Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

STATISTIK ORANG YANG MEMBUNUH DIRI DI MALAYSIA

MALAYSIA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri
mencecah hampir Sejuta orang setiap tahun. Statistik menunjukkan seramai 16 dari 100,000 penduduk
atau seorang dalam 40 saat membunuh diri setiap hari.

WHO dapati bahawa kadar kematian bunuh diri dunia telah meningkat 60% berbanding data 45 tahun
lepas. Sesetengah negara mencatatkan kejadian bunuh diri tertinggi berlaku dalam umur 15 44 tahun
dan ada juga dalam linkungan 10 24 tahun.

Angka ini hanya merekodkan insiden kehilangan nyawa tidak termasuk cubaan membunuh diri
dimana jumlahnya lebih besar. Iaitu nisbah 20 cubaan berbanding satu kematian bunuh diri (20:1).

Di Malaysia, National Suicide Registry Malaysia (NSRM) menganggarkan hampir 500 kematian
bunuh diri dicatatkan tahun lepas. Dengan purata 60 kejadian bunuh diri setiap bulan. Kementerian
Kesihatan juga telah mengenal pasti belia yang berumur lingkungan 16 25 tahun mempunyai risiko
tinggi membunuh diri.

Purata satu hingga dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di Malaysia setiap hari, menurut
statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2008 hingga 2010.
Dr. Noor Hisham berkata, statistik Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan untuk tempoh
lima tahun (2010-2014) pula menunjukkan sejumlah 338 kematian di hospital-hospital kementerian
adalah disebabkan oleh perbuatan mencederakan diri atau intentional self-harm.

Menurutnya, tingkah laku bunuh diri boleh berlaku akibat pelbagai faktor kompleks yang saling
berkait antaranya gangguan mental terutamanya kemurungan, penyalahgunaan dadah dan substans,
tragedi kehidupan seperti masalah kewangan, hilang pekerjaan, konflik hubungan (perpisahan,
perceraian), kemiskinan, penyakit fizikal serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga.

Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan
adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Selari dengan
perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat paling serius di Malaysia. Tetapi
jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki. Pada
kebiasaanya wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar
nisbah 2:1.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah
pada 11% dengan 9% berada pada tahap serius. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2006)
pula mendapati kes kemurungan meningkat hampir 6 peratus berbanding 10 tahun lalu dimana
sebanyak 16 peratus daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami masalah
kemurungan.

Di negara kita Malaysia, kejadian bunuh diri seringkali berlaku dengan purata 7 kejadian bunuh diri
setiap hari, mencapai jumlah keseluruhan melebihi 2,000 kematian setahun. Kadar prevalen bunuh
diri dianggarkan antara 8 hingga 13 bagi setiap 100,000 penduduk setahun. Kajian menunjukkan
bahawa mereka yang dimasukkan ke hospital kerana cuba membunuh diri menunjukan empat dari
lima orang mengalami kemurungan
APA ITU BULI?

Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan didada-dada akhbar
sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakansegera oleh pihak-pihak tertentu agar
ianya tidak terus menular. Perlakuan bulimerupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh
meninggalkan kesan
negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli.Kertas kerja ini
selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, jugaakan mengutarakan aspek-
aspek penting yang mempengaruhi dan yangberkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan
sering berlaku di dalam bilikdarjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di
dalam tandas.Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak
sihatini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkahpencegahan turut
diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh
pihaksekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaan ini.Persekitaran sekolah yang
selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjanaproses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna
bagi pelajar.

PENGENALAN

Dewasa ini gejala buli di kalangan pelajar sekolah begitu hangat diperkatakan.Berita Harian bertarikh
13 Ogos 2005 melaporkan pada tahun 2003, peratusan salahlaku disiplin pelajar termasuklah kes buli
adalah sebanyak 2.11 % dan pada
tahun 2004, sebanyak 2.07%. Samada tingkahlaku buli itu berlaku secaralangsung atau
tidak langsung, ciri penting tentang buli ialah ugutan berlaku secara berterusan, mewujudkan satu
polagangguan fisikal dan psikologi (Batsche & Knoff, 1994; Olweus, 1993).Di Amerika Syarikat
misalnya, bentuk buli yang paling banyak berlaku
ialahbuli bahasa (Hoover, Oliver & Thompson, 1993). Di Itali pula, kanak-kanak sekolah telah
didapati sering memanggil rakan-rakan lain dengan nama ejekan, selaindaripadaberlakunya buli
fizikal dan peras ugut (Genta, Menesini, Fonzi, Costabile & Smith1996).Naluri peraga diri dan
keinginan menjadi wira atau hero yang
digerunisesama rakan sebaya antara punca pencambahan kegiatan membuli dikalangan
pelajar.Masalah ini merupakan perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci
memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakal
pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan2020. Tindakan
sewajarnya amat penting untuk menangani salah laku yang semakin membimbangkan ini. Semua
pihak harus mengembeling tenaga bagi memastikan masalah ini tidak berterusan atau menjadi lebih
parah lagi. Pengembelingan tenaga semua pihak seperti ibu bapa, guru, kaunselor, guru disiplin,
pengubalan kurikulum dan pihak polis dilihat mampu mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu,
Berita Harian bertarikh 11 Ogos 2005 melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang melatih
guru disiplin ketika menjalani latihan di maktab agar dapat dibekalkan dengan pelbagai pendekatan
seperti kaunseling dan lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran dan masalah pelajar. Apakah
Yang Dikatakan Sebagai Buli? Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi
psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau
kumpulan yang lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan
meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan (Tattum, 1988). Ianya diarahkan kepada
individu yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dalam situasi yang sebenar. Menurut
Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang mana dilakukan
secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah
laku buli termasuklah tindakantindakan yang bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul.
Perlakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian perlakuan ganas daripada
zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan. Menurut Farrington (1993), pemangsaan remaja di
sekolah mungkin merupakan salah satu tingkah laku awal yang menyumbang kepada perkembangan
jangka panjang pola tingkah laku anti sosial, dan ianya boleh juga menjadi perintis kepada tingkah
laku anti sosial dan jenayah. Perlakuan buli dan pemangsaan di sekolah telah dikenal pasti secara
universal sebagai perosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak. Buli boleh didefinisikan
sebagai keinginan untuk mencederakan atau meletakkan seseorang kepada situasi dalam tekanan.
Banks (2000), menghuraikan perlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam,
memukul, mencuri dan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadap
mangsa. Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagai ketidakimbangan
kuasa antara pembuli dengan mangsa. Perlakuan buli juga menggabungkan julat tingkah laku yang
luas seperti panggilan nama yang bersifat menghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan
daripada kumpulan, merosakkan harta benda orang lain dan ancaman verbal. Daripada ulasan-ulasan
tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku keganasan dalam bentuk fizikal atau
psikologikal yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas individu lain yang tidak
berupaya untuk mempertahankan dirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau
meletakkannya dalam keadaan yang tertekan secara sengaja. Kategori Tingkah Laku Buli Tingkah
laku buli boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bentuk fizikal dan juga verbal serta
psikologi. Perlakuan ini boleh dialirkan secara langsung ataupun tidak langsung. Tingkah laku buli
dalam bentuk fizikal adalah perbuatan yang melibatkan pukul-memukul atau sepak terajang. Ianya
juga boleh melibatkan penggunaan senjata, ugutan serta ancaman. Buli bentuk verbal dan psikologi
pula lebih kepada ejek-mengejek misalnya jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa;
maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Pelajar yang mempunyai paras
rupa tidak menarik atau berkulit gelap juga kerap menjadi mangsa. Sungguhpun kes buli secara verbal
dan psikologi ini kurang mendapat perhatian media, ia sebenarnya lebih serius berlaku di sekolah
berbanding kes buli secara fizikal. Walaupun perbuatan seperti ejek mengejek itu pada pandangan
orang dewasa merupakan perkara biasa di kalangan kanakkanak atau remaja; namun ianya boleh
menjerumus kepada akibat yang lebih buruk iaitu pergaduhan yang melibatkan aksi memukul.

Fizikal Verbal Secara Langsung


Serangan dalam bentuk fizikal
Menggelar dengan nama yang buruk
Bercakap dengan bahasa kesat Secara Tidak Langsung
Menyembunyikan atau merosakkan harta
Penyisihan daripada kumpulan
Menyebarkan fitnah

Kesan terhadap perlakuan buli ini boleh membawa kepada tahap yang paling memudaratkan. Olweus
(1991) menyatakan bahawa pembuli lazimnya akan menjadi penjenayah pada masa akan datang.
Lazimnya mereka tidak dapat menumpukan perhatian mereka terhadap kerja dan tugasan di sekolah.
Mangsa buli juga bertindak tidak mahu ke sekolah. Mangsa buli juga menurut Olweus (1991) lagi
akan mengalami tekanan yang hebat. Kajian Alsaker dan Valkanover (2001), melaporkan bahawa 16
peratus kanak-kanak lelaki yang berumur antara 5 tahun hingga 7 tahun 11 bulan boleh
diklasifikasikan sebagai mangsa buli dan mereka ini seterusnya membuli kanakkanak lain. Terdapat
juga kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa perlakuan buli dalam bentuk mengejek, merupakan
peristiwa yang sering dialami oleh para remaja dan boleh membawa akibat yang serius. Kajian serta
penyelidikan yang sistematik tentang perlakuan buli di sekolah sebenarnya telah bermula sejak akhir
tahun 1970 an oleh Dan Olweus (1991), yang telah menjalankan beberapa siri kajian terhadap tingkah
laku buli di sekolah-sekolah di negara-negara Scandinavia dan seterusnya kajian tentang perlakuan
buli di sekolah ini mula disebarkan ke serata dunia. Tingkah laku buli telah dikenal pasti sebagai suatu
masalah yang besar di Amerika, di Australia, di Jepun dan di negara Britain. Keagresifan semasa
zaman kanak-kanak dan remaja telah menjadi fokus utama kepada banyak kajian empirikal sejak
beberapa dekad ini. Buli yang merupakan subset kepada agresif telah dikenal pasti sebagai masalah
yang boleh memberi impak kepada kesihatan fizikal dan psikologikal individu yang kerap dibuli dan
juga kepada mereka yang membuli rakan sebaya semasa usia muda (Batsche & Knoff, 1994).

KESAN-KESAN BULI

Kesan perlakuan buli terhadap pembuli akan menyebabkan pembuli tersebut menerima akibat di atas
perbuatannya. Menurut Beale (2001) mereka yang menjadi pembuli cenderung 3 kali ganda untuk
melakukan jenayah atau pun sesuatu yang menyalahi undang-undang pada ketika usianya 30 tahun
berbanding orang biasa. Mereka juga akan terdedah dan terjebak dengan masalah jenayah dan sekali
gus mempunyai rekod jenayah. Golongan pembuli selalunya lebih cenderung untuk bergaul dan
mempunyai rakan dikalangan orang yang mempunyai masalah yang sama dengan mereka dan ini
menyumbang kepada terjebaknya masalah samseng dan gangsterisme. Manakala, kesan terhadap
mangsa buli pula, mereka akan mengalami trauma dan penderitaan yang serius dan cuba akhiri hidup
dengan membunuh diri (Beale,2001). Selain itu, rakan-rakan yang lain akan menganggap mereka ini
lemah dan gagal. Ini akan menyebabkan mangsa buli mengalami tekanan yang hebat dan
menyalahkan diri sendiri di atas kekurangan diri mereka (Olweus,1993). Mereka juga lebih cenderung
untuk bersendirian, kerisauan sentiasa, dan bagi remaja mereka tidak mahu ke sekolah. Kesan
terhadap ibu bapa pula mereka akan berasa kecewa dan mencari-cari kesalahan mereka mendidik
anak. Mereka juga akan berasa mereka gagal untuk mendidik anak menjadi berdisiplin dan patuh pada
undang-undang. (Azizi Yahaya, 2007). Terakhir, perlakuan buli akan membawa kesan yang negatif
terhadap masyarakat. Sekiranya kes-kes perlakuan buli meningkat, jenayah seperti memeras ugut,
ragut dan mencuri akan meningkat. Ini kerana kebanyakan kes-kes jenayah datangnya dari perlakuan
buli. Sekiranya pelajar menjadi pembuli, apabila mereka habis pengajian di sekolah kelak, akan
terciptanya masalah sosial seperti gangsterisme dan buli jalanan yang akan membahayakan
masyarakat sekeliling.

Secara emosi,mangsa seringkali berasa takut dan bimbang ketika berada di sekolah.jadi,ini akan
menyukarkan mereka untuk melinatkan diri dalam proses pembelajaran.Disebabkan ketakuatan ,
mangsa takut untuk ke sekolah dan akan mengakibatkan mereka keciciran.Mereka turut bertindak
membunuh diri supaya dapat menghentikan kesengsaraan yang dialami oleh mereka.

Secara sosial,mereka sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya mereka.hal ini kerana,mereka
berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain dan
bersosial.

Perbuatan buli memberi kesan kepada Negara.Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut
dan ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku.Banyak wang akan dikeluarkan oleh
kerajaan melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang diperuntukkan terlalu besar,jadi
Negara menjadi mundur.
Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan berasa
takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya bersaiz lebih
kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu, mereka tidak mampu
melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka melakukan sesuatu
untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera.
Terdapat sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang
dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka suka menyindir dan mengutuk sesama sendiri.
Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajar yang
dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang ke
sekolah.

Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkan
mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini
demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dan
sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka. Mereka akan menjadi
pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka.
Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan nasib mereka yang malang. Hal ini demikian
kerana mereka telah diugut supaya tidak melaporkan kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan
guru. Jika mereka melaporkan pembuli mengancam akan melakukan sesuatu yang lebih buruk ke atas
diri mereka. Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli. Ini
menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan.

Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh
diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi bersuluh, mangsa buli
biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa. Berdasarkan kajian dan bukti yang
diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli telah membuat keputusan bahawa satu-
satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka adalah dengan membunuh diri sendiri.
Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah membunuh diri di dalam rumahnya di
Manchester, England. Di dalam diarinya dia telah mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari
tersebut mencatatkan bahawa wangnya dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari
Rabu pula baju uniform dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat
semuanya telah berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan
bahawa kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan
kewarasan sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa mereka sendiri.

You might also like