Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN (F) TENGGAROH 3,

JALAN PUNAI, FELDA TENGGAROH 3,


Tel : 07-7913695
86810 MERSING, Faks : 07-7913695
JOHOR DARUL TAZIM E-mel : sktenggaroh3@yahoo.com

Ruj. Kami : JBA 4026/700/1/2 (33)


Tarikh : 19 APRIL 2017

Kepada,
GURU BESAR SK. TENGGAROH 1
GURU BESAR SK. TENGGAROH 2
GURU BESAR SK. TENGGAROH 4
GURU BESAR SK. TENGGAROH 5
GURU BESAR SK. TENGGAROH 6
GURU BESAR SK. TENGGAROH 7

Tuan,
PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA WAJIB PENGAKAP KANAK-KANAK
PERINGKAT ZON TENGGAROH KALI PERTAMA TAHUN 2017

Perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak kami akan mengadakan aktiviti kokurikulum di atas seperti
ketetapan berikut ;

2.1. Tarikh : 28 -29 April 2017 (Jumaat Sabtu)


2.2. Masa : 7.30 pagi (Pendaftaran)
2.3. Tempat : Tapak perkhemahan SK (F) Tenggaroh 3
2.4. Perasmian Penutup : Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing

3. Aktiviti perkhemahan ini adalah merupakan siri pertama dan akan diteruskan pada masa akan
datang mengikut ujian yang akan ditetapkan. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 bagi
menampung perbelanjaan pengurusan program. Bilangan penyertaan adalah bergantung kepada
kekuatan keahlian sesebuah sekolah.

4 . Pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak tuan/puan demi memeriahkan aktiviti
tersebut.Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan/puan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian untuk makluman tuan.Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

.....................................................
(ABD RAHIM BIN OTHMAN)
Guru Besar
SK(F) Tenggaroh 3,
Mersing

You might also like