Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TUGASAN 2 (LAPORAN 1)

PEMILIHAN PINJAMAN PERIBADI

i. PENDAHULUAN

Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi kedua, 2008, pinjaman peribadi
merupakan kemudahan pinjaman kewangan dengan pembayaran balik pada jumlah
yang telah ditetapkan pada setiap bulan bagi sesuatu tempoh yang telah ditetapkan.
Oleh itu, tugasan ini memerlukan saya untuk mencari kadar bayaran iaitu anuiti yang
terendah dan terbaik berdasarkan kadar keuntungan yang telah ditetapkan dan
dikenakan oleh bank kepada seseorang individu. Justeru itu, anuiti pula merupakan
satu siri pembayaran wang yang dibuat secara berkala ke dalam sesuatu akaun di
mana wang yang disimpan tersebut akan mendapat faedah kompaun
(Milter.C.D,2008). Definisi bagi faedah mudah dan faedah kompaun seperti dalam
jadual 1. Dalam pinjaman peribadi ini telah ditetapkan tempoh perjanjian atau
kontrak yang akan dikenakan kepada peminjam atau individu mengikut kemampuan
yang dimiliki dan kadar pinjaman yang ingin dibuat (Robert T. Kiyosaki,2010). Oleh
hal demikian, dalam tugasan ini saya sebagai penasihat kewangan akan mengkaji
kadar keuntungan dan kelebihan yang diberikan oleh dua bank yang telah pilih iaitu
Bank Rakyat dan Bank Islam kepada peminjam.

Faedah Mudah Faedah Kompaun


Faedah yang dibayar untuk principal Faedah yang dibayar untuk principal
sahaja (Tan., 2015) dan faedah yang telah diperoleh
sebelum ini (Pimot, 2007)
Jadual 1 : Perbezaan Definisi Faedah Mudah dan Faedah Kompaun

1
ii. ISU BERKAITAN DAN JUSTIFIKASI

Justeru itu, situasi yang diberikan ini melibatkan seorang peminjam iaitu Puan
Rohani yang ingin membuat pinjaman peribadi untuk kegunaan menyambung
pengajiannya. Bagi situasi Puan Rohani ini, Puan Rohani merupakan seorang
pekerja swasta yang mendapat gaji setiap bulan sebanyak RM3000 dan
menggunakan 40 peratus daripada gajinya iaitu RM3000 untuk kegunaan
sehariannya sebanyak RM1200 maka Puan Rohani masih mempunyai 60 peratus
baki gajinya yang bersih dari tanggungan iaitu sebanyak RM1800 seperti jadual 2.
Dengan itu, pinjaman yang ingin beliau ambil antara dua buah bank tersebut ialah
sebanyak RM102000. Oleh hal yang demikian, saya sebagai pegawai penasihat
kewangan akan menerangkan kadar keuntungan dan anuiti yang perlu dibayar oleh
Puan Rohani bagi setiap bank tersebut dengan jelas dan terang.

Gaji digunakan Gaji asal Jumlah


Gaji yang digunakan (40%) 40
3000 = 1200
RM3000 100
Gaji bersih dari tanggungan (60%) 60
3000 = 1800
100
Jadual 2 : Pengiraan gaji bulanan yang digunakan

2
iii. PENGIRAAN

a. Bank Rakyat

Pelan ini akan menyediakan premium RM102000 selama 8 tahun dengan kadar
tetap yang dikenakan oleh bank 7.67% dan kadar asas semasa ialah 3.85%. Oleh
itu, kadar faedah dikenakan ialah 11.52 % bagi 12 bulan setahun. Kadar pinjaman
atau premium yang perlu diambil ialah RM102000 kerana RM102000 ini merupakan
nilai yang ingin dipinjam oleh Puan Rohani iaitu RM102000 berdasarkan risalah di
lampiran 1. Berikut merupakan pengiraan kadar faedah mudah dan kadar faedah
kompaun bagi kadar caruman matang 8 tahun seperti jadual di bawah:

Principal, P = RM102000
Kadar faedah tahunan, r = BR + 7.67%
= 3.85% + 7.67%
=11.52% atau 0.1152
Tahun, t =8
Jumlah faedah mudah, I =
= 102000 (0.1152)(8)
= RM94003.20
Jadual 3 : Pengiraan Kadar Faedah Mudah Bank Rakyat

Kadar faedah mudah caruman = Prt + P


matang, A = RM94003.20 + RM102000
= RM196003.20
Jadual 4 : Pengiraan kadar faedah mudah caruman matang Bank Rakyat

Maka, faedah mudah selepas caruman matang adalah sebanyak RM 96768


dan nilai terkumpul faedah mudah adalah RM196003.20seperti jadual 3 dan 4.

3
Principal, P = RM102000
Kadar faedah tahunan, r = 11.52% atau 0.1152
Tahun, t =8
Kekerapan pengkompaunan dalam
setahun,m =12
Bilangan tahun yang perlu dibayar, n =mt
= 12 8
=96

Kadar nominal,i =

0.1152
=
12
= 0.0096
Kadar Faedah Kompaun, S = ( + )

= (1 + )

0.1152 12(8)
= 102000 ( 1 + )
12
= 102000 (2.502285287)
= RM 255233.10
Jadual 5 : Pengiraan Kadar Faedah Kompaun Bank Rakyat

Kadar faedah kompaun caruman = ( + ) - P


matang, S-P = 255233.10 102000
= 153233.10
Jadual 6 : Pengiraan kadar faedah kompaun caruman matang

Maka, faedah kompaun selepas caruman matang adalah RM 255233.106 dan


nilai terkumpul kompaun adalah 153233.10seperti jadual 5 dan 6.

4
1 (1 + )
= ( )

1 (1 + 0.0096)96
Anuiti yang perlu dibayar, R 102000 = ( )
0.0096
= 1631

Jadual 7 : Anuiti dikenakan oleh Bank Rakyat

Oleh itu, anuiti yang dikenakan pada mulanya 1631 seperti jadual 7.

= ( 1 + ) 1
Kadar faedah efektif, = (1 + 0.0096)12 1
= 0.121481471
= 12.15 %

Jadual 8 : Pengiraan Kadar Faedah Efektif

Maka jadual 8 menunjukkan kadar faedah efektif yang dikenakan sebanyak


12.15% dan ini menunjukkan penambahan 0.63% daripada kadar faedah tahunan
iaitu 11.52% .

5
b. BANK ISLAM

Pelan ini akan menyediakan premium RM102000 selama 6 tahun dengan kadar
tetap yang dikenakan oleh bank 3.15% dan kadar asas semasa ialah 3.65%. Oleh
itu, kadar faedah dikenakan ialah 6.8 % bagi 12 bulan setahun. Kadar pinjaman atau
premium yang perlu diambil ialah RM102000 kerana nilai ini merupakan nilai yang
ingin dipinjam oleh Puan Rohani berdasarkan risalah di lampiran 2. Berikut
merupakan pengiraan kadar faedah mudah dan kadar faedah kompaun bagi kadar
caruman matang 6 tahun seperti jadual di bawah:

Principal, P = RM102000
Kadar faedah tahunan, r = BR + 3.15%
= 3.65% + 3.15%
=6.8% atau 0.068
Tahun, t =6
Jumlah faedah termudah, I =
= 102000 (0.068)(6)
= RM41616
Jadual 9 : Pengiraan Kadar Faedah Mudah

Kadar faedah termudah caruman = Prt + P


matang, A =RM41616 + RM102000
= RM143616
Jadual 10 : Pengiraan kadar faedah mudah caruman matang

Maka, faedah mudah selepas caruman matang adalah sebanyak RM 41616


dan nilai terkumpul faedah mudah adalah RM 143616 seperti jadual 9 dan 10.

6
Principal, P = RM102000
Kadar faedah tahunan, r = 6.8% atau 0.068
Tahun, t =6
Kekerapan pengkompaunan dalam
setahun,m =12
Bilangan tahun yang perlu dibayar, n =mt
= 12 6
=72

Kadar nominal,i =

0.068
=
12
= 0.0056667
Kadar Faedah Kompaun, S = ( + )

= (1 + )

0.068 12(6)
= 102000 ( 1 + )
12
= 102000 (1.502076297)
= RM 153211.80
Jadual 11 : Pengiraan Kadar Faedah Kompaun

Kadar faedah kompaun caruman = ( + ) - P


matang, S-P = 153211.80 102000
= 51211.80
Jadual 12 : Pengiraan kadar faedah kompaun caruman matang

Maka, faedah kompaun selepas caruman matang adalah RM153211.80 dan


nilai terkumpul kompaun adalah RM51211.80 seperti jadual 11 dan 12.

7
Anuiti yang perlu dibayar, R 1 (1 + )
= ( )

1 (1 + 0.0056667)72
102000 = ( )
0.0056667
= 1729.22

Jadual 13 : Pengiraan Anuiti Yang Perlu Dibayar

Oleh itu, anuiti yang dikenakan oleh pihak bank ialah RM1729.22 dan bank
Islam mengenakan anuiti kepada pelanggannya sama seperti di dalam risalah yang
diberikan seperti jadual 13.

Kadar faedah efektif, = ( 1 + ) 1


= (1 + 0.0056667)12 1
= 0.07015988
= 7.02 %

Jadual 14 : Pengiraan Kadar Faedah Efektif

Justeru itu, jadual 14 menunjukkan kadar faedah efektif yang dikenakan


sebanyak 7.02% dan ini menunjukkan penambahan 0.22% daripada kadar faedah
tahunan yang dikenakan iaitu 6.8%.

8
iv. ANALISIS DAN PERBANDINGAN

Kadar Faedah / Bank Bank Rakyat Bank Islam


Kadar Faedah Termudah, i RM96768 RM42840
Kadar Faedah termudah
caruman matang,A RM201768 RM147840

Kadar Faedah Kompaun,S RM 262739.96 RM 157718.01


Kadar Faedah Kompaun
caruman matang 157739.96 52718.01
Anuiti,R 1679 1780.08
Kadar Faedah Efektif , 12.15 % 7.02 %

Jadual 15 : Perbezaan antara Bank Rakyat dan Bank Islam

Berdasarkan jadual 15 di atas, saya sebagai penasihat kewangan telah


melihat kelebihan dan kelemahan yang ditunjukkan daripada kedua buah bank yang
telah Puan Rohani pilih untuk memohon pinjaman peribadi. Oleh itu, saya dapat
membuat beberapa perbandingan dari segi kaedah faedah termudah, kadar faedah
kompaun, anuiti dan kadar faedah efektif yang dikenakan oleh kedua bank tersebut.
Perbandingan ini dilakukan bagi memudahkan Puan Rohani untuk memahami dan
membezakan bank yang lebih menguntungkan dan tidak membebankan beliau.

Oleh itu, kadar faedah termudah yang dikenakan oleh Bank Islam ialah
RM42840 dan kadar faedah termudah caruman matang ialah RM147840 manakala
bagi Bank Rakyat ialah RM96768 dan kadar faedah caruman matang ialah
RM201768. Ini menunjukkan bahawa kadar faedah yang diberikan oleh Bank Islam
lebih murah berbanding Bank Rakyat kerana perbezaannya sebanyak RM53928.
Perbezaan ini juga dapat dikaitkan dengan tempoh masa yang dikenakan oleh Bank
Islam dan Bank Rakyat juga berbeza seperti bank islam selama 6 tahun manakala
bank Rakyat mengambil masa 8 tahun. Apabila tahun yang dikenakan lebih rendah
maka kadar faedah yang diberikan juga berpatutan dengan tempoh masa yang

9
ditawarkan seperti bank islam menggunakan kadar faedahnya 6.8% manakala bank
rakyat sebanyak 11.52%.
Selain itu, kadar faedah kompaun yang dikenakan oleh bank islam sebanyak
RM157718 manakala bank rakyat sebanyak RM262739.96. Kadar faedah kompaun
caruman matang akan berkurang sedikit kerana setiap bank akan menolak kembali
nilai pinjaman yang ingin diambil seperti dalam jadual 6 dan 12 dan buktinya bank
islam sebanyak RM52718.01 manakala bank rakyat sebanyak RM157739.96 seperti
dalam jadual 15. Dalam keadaan ini juga menunjukkan nilai yang sangat ketara
antara bank islam dan rakyat kerana bilangan tahun yang perlu dibayar berbeza
yang mana bank islam selama 72 bulan dan bank rakyat selama 96 bulan dan ia
memberi kesan kepada kadar faedah kompaun bagi setiap bank.

Seterusnya, bagi nilai anuiti ini merupakan nilai terpenting kerana anuiti inilah
Puan Rohani perlu membayar setiap bulan yang mana ia melihat kemampuan Puan
Rohani yang kira berdasarkan baki gaji yang bebas daripada tanggungan iaitu 60%.
Oleh itu, kita dapat lihat bank islam anuiti yang perluan Puan bayar ialah RM1780.08
manakala bank rakyat RM1678.97 pada mulanya dan dibundarkan menjadi
RM1679. Perkara ini jelas dilihat bahawa bank rakyat telah mengambil sedikit
keuntungan bagi menggenapkan bayaran yang perlu dibayar walaupun sekadar
10sen. Tetapi jika dilihat dengan teliti jumlah anuiti bank rakyat yang perlu dibayar
oleh Puan Rohani lebih sedikit berbanding bank islam. Ini menunjukkan keuntungan
dari segi jumlah pembelanjaan bulanan dan kita perlu kaitkan dengan tempoh yang
ditetapkan (Jasri Firdaus,2013). Walaupun, anuiti bank rakyat kurang tetapi tempoh
masa yang ditetapkan lama berbanding bank islam.

Selanjutnya, jika dilihat kadar faedah efektif bagi kedua-dua bank, bank islam
lebih sedikit berbanding bank rakyat iaitu 7.02% sedangkan bank rakyat 12.15%
seperti jadual 15. Oleh hal yang demikian, kadar faedah efektif bank islam lebih
menguntungkan dengan kekerapan pengkompaunan dalam setahun diberikan
secara bulanan iaitu 12. Dengan itu, kadar faedah efektif dikenakan oleh bank islam
lebih meringankan beban peminjam berbanding bank rakyat. Ini dapat dibuktikan lagi
dalam pengiraan pada jadual 7 dan jadual 14 yang mana kita dapat lihat perbezaan
kadar pertambahan yang dikenakan oleh bank islam hanya 0.22% manakala bank

10
rakyat sebanyak 0.63%. Oleh itu, kadar ini kita perlu kaitkan dengan gaji yang Puan
Rohani miliki dan kadar efektif yang terendah lebih releven mengikut situasi.

V. CADANGAN

Oleh hal yang demikian, sebagai pegawai penasihat kewangan selepas dikaji
dan diterangkan kelebihan dan kelemahan bagi kedua bank tersebut, saya
mencadangkan bank yang paling sesuai untuk Puan Rohani membuat pinjaman
ialah Bank Islam. Hal ini kerana, selepas dilihat dari segi kewangan iaitu gaji Puan
Rohani bank Islam lebih menguntungkan kerana kadar faedah termudah, kadar
faedah efektif yang dikenakan lebih rendah (Mohd Farhan Ahmad dan Mohd Adib
Ismail,2011). Maka ini akan memberi keuntungan kepada Puan Rohani. Selain itu,
tempoh masa yang diberikan oleh bank islam lebih singkat iaitu 6 tahun dan jumlah
anuiti yang perlu dibayar setiap bulan ialah RM1780.08.

Mungkin jumlah RM1780.08 agak tinggi nilainya namun saya percaya Puan
Rohani mampu membayarkan berdasarkan gaji bersih yang Puan miliki iaitu
RM1800. Hal ini demikian kerana, tempoh yang singkat lebih menguntungkan
berbanding tempoh yang panjang kerana semakin panjang tempoh yang diberikan
semakin tinggi jumlah yang perlu dibayar setiap bulan. Bagi menyakinkan lagi,
menurut Rohani dan Mohd Shahir (2011), kadar faedah dalam setahun lebih
menguntungkan kita apabila kadar faedahnya sikit kerana, bank mendapat
keuntungan yang berlebihan berdasarkan kadar faedah setahun. Oleh itu, masa
yang singkat dan kadar faedah yang terendah akan memberi keuntungan kepada
peminjam iaitu Puan Rohani (James C.Van dan John.M.Wichaw,2010).

11
VI. KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai pegawai penasihat kewangan, pemilihan bank yang


terbaik untuk membuat pinjaman ini perlu dilihat dari segi kadar yang dikenakan dan
juga kadar bayaran yang dikenakan oleh peminjam adakah ia bersesuaian dengan
pendapatan bulanan peminjam (Alan C.Shapiro,2010). Oleh itu, setiap pengiraan
yang dinyatakan dalam jadual amat penting bagi memastikan Puan Rohani dapat
membandingkan kelebihan dan kelemahan bank dengan sendiri selepas diberi
nasihat dan panduan. Hal ini kerana, sebagai penasihat kewangan tidak memihak
kepada mana-mana bank tetapi cadangan pemilihan yang releven mengikut situasi
amat penting. Oleh itu, saya mencadangkan Bank Islam merupakan pilihan yang
releven mengikut kemampuan Puan Rohani dan kelebihan yang ditawarkan oleh
bank islam kepada pelanggannya. Selain itu, selepas saya melaksanakan tugasan
ini saya mengetahui dan memahami cara pengiraan untuk mengira kadar pinjaman
yang dikenakan oleh bank ke atas kita sebagai peminjam. Oleh hal yang demikian,
selepas saya mengetahui cara pengiraan yang sebenar maka saya boleh
menggunakan pengalaman ini untuk digunakan di sekolah kelak apabila saya
menjadi guru. Hal ini kerana, kemahiran mengira kadar faedah ini sangat penting
seandainya saya ingin menjadi ahli koperasi sekolah suatu hari nanti atau pun saya
ingin membuat pinjaman peribadi untuk kegunaan asas yang amat diperlukan.

12

You might also like