Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 4
© Oleh ABU IQBAL AL-MANDILI Assalaamu'alaikum Kewujudan Astora dalam ruangan beliau di Mingguan Malaysia dan Majalah al-lsiam banyak menimbulkan kontroversi di Malaysia, Anjuran beliau agar umat Islam di Malaysia supaya berfikiran terbuka amatlah disokong tapi malangnya Astora ibarat ibu ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus. Isu-isu yang beliau bawa sebenamya bukanlah isu baru, malah isu lapuk yang sering dilaungkan oleh kelompok |slam Liberal dan hujah mereka ini sebenarnya telah dijawab oleh ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Di Malaysia ini segala isu yang dibangkitkan oleh Astora juga telah (dan akan) dijawab dalam sebuah majalah terbitan Karangkrafbernama Majalah / Tetapi orang yang menyuruh umat Islam di Malaysia ini meluaskan kotak pemikiran ini sebenarnya yang malas menggunakan agal dan pemikirannya, Tuduhan beliau bahawa golongan Salafiyyah (Wahhabiyah) membid'ahkan secara total zikit selepas solat membuktikan beliau memiliki pemikiran tertutup. Berkata Astora, "Sesetengah ulama terutama dari puak Wahhabi mengharamkan orang Muslim berwirid selepas sembahyang kerana menganggapnya sebagai bidaah atau perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah”. ‘Sebenarnya kejahilan Astora ini diakibatkan beliau tidak meneliti sendiri fatawa ulama’ bermanhaj Salaf seperti Masyaikh Ben Bazz, al-Uthaimeen dan al-Albaani Rahimahumullah akan hal ini, Sebenarnya golongan Salafiyyah berpendapat zikir selepas solat adalah ‘Sunnah asalkan bacaannya memang berasal (ma'thur) dari hadis-hadis yang thabit dari Nabi SAW. Vang diperbincangkan oleh Ulama’ Salafiyyah adalah cara zikir itu diperbacakan, Yang mengikut sunnah adalah zikir selepas solat itu dibacakan secara perlahan (sir) dan sendirian (secara individual). Yang diperbincangkan di kalangan Salafiyah adalah apabila zikir ini dikuatkan (secara jahr) dan dipimpin pula oleh seorang ketua (Imam) dan amalan ini dilakukan secara berterusan dan kemudiannya dianggap sebagai Sunnah Nabi SAW. Inilah pendapat sebenar golongan Salafiyyah yang cuba dituduh oleh Astora sebagai mengharamkan serta membid'ahkan secara total (jahr dan sit) zikir selepas solat Sebenarnya pandangan ulama' Salafiyyah ini adalah selari dengan pendapat al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafiii Rahimahullah Ta'ala Sebelum kita perturunkan pandangan al-Imam al-Syafi'i Rahimahullah ini seeloknya kita senaraikan beberapa hadis-hadis tentang zikir selapas solat ini. 1) Ummu Salamah (RA) berkata : "Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam setelah solatnya, kaum wanita berdiri setelah baginda menyelesailcan salamnya ; sedangkan Nabi ‘SAW sendiri diam di tempatnya sebentar.” (Musnad Syafi') 2) Aiishah (RA) telah berkata :"Adalah Rasulullah (SAW), apabila mengucapkan salam, rampung dari solat ; baginda tidak duduk kecuali sekadar mengucapkan ‘Allahumma antas salam, wa min kas salam, tabarakta yadzal Jalali wal Ikram." (Sahih Muslim) 3) Jabir bin Samurah (RA) berkata, "Setelah solat subuh, biasanya Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya sehingga setelah matahari naik." ( Sunan an-Nasai) 4) Berkata Simak bin Harb, aku pernah berkata kepada Jabir bin Samurah (RA) : “Pernahkah engkau duduk bersama Rasulullah (SAW). Jawab Jabir: "Ya! Biasanya setelah solat subuh, Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya hingga matahari naik. Di saat itu, biasanya para sahabat ada yang bercerita tentang kisah jahiliyah, ada yang membaca puisi nasihat ; dan jika mereka sampai tertawa baginda ikut sama tersenyum.” (Sunan an-Nasai) 5) Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya (RA) bahawa dia pemah solat bersama Rasulullah (SAW) dalam solat subuh. Setelah selesai solatnya, maka baginda segera meninggalkan tempat solatnya. (Sunan an-Nasai) 6) Berkata tbnu Syihab, aku diberitahu oleh Hindun binti Haarits al-Faarrasyah, bahawa Ummu Salamah (RA) pernah memberitahukan : "Bahawa di masa Rasulullah (SAW) pada umumnya kaum wanita segera meninggalkan tempat solat setelah malam. Sedangkan Rasulullah dan kaum lelaki yabg ikut solat bersama baginda masih duduk sampai Rasulullah bangkit maka kaum lelaki segera bangkit pula. (Sunan an-Nasai) 7) Al-Barra’ Ibnu Azzib (RA) berkata : “Aku pernah memerhatikan solat Rasulullah (SAW). ‘Aku dapat berdiri, rukuk, berdiri setelah rukuknya, sujud, duduk di antara sujud, duduknya di walt tasyahud, duduknya di antara setelah salam dan waltu berdirinya dari tempat solat hampir bersamaan lama walunya.” (Sunan an-Nasai) 8) Abdullah ibnu Abbas (RA) telah berkata : "Semasa zaman kehidupan Rasulullah (SAW) adalah menjadi kebiasaan untuk orang ramai berzikir dengan suara yang kuat selepas berakhirnya solat berjemaah." (Bukhari) 9) Abdullah ibnu Alsbas (RA) juga telah berkata: "Apabila aku mendengar u dapat mengetahui bahawa solat berjemaah telahpun berakhir.” (Bukhari) an zikir, aku 110) Abdullah ibnu Abbas (RA) juga telah berkata : "Aku dapat mengetahui berakhimya solat berjemaah yang diimami Rasulullah (SAW) apabila terdengar suara orang berzikir.” (Bukhari) 11) Abdullah ibnu Zubair (RA) berkata : "Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam daripada solatnya, mengucapkan doa/zikir berikut dengan suara yang keras- "La ilaha illAllah..." (Musnad Syaf') Setelah diteliti hadeeth-hadeeth di atas ternyata terdapat hadeeth yg menunjukkan bahawa Rasulullah SAW berzikir secara Jahr (kuat) , secata sit (perlahan) malah adakalanya Baginda SAW tidak berzikir setelah solat. Insya-Allah akan kita paparkan pendapat yg didukung oleh Imam Syafi'i Rahimahullah Ta’ala dalam bab Zikir selepas solat ini dan bagaimana beliau menghilangkan percanggahan yg seolah-olah kelihatan dalam hadis-hadis di atas. Menurut al-Nashir al-Sunnah al-Imam al-Syafi'i Rahimahullah Ta‘ala dalam kitab beliau al-Umm : ~~ *Saya (Imam yah) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Alleh, sesudah keluar (selesai) darigada solat. KEDUA-DUANYA MEN YEMBUNYIKAN ZIKIA, KECUAL! bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya. Allah Aza wa jalla telah berfirman (dalam surah al-Israa'(17):110) ‘... dan janganleh engkau menyaringkan bacaan dea engkau ateu sembahyangmu, juga Janganlah engkau perlahankannya.." laity - Alah sahaja yang Maha Mengetahuiialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sebingga tidak dapat engkau dengar send. Saya (imam Syafii) mengira (berpendapat) bahawa yang ditiwayatkan danjpada tbnu Zubair adalah dari tahliinya Nabi SAW. Dan yang diniwayatkan daripada lbnu Abbas adalah dari takbiya, sebagaimana yang kami (imam Syaffi) riwayatkan. {imam Syaffi sedang merayjuk hadeeth-hadeeth ( No & 9 dan 70) Nabi SAW zikir secara jahr selepas solat seperti yg telah saya tuliskan di atas} Saya (imam Syafii) mengira (berpendapat) bahawa Nabi SAW mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar darjpadanya. Yang demikian itu kerana umumnya ‘riwayat yang kami (imam Sya6') tuliskan bersama ini dan yang lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan perbacaan Tahlii dan takbri. Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW berzikir sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya Nabi SAW dani Solat tanpa zikir. Dan Ummu ‘Salemah menyebutkan berhentinya Nebi SAW sekejap sesudah solat den baginda tidak ‘bezikir dengan keras (kal). Saya (imam Syatii) mengira, behawa Nabi SAW tidak berhenti yeng sekejap itu, sefain untuk ‘berzikir dengan zikir yang tidak keras suara....” Inilah tafsran Imam as-Syafi' terhadap hadeeth-hadeeth zikir selepas solat. Beliau menyatakan zikir setelah solat secara jahr yg diriwayatkan dari ibnu Abbas RA adalah untuk para sahabah belajar dari Nabi SAW akan tatacara untuk berzikir. Setelah para sahabah paham caranya maka zikir selepas solat itu disirkan atau disembunyikan dengan suara yg lembut dan perlahan secara individual. al-Hafidz Ibnu Hajar Asqalani pengarang kitab Fathul Baari juga telah menurunkan kata-kata Imam an-Nawawi Rahimahullah ta'ala (kedua-dua mereka adalah tokoh hadeeth yang bermazhab Syafi') sebagai berikut ‘mam Syafit memahami hadeeth ini (yakni hadeeth fbnu Abbas) bahwa mereka ‘mengeraskan suara hanya beberapa waktu lamanya untuk mengajar sifat (cara) dik bukan bererti mereka ters menerus mengeraskan bacaan dzitir. Adapun pandangan yang teppilih adaleh behawa imam dan makmum sama-sama membaca dzikit dengan suara perlahan kecualibertujuan untuk mengajar dzikir tersebut kepada orang-orang.”(Fathul Baari 4/711, Pustaka Azzam) Sekianlah sedikit kupasan ringkas tentang zikir setelah solat. Sebenarnya tidak berzikir berjemaah selepas solat bukanlah satu fahaman baru yang direka oleh Golongan Muda, ‘Wahhabi atau Salafee ini, lanya telah diperbincangkan oleh Imam kita Imam Muhammad bin Idris as-Syafii Rahimahullah ta’ala, Pendapat al-Imam al-Syafi’i Rahimahullah ini juga selari ~~ dengan perintah Allah SWT tentang tatacara berzikir dan berdoa sebagaimana firmannya "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan Suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dani orang-orang yang Jalai"( al-Braat (7) : 205) "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. ‘Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”( al-A'raaf (7) 55), ‘Saya lampirkan bersama ini Tafsiran al-Hafidz lbnu Katheer (juga bermazhab al-Syafii) Rahimahullah (Dalam Bahasa Inggeris) kepada kedua-dua ayat di atas ini sebagai rujukan. Sekian Wassalaam ABU IQBAL AL-MANDILI Rujukan 1) Zikir-zikir selepas solat Fardhu - sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW Oleh Hafiz Firdaus Abdullah 2) al-Masaa-il - Jilid 1 dan 2 Oleh Ustaz Hakim Abdat 3) Total Koreksi Ritual Solat Oleh Syaikh Masyhur Hassan Salman 4) Fathul Bari Jilid 4 oleh al-Hafidz lbnu Hajar Asqalani

You might also like