JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
JALAN TUN ABDUL RAZAK
30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
“el +605 501 5000
Fake #008 927 7273
Laman Wa; hp:ljonperakamoe govmy
“IMALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Rujukan Kami : J-Pel.Pk (HEM)5128/10/13 Jid.3( 15)
Tarikh 23 Rabiulawal 1438H
93 Disember 2016
‘Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak.
Tuan,
MENANGANI KES KERACUNAN DI KANTIN SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan suret siaran Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.600-14/1/55JId.2(1) bertarikh 7
Disember 2016 adalah berkaitan.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius peningkaten mendadak terhadap
kes keracunan makanan di kantin sekolah dan dapur asrama khususnya di negeri Perak. Usaha-
usaha untuk mengurangkan kes-kes keracunan di kantin sekolah dan dapur asrama hendaklah
diberi keutamaan dengan memastikan amalan kebersihan sentiasa diamelkan dalam kalangan
murid dan pengusaha serta pengendali makanan di sekolah.
3. Mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K Kebangsaan Bil. 1 Tahun 2016 pada 30 Mei 2016
yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Pendidikan 1 telah memutuskan supaya
kantin sekolah yang diberi gred C dan ke bawah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
tidak disambung kontrak dan disenarai hitam sélama setahun.
4. Sehubungan dengan itu, tuan dimohon memastikan semua Pengetua dan Guru Besar
yang menguruskan pelaksanaan buka sebut harga kantin sekolah mulai tahun 2017 akur
kepada keputusan mesyuarat tersebut. Semua Pejabat Pendidikan Daerah juga dimohon
memastikan pelaksanaan Program Pemeriksaan Kendiri oleh pengusaha dan pentadbir sekolah
dilaksanakan secara berkala dan berterusan.
‘Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HASAH RAHEMAB-BT MOHAMED, ame.)
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
b.p.Pengarah Pendidikan Negeri Perak.
sk. 1, Pengarah Pendidikan Negeri Perak
2. Jabatan Kesihatan Negeri Perak (up. BKKM)
‘eshoton/chequiomie