5 6219777582854832157

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

HUBUNGAN ETNIK

SKP 2204
PROGRAM PJJ

LAPORAN
FILEM REVIEW OLA BOLA

DISEDIAKAN OLEH

SARALA A/P KANAGASABAI J45920


RENUGA A/P NARAYANAN J45947
GANESH A/L PARAMASINAN J45930
MOGAN A/L NADARAJAH J45780
UMMA A/P KRISHAMURTHY J45965

PENSYARAH
PUAN SRI RAHAYU ISMAIL

SEMESTER PERTAMA 2017/2018


JAB.PENGAJIAN KENEGARAAN & KETAMADUNAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Huraikan sedikit latar belakang penceritaan filem Ola Bola

1.0 Pengenalan

Filem Ola Bola ini merupakan sebuah filem bertemakan sukan.Pengarah filem ialah Chiu

Keng Guan dan dibintangi oleh JC CheeLuqman Hafidz, Saran Kumar Manoharan,Marianne

Tan,Katrina Ho,Bront Palarae,Taufiq Hanafi dan Frankie Lee. Filem ini mengisahkan tentang

kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia semasa berjaya memasuki Sukan

Olimpik Moscow 1980. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari

2016.Filem ini telah memenangi empat dari lima belas pencalonan dalam Festival Filem.

Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru.Khairy Jamaluddin merupakan

pemain terbaik Cup 2014 .Beliau berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem

Ola bola ini .Hasil gambar beliau bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan di dalam

biodatanya. Pihak produksi telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang

terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pergambaraan di Stadium

Merdeka. Filem ini menggunakan 60 peratusBahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa

MandarindanBahasa Mandarindan BahasaTamil.Sebuah set fun fair telah dibina untuk filem

ini.
Jalan Penceritaan, Watak, Penghasilan Filem

Berlatar belakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah tentang kejayaan, keberanian

dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia

untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini memaparkan semangat rakyat

berbilang bangsa bersatu padu dalam memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan

kesayangan mereka sewaktu Malaysia berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.

Jalan penceritaannya bermula dengan kisah seorang wartawan bernama Marianne yang

ditugaskan untuk membuat kajian mengenai pasukan bola sepak negara yang telah

mencipta nama pada era 80-an.

Marianne yang mula merasa bosan dengan kerjayanya ingin membuat keputusan

untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan

untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang

ternyata mengubah hidupnya. Akhirnya, Marianne berjaya mendapatkan salah seorang

pemain Malaysia suatu ketika dahulu. Marianne memulakan pengembaraan ke Sabah dan

berjumpa dengan Eric Yong yang merupakan satu-satunya pemain Sabah yang mewakili

negara. Eric yang ditemui di kediamannya menceritakan bagaimana dahulunya dia seorang

penjaga gol simpanan selepas Muthu dan akhirnya menjadi antara pemain penting dalam

pasukan.

Beliau juga menceritakan kehidupan watak-watak lain seperti Tauke yang harus

melalui jalan sukar di mana dia perlu memilih cita-citanya, atau menjadi tempat bergantung

harap buat keluarga dan kekasihnya. Manakala Muthu mempunyai hubungan yang tegang

dengan ayahnya gara-gara tidak mendapat restu dalam merealisasikan impian untuk

menjadi penjaga gol kebangsaan. Malah, penyerang kebangsaan, Ali turut berusaha keras

untuk menggalas jersi impiannya iaitu nombor 10. Nilai budaya pelbagai kaum dalam
masyarakat Malaysia, terutama bangsa Melayu, Cina dan India dapat dilihat menerusi

kehidupan Tauke, Muthu dan pengulas sukan bernama Rahman.

Jadi, akhirnya barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi

mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan

negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan

harapan negara. Ciri unik yang ada pada setiap kaum di negara ini adalah kekuatan yang

perlu digembleng, yang tidak ada pada negara lain, contohnya Korea Selatan yang berhasil

kita tewaskan pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 1980 . Malangnya, bintang bola

sepak negara tidak berpeluang memperagakan kehebatan dalam kejohanan sebenar

apabila Malaysia bertindak memboikot Sukan Olimpik Moscow kerana membantah serangan

ke atas bumi Afghanistan. Akhirnya , Marianne mengibarkan bendera Malaysia di luar

jendela kereta api dengan penuh semangat patriotisme.

Jalan penceritaan Ola Bola akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk

sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini

akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam

kepelbagaian bangsa di Malaysia.


Maklum balas daripada penonton

Filem ola bola ini merupakan filem tempatan dan telah mendapat sokongan penuh daripada

penonton di Malaysia. Penonton yang telah menyaksikan filem Ola Bola di pawagam

memberikan respons yang positif. Mereka seolah-olah memahami maksud di sebalik filem

itu yang tidak diterjemahkan secara langsung.

Penonton bernama Mohd Fahmi Mohamed Diah yang berumur 29, berkata filem

Ola Bola begitu menyentuh perasaan.Tambahannya, beliau berkata "Ia membuka mata

masyarakat terhadap pengorbanan pemain bola sepak negara suatu ketika dahulu demi

membawa nama Malaysia di mata dunia. Selain itu, beliau berpendapat "Pemain dan

mereka dalam arena bola sepak tempatan di semua peringkat wajar mengambil semangat

skuad bola sepak Olimpik Malaysia 1980 untuk membawa nama negara ke tahap yang

dihormati berbanding ketika ini.

Seterusnya, Rain Hamzah yang berumaur 38,selaku Penasihat Unit Amanah Islamik,

mengakui Ola Bola banyak menyelitkan elemen pengajaran.Beliau berkata "Saya belajar

satu perkara di mana, jangan berputus asa walaupun apa sahaja dugaan yang datang. Apa

yang penting kerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan.

Tambahan pula,Pembantu pengarah iaitu Encik Mohd Muizzuddin yang berumur

33, berkata, filem Ola Bola membangkitkan semangat 1Malaysia yang makin pudar di

kalangan masyarakat kini.

Bagi seorang pengurus perniagaan yang bernama Ummul Syahirah yang berumur

25, berkata filem Ola Bola ini telah menjadi perangsang kepada anak-anak muda untuk lebih

terbuka khususnya dalam aspek kemasyarakatan dan perpaduan.


Akhirnya, Seorang penonton berbangsa Cina iaitu Kelly Koh yang berumur 26,

mengakui filem tersebut mengajar penonton erti semangat tolong-menolong antara satu

sama lain.
Sumbangannya dalam menimbulkan semangat patriotisme.
Kesimpulan / Cadangan

Apa mesej yang diperolehi melalui filem tersebut.

Filem ini menerangkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan

Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Kisah yang penuh

ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang

terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia. Filem ini, berjaya menterjemahkan

emosi dengan baik sekali sehingga mampu menyentuh hati penonton dan menekankan

aspek hidup bersatu padu diantara semua kaum. Melalui filem ini, kita boleh lihat semua

rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, atau warna kulit mempunyai satu misi dan visi

yang sama iaitu menyaksikan kejayaan pasukan bola sepak negara ke persada

antarabangsa.

Realitinya, semangat cinta akan negara yang ditonjolkan dalam filem ini benar-

benar dapat memberi impak besar kepada sesiapa saja yang menonton. Nilai

persahabatan, kemahiran sukan, kekeluargaan dan keharmonian hidup berbilang

bangsa sebagai intipati utama. Ola bola merupakan sebuah filem yang melambangkan

pelbagai budaya di Malaysia dengan semangat persahabatan serta bersatu padu tanpa

mengenal latar belakang.. Nilai budaya pelbagai kaum dalam masyarakat Malaysia,

terutama bangsa Melayu, Cina dan India dapat dilihat menerusi kehidupan perwatakan

pelakon.

Ketabahan merupakan perbezaan utama di antara kerjaya dan kegagalan dalam

perjalanan kehidupan. Ola Bola bijak mencerminkan kepercayaan bahawa sukan

merupakan guru terbaik kepada pengajaran nilai-nilai murni. Kuasa sukan yang luar

biasa mampu menjadikan diri seseorang lebih tabah mengharungi cabaran.


Sukan menggambarkan perpaduan yang cukup baik di kalangan masyarakat, tanpa

mengira bangsa dan agama. Semangat berpasukan dan keakraban antara kaum untuk

membawa nama Malaysia ke persada dunia menjadi tonggak utama filem tersebut.

Kemeriahan perayaan disambut gembira. Malah, warna-warni makanan yang menjadi

hidangan harian rakyat Malaysia juga dinikmati bersama, bagai menyahut kepelbagaian

ditonjolkan di negara ini. Ia menjadikan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang unik.

Toleransi antara kaum adalah kunci utama kepada keamanan dan keharmonian negara. Ia

membolehkan kita duduk bersama untuk berbincang dan melakukan sebarang aktiviti tanpa

sebarang perselisihan faham. Filem ini menjadi perangsang kepada anak-anak muda untuk

lebih terbuka khususnya dalam aspek kemasyarakatan dan perpaduan. Filem ini merupakan

platform terbaharu dalam mengangkat perpaduan kaum di Malaysia. Kepelbagaian bangsa

dalam karya itu membuatkan kita sebagai rakyat negara ini berasa istimewa.

Kerjasama, persahabatan tanpa mengira kaum, agama, atau warna kulit,

kepercayaan terhadap ahli pasukan masing-masing, berjuang sampai ke titisan peluh yang

terakhir untuk penyokong dan negara melambangkan cerminan masyarakat majmuk negara

Malaysia. Persahabatan, setiakawan, cinta, kesedihan, semangat cintakan negara dan

kegembiraan diadun sebati. Semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam

kepelbagaian bangsa di Malaysia mengajar kita berusaha bersungguh-sungguh dan

bekerjasama dalam mencapai cita-cita, malah mengajar supaya bersatu tidak mengira kaum

serta percaya dengan kebolehan diri sendiri dan kebolehan rakyat Malaysia. Ciri unik yang

ada pada setiap kaum di negara ini adalah kekuatan yang perlu digembleng, yang tidak ada

pada negara lain.


Filem ini, menyuntik semangat patriotisme jauh lebih baik. Filem ini juga,

membangkitkan rasa kasih sayang dan kecintaan bukan sahaja terhadap negara tetapi

sesama masyarakat berbilang bangsa. Mesej berkenaan kena dengan masanya kerana

semangat itu semakin tipis di antara kita. Permainan emosi secara tersirat dalam

menlahirkan semangat patriotisme juga disulam dengan baik. Perasaan sayu dan

mengingatkan keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum. Berjaya memberi

impak yang signifikan dan turut mempengaruhi keadaan sosial yang semakin lama semakin

tegang. Membangkitkan semangat 1Malaysia yang makin pudar di kalangan masyarakat

kini.

You might also like