Lagu Kadet JPJ 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAGU KPJ

Indahnya bumi kita Malaysia


Kamilah pewarisnya
Menjunjung titah Rukun Negara
Terapkan ikrar taat setia
Mari bersama kita berusaha
Mencapai wawasan Negara
Ikhlaskan hati menabur bakti
Amalkan integriti diri
Kami KPJ Malaysia
Mendukung aspirasi negara
Keselamatan di jalan raya
Demi kesejahteraan bersama.

IKRAR KPJ MALAYSIA

Bahawasanya kami,

KPJ Malaysia, berikrar dan berjanji,

Akan sentiasa taat, Pada undang-undang sekolah dan Negara,

Sentiasa taat kepada ibubapa, guru dan rakan-rakan,

Akan sentiasa berdisiplin, berdaya saing dan berdedikasi,

Dalam mencapai harapan sekolah, ibubapa dan Negara.


1. PENDAHULUAN

Kadet Pengangkutan Jalan (KPJ) mula ditubuhkan pada Januari 2015. Tujuan utama
penubuhan kadet ini adalah untuk menyemai kesedaran sivik, disiplin dan perasaan
tanggungjawab masyarakat tentang keselamatan jalan raya terutamanya dalam
kalangan murid-murid sekolah. Selain itu, kadet ini berperanan untuk membangunkan
potensi individu secara menyeluruh ke arah membantu dan menyediakan murid-murid
yang dinamik, berkualiti, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2. LATAR BELAKANG

KPJ ditubuhkan adalah hasil persetujuan ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
Peringkat Pusat Bil. 3/2012 yang telah diadakan pada 3 September 2012. Penubuhan
KPJ adalah selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya yang menggariskan langkah
intervensi kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya menjelang negara
maju tahun 2020.
Penubuhan KPJ ini adalah berteraskan kepada empat prinsip utama iaitu:
2.3.1 Keselamatan Jalan Raya
2.3.2 Patriotisme
2.3.3 Kesukarelaan
2.3.4 Perpaduan

3. MATLAMAT

Matlamat penubuhan KPJ adalah untuk membentuk masyarakat khususnya murid dan
rakan sebaya melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri, membina
semangat kerjasama dan patriotisme di samping memberi pendedahan dan kefahaman
mengenai peraturan jalan raya serta membudayakan sikap dan amalan untuk menjadi
pengguna jalan raya yang berhemah.

4. OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan disiplin diri anggota KPJ dengan mematuhi peraturan dan undang-
undang jalan raya.
4.2 Melahirkan anggota KPJ yang mempunyai sikap bertimbang rasa dan berhemah
serta sentiasa mengutamakan keselamatan sebagai pengguna jalan raya.
4.3 Membimbing rakan sebaya dan masyarakat supaya menjadi pengguna jalan raya
yang selamat.
4.4 Mempertingkatkan kefahaman anggota KPJ terhadap fungsi dan peranan Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia.

5. MOTO KPJ
DISIPLIN DAN BERHEMAH

6. LOGO KPJ MALAYSIA

BIRU = Perkhidmatan yang Mesra, Cekap dan Telus

MERAH = Semangat dan Disiplin yang tinggi dalam perkhidmatan

KUNING = Perkhidmatan yang berpegang kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi
serta kukuh dalam nilai agama dan kerohanian

BULAN DAN BINTANG =Menjunjung perkhidmatan yang berlandaskan pegangan


agama yang tinggi

BUNGA PADI = Sumbangan ke arah kemakmuran negara melalui kutipan hasil yang
cekap dan berkesan

You might also like