Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PROFESIONALISME GURU

Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman
dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang
berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi
bersama rakan-rakan guru yang lain.

Wednesday, July 24, 2013


PERANCANGAN PENGAJARAN

Berikut di bawah adalah petikan Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) yang menjadi satu arahan yang mesti
bagi setiap orang guru di Malaysia untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Sila teliti petikan kandungan surat pekeliling di bawah.

3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,
iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru
Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-
prinsip perancangan yang mutakhir

(i) RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pengajaran Tahuan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaanyang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan
dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999

Setiap orang guru perlu memahami arahan surat pekeliling ini dan mematuhinya. Pihak pentadbir
sekolah dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat mengambil berat dan
memastikan pematuhan terhadap surat pekeliling ini sentiasa dilakukan oleh pihak guru.
Pemantau oleh pentadbir sekolah, daerah, negeri dan persekutuan sentiasa dilaksanakan untuk
memastikan arahan ini dipatuhi. Tindakan boleh diambil oleh KPM sekiranya guru tidak
mematuhi arahan ini.

Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan
baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di
sekolah-sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik
darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat
menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif. Pengurusan bilik darjah yang
berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang
seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Proses ini boleh
dilakukan secara berkumpulan di dalam panitia mata pelajaran masing-masing. Model
perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and act boleh digunakan sebagai garis panduan
penyediaan rancangan pengajaran.

Plan (Rancang)

Aktiviti pengajaran yang dirancang dengan rapi dan sistematik dapat mengelakkan pelaksanaan
secara ad-hoc. Guru tidak boleh meniru aktiviti pengajaran daripada rakan-rakan lain semata-
mata. Guru perlu menyemak Sukatan Pelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menjadikan
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai panduan untuk merancang aktiviti pengajaran yang
lebi kreatif dan inovatif. Rujuk HSP supaya semua kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang
murid telah dicakupi dalam perancangan pengajaran masing-masing.

Do (Buat)

Setelah perancangan dihasilkan, guru mesti melaksanakan dengan sepenuhnya. Peringkat ini
adalah paling penting dan kritikal kerana dapat menentukan kejayaan setiap perancangan.

Check (Semak)

Semakan perlu dilakukan oleh guru-guru supaya perancangan yang telah dilakukan mencapai
objektifnya. Kemungkinan objektif perlu dibuat penambahbaikan supaya sesuai dengan murid
dan persekitaran pembelajaran. Kaedah penilaian juga begitu penting dalam pengajaran dan
pembelajaran, oleh itu, semakan perancangan dapat menambah baik lagi aktiviti penilaian yang
telah dirancang supaya mencapai objektif seperti terkandung dalam sukatan pelajaran. Pentadbir
sekolah sebagai pemimpin instruksional perlu memantau setiap perancangan pengajaran yang
telah disediakan oleh guru. Sebagai pentadbir, mereka perlu memberikan pandangan dan nasihat
kepada guru supaya mematuhi setiap perancangan yang telah dibuat sebelumnya.

Act (Bertindak)

Tindakan yang seharusnya diambil oleh setiap guru adalah apabila mendapati perancangan yang
telah dibuat tidak mencapai sasaran atau wujud kelemahan. Oleh itu, panitia mata pelajaran
seharusnya memainkan peranan yang penting bagi membuat tindakan susulan terhadap
kelemahan dan kekurangan dalam perancangan yang telah dibuat. Apa yang berlaku di sekolah
ialah tindakan ini tidak berlaku, malah proses menyemak sama ada perancangan yang telah
dibuat juga tidak dilaksanakan. Perancangan pengajaran yang digunakan oleh guru adalah
perancangan yang telah dibuat sekian lama dan digunakan berterusan dengan menukar tarikh
sahaja.

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

Rancangan Pengajaran Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan


Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi
persekolahan bermula dimana ia berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi setiap mata pelajaran
yang diajar oleh setiap guru.

Rancangan Pengajaran Tahunan merangkumi skop berikut :

Kemahiran bagi setahun.


Senarai kemahiran-kemahiran.
Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
Rujukan sukatan pelajaran.

Rancangan Pengajaran Tahunan adalah sebagai satu panduan yang menyeluruh kepada semua
guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Disamping itu RPT dapat mencegah daripada
berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata
pelajaran tertentu. Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam
sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid. Penyediaan RPT
memudahkan guru pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan
pengajaran. Selain itu RPT juga menjadi panduan kepada guru untuk menyelaras dan
menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Guru dapat menyemak topik yang telah
diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah sekiranya RPT disediakan dengan jelas
dan lengkap.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina
sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk
mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan
input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah
membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik
darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan
dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin
dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan
pekeliling tersebut.

Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan guru terlatih. Guru pelatih
menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan mempunyai format
yang tertentu bagi penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing.

Kepentingan RPH

Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar
daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan
penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH,
persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat
menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan
dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan
penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran
yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu
dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun
dan berfokus.

Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu
pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan
membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.

Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag
pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.

Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan
dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan
dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media
yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Posted by Deria at 11:50 AM


No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)
There was an error in this gadget

Blog Archive
2015 (5)

2014 (6)

2013 (21)
o October (1)

o September (2)

o August (2)

o July (15)

Mengapa memilih media pengajaran?


Dear all teachers, please visit this website and v...
REKA BENTUK PENGAJARAN
METAFORA
ANALOGI
PETA MINDA
PERANCANGAN UNTUK MEMUPUK PEMIKIRAN ANALITIKAL
DAN...
PERANCANGAN PENGAJARAN
Kaedah Pengajaran
Pendekatan Pengajaran
Domain Psikomotor
Domain Afektif
DOMAIN PEMBELAJARAN (BLOOM'S TAXONOMY) -Domain
Kog...
Matlamat dan Hasil Pengajaran
Istilah... sambungan
o March (1)

2012 (6)

2011 (12)

2010 (14)

2009 (38)

2008 (53)

About Me

Deria
Seorang pendidik guru yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perguruan.
View my complete profile

VISITORS
FollowersWorld Clocks
There was an error in this gadget

Ethereal theme. Powered by Blogger.

You might also like