Professional Documents
Culture Documents
Nota Tambahan 553 555 2
Nota Tambahan 553 555 2
Kestabilan Politik
Malaysia mempunyai politik yang stabil. Sejak merdeka lagi Malaysia telah
ditadbir dengan aman dan berkesan. Meskipun wujud rusuhan kaum pada 13
Mei 1969, ia hanya berlaku seketika dan tidak berlarutan hingga bertahun
lamanya. Dengan berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ini
kerajaan bertindak dengan cekap menubuhkan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan
Negara untuk membincangkan isu-isu perpaduan yang kemudiannya membentuk
Rukun Negara Malaysia.
Ekonomi Malaysia bergantung kepada semua sektor pertanian dan perindustrian merupakan
sumber ekonomi utama. Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara pertanian, usaha
telah diambil untuk menukar status ini kepada sebuah negara perindustrian. Namun, sektor
pertanian terus dibangunkan untuk mengimbangi import negara.
Malaysia mempunyai perancangan ekonomi yang tersusun sejak merdeka lagi. Selain
mengadakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terdapat Rancangan Malaysia yang kini merupakan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bermula pada tahun 2006-2010. Tujuan
rancangan ini dibuat untuk merangka strategi kegiatan ekonomi dan memantau
pencapaiannya.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk
mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional, dan ia telah digubal untuk
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum. Selain itu DEB diharapkan mempercepatkan
proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri DatoSeri
(Tun) Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Asas kepada dasar ini ialah
Malaysia mengambil contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara
Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikan-nya dengan keadaan di Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah
merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa
bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri.
Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada
Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan
negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor
awam dan swasta.
Dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan
sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat
bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua
komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian
untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil.
DASAR PENSWASTAAN
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
Objektif DSN
1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat
dipenuhi.
2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
3. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan
perkhidmatan sosial.
4. Mengukuhkan hubungan kerjasama antara sektor yang berlainan.
WAWASAN 2020
Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad (kanan) meletakkan satu agenda besar dalam rancangan Pelan Induk
Pembangunan Negara iaitu Wawasan 2020 sebagai sasaran negara untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Harapan pada wawasan
yang diwujudkan ini agar mampu menghasilkan sebuah negara Malaysia yang
maju di mata dunia tanpa perlu meniru pembangunan yang diagung-agungkan
oleh negara Barat yang hanya berbangga dengan kemajuan tanpa mengira
kehendak dan suara rakyat.
Dalam konteks yang lebih luas negara Malaysia perlu segera melaksanakan
serta mencorak hala tuju Wawasan 2020 mengikut sasaran yang telah
ditetapkan.
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru sebelum layak digelar sebagai
guru berkualiti. Ia juga memberi fokus kepada bagaimana untuk kita
mengekalkan ciri-ciri guru berkualiti ini sepanjang tempoh perkhidmatan.
Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa
menghayati Falsafah Pendidikan Negara. Sebagai guru berkualiti, kita mestilah
melengkapkan diri kita dengan keempat-empat aspek yang terkandung dalam
falsafah tersebut iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping
itu, kita juga hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas
agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan.
Kita juga perlu untuk sentiasa bermuhasabah diri agar kita sentiasa kekal
sebagai guru berkualiti.
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) ialah sebuah
rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia secara asalnya
melibatkan kawasan seluas 15 x 50 km bermula dari kawasan Menara
Berkembar Petronas hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan
pada 7 Disember 2006 yang melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam
MSC.
Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan
Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.
Sekolah Bestari juga termasuk dalam program MSC. Pada tahun 1996,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari
berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif.
Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah
Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai antara rancangan
untuk menjayakan MSC.
MODAL INSAN
Wawasan 2020 akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu Malaysia berhasrat
menjadi sebuah negara maju yang mampu melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan.
Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi
semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja
berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya
mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan
tersebut mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat peka dan membuat
penilaian sebelum menerima apa-apa sahaja yang dibawa oleh arus globalisasi.
1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.
KPM telah mengambil pendekatan yang terbaik dengan meneruskan sistem
pendidikan di Malaysia yang mempunyai jenis-jenis sekolah lain yang
beroperasi seiring dengan sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Jenis
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah
Agama Rakyat. Pada peringkat menengah, terdapat pelbagai jenis sekolah
antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Sukan, Sekolah Teknik,
Sekolah Antarabangsa dan sebagainya. Jelas di sini bahawa hasrat
Kementerian Pendidikan untuk memastikan rakyat mempunyai pelbagai
pilihan pendidikan.
ISLAM HADHARI
Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad
Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Ia memberi tekanan kepada
aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu
peradaban yang dibina melalui pegangan Islam dan memberi fokus kepada
usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,
pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.
Islam Hadhari bukanlah agama baru, ajaran baru atau mazhab baru. Ia
hanya satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas yang
terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
tamadun Islam yang semakin dilupakan. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas
dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana
umat Islam dari asas akidah.
Perdana Menteri YAB. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah
mengumumkan konsep Satu Malaysia sebaik sahaja beliau menjawat jawatan
Perdana Menteri pada April 2009.