Maklumat Tarian Terinai

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Maklumat tarian terinai

http://www.jkkn.gov.my/pemetaan/listing/terinai-2/

Terinai merupakan salah satu warisan seni budaya yang telah bertapak lama di negeri Perlis. Secara tradisinya,
terinai dipersembahkan dalam istiadat istana. Namun kini, terinai dipersembahkan dalam majlis-majlis
perkahwinan. Terinai dipersembahkan dengan bantuan alat muzik seperti serunai, sepasang gendang, dan dua biji
gong. Serunai yang digunakan mempunyai enam lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah.
Gendang pula mempunyai muka kecil dan akan dipalu dengan sejenis rotan yang telah diikat dan dijalin. Alat-alat
muzik ini merupakan roh kepada persembahan terinai. Terinai juga diiringi dengan paluan Gendang Terinai.
Lagu lazim yang dimainkan dengan paluan Gendang Terinai ini adalah lagu Temang Welo, Selong dan Mak
Inang. Irama ini juga disadurkan dengan tarian yang lemah gemalai dan mengasyikkan, lengkap dengan lilin di
tangan. Antara irama yang dimainkan adalah seperti Menghadap Terinai, Ketam Bawa Anak, Dewa Raja, Inang
Cik Lang dan lain-lain lagi. Gendang Terinai melatari tarian terinai ini.

Encik Muhammad Salehudin Moh Esa


Persatuan Kebudayaan Taming Sari
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Teknologi Mara
Kampus Perlis
02600 Arau, Perlis.
Tel : 04-988 2234

Gendang Terinai pada mulanya dikenali sebagai Gendang Keling kerana bentuk gendang dan serunai yang
digunakan bersaiz panjang hasil dari pengaruh orang-orang India yang menetap di Tanah Melayu. Sempena
pertandingan Terinai pada tahun 1974, Menteri Besar Perlis pada ketika itu, Allahyarham Dato Jaafar Hasan
telah mengumumkan pertukaran nama Gendang Keling kepada Gendang Terinai kerana muzik ini digunakan
untuk persembahan Tarian Terinai. Gendang Terinai masih diminati ramai khususnya dalam majlis-majlis
perkahwinan dan keramaian. Kini ia menjadi muzik rasmi istana dalam istiadat pertabalan Raja dan hari ulang
tahun keputeraan Raja Perlis. Kumpulan Muzik Gendang Terinai kebiasaannya terdiri daripada empat (4) orang
iaitu dua (2) orang memukul gendang panjang (pengibu dan penganak), seorang meniup serunai dan seorang lagi
memukul dua biji gong (gong jantan dan gong betina). Lagu-lagu yang sering dipersembahkan adalah lagu-lagu
Melayu asli seperti Mula Pasang, Kutip Siput, Gong Panjang, Kucing Berlaga, Anak Tiung, Cinta Sayang dan
Terinai.

Encik Amil Senapi


Kumpulan Terinai Seri Budaya
Kampung Tok Kuning,
Marhum Kayang,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 019-597 4765

You might also like