Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SISTEM RANGKA

Sistem rangka merangkumi rangka dalam dan terdiri daripada tulang-tulang dan

rawan. Sistem rangka terbahagi kepada dua, iaitu rangka axial dan rangka anggota atau

appendikular-appendicular. Rangka appendikular kemudiannya diklasifikasikan pula

kepada 2 bahagian rangka yang utama, iaitu rangka yang terletak pada bahagian anggota

atas dan bawah.

Rangka axial terletak di sepanjang axial atau paksi badan dan terdiri daripada:

I. kranium-tengkorak

II. tulang belakang

III. tulang sternum-tulang dada

IV. tulang-tulang rusuk

Rangka appendikular pula terdiri daripada:

I. lengkungan pektoral-lengkungan bahu dan anggota-anggota hadapan iaitu

bahagian anggota atas

II. lengkungan pelvis-lengkungan punggung dan anggota-anggota belakang

yang termasuk dalam bahagian anggota bawah

Rajah 1.1 menunjukkan bagaimana pembahagian kedua-dua sistem rangka tersebut

membentuk satu sistem rangka yang lengkap.


Rajah 1.1 Pembahagian tulang dalam sistem rangka

Rangka seseorang manusia dewasa terdiri daripada 206 tulang yang diklasifikasikan
mengikut pembahagian rangka axial dan appendikular.
Berdasarkan fakta, secara keseluruhannya sistem rangka tediri daripada 206

tulang-tulang yang terikat antara satu sama lain. Media pengikat tersebut ialah ligamen

dan tendon. Seorang bayi yang baru lahir mempunyai lebih kurang 300 tulang kecil dan

semasa membesar, sebilangannya berpadu untuk membentuk tulang-tulang yang lebih

panjang. Apabila dewasa, ia mempunyai 206 tulang sahaja, iaitu 80 tulang dalam

bahagian rangka axial dan 126 tulang dalam bahagian rangka appendikular.

Jadual 1.1 dan 1.2 menunjukkan 80 tulang rangka axial dan 126 tulang rangka

appendikular yang telah diklasifikasikan dalam sistem rangka.

Rangka axial

struktur bilangan tulang


tengkorak
I. kranium 8
II. muka 14
hyoid 1
osikel auditori 6
kolum vertebra 26
toraks
I. sternum 1
II. tulang rusuk 24
jumlah 80
Jadual 1.1 Pembahagian dan jumlah tulang yang terdapat dalam rangka axial.

Rangka appendikular

Struktur bilangan tulang


girdel pektoral(bahu)
I. klavikel 2
II. skapula 2
anggota atas
I. humerus 2
II. ulna 2
III. radius 2
IV. karpal 16
V. metakarpal 10
VI. falanks 28
I. girdel pelvick
pinggul atau pelvik 2
anggota bawah
I. femur 2
II. fibula 2
III. tibia 2
IV. patela 2
V. tarsal 14
VI. metatarsal 10
VII. falanks 28
Jumlah 126
Jadual 1.2 Pembahagian dan jumlah tulang yang terdapat dalam rangka appendikular.

TORAKS

Istilah toraks merujuk kepada keseluruhan bahagian dada. Bahagian rangka toraks

iaitu sangkar toraks adalah tulang kurungan-bony enclosure yang terbentuk daripada
sternum, rawan kosta atau rusuk, tulang rusuk dan seluruh bahagian badan vertebra

toraks. Gambaran ini boleh dilihat melalui rajah 1.2.

Di bahagian akhir superior, sangkar toraks atau tulang rusuk tidak seberapa leper.

Di bahagian akhir inferior pula, sangkar toraks leper sedikit dan mendatar daripada

hadapan ke belakang. Ia seperti memagari dan melindungi organ-organ dalam toraks dan

kaviti superior abdomen. Ia juga memberi sokongan kepada girdel tulang bahu dan

anggota atas.

Rajah 1.2
Rangka toraks

VERTEBRA-VERTEBRA TORAKS
Vertebra-vertebra toraks terdiri daripada 12 vertebra dan mempunyai saraf spina

yang sangat panjang. Ia menonjol ke belakang dan ke bawah. Rujuk gambaran

berdasarkan rajah 1.3.

Sepasang tulang rusuk bersendi dengan setiap vertebra toraks. Tuberkulum pada

tulang rusuk iaitu bonggol tulang rusuk, bersendi dengan muka sendi bonggol tulang

rusuk yang terdapat pada sesayap vertebra. Kapitulum pada tulang rusuk iaitu kepala

tulang rusuk, bersendi dengan muka sendi pada separuh kepala tulang rusuk yang

terdapat di bahagian yang menyebelahi sentrum vertebra toraks seperti yang ditunjukkan

dalam rajah 1.4

Sentrum vertebra toraks adalah tebal dan pendek. Ia mempunyai muka sendi

untuk tulang rusuk. Rujuk rajah 1.5.

Rajah 1.3 Vertebra-vertebra toraks

Rajah 1.4 Tuberkulum dan kapitulum yang terdapat pada tulang rusuk
Rajah 1.5 Sentrum yang menyediakan permukaan sendi untuk tulang rusuk

STERNUM
Sternum atau tulang dada adalah tulang leper yang terletak di bahagian tengah

dinding anterior toraks dan di hadapan dada. Ia berukuran 15 cm atau 6 inci panjang dan

terdiri daripada 3 bahagian, iaitu:

I. manubrium-pangkal tulang dada

II. badan

III. xifisternum-bahagian belakang tulang dada

Gambaran sternum dan bahagian-bahagian yang terlibat adalah berdasarkan rajah 1.6.

Tujuh pasang tulang rusuk bersendi secara langsung dengan sternum.

Lihat rajah 1.7.

Sudut sternal-sternal angel terdapat dan terbentuk di persimpangan antara

bahagian badan dan manubrium. Selain itu juga, manubrium mempunyai lekukan di atas

permukaan superior manubrium, iaitu takuk suprasternal-suprasternal notch. Lateral

takuk suprasternal adalah takuk-takuk klavikular yang berartikulasi dengan bahagian

akhir pada pertengahan klavikel untuk membentuk sendi sternoklavikular-

sternoclavicular joint. Manubrium juga berartikulasi dengan rawan kosta pada tulang

rusuk yang pertama dan kedua untuk membentuk sendi sternokosta-sternocostal joint

Rajah 1.2 memberi gambaran lanjut tentang fakta-fakta yang dinyatakan di atas.

Rajah 1.6 Sternum atau tulang dada


Rajah 1.7 Bilangan tulang rusuk yang bersendi dengan sternum

TULANG RUSUK
Tulang rusuk dan sternum bersama-sama membentuk satu rangka dada yang di

panggil sangkar tulang rusuk atau sangkar toraks. Ia melindingi jantung dan paru-paru,

dan juga menyediakan permukaan bagi perlekatan-attachment otot-otot interkostal yang

berfungsi dalam melakukan pergerakan pernafasan.

Secara keseluruhannya, terdapat 12 struktur tulang rusuk yang menyokong

bahagian kaviti toraks. Kesemua 12 tulang rusuk tersebut bersendi dengan vertebra

toraks. Saiz yang merujuk kepada kepanjangan tulang rusuk bertambah pada 7 tulang

rusuk yang pertama dan berkurang pada 5 bahagian tulang rusuk yang terakhir atau ke

bawah.

Berdasarkan jumlah tersebut, 7 pasang tulang rusuk, iaitu 1 hingga 7 bersendi

secara langsung dengan sternum dan dipanggil rawan kosta. Ia juga dikenali sebagai

tulang rusuk sebenar. Di samping itu, tiga pasang tulang rusuk, iaitu 8 hingga 10 yang

berikutnya bersendi dengan sternum melalui tisu perantara yang kuat dan tidak bersendi

secara langsung. Ia dikenali sebagai tulang rusuk palsu. Demikian juga, dua pasang

tulang rusuk yang terakhir iaitu 11 dan 12 tergantung bebas dan di panggil tulang rusuk

bebas. Gambaran adalah berdasarkan rajah 1.8.

Rajah 1.8
Tulang rusuk

RUJUKAN
I. Gerard J. Tortora dan Sandra Reynold Grabowski,
Principles of Anatomy and Physiology-tenth edition,
John Wiley & Sons, Inc., United States, 2003.
II. L. Mahendra, Siri Fungsi Anatomi Manusia,
Arenabuku Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1991.

You might also like