Surat Rayuan Dikekalkan SKKR

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Zulhilmi Bin Mohammad

No. JPK (P) 01- 59693


No56, Taman Berjaya,
JalanPersiaran 1,
06700, Pendang
Kedah Darulaman.
______________________________________________________________________________
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05100 Alo rSetar,
Kedah Darulaman. 08 Februari 2017

Tuan,

MEMOHON RAYUAN MEMBATALKAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN


SEMULA (REDEPLOYMENT) GURU SEKOLAH RENDAH BAGI TAHUN 2017

Merujuk kepada perkara di atas, saya Zulhilmi Bin Mohammad ( KP : 800228-02-5489 ),


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sek Keb Kampong Rambai membuat rayuan agar pihak
tuan dapat mengekalkan saya di Sek. Keb.Kampong Rambai.Untuk pengetahuan pihak tuan,
saya telah menerima surat pertukaran dan penempatan semula bertarikh 25hb Januari 2017
( no rujukan surat PPDP 700-3/1/15 (178) pada 26hb Januari 2017.

2. Rayuan ini dibuat kerana :-


a) Saya memegang jawatan sebagai penyelaras ICT dan makmal komputer. Sebagai
penyelaras ICT dan makmal computer sekolah saya bertanggungjawab untuk
memastikan makmal computer disekolah dapat digunakan semaksimum mungkin
tanpa ada gangguan, saya juga membuat tugas membaik pulih computer sekolah jika
terdapat sebarang kerosakan. Ini adalah kerana sekolah tidak mempunyai juruteknik
komputer. Selain daripada itu, saya memastikan sambungan internet 1BESTARINET
berada didalam keadaan yang boleh digunakan pada sebilangan masa.

d) Saya juga memegang jawatan sebagai penyelaras Frog VLE sekolah. Saya
bertanggungjawab memastikan semua ID frog guru dan ID frog murid SKKR dapat
digunakan tanpa sebarang masalah serta memastikan penggunaan Frog VLE sekolah
SKKR melepasi KPI PPD pada setiap minggu.Seterusnya, saya perlu membuat
Speedtest kelajuan internet setiap minggu yang dikehendaki oleh PPD secara online
dan membuat speedtest untuk dihantar laporan kepada pihak PKG sebelum 25hb setiap
bulan.Saya juga perlu melaporkan kepada pihak YTL jika terdapat gangguan internet
disekolah. Di sampingitu, memastikan peralatan internet Zoom Yes dan peranti
dongle Yes dapat digunakan tanpa sebarang masalah untuk melancarkan
sambungan internet ke sekolah bagi melancarkan urusan pentadbiran sekolah.

e) Seterusnya, saya sebagai penyelaras SSQS ( Smart School Qualification Standard )


perlu menghantar laporan secara online kepada pihak BTPN Kedah. Saya juga perlu
memastikan laporan itu telah siap di isi dengan lengkap seperti mana yang dikehendaki.

f) Selain daripada itu, Sistem 1GOVUC Email sekolah juga dibawah tanggungjawab
saya. Saya perlu memastikan email sekolah dapat diekses tanpa sebarang masalah oleh
guru dan pihak pentadbiran terutamanya.

g) Seterusnya, sebagaipenyelaras I-THINK sekolahsayamembantu guru untuk login ke


dalam system serta member bantuan jika terdapat gangguan sistem.Saya juga
membantu jika guru menghadapi masalah menyiapkan I-THINK.

h) Saya juga tidak pernah memohon untuk pertukaran ke sekolah lain.

3. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya
untuk dikekalkan di Sek Keb Kampong Rambai berdasarkan bidang tugas serta
tanggungjawab yang saya galas disekolah tersebut didalam melincinkan perjalanan
pentadbiran dan Pdp seharian.
4. Pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amatlah saya hargai dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Yang Benar,

_____________________________
( ZULHILMI BIN MOHAMMAD)
Guru,
Sekolah Kebangsaan Kampong Rambai

Sk : Pegawai Pendidikan Daerah Pendang


d/a Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman
06650 Tokai, Alor Setar
Kedah Darulaman

You might also like