurus merentangi kasau jantan. Kasau jantan dipaku pada
bahagian rabung untuk mendapatkan bentuk bumbung yang sempurna.

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

ii. Plat tembok


Dipasang pada kedudukan yang rata di bahagian paling atas tembok.
Bertindak sebagai pelapik bagi meletak dan memaku kasau jantan yang telah
ditajuk pada bahagian bawah bagi mengukuhkan struktur bumbung.

iii. Kasau jantan


Merupakan kayu yang dipasangmengikutjarak tertentu merentangu plat
tembok secara selari dan diperkukuhkan pada perabung untuk bumbung
jenistebeng layar.
Kasau jantan digunakan sebagai penyebar bebanan dari bumbung ke plat
tembok, tembok, tiamng, asas, ke tanah.

iv. Beroti atau kasau lintang

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

Beroti dipasang pada bahagian atas kasau jantan. Binaan ini dipasang bagi
menerima atau menyokong apa sahaja bahan bumbung yang dibenarkan
sebelum diperkukuhkan lagi dengan paku atau kaedah lain.

v. Jeriau
Berfungd=si sebagai pemegang untukkedua-dua kasau jantan agar tidak
berubah kedudukannnya dan mengelakkan kasau jantan dari menolak
bahagian tepi tembok.

vi. Kekuda
Kekuda atau truss mengandungi gabungan kasau, tupang dan juga alang
pengikat. Dibuat dari kayu, keluli dsb. Kekuda dapat mempercepatkan kerja
pemasangan bumbung, ekonomik , memberi kekauatan pada bumbung dan
dapat merentangi bukaan yang luas.
Antara jenis kekuda ialah kekuda biasa, kekuda tunjuk ;angit, kekuda tunjuk
langit dua dan kekuda mansard.

vii. Pemnguat sambungan kekuda kayu


viii. Penggunaan Bahan bumbung Jarak Kasau, Beroti dan Kasau Lintang
ix. Penutup bgumbung
x. \Cucur atap dan Birai Hias.

3.3. Ciri bumbung

3.3.1. Kestabilan

Bumbung mestilah kukuh dan berupaya menanggung beban dan tegasan yang
dihadapi. Beban pada bumbung ialah beban mati yang terdiri daripada berat kerangka,
beban penutup bumbung. Beban hidup mengandungi alatan, kelengkapan, pekerja, hujan,
tiupan angin.
Kestabilan bergantung kepada bahagian penyokong iaitu kerangka, tiang, dinding,
rasuk, tutup tiang dan asasnya.

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

3.3.2. Perlindungan cuaca

3.3.3. Tahan lasak

Bergantung kepada kebolehan penutup bumbung untuk menghindarkan air hujan.


Penyerapan air ke dalam bumbung menyebabkan kayu menjadi reput, pengaratan keluli
atau konkrit akan menjadi rosak.

3.3.4. Rintangan haba

Menggunakan bahan penebat haba.

3.3.5. Bekalan cahaya dan ganti udara

3.3.6. Estetik

4.0 PINTU

Pintu adalah suatu bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar masuk
ke dalam sebuah bangunan atau antara bilik-bilik dalam bangunan itu.

Pintu terdiri dari 2 bahagian utama iaitu kerangka pintu dan daun pintu. Bahan
yang digunakan untuk daun pintu ialah kayu, logam, kaca, plastik.

4.1. Ciri penting

4.1.1. Kekuatan dan pengekalan bentuk

Kekuatan bagi menampung bebannya sendiri dan tahan lasak menerima kesan
semasa penggunaannya, tanpa mengubah bentuknya.

4.1.2. Keselamatan

Kselamatan bergantung kepada kualiti peralatan yang digunakan ; engsel, kinci,


selak dsb. Keselamatan juga bergantung kepada cara pemasangan bingkai
kerangka.

4.1.3. Penebatan haba dan bunyi

Sama seperti fungsi tembok luar bangunan, pintu harus mempunyai ciri-ciri
penebatan suhu dan bunyi.

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

4.1.4. Rintangan api

Pintu rintangan api adalah pintu khas. Perlindungan daripada api antara jam
hingga 2 jam. Lapisan perintnga ialah gipsum dan asbestos.

4.2. Jenis pintu.

4.2.1. Pintu kayu.


i. Pintu beroti
- Pintu beroti berbelebas
- Pintu beroti berbelebas dan berembat
- Pintu bingkai beroti berbelebas dan berembat
ii. Pintu rata
- Pintu rata berongga
- Pintu rata padu
iii. Pintu panel
iv. Pintu ram

4.3. Kerangka pintu

4.3.1. Kerangka pintu kayu

4.4. Kelengkapan pintu

5.0 TINGKAP

5.1. Tingkap

Bukaan pada dinding yang lazimnya dipasang dengan pemidang kaca atau bahan
legap. Ia boleh dibuka dan ditutup apabila dikehendaki atau boleh juga dipasang tetap.
Tingkap dipasang pada bukaan berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Ada yang
dipangsikan pada kerangka tepi, khususnya bagi tingkap kaca, ada yang boleh
digelungsur tegak, mengufuk dan sebagainya.

5.2. Fungsi tingkap

5.2.1. Kemasukan cahaya matahari

5.2.2. Pengalihudaraan
5.2.3. Menebat haba dan bunyi
5.2.4. Menghalang angin dan hujan

5.3. Jenis tingkap

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota Kuliah Teknologi Binaan: Kaedah dan Bahan Binaan

5.4. Kerangka tingkap

6.0 TANGGA

Laluan tutun naik. Binaan tangga mengandungi beberapa anak tangga dalam satu
larian, atau diselangi dengan pelantar. Pilihan jenis tangga bergantung kepada :
- adakah kegunaan tangga untuk bangunan kediaman atau bangunan
awam ?
- ruang bukaan
- ukuran naik dan curam yang dikehendaki
- rekabentuk

6.1. Jenis tangga


6.1.1. Tangga larian lurus
Meliputi deretan anak tangga, menghubungkan tingkat-tingkat dalam satu arah.
Jika terlalu panjang, elok dibina pelantar untuk keselesaan. Mudah dan murah.

6.1.2. Tangga suku pusingan


Dua deretan anaktangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan
pelantar membelok sejauh 90o (suku pusingan) dipertengahanya.

6.1.3. Tangga separuh pusingan


Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Sesuai sebagai tangga awam, (tangga
kecemasan untuk bangunan pejabat bertingkat)
6.1.4. Tangga geometri

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kursus Pembantu Kesihatan Awam

You might also like