Handout Isu2 Ss

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISU-ISU SEMASA SAINS SOSIAL

RAS, ETNIK DAN MIGRASI

NAMA : NURADILLAH BINTI SIRAZUDEEN ( BA15110497)

PROGRAM : HA24 SEJARAH

NAMA PENSYARAH : PROF. DR GUSNI BIN SAAT

NAMA TUTOR : MISS LAISREYN LAISOK

HARI/MASA : ISNIN/9-10 AM

PENGENALAN

RACE/RAS

- Ras ( race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan
yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan
jelas dalam masyarakat.
- Pada waktu dahulu manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasiod,
Mangoliod, Negroid, dan Australoid berdasarkan kepada fizikal seperti warna kulit,
warna rambut dan rupa bentuk.
- Menurut Academic American Encyclopedia, ras boleh didefinisikan sebagai teori atau
falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa
bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual. Namun
demikian, pengertian tersebut boleh menyebabkan sesetengah manusia menganggap
kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain.

ETNIK

- Etnik merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi. Golongan dari
etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama.
- Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara
fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan
agama.
- Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi
mengelakkan kekeliruan, konsep kelompok etnik digunakan bagi merujuk kepada
golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam,
bahasa, agama dan sebagainya.

.MIGRASI

- Penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan menetap
secara sementara atau kekal.
- Migrasi melintasi sempadan kawasan, negeri, negara atau antarabangsa.
- Migrasi juga boleh dikaitkan sesuatu kumpulan etnik yang berpindah ke kawasan lain
untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

ISU RASISME DI MALAYSIA

- Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum akibat
daripada penghijrahan kaum cina dan India pada zaman penjajahan British.
- Kaum cina dan India melakukan penghijrahan ke Tanah Melayu disebabkan pihak
British memerlukan buruh dari luar untuk mengusahakan ladang getah dan lombong
bijih timah akibat kekurangan tenaga buruh dari Tanah Melayu.
- Setelah menetap lama di Tanah Melayu, pihak cina dan India menuntut hak sama rata
seperti penduduk tetap Tanah Melayu iaitu orang Melayu sehingga menimbulkan isu
rusuhan kaum.
- Mereka menuntut kesamarataan dalam segala hal seperti ekonomi dan pendidikan.
- Apatah lagi pada zaman pemerintahan British, pihak British telah melaksanakan
pemerintahan pecah dan perintah. Di samping itu, pihak British juga mengasingkan
sekolah untuk kamu Melayu, Cina dan India.
- Melalui pengasingan tersebut, pelbagai kaum di Tanah Melayu sukar untuk
berinteraksi dan bersatu sehingga menimbulkan isu Rasisme di Tanah Melayu pada
zaman tersebut.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KONFLIK ETNIK DAN RAS

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kepada berlakunya konflik etnik dan ras di
Malaysia. Namun demikian, faktor konflik yang berlaku berbeza mengikut negara. Faktor
utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik dan ras ini ialah :

Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek


politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang
mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi
persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat.
Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu
daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan
persaingan itu. Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan
berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan.
Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan
masyarakat minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini
boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puas hati dan
mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-
kelompok. Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan
bertambah hebat.
Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai
tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan
perkauman itu dijadikan mekanisme bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan
kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan
media massa sama ada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan
tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.
Penubuhan organisasi yang mengehadkan kepada kaum tertentu juga menyebabkan
wujudnya konflik isu perkauman. Contohnya, dalam negara Malaysia merupakan
negara yang mempunyai pelbagai etnik yang lebih besar iaitu etnik Melayu, Cina dan
India. Jika sebuah organisasi yang diketuai oleh kaum Cina, ketua tersebut lebih
memilih dan memberi perhatian kepada kaumnya untuk dijadikan sebagai pekerja.
Hal tersebut boleh menyebabkan jurang antara kaum di negara Malaysia.
KESIMPULAN

Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul daripada keadaan
sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat.
Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti yang
ingin memegang kuasa pemerintahan. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak
seimbang akan memperhebatkan lagi masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan,
bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras. Walaupun semua manusia
inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan.
Sejarah telah membuktikan bahawa konflik ras dan etnik lebih membawa kepada kesan-kesan
yang negatif. Oleh itu, setiap kaum perlu mempunyai perasaan tolak ansur antara kaum yang
lain agar diskriminasi antara kaum tidak berlaku terutamanya di negara kita iaitu Malaysia.
RUJUKAN

Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia. Kuala Lumpur Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Van den Berghe, 1967. Race and Racisme dan Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur

Oliver C., 1976. Race Relations : Elements And Social Dynamics, Wayne State University
Press: Detroit

Syed Mahadzir Syed Ibrahim,2010, 1961-365 Hari Ini Dalam Sejarah Malaysia, Power press
& design(m) sdn bhd, Pekan Ilmu publication sdn bhd.

Iahak Saat,2009, Malaysia 1954-2000,Yeohprinco sdn bhd, UTUSAN PUBLICATION &


DISTRIBUTORS SDN BHD.

Fogerquist, A. F., 1995. How the War Started, UCLA

Ramli Dollah, Mustapa Abd Talip, Salmie Jemon, 2013. Siri wacana sains sosial,
kepelbagaian ilmu dan isu sosial. Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

Kua Kia Soong, 2000, Dokumen-dokumen di klasifikasi tentang rusuhan 1969 Malaysia,
polar vista SDN BHD, Suara Komunikasi.

My jurnal.My/filebank/published-article/25242/article-5.pdf

https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-
malaysia/konflik-etnik-dan-ras/

www.Sabahdaily.com/2010/

You might also like