Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ATURAN

KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM

Tajuk

1. (1) Aturan ini dinamakan `Aturan Kumpulan Wang Kebajikan Am Kakitangan NEGM
Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan dibawah Undang-Undang Kecil 43 (2) (W) Koperasi dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan di Mesyuarat Agung Koperasi ini dan satu salinan
dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.

Tujuan

2. Tujuan aturan ini diwujudkan ialah untuk ;-


(a) Kebakaran rumah / bencana alam
(b) Ditimpa kemalangan yang memerlukan rawatan di wad
(c) Lain-lain tujuan yang dipersetujui oleh Lembaga

Sumber Kewangan

3. (1) Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperolehi daripada :-

(a) keuntungan Koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut
perenggan (1) Fasal (2) Undang-Undang Kecil 63.

(b) derma dan sumbangan dari anggota-anggota dan lain-lain pihak.

(c) pulangan dari pelaburan

(d) pulangan dari anggota-anggota yang telah menerima habuan.

Pentadbiran

4. Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa Kerja yang
dilantik olehnya dibawah Undang-Undang Kecil 43 (2) (v) .

Tahun Kewangan

5. Tahun kewangan Aturan ini adalah sama seperti tahun kewangan Koperasi ini.

Pelaburan

6. (1) Lembaga bolehlah melabur apabila difikirkan sesuai melaburkan semua atau
sebahagian daripada kumpulan wang ini dalam perkara-perkara yang dibenarkan dibawah
seksyen 54 Akta Koperasi 1993.

1
(2) Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula kedalam
Kumpulan Wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kumpulan Wang ini atau dilaburkan
semula bagi menambahkan kewangan Kumpulan Wang ini.

Kelayakan Memohon

7. (1) Anggota-anggota Koperasi ini yang telah menjadi anggota selama satu (1) tahun
dengan tidak putus-putus dan telah mengambil bahagian dalam semua aktiviti Koperasi dengan
giatnya adalah layak untuk memohon bantuan dari Kumpulan Wang ini.

(2) Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut bahawa bantuan daripada Kumpulan


Wang ini sebagai satu haknya.

(3) Menghadiri Mesyuarat Agung tahunan semasa.

Permohonan

8. (1) Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan dibawah Kumpulan Wang ini
dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Koperasi.

(2) Permohonan-permohonan tersebut bolehlah dikemukakan pada bila-bila masa


yang diperlukan dengan kenyataan-kenyataan serta bukti-buktinya kepada Setiausaha yang akan
memproses dan memperakukan kepada Lembaga untuk dipertimbangkan,

Had Bantuan

9. (1) Peruntukan maksima ialah sebanyak RM200.00 sahaja.

(a) Kebakaran rumah / bencana alam RM200.00

(b) Rawatan di wad RM200.00

(c) Lain-lain tujuan yang dipersetujui oleh Lembaga Keputusan Mesyuarat

(2) Kadar bantuan boleh ditentukan semula oleh Lembaga berdasarkan kepada merit
sesuatu permohonan berpandukan kepada pendapatan anggota serta tanggungjawabnya dan
jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk maksud yang dinyatakan dibawah aturan ini.

(3) Kadar bantuan yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan itu
bergantung kepada kedudukan kewangan Kumpulan Wang tersebut.

(4) Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar bantuan yang boleh diberi kepada
sesuatu permohonan itu adalah muktamad.

2
Memproses Permohonan

10. (1) Borang-borang permohonan apabila diterima . hendaklah diproses oleh


Setiausaha Agung yang mana akan menentukan permohonan itu dibuat mengikut kehendak dan
syarat-syarat aturan tabung ini sebelum diperakukan kepada Jawatankuasa Kerja.

(2) Pertimbangan Jawatankuasa Kerja hendaklah berdaarkan kepada bukti-bukti dan


kenyataan-kenyataan yang ada dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan serta
berpandukan pendapatan anggota yang memohon dan seterusnya membuat perakuan-perakuan
kepada Lembaga dan mencadangkan kadar bantuan yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga.

(3) Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat didalam borang yang disediakan


oleh Lembaga.

Pembayaran
11. (1) Semua bayaran boleh dibuat hanya selepas tarikh Lembaga mengadakan
mesyuarat bagi meluluskannya kecuali bayaran bantuan dibawah aturan-aturan 2(1) dan 2(3) yang
mana mengikut budibicara Jawatankuasa Kerja , boleh dibayar serta merta setelah Jawatankuasa
berpuas hati terhadap ketulenan permohonan itu.

(2) Semua bayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali apa-apa amaun yang
kurang daripada RM100.00.

Penggantungan Kumpulan Wang

12. (1) Jika kedudukan Kumpulan Wang ini tidak mengizinkan , maka pengeluran
bantuan hendaklah ditangguhkan oleh Lembaga sehingga kewanganya dipulihkan semula.

(2) Anggota-anggota Koperasi ini hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling


mengenai penggantungan atau pemulihan semula Kumpulan Wang ini.

Audit

13. Akaun tabung ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun Koperasi.

Makluman

14. Lembaga hendaklah membentangkan untuk makluman anggota didalam Mesyuarat Agung
Tahunan Koperasi, laporan-laporan mengenai aktiviti Kumpulan Wang ini dan rancangan pada
masa akan datang untuk diterima dan diluluskan termasuk mengemaskini semula perkara atau
maksud yang berkaitan dengan aturan diatas.

3
Pertikaian

15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham diatas tafsiran Peraturan-Peraturan ini atau
timbul apa-apa perbalahan mengenainya maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua
Pendaftar mengikut Undang-Undang Kecil (78) (1) Koperasi ini.

Aturan-Aturan Bagi Menjalankan Aktiviti Tabung Kumpulan Wang Khairat Kematian ini telah diakui
serta dibentang ,dibincang dan diterima didalam Mesyuarat Agung Koperasi kali ke sepuluh (10)
pada 21hb.Jun 2003.

You might also like